Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MENYUMPIT

HARI SUKAN NEGARA


PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2022

1
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
PERTANDINGAN MENYUMPIT
HARI SUKAN NEGARA
PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2022

1. PENYERTAAN.
1.1 Terbuka kapada semua warga negara Malaysia
1.2 Kategori yang dipertandingkan adalah
Kategori Terbuka Individu Lelaki Profesional – 90 Kaki
Kategori Individu Lelaki Semi Pro -70 kaki
Kategori Individu Terbuka Perempuan Profesional – 60 kaki
Kategori Individu Perempuan Semi Pro-50 kaki
Kategori TerbukaBerpasangan Lelaki -70 + 90 Kaki
Kategori Terbuka Berpasangan Perempuan 50 + 60 kaki
(Yuran penyertaan RM 10 untuk setiap kategori)

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN.
2.1 Pemain hendaklah sihat tubuh badan. Penyertaan akan dibatalkan jika didapati peserta dalam
keadaan mabuk semasa pertandingan ini dijalankan.
2.2 Pemain boleh menggunakan peralatan sendiri. Saiz sumpit dan damak adalah bebas.
Sumpit dan damak boleh menggunakan ataupun diperbuat daripada mana-mana bahan mengikut
kesesuaian pemain. ( Digalakkan membawa sumpit dan damak sendiri )
2.3 Penggunaan alat sampingan seperti cahaya laser adalah dilarang.
2.4 Pemain lain tidak boleh mengganggu konsentrasi pemain yang sedang bertanding sama ada
dengan membuat bising ataupun bunyi-bunyian.
2.5 Pihak urusetia pertandingan / penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan,
kemalangan, kematian terhadap pemain-pemain dan kehilangan harta benda pemain sepanjang
masa atau selepas pertandingan.
2.6 Ketinggian ”bull-eye” adalah lima (5) kaki daripada aras tanah / permukaan.
2.7 Saiz papan sasar / target ditetapkan oleh pihak penganjur.

2
2.8 Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
2.8.1 Kategori Terbuka Individu Lelaki Profesional – 90 Kaki
2.8.2 Kategori Individu Lelaki Semi Pro -70 kaki
2.8.3 Kategori Individu Terbuka Perempuan Profesional – 60 kaki
2.8.4 Kategori Individu Perempuan Semi Pro-50 kaki
2.8.5 Kategori TerbukaBerpasangan Lelaki -70 + 90 Kaki
2.8.6 Kategori Terbuka Berpasangan Perempuan 50 + 60 kaki

3 PERATURAN-PERATURAN AM PERTANDINGAN.
3.1 Setiap pemain dibenarkan menyumpit 10 damak ke arah sasaran dan hendaklah dihabiskan dalam
masa 3 minit.
3.2 Sebarang damak yang disumpit setelah masa menyumpit tamat tidak akan diambil kira untuk
pemarkahan. Sekiranya pemain ”terlanjur” menyumpit dan mengenai sasaran setelah masa tamat
dan sukar untuk mengenalpasti damak ”terlanjur” tersebut, maka damak yang mengenai skor
tertinggi akan dibuang/tidak dikira sebagai dendaan.
3.3 Sekiranya pemain menyumpit lebih dari 10 damak, maka damak yang mempunyai mata yang
tertinggi akan dibatalkan.
3.4 Daripada 10 damak, hanya damak yang mengenai sasaran sahaja akan dikira markahnya.
3.5 Damak yang tidak mengenai sasaran bermarkah akan dikira kosong.
3.6 Mana-mana damak yang terkena buntut damak yang terdahulu pada sasaran maka damak itu
mendapat markah yang sama dengan yang terdahulu. Walau bagaimanapun sekiranya damak
tersebut didapati mencecak pada markah yang berlainan, maka markah itu akan diambil.
3.7 Damak yang terlepas secara tidak sengaja dari batang sumpit dan jatuh ke tanah (dengan syarat
belum dihembus) boleh diambil untuk cubaan menyumpit kali kedua.
3.8 Damak yang terlepas secara sengaja atau tidak sengaja dan jatuh ke tanah melebihi garisan 10 kaki
akan dikira sebagai markah kosong.
3.10.Garisan menyumpit adalah garisan di mana pemain-pemain berdiri untuk menyumpit semasa
pertandingan berlangsung.
3.11.Sekiranya damak terpacak di atas garisan bulat serta mencecah atau memutuskan garisan pada
sasaran, maka markah yang diberikan adalah markah bagi yang tertinggi. Contohnya: damak
menyentuh dan memutuskan garisan di antara markah 40 dan 30, maka markah damak tersebut
ialah 40 (yang tertinggi).

3
3.12.Jika terdapat pemain yang mendapat jumlah markah yang sama dalam mana-mana peringkat
pertandingan, acara ”sudden death” akan diulang sehingga damak yang disumpit pemain
menunjukkan markah yang berbeza. Markah yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang.
3.13.Hanya pemain yang mengambil bahagian dalam acara berkenaan bersama AJK Pengelola sahaja
yang dibenarkan untuk berada di lapang sasar dan kawasan papan sasaran semasa permarkahan
sedang dikira.
3.14.Pemain yang tidak mematuhi peraturan / syarat-syarat pertandingan yang ditetapkan oleh pihak
penganjur akan dibatalkan penyertaannya.
3.15.Mana-mana peraturan dan syarat yang tidak dinyatakan di sini adalah atas budi bicara pihak
penganjur.
3.16.Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

4 SISTEM PERTANDINGAN.
4.1 Pertandingan dijalankan secara Sistem kiraan Mata Terbanyak.
4.2 Giliran peserta akan ditentukan oleh kumpulan masing – masing.
4.3 Jumlah mata yang tertinggi dikira pemenang.
4.4 Sekiranya mata sama. Pemenang akan ditentukan melalui ”Sudden Death”.

5 TATACARA PERTANDINGAN.
5.1 Setiap pertandingan akan melalukan sumpitan dalam jarak untuk setiap kategori yg dikelolakan
5.2 Cabutan lorong akan dibuat semasa taklimat peserta.
5.3 Permarkahan untuk menentukan kemenangan dalam perlawanan dikira berdasarkan jumlah
keseluruhan markah yang diperoleh. Peserta yang mendapat markah tertinggi dikira menang.
Sekiranya berlaku markah terkumpul adalah sama. Maka, sumpitan ”sudden death” menggunakan
satu damak dijalankan. Begitulah seterusnya jika markah Kumpulan yang bertanding masih sama
jumlahnya.
5.4 Tempat pertandingan adalah di kawasan lapang dan selamat.
5.5 Semua Kumpulan hendaklah sentiasa merujuk kepada Jadual Pertandingan.
5.6 Semua pasukan wajib hadir di arena pertandingan sekurang-kurangnya 10 minit (sepuluh ) sebelum
masa pertandingan dimulakan.
6. HADIAH.
6.1 Akan ditentukan berdasarkan peruntukan yang disediakan oleh pengelola

4
SENARAI ALATAN DAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGGELOLAKAN
PERTANDINGAN

BIL ITEM JUMLAH YANG CATATAN


DIPERLUKAN

1 MAKAN DAN MINUM PIHAK PENGGELOLA RM100 X 5 ORANG


=RM500
2 INSENTIF UNTUK PENGGELOLA RM150 X 5 ORANG +
= RM750
3 ALAT TULIS / BORANG/ INK PRINTER RM100

4 ALATAN BOARD/TARGET MENYUMPIT RM500

5 KANOPI 2 UNIT
RM150 SEWA

6 KERUSI 6 UNIT
RM50 SEWA
7 YURAN PENYERTAAN

JUMLAH KESELURUHAN RM2050.00

Anda mungkin juga menyukai