Anda di halaman 1dari 9

KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSSD JOHOR BAHRU 2022

BUKU TEKNIKAL KEJOHANAN


BOLA SEPAK L12 TAHUN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH
DAERAH JOHOR BAHRU
2022

1
KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSSD JOHOR BAHRU 2022

MAKLUMAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN


MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU.

1. NAMA PERTANDINGAN.
1.1. PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH
DAERAH JOHOR BAHRU.

2. PENGELOLAAN.
2.1. PERTANDINGAN ini dikelolakan oleh AJK KHAS BOLA SEPAK MSS DAERAH JOHOR
BAHRU.

3. TARIKH, MASA DAN TEMPAT.

3.1. Tarikh : 4, 5, 6 hingga 7 Julai 2022


3.2 Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
3.3 Tempat : Padang Sek. Keb. Taman Cempaka
Padang Sek. Keb. Larkin 2
Padang Sek. Keb. Seri Kenanga
Padang Sek. Keb. Taman Bukit Kempas
3.4 Peringkat Kump : 4 dan 5 Julai 2022 (Isnin dan Selasa)
Peringkat ke 2 , ke 3 Suku akhir : 6 Julai 2022 (Rabu)
Peringkat Separuh Akhir dan Akhir : 7 Julai 2022 ( Khamis)
3.5 Perasmian Penutup : 7 Julai 2022 (Khamis)
Sek Keb Taman Cempaka
4. UNDANG-UNDANG.
4.1. Selain dari peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini
dijalankan mengikut Undang-undang FIFA, FAM, MSSM, MSS JOHOR dan MSSD.
4.2. Bola : Bola saiz 4.
4.3. Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada keputusan
JAWATAN KUASA TEKNIK MSSD JOHOR BAHRU.
4.4. Saiz Padang Bola Sepak L12 tahun Ialah :
 Panjang Padang – 73.15 - 82.30 meter
 Lebar Padang – 54.86 – 64.01 meter
 Kawasan Gol - 14.63 x 4.57 meter
 Penalti Kawasan - 32.92 x 13.72 meter
 Jarak Sepakan Penalti - 9.14 meter
 Jejari Bulatan Tengah - 7.32 meter
 Tinggi Gol - 7 kaki (2.13 meter)
 Lebar Gol - 7 ela (6.40 meter)
 Garis pusat Tiang Gol – 11 cm (4 inci)
 Lebar Garisan – 11 cm (4 inci)

2
KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSSD JOHOR BAHRU 2022

5. PENYERTAAN.
5.1. Setiap sekolah yang menyertai pertandingan ini boleh mendaftar sekurang-
kurangnya satu (1) pasukan.
5.2. Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 250.00
sepasukan.
5.3. Pendaftaran pasukan hendaklah dibuat sebelum @ pada :
Tarikh : 4 Julai 2022
Masa : 8.00pm-1.00pm
Tempat : Tempat Perlawanan
5.4 Bayaran hendaklah dibuat menggunakan CEK sebelum atau pada 29 Jun 2022
(Rabu) atas nama GURU BESAR, SK TAMAN CEMPAKA
AKAUN SUWA = 551137106706 MAYBANK ISLAMIC

6. KELAYAKAN PEMAIN.
6.1. Seorang pemain mestilah terdiri dari murid sekolah yang berkenaan di dalam
daerah Johor Bahru.
6.2. Seorang pemain yang telah didaftarkan bermain dalam satu pasukan dalam
pertandingan ini tidak layak mewakili pasukan lain dalam siri pertandingan yang
sama
6.3. Kelayakan umur pemain adalah seperti berikut :
6.3.1. Pemain lahir pada tahun 2010 dan selepasnya.
6.3.2. Kiraan umur adalah 1 Januari pada tahun pertandingan.
6.4. Sebarang pertelingkahan atas hak atau status pemain akan diputuskan oleh
JAWATAN KUASA TEKNIK MSSD Johor Bahru dan keputusannya adalah
muktamad.

7. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN


7.1. Hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja layak mengambil bahagian dalam
pertandingan ini. Setiap pemain mesti didaftarkan dengan Borang Pendaftaran
Individu (RO1) berserta dengan gambar terbaru pemain dan salinan surat
beranak atau salinan pasport yang telah disahkan oleh Guru Besar / GPK
sekolah berkenaan.
7.2. Semua pasukan mesti melengkapkan Borang RO2 dan setiap pasukan hendaklah
mengandungi 15 orang pemain dan 4 orang pegawai.
7.3. Semua borang pendaftaran RO1, RO2 dan salinan surat beranak atau salinan
pasport yang telah disahkan oleh Guru Besar atau GPK sekolah berkenaan
hendaklah diserahkan kepada Jawatan kuasa Pengelola pada hari pertandingan.
7.4. Jika borang pendaftaran tidak diserahkan kepada Jawatan kuasa Pengelola pada
hari pertandingan dan pasukan itu layak untuk ke pusingan seterusnya,
penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan dan akan digantikan dengan
pasukan lain yang layak dalam kumpulan tersebut.

3
KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSSD JOHOR BAHRU 2022

8. FORMAT PERTANDINGAN
8.1. Pertandingan akan dijalankan seperti berikut :
8.1.1. Pertandingan ini akan dimainkan secara 9 sebelah.
8.1.2. Pertandingan dimainkan secara liga sepusingan dalam kumpulan.
8.1.3. Peraturan “off side “ tidak diguna pakai.UPDATED 2022
8.1.4 Undang-undang liga diguna pakai dalam pusingan awal. Tiga ( 3 ) mata
diberi kepada pemenang, satu (1) untuk keputusan seri dan kosong ( 0 )
diberikan kepada pasukan kalah.
8.1.5 Jika mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau gagal
melapor diri 5 minit selepas waktu pertandingan yang diisytiharkan oleh
pengelola, maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain. ( 7 orang )
akan diberi kemenangan percuma dengan tiga ( 3 ) mata dan tiga ( 3 ) jaringan
gol.
8.1.4. Jika terdapat pasukan menarik diri dari mengambil bahagian dalam siri
pertandingan ini, dengan apa sebab jua pun, akan dibatalkan seluruh
perlawanan melibatkan pasukan itu. UPDATED 2022
8.1.5. Jika dua atau lebih pasukan dalam kumpulan mengutip mata yang sama,
maka akan diambil kira ketetapan berikut :
a. Perbezaan jaringan, atau
b. Jumlah jaringan yang paling banyak, atau
c. Pemenang perlawanan terdahulu, atau
d. Penentuan sepakan penalti 3 lawan 3 ‘suddent death’, atau
e. Lambungan syiling sebanyak 3 kali.
8.1.6. Johan dan Naib Johan kumpulan akan layak ke pusingan kedua.
Perlawanan akan dijalankan secara kalah mati.
8.1.7. Pasukan yang menang pada pusingan kedua akan layak ke pusingan
ketiga yang juga akan dijalankan secara kalah mati.
8.1.8. Pertandingan Suku Akhir - Perlawanan dijalankan secara kalah mati.
Semua pasukan yang menang perlawanan pusingan ketiga akan ke
peringkat suku akhir. Semua pemenang peringkat suku akhir akan ke
peringkat separuh akhir.
8.1.9. Peringkat akhir - pemenang pada peringkat separuh akhir akan bermain
dalam perlawanan akhir manakala pasukan kalah pada peringkat separuh
akhir akan menentukan tempat ketiga dan tempat keempat.
8.2. Sekiranya dalam perlawanan kalah mati terdapat keputusan seri setelah tamat
tempoh masa bermain, maka pemenangnya akan ditentukan menerusi
tendangan penalti mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
8.3. Sistem sepakan penalti.
8.3.1. Hanya pemain yang berada di dalam padang permainan diakhir
perlawanan dalam masa tambahan sahaja dibenarkan membuat
tendangan.

4
KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSSD JOHOR BAHRU 2022

8.3.2. Setiap pasukan akan mengambil tiga ( 3 ) sepakan dari tanda penalti
dengan cara sepakan berselang seli.
8.3.3. Semua pemain lain hendaklah berada di dalam kawasan bulatan tengah
semasa sepakan penalti dijalankan.
8.3.4. Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa sepakan itu
dijalankan oleh pemain-pemain yang sedia ada di dalam padang
permainan.
8.3.5. Sekiranya masih juga seri, sepakan akan diteruskan oleh pemain
berlainan secara berselang seli dengan sistem ‘sudden death’.
8.3.6. Sekiranya keputusan masih juga seri, maka Pihak Jawatan kuasa
Pengelola akan berbincang dengan kedua-dua Pengurus Pasukan untuk
menentukan pasukan pemenang.

9. JANGKA MASA PERLAWANAN.


9.1. Sepuluh ( 10 ) minit bagi setiap separuh masa, dengan tiada masa rehat pada
perlawanan kumpulan, pusingan kedua dan pusingan ketiga (10:1:10)
9.2. Lima belas ( 15 ) minit bagi separuh masa, 15:5:15 pada perlawanan peringkat
suku akhir, separuh akhir dan perlawanan penentuan tempat ketiga dan
keempat.
9.3. Dua puluh ( 20 ) minit bagi separuh masa, 20:5:20 pada perlawanan akhir.

10. PENGGANTIAN PEMAIN.


10.1. Semua pemain simpanan yang didaftar dalam satu pertandingan boleh diganti
dalam sesuatu perlawanan.
10.2. Mana-mana pemain yang telah ditukarkan dibenarkan bermain semula untuk
tempoh masa yang tinggal ( Return Substitute ) melalui kawasan tengah garisan
tepi dengan menggunakan bip sebagai alat pertukaran dan dibawah
pengetahuan pengadil perlawanan. (Bip dibawa oleh pasukan sendiri).

11. PAKAIAN PEMAIN.


11.1. Semua pemain hendaklah memakai jersi yang didaftarkan dengan nombornya
mengikut nama pemain tersebut seperti dalam borang pendaftaran (Borang
R02). Sebarang pengiklanan jenama rokok, minuman keras TIDAK DIBENARKAN
dipamerkan.
11.2. Kasut hendaklah mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Semua pemain MESTI
memakai ‘SHIN – GUARD’.
11.3. Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang jelas pada lengan sebelah
kiri. Sekiranya digantikan, lilitan lengan hendaklah diberikan kepada pemain lain.

5
KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSSD JOHOR BAHRU 2022

12. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN


12.1. Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh
cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat
hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan
diputuskan oleh JAWATAN KUASA TEKNIKAL.
12.2. Jika perlawanan terhenti pada separuh masa pertama, perlawanan akan
dimulakan semula terus kepada separuh masa kedua, jika perlawanan terhenti
pada separuh masa kedua, perlawanan akan dijalankan sehingga tamat
perlawanan tersebut. UPDATED 2019
12.3. Masa menunggu yang ditetapkan ialah 30 minit.

13. TINDAKAN TATATERTIB.


13.1. JAWATAN KUASA TATATERTIB PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSS DAERAH
JOHOR BAHRU akan berbincang perkara-perkara setelah menerima aduan
bertulis daripada pengadil bertugas dan pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan
yang membuat aduan dan pengadil bertugas tidak boleh mengambil bahagian
dalam perbincangan dan undian semasa perkara berkenaan dipertimbangkan.
13.2. Bagi kesalahan berikut, JAWATAN KUASA TATATERTIB PERTANDINGAN BOLA
SEPAK MSS DAERAH JOHOR BAHRU tidak akan bersidang dan hukumannya
adalah automatik.
13.2.1 Seorang pemain yang diperintah keluar padang dan digantung dua ( 2 )
perlawanan berikutnya.
13.2.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan
kata-kata kesat, lucah atau menunjukkan isyarat lucah atau isyarat tidak
tertib dengan tidak mengira beliau telah atau tidak menerima amaran -
penggantungan satu ( 1 ) perlawanan yang berikutnya.
13.2.3 Seseorang pemain diperintah keluar padang kerana melanggar keputusan
pegawai pertandingan - penggantungan 2 ( 2 ) perlawanan berikutnya.
13.2.4 Mana-mana pemain menerima dua ( 2 ) amaran dalam masa pertandingan
hendaklah dengan sendirinya digantung bermain satu ( 1 ) perlawanan
selepas perlawanan yang diterima amaran kedua.
13.2.5 Apabila seorang pemain menerima dua ( 2 ) lagi amaran selepas
menjalankan penggantungan satu ( 1 ) perlawanan, maka akan sekali
digantung untuk satu ( 1 ) perlawanan selepas perlawanan yang diterima
amaran kedua.
13.2.6 Apabila pemain menggunakan gerak laku (bergaduh/bertumbuk), pemain
tersebut akan digantung terus daripada menyertai kejohanan.

6
KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSSD JOHOR BAHRU 2022

13.3. Apabila seorang pemain menerima amaran keenam, hendaklah tampil ke


hadapan JAWATAN KUASA TATATERTIB PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSS
DAERAH JOHOR BAHRU untuk tindakan yang sewajarnya dan keputusannya
adalah muktamad.
13.4. JAWATAN KUASA TATATERTIB PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSS DAERAH
JOHOR BAHRU hanya boleh menggantung seseorang pemain daripada terus
mengambil bahagian dalam PERTANDINGAN ini. Jika tindakan yang lebih keras
dianggap perlu maka JAWATAN KUASA TEKNIK PENGELOLA MSS DAERAH
JOHOR BAHRU perlu dimaklumkan dan apa tindakan adalah tanggungjawab
JAWATAN KUASA TEKNIK PENGELOLA MSS DAERAH JOHOR BAHRU.
13.5. Kesemua keputusan JAWATAN KUASA TEKNIK PENGELOLA MSS DAERAH
JOHOR BAHRU adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada sebarang rayuan.
13.6. Penggantungan disebabkan layangan kad merah akan dibawa ke pusingan
seterusnya, manakala layangan kad kuning akan terbatal.

14 BANTAHAN.
14.1. Sebarang bantahan terhadap keputusan atau tidak layaknya pemain mestilah
dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola dan hendaklah diterima
dalam masa tiga puluh ( 15 ) UPDATED 2022 minit selepas perlawanan berkenaan
berserta dengan bayaran RM200.00 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus sahaja ). Wang
tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya.
14.2. Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan
fakta yang dibuat oleh PENGADIL di padang permainan.

15 ETIKA PEGAWAI DAN PERMAINAN.


15.1. Pengurus Pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan setiap pegawai dan
pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku
yang dihormati bedasarkan kepada semangat kesukanan yang tulen.
15.2. Jika didapati pengurus/ jurulatih pasukan gagal mengawal perasaan dan emosi
serta menggunakan perkataan yang kesat kepada pengadil atau mana mana
pemain tindakan akan diambil oleh :
 Pengadil : Memberi AMARAN tegas supaya mengawal tingkahlaku
 Urussetia : MENGHALAU pengurus/ jurulatih tersebut keluar dari
kawasan padang. UPDATED 2022
15.3. Tertakluk kepada pengesahan oleh JAWATAN KUASA TEKNIK PENGELOLA MSS
DAERAH JOHOR BAHRU boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian
terhadap mana-mana pemain, pegawai yang bertindak tidak mengikut
peraturan-peraturan pertandingan atau objektif pertandingan keseluruhannya,
dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana
pasukan, pemain atau pegawai dari apa-apa penglibatan bagi sebarang jangka
masa yang ditimbang sesuai.

7
KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSSD JOHOR BAHRU 2022

15.4. Sebarang penipuan dalam sebarang hal pendaftaran pemain sama ada sengaja
atau tidak, adalah dianggap sebagai kesalahan besar dan bertentangan dengan
etika permainan bola sepak.
15.5. Hanya 4 orang pegawai dan 15 orang pemain yang didaftarkan sahaja yang
dibenarkan berada di bangku simpanan pemain semasa perlawanan pasukan
itu berlangsung.

16 LEMBAGA TATATERTIB.
16.1. Pengerusi : Pengerusi Jawatan kuasa Pengelola.
( Guru Besar Pengelola )
16.2. Setiausaha : Setiausaha Jawatan kuasa Pengelola.
( Pengerusi Teknik Pembangunan Bola Sepak, PPD Johor Bahru )
16.3. AJK : Pengawai Teknikal Kejohanan.
Wakil Pengadil.

17 JAWATAN KUASA PEMILIHAN PEMAIN


17.1. Jawatan kuasa ini terdiri daripada :
17.1.1. Pengerusi Teknik Daerah Johor Bahru.
17.1.2. Pengawai yang dilantik.
17.1.3. Pengurus Pasukan.
17.1.4. Panel Pemilih yang dilantik.
17.1.5. Pengadil Kejohanan.

18 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN.


JAWATAN KUASA TEKNIK PENGELOLA MSS DAERAH JOHOR BAHRU berhak
memutuskan segala perkara yang berbangkit yang tidak dinyatakan dalam peraturan-
peraturan ini. Keputusan JAWATAN KUASA TEKNIK PENGELOLA MSS DAERAH JOHOR
BAHRU adalah muktamad.

19 HADIAH
Johan : Piala Pusingan, Piala dan Medal
Naib Johan : Piala dan Medal
Ketiga : Piala dan Medal
Keempat : Piala dan Medal
Kelima- kelapan : Medal

Pemain Terbaik : Piala


Penjaga gol terbaik : Piala
Penjaring gol terbanyak : Piala

8
KEJOHANAN BOLA SEPAK L12 MSSD JOHOR BAHRU 2022

Anda mungkin juga menyukai