Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN PERTANDINGAN TENPIN BOLING

1. PERATURAN TEKNIKAL
1.1 UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1.1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini
akan dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan Kongres Tenpin Boling
Malaysia (MTBC) dan World Tenpin Bowling Association (WTBA).
1.1.2 Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknikal Pertandingan
adalah berhak meminda/ mengadakan peraturan-peraturan tambahan,
selaras dengan matlamat penganjuran KIESTA.
1.1.3 Kecuali apa yang disebut dalam peraturan yang menguasai dalam peraturan
ini maka undang-undang dan peraturan Am KIESTA adalah diikuti.
1.1.4 Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsirannya, Undang –Undang
Dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.1.5 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan
akan diputuskan seperti berikut:
1.1.5.1 Semua kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN
AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.
1.1.5.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada
peraturan WTBA.
1.1.6 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Tenpin Boling Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah
muktamad.

1.2 CARA PERMAINAN (STYLE OF PLAY)


Tiap-tiap satu permainan(game)akan dilangsungkan di atas sepasang lorong.
Individu atau pasukan akan mengikut susunannya bermain satu frame pada
satu lorong dan frame yang berikutnya pada lorong yang di sebelahnya. Cara
permainan ini akan digunakan sehingga permainan itu tama

1.3 PERUBAHAN DALAM SUSUNAN PERMAINAN

1.3.1 Peserta-peserta acara beregu atau berpasukan berempat mesti


bermain mengikut susunan yang didaftarkan dalam permainan(game)
yang pertama.

1.3.2 Sekiranya ada didapati pasukan yang menukar peserta semasa


permainan(game)berlangsung, pasukan tersebut akan hilang
kelayakan bertanding tanpa sebarang amaran.

Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017


1.4 GANGGUAN PERMAINAN
12.1 Pengerusi pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk memberi
arahan supaya permainan yang terganggu disambung pada sebarang
lorong baru sekiranya lorong di mana permainan itu berlangsung
ditimpa masalah kerosakan mesin.
12.2 Permainan(game) yang terganggu itu mesti disambung dari frame di
mana gangguan itu berlaku.

1.5 BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH


1.5.1 Bila seseorang peserta bermain dalam lorong yang salah dan
kesalahan ini ditemui sebelum peserta lain membuat balingannya,
maka balingan itu akan dianggap sebagai ‘bola mati’ (Dead Ball) dan
peserta tersebut dikehendaki bermain frame yang kemudiannya pada
lorong yang salah tadi.
1.5.2 Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui selepas peserta kemudian
membaling bolanya, maka mata yang diperoleh itu akan diambil kira
dan peserta tersebut dikehendaki bermain semula frame yang
kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

1.6 ‘PACER’
Pihak penganjur mempunyai kuasa untuk melantik seseorang ‘Pacer’
sekiranya ada ‘walk-over’ dalam suatu acara atau balingan peserta dalam
acara itu tidak mencukupi.

1.7 MEMPERLAHANKAN PERMAINAN (SLOW BOWLING)


1.7.1 Seseorang peserta yang bersedia untuk membaling bolanya harus
mengetahui tentang hal dan obligasi nya seperti berikut:-
1.7.1.1 Mereka berhak untuk bermain terlebih dahulu(right of way)
terhadap peserta yang berada di atas lorong sebelah kirinya.
1.7.1.2 Mereka harus memberi laluan kepada peserta yang berada di
atas lorong sebelah kanannya.
1.7.1.3 Semua peserta harus bersedia untuk bermain bila sampai
gilirannya dan tidak harus melambatkan permainan itu.
1.7.1.4 Sekiranya didapati ada peserta yang tidak mematuhi
peraturan di atas, dia akan diberikan amaran dengan isyarat
kad putih untuk kedua (tiada penalti), dan kad kuning atas
kesalahan yang kedua (tiada penalti). Untuk kesalahan yang
ketiga dan berikutnya dalam sesuatu blok permainan, peserta
tersebut akan diberikan kad merah dan sifar (0) mata untuk
frame tersebut.

Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017


Nota: Definisi untuk suatu blok permainan adalah enam (6) games dalam acara berpasukan,
beregu dan perseorangan. Amaran yang diberikan tidak akan dibawa dari satu blok ke satu
blok yang lain.

1.8 KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK


1.8.1 Sekiranya berlaku sebarang ’black out’ dalam TV monitor di mana skor
sesuatu permainan yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak
dapat dipulihkan, maka peserta-peserta yang berkenaan dikehendaki
bermain semula nama tersebut. Akan tetapi, jika skor telah dicatatkan
maka ia akan bersambung dari frame mana ia berhenti sebelum ini.
1.8.2 Game-game yang mana skornya telah direkodkan akan dikekalkan.
1.8.3 Pasukan dan peserta tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk
meminta sesuatu permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula
pada waktu ’black out’ seumpama ini.

1.9 PERUNTUKAN LORONG


1.9.2 Peruntukan lorong akan ditetapkan dalam mesyuarat pengurus
pasukan setiap universiti dengan cabutan nombor.

1.10 PENENTUAN PINGAT


Penentuan pingat bagi setiap kategori ditentukan oleh jumlah jatuhan pin
tertinggi. Sekiranya terdapat jumlah jatuhan pin yang sama dan mana-mana
kategori, jumlah jatuhan pin game terakhir akan menentukan pemenang.
Jumlah keseluruhan ditentukan melalui kutipan pingat emas.

2 PERATURAN PERTANDINGAN

2.1 TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN


Tarikh : 25 Januari 2017 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang

2.2 TEMPAT PERTANDINGAN


Pusat Boling : Wangsa Bowl, Setia City Mall

2.3 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


2.3.1 Acara-acara yang dipertandingkan dalam Pertandingan Tenpin Boling
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah:-

Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017


Kategori Lelaki Kategori Wanita

Bil. Acara Bil. Acara

1. Perseorangan 1. Perseorangan

2. Beregu 2. Beregu

3. Berpasukan Berempat 3. Berpasukan Berempat

4. Masters 4. Masters

2.3.1.1 Acara Pasukan


2.3.1.3.1 Setiap kontinjen dibenarkan menghantar satu (1)
pasukan lelaki dan satu (1) pasukan wanita.
2.3.1.3.2 Bagi acara ini lelaki dan wanita, setiap pasukan
hendaklah mendaftar empat (4) orang peserta lelaki
dan mendaftar empat (4) orang peserta wanita.
2.3.1.3.3 Peserta-peserta akan bermain untuk semua kategori ia
itu perseorangan, beregu dan berpasukan berempat
2.3.1.3.4 Setiap pasukan mesti menentukan susunan pemain,
kerana ini akan melibatkan markah bagi acara beregu.
2.3.1.3.5 Peserta-peserta diwajibkan bermain enam (6) games.

2.3.1.2 Acara Masters


2.3.1.2.1 Jumlah jatuhan pin tertinggi bagi pemain-pemain yang
telah bermain enam (6) games dari acara yang telah
dipertandingkan, sepuluh (10) peserta lelaki dan
sepuluh (10) peserta wanita dengan mata tertinggi
adalah layak untuk acara masters.
2.3.1.2.2 Peserta-peserta lelaki dan wanita diwajibkan bermain
tiga (3) games.

2.3.1.3 Acara All-Event


2.3.1.3.1 Pemain dengan jumlah jatuhan pin tertinggi daripada
enam (6) games dari acara yang telah dipertandingkan
iaitu acara Perseorangan (Single), Beregu (Beregu), dan
Pasukan Berempat akan diisytiharkan sebagai
pemenang.

Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017


2.3.1.3.2 Sekiranya terdapat jumlah jatuhan pin yang sama,
jumlah jatuhan pin bagi acara Perseorangan (Single),
akan diambil kira dan jika seterusnya masih sama,
jumlah jatuhan pin dalam acara beregu(Double) akan
diambil kira dan seterusnya.

3 MENARIK DIRI DARI PERTANDINGAN (’WALK-OVER’)


3.1 Pasukan atau individu yang enggan bermain pada waktu yang dijadualkan itu
akan dianggap sebagai menarik diri (iaitu memberi ‘walk-over’).
3.2 Pasukan atau individu yang menarik diri atau memberi ‘walk-over’ dalam
suatu permainan akan hilang kelayakannya untuk bermain dalam acara-acara
kemudiannya dan segala kedudukan atau hadiah yang telah di menangi
olehnya terlebih dahulu akan menjadi lupus.
3.3 Pasukan atau peserta individu hanya dibenarkan menarik diri atau berhenti
permainan pada pertengahan sesuatu acara jika salah seorang pesertanya
telah cedera atau dinasihatkan oleh Pegawai Perubatan untuk menamatkan
pertandingan. Tiada permain gantian dibenarkan dan markah hanya dikira
sehingga permainan (game) terakhirnya.

4 WAKTU MELAPOR DIRI


4.1 Semua peserta mesti melaporkan diri selewat-lewatnya 30 minit sebelum
sesuatu acara bermula. Peserta yang terlewat akan hilang kelayakan dalam
acara tersebut.
4.2 Peraturan ini akan dikuatkuasakan dalam semua acara, termasuk acara
Masters.

5. PAKAIAN
5.1 Semua peserta dimestikan memakai pakaian seragam dengan nama rumah
sukan masing-masing.
5.2 Semua peserta hendaklah memakai seluar panjang sahaja (Long Slack atau
Khakis).

6. LARANGAN
6.1 Peserta-peserta adalah dilarang dari merokok, memakan atau meminum
minuman keras atau di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan
berlangsung.
6.2 Sekiranya didapati terdapat peserta yang melanggar peraturan ini, beliau
akan diarahkan supaya berhenti dari pertandingan ini. Pengerusi
pertandingan harus membawa ke sini kepada Jawatankuasa Teknikal supaya
peserta ini digantung dari seluruhpertandingan.62

Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017


6.3 Minuman bukan beralkohol adalah dibenarkan.
6.4 Minuman dan tepung (powder) serta sebagainya tidak boleh ditinggalkan di
atas meja konsole.

7 JAWATANKUASA BANTAHAN
7.1 Jawatankuasa ini adalah terdiri daripada ahli-ahli berikut:-
7.1.1 Pengerusi Kejohanan
7.1.2 Pengarah Pertandingan
7.1.3 Pengurus Teknikal

Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017

Anda mungkin juga menyukai