Anda di halaman 1dari 4

CATUR MSSDPU 2018

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR MSSDPU 2019

1 UNDANG-UNDANG PERMAINAN CATUR

Pertandingan catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Utama (MSSDPU)


dijalankan dengan menggunapakai peraturan pertandingan catur MSSM, Undang-undang
Persekutuan Catur Antarabangsa ( Federation Internationale Des Echecs – FIDE) dan
Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang sedang
berkuatkuasa.

2 JENIS PERTANDINGAN
2.1 Kategori Individu
2.2 Kategori Berpasukan

3 PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN


3.1 Kiraan umur pemain bagi setiap kategori adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.
3.2 Setiap Sekolah dibenarkan mendaftar jumlah pemain/pasukan seperti berikut:-

Bil Kategori Individu Berpasukan


3.2.1 Lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah 4 1 (4 pemain)
3.2.2 Perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah 4 1 (4 pemain)
3.2.3 Lelaki berumur 15 tahun dan ke bawah 4 1 (4 pemain)
3.2.4 Perempuan berumur 15 tahun dan ke bawah 4 1 (4 pemain)
3.2.5 Lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah 4 1 (4 pemain)
3.2.6 Perempuan berumur 12 tahun dan ke bawah 4 1 (4 pemain)

4 SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut kategori, individu dan berpasukan.
4.2 Pertandingan Kategori Individu.
Pertandingan Kategori Individu dijalankan mengikut prinsip-prinsip Sistem Swiss
Pemasangan Terus.
4.2.1 Susunan Pemain (Ranking)
Susunan pemain (ranking) adalah berdasarkan kepada pencapaian/ranking
pemain dalam MSS Daerah masing-masing.
4.2.3 Jumlah Pusingan
Jumlah pusingan permainan ditetapkan seperti berikut:

Bilangan Penyertaan Bilangan Pusingan


65 – 128 pemain 8

4.3 Pertandingan Kategori Berpasukan


Pertandingan Kategori Berpasukan dijalankan secara khusus, semua pemain kategori
individu adalah juga pemain kategori berpasukan.

Peraturan Pertandingan 2018/nik


CATUR MSSDPU 2018
5 TEMPOH BERMAIN

5.1 Tempoh permainan kategori individu bagi setiap pemain ialah 45 minit

6 KAEDAH MENENTUKAN KEPUTUSAN


6.1 Mata.
Pemain yang menang diberikan 1 mata, ½ mata jika seri dan 0 mata jika kalah. Pemain
bye diberikan 1 mata.
6.2 Menentukan Keputusan Kategori Individu.
6.2.1 Pemain yang mendapat jumlah mata terbanyak akan menjadi johan dan
seterusnya.
6.2.2 Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri (tie-break)
berikut hendaklah digunakan
a) Mata Solkoff / Buchholz
b) Mata Sonneborn-Berger
c) Mata progresif / kumulatif

Keputusan (Standings) yang dikeluarkan oleh komputer adalah muktamad.

6.3 Menentukan Keputusan Pertandingan Berpasukan


6.3.1 Keputusan kategori berpasukan adalah berdasarkan kepada keputusan
”game point’ (jumlah mata keseluruhan 4 pemain individu)
6.2.3 Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri (tie-break)
berikut hendaklah digunakan.
a) Mata Solkoff / Buchholz
b) Mata Sonneborn-Berger
c) Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz
d) Mata progresif / kumulatif

6.4 Menentukan Johan Keseluruhan.


Penentuan adalah berdasarkan kepada jumlah pungutan mata. Pasukan yang
mempunyai jumlah mata tertinggi akan dikira johan dan seterusnya.

7 HADIAH
Hadiah-hadiah disediakan oleh MSSD seperti berikut:-
7.1 Hadiah Kategori Individu. (MEDAL + SIJIL PENCAPAIAN)
Hadiah bagi setiap kategori ialah dari tempat johan hingga ke-4
7.2 Hadiah Kategori Berpasukan. (MEDAL + SIJIL PENCAPAIAN)
Hadiah bagi kategori berpasukan ialah dari tempat johan hingga ke-4
7.3 Hadiah Keseluruhan (PIALA PUSINGAN)

1. JOHAN KESELURAHAN BAWAH 18 TAHUN


2. JOHAN KESELURAHAN BAWAH 15 TAHUN
3. JOHAN KESELURAHAN BAWAH 12 TAHUN

7.4 SIJIL PERYERTAAN


1. Pemain (semua pemain berdaftar)
2. Pengurus Pasukan (1 sijil bagi setiap kategori)

Peraturan Pertandingan 2018/nik


CATUR MSSDPU 2018
8. Kriteria pemilihan pemain ke MSS Selangor
8.1 4 peserta dari acara individu bagi setiap kategori akan terpilih mewakili MSSD ke
peringkat MSS Selangor
8.2 Pemenang Nombor 1 dan nombor 2 adalah layak secara automatik
8.3 Pemenang tempat ke-3 dan ke-4 akan layak secara automatik jika
tidak ada pungutan mata yang sama dengan kedudukan tempat
ke-5 atau ke-6 atau seterusnya.
8.4 Jika pungutan mata sama bagi tempat ke-3 dan ke-4 dengan
kedudukan tempat ke-5 atau ke-6 atau seterusnya maka pemain
tersebut akan bermain “playoff”
8.5 Keputusan pemilihan pemain-pemain tertakluk kepada keputusan
mesyuarat panel pemilihan & pegawai PPD PU

9 PAKAIAN
9.1 Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah atau identiti pasukan
masing-masing.
9.2 Setiap pemain hendaklah memakai seluar panjang dan memakai kasut. Seluar pendek ,
seluar jeans dan selipar adalah dilarang.
9.3 Setiap pemain dilarang membawa atau mengguna peralatan yang boleh mengganggu
seperti alatan elektronik, telefon bimbit, topi, cermin mata hitam dan sebagainya.

10 ALATAN

10.1 Set catur perlu disediakan oleh pemain yang bermain buah berwarna hitam bagi
setiap perlawanan. (jika pemain buah hitam gagal menyediakan set catur, pemain
lawan di isytiharkan sebagai pemenang)
10.2 Buah Catur
Buah catur standard yang digunakan ialah dengan saiz ukuran tinggi raja (king) di antara
8.5 cm – 10.5 cm.
10.3 Papan Catur
Papan catur standard yang digunakan ialah dengan saiz sisi bagi setiap petak sisi empat
samanya berukuran 5.0 cm – 6.5 cm.
10.4 Jam catur berbendera sama ada yang menggunakan spring atau bateri boleh digunakan.

11 BANTAHAN
Kemukakan surat bantahan kepada Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Utama

12 JURI RAYUAN
Pengelola, Pengerusi Teknikal Daerah dan PPD

13 PERUBAHAN UNDANG-UNDANG/SISTEM PERTANDINGAN


Segala perubahan akan diputuskan dalam mesyuarat/taklimat pertandingan

Disediakan oleh:

...................................

(NIK MOHD ZAKIA B NIK HUSIN)


Pengerusi Teknikal & Pembangunan Catur MSSD Petaling Utama
Peraturan Pertandingan 2018/nik
CATUR MSSDPU 2018

Peraturan Pertandingan 2018/nik

Anda mungkin juga menyukai