Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN DART SUKJA 2023

PERATURAN PERTANDINGAN DART SUKJA KALI KE-2 2023

1. PERATURAN TEKNIKAL

1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut


1.1.1. Undang – undang yang di tetapkan oleh Malaysia Dart
Federation (MDF) dan keputusan Mesyuarat Pengurus Pasukan.
1.1.2. Sekiranya berlaku masalah, keputusan mesyuarat pengurus
pasukan akan dirujuk terlebih dahulu, seterusnya merujuk Format Dan
Peraturan Umum Sukan Jabatan 2023 dan akhir sekali rujukan ialah
Malaysia Dart Federation (MDF).
1.1.3 Sebarang keputusan pengadil dan Jawatankuasa pertandingan
adalah muktamad.
1.2 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang
kecederaan, kemalangan, kerosakan atau kehilangan harta benda
sebelum/semasa atau sesudah pertandingan yang dilakukan oleh atau
ke atas pemain.
1.3 Jawatankuasa pertandingan berhak membuat sebarang perubahan
yang perlu untuk melicinkan pertandingan dengan persetujuan pihak
penganjur utama.
1.4 Segala kerosakan peralatan/perabut adalah di bawah tanggungan
pemain / pasukan tersebut.

2. PERATURAN PERTANDINGAN
2.1 Pemain adalah dibenarkan untuk bertanya kepada chalker jumlah score
dan baki. Nota; Chalker bermaksud pengadil.

2.2 Pemain tidak dibenarkan melengah permainan atau membuat sesuatu


yang mengganggu lawannya. Teguran akan diberi oleh pengadil dan
balingannya tidak akan dikira sekiranya kesalahan ini masih lagi
diulangi.
2.3 Didalam semua perlawanan, kiraan BURST akan digunakan apabila
jumlah score melebihi dan menyamai jumlah bakinya tanpa Checkout.
2.4 Semua disiplin akan dimulakan secara Mula Terus (Straight Start) dan
diakhiri dengan kiraan Ganda Dua (Double to Finish) atau Mata
Tunggal (Single to Finish). Nota; Mata Tunggal (Single to Finish) hanya
akan diaktifkan jika sistem “cut off” digunapakai.

Page 1 of 3
2.5 Untuk keadaan kecemasan / masa terlalu lama / perlu ditamatkan
dengan keadaan luar biasa. Sistem “CUT OFF” akan digunakan.
Sistem ini terlebih dahulu mesti mendapat persetujuan secara bersama
oleh pihak yang sedang berlawan atau dengan arahan khas daripada
ketua urusetia Kejohanan Sukan Jabatan 2023. Ada dua cara “cut off”
iaitu had kan jumlah giliran membaling setiap pemain atau pun dengan
memberi had masa tertentu. Jika had giliran membaling atau had masa
telah habis, pihak yang mempunyai baki paling rendah akan dikira
sebagai pemenang. Jika seri, tambahan balingan sebanyak 1 dart
akan diberikan kepada seorang wakil yang berkaitan. Jika masih seri,
undian lambungan syiling akan dibuat. Nota; Sistem “Cut Off” adalah
keadaan kecemasan / luar biasa dan peraturan dart kebangsaan
Malaysia tidak akan tergunapakai pada masa tersebut.
2.6 Sebarang salah perkiraan yang dilakukan oleh Chalker hendaklah
diperbetulkan sebelum balingan kedua selesai. Bermaksud; Kiraan
akan dianggap betul sekiranya pihak pemain (salah score) tersebut
telah selesai balingan kedua dan pihak lawannya sudah selesai
melempar dart pertamanya semasa balingan kedua tersebut; balingan
pertama adalah balingan yang mempunyai masalah kiraan tersebut.

3. SISTEM PERTANDINGAN
3.1 Permainan ini akan menggunakan sistem liga.

Pemenang bagi satiap “game set” ditentukan dengan sistem “best of


three legs” (Bergantung kepada keadaan pertandingan).
3.2 Terdapat dua kategori utama iaitu berkumpulan dan individu VIP:
3.2.1 Kategori kumpulan iaitu Single L, Double L Open dan Double
Mix.
3.2.2 Kategori individu VIP – 501 x 3 leg (best of three).

3.3 Kiraan mata (mata utama) akan menentukan kedudukan pemain.


Seterusnya diikuti dengan leg margin.
3.4 Pemain yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang Sepuluh
(10) minit sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma
akan diberikan kepada mana – mana pasukan yang pasukan lawannya
gagal menepati masa perlawanan yang di tetapkan dengan markah 1
(mata utama) dam 2 – 0 (leg).
3.5 Setiap pasukan yang bertanding akan diberikan mata (main point)
seperti format berikut: -
• Menang – 1 Mata
• Kalah – 0 Mata
3.6 Sekiranya terdapat lebih daripada satu pasukan mendapat jumlah mata
yang sama maka kaedah berikut akan digunakan:
• Jumlah perlawanan /game menang bagi semua pertandingan.
• Jumlah perlawanan/game kalah bagi semua pertandingan.
• Nisbah perlawanan/game.
3.7 Sekiranya keputusan masih seri maka kaedah berikut akan digunakan:
• Jumlah set menang bagi semua pertandingan.
• Jumlah set kalah bagi semua pertandingan.
• Nisbah Set (Pasukan yang mendapat nisbah mata yang tertinggi
dikira menang).
3.8 Sekiranya selepas kiraan tersebut diatas masih berlaku seri untuk 2
pemain, maka pasukan yang menang dalam perlawanan diantara
mereka dikira menang.
3.9 Sekiranya terdapat 3 individu / pasukan yang berkedudukan seri maka
pertandingan 501 x 1 leg bagi ketiga – tiga pasukan akan dijalankan
untuk menentukan 2 pemenang.

4. MENARIK DIRI
1.1 Jika sesuatu pasukan menarik diri daripada satu perlawanan, maka
pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan pertandingan kejohanan ini.
1.2 Sekiranya terdapat peserta yang melanggar peraturan di atas,
penganjur berhak membatalkan penyertaan mereka dalam kejohanan
ini.

5. LARANGAN
1.3 Mana-mana pemain dilarang mengambil minuman keras sepanjang
pertandingan ini berlangsung
1.4 Mana-mana regu/pemain didapati melanggar peraturan menyebabkan
acara pertandingan ini terganggu disebabkan oleh kekecohan,
pergaduhaan atau apa-apa perbuatan yang difikirkan salah dan
mendatangkan sebarang kecederaan kepada pihak lawan atau
sesiapa sahaja semasa pertandingan. Pihak penganjur berhak
menggantung dan tidak membenarkan regu/pemain tersebut dari
meneruskan permainan.

Anda mungkin juga menyukai