Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PERTANDINGAN

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 15 & 17 TAHUN

MSSD MACHANG 2023

1. NAMA

Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 & 17 Tahun MSSD Machang 2023

2. ANJURAN

MSSD Machang

3. PENGELOLAAN

MSSD Machang

4. UNDANG - UNDANG PERMAINAN

4.1 Mengikut undang – undang dan Peraturan Am FAM dan FIFA.

4.2 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelolaan

Pertandingan adalah Muktamad.

5. PENYERTAAN

5.1 10 Pasukan dari MSSD Machang

5.1.1 SMK MACHANG 5.1.7 SMKA WATANIAH

5.1.2 SM SAINS MACHANG 5.1.8 SMK TEMANGAN

5.1.3 SMK BDR. MACHANG 5.1.9 SMK PGKL. MELERET

5.1.4 SMK HAMZAH 5.1.10 SMK ABDUL SAMAD

5.1.5 SMK HAMZAH 2

5.1.6 SMK SERI INTAN


5.2 Pendaftaran: 18 orang pemain dan 3 orang guru.

5.3 Guna Borang Pendaftaran. Lampiran 1. Hantar pada hari pertama kejohanan bagi

setiap kategori sebelum sepak mula perlawanan pertama di venue masing – masing.

5.4 Yuran: Setiap sekolah diwajibkan membayar yuran sebanyak RM150 bagi setiap

kategori sama ada sekolah tersebut menghantar pasukan atau tidak.

6. KELAYAKAN PEMAIN

6.1 Seorang pemain terdiri dari pelajar sekolah yang sama dan warganegara.

6.2 Seorang pemain hanya layak didaftarkan untuk satu kategori sahaja berdasarkan

kelayakan umur.

6.3 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa

Pertandingan dan status kepada urusetia kejohanan.

6.3.1 Semua pemain mesti mengisi borang M01 dengan lengkap dan

menyerahkan kepada urusetia kejohanan.

6.3.2 Pemain mesti mengemukakan kad pengenalan atau JPN 1/9 atau JPN 1/11.

6.4 Bawah 15 tahun: Lahir pada atau selepas tahun 2008

Bawah 17 tahun: Lahir pada atau selepas tahun 2006

7. SISTEM PERMAINAN

7.1 Pusingan Awal – Liga dalam 2 kumpulan.

7.2 Mata: Menang = 3 mata, Seri = 1 mata, dan kalah = 0 mata.

Penentuan sekiranya berlaku persamaan mata. Ikut turutan.

Perbezaan Jaringan, Jaringan Terbanyak, Pasukan yang pernah mengalahkan lawan dalam

kumpulan. Jika masih sama, tendangan Penalti secara ”Sudden Death” akan dilakukan.
8. JANGKAMASA PERLAWANAN

8.1 Bawah 15 tahun: 15 minit + 5 minit + 15 minit.

Bawah 18 tahun: 15 minit + 5 minit + 15 minit.

8.2 Pusingan kalah mati: Jika Seri – 5 sepakan dari tanda penalti.

8.3 Jika seri, sepakan dari tanda penalti secara “Sudden Death”.

8.4 ”Water Break” akan dilaksanakan pada perlawanan – perlawanan penghujung

saingan kumpulan, bergantung kepada cuaca.

9. PENGGANTIAN PEMAIN

7 orang.

10. PAKAIAN PEMAIN

10.1 MESTI memakai nombor jersi seperti yang telah didaftar.

10.2 Menyediakan DUA set warna jersi yang berlainan. Sekiranya dua pasukan memakai

warna jersi yang sama atau hampir sama, pasukan yang disebut kemudian dalam

jadual perlawanan mesti menukar jersi yang berlainan.

10.3 Semua pemain mesti menggunakan alas betis (shin pad), dan berstokin panjang.

Seluar trek hanya dibenarkan pakai semasa berada di bangku simpanan sahaja.

10.4 Pemain juga digalakkan untuk menutup aurat iaitu memakai “inners”/seluar tight

dan warna “inners”/seluar tight hendaklah berwarna hitam.

11. TINDAKAN TATATERTIB

2 Kad kuning semasa perlawanan - gantung 1 perlawanan

Kad merah kesalahan teknikal - gantung 1 perlawanan

Kad merah kesalahan bermain kasar - gantung 2 perlawanan

Kad merah kesalahan serius - gantung sehingga diputuskan JK pertandingan


12. BANTAHAN

12.1 Secara bertulis oleh Pegawai Pasukan yang berdaftar kepada JK Penglolaan dan

dalam masa 30 minit selepas perlawanan berkenaan beserta bayaran RM200.00.

Wang tersebut tidak akan dikembalikan.

12.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan pengadil

12.3 Semua bantahan/rayuan akan diputuskan oleh lembaga rayuan yang terdiri daripada

Pegawai Pembangunan Bakat Murid MSSD Machang, wakil pengadil, Pengerusi

Teknik serta 2 pengurus pasukan yang berkecuali.

13. ETIKA PEGAWAI

13.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pegawai,

pemain dan penyokong.

13.2 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar padang

permainan adalah satu kesalahan berat.

13.3 Tindakan keras akan diambil kepada pasukan yang tidak meneruskan perlawanan

atau tarik diri.

14. HAL - HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

Segala hal yang tidak diperuntukkan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan

keputusan adalah muktamad.

Disediakan oleh:

Pengerusi Teknik Bola Sepak MSSD Machang.

Anda mungkin juga menyukai