Anda di halaman 1dari 9

MAJLIS SUKAN SEKOLAH KEDAH

PERATURAN PERTANDINGAN
BOLING TENPIN MSS KEDAH
DAN
MAKLUMAT KEJOHANAN MSSD
2018

TARIKH :
24-26 APRIL 2018
(SELASA, rabu, khamis)

TEMPAT:
PREMIER BOWL,CENTRE SQUARE,
SUNGAI PETANI
Jk pengelola : Smk KHIR JOHARI

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


PERTANDINGAN BOLING TENPIN MSSD KUALA MUDA YAN 2018

1
1. UNDANG-UNDANG
1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini akan
dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan Kongres Tenpin Boling Malaysia
(MTBC) dan FIQ.
1.2. Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsiran, undang-undang dalam Bahasa
Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan seperti berikut :
1.3.1. Semua peraturan am akan diputuskan berasaskan Peraturan Am MSSM.
1.3.2. Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan peraturan FIQ.
1.3.3. Semua pindaan dan perubahan tertakluk kepada Jawatankuasa Pengelola.

2. PENDAFTARAN
2.1. Peserta
2.1.1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar di dalam daerah Kuala
Muda Yan.
2.1.2. Setiap pasukan/kategori dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 6 orang
pemain bagi setiap kategori.
2.1.3. Sekiranya terdapat sekolah yang tidak memenuhi kuota 6 orang peserta
barulah penyertaan di buka kepada sekolah-sekolah lain untuk memenuhi
kekosongan tersebut.
2.1.4. Pendaftaran peserta secara email ke alamat ptbowlingkmy@gmail.com
selewat-lewatnya pada 18 April 2018 jam 12 tengah malam.

2.2. Bola dan Kasut


2.2.1. Semua peserta dibenarkan menggunakan bola sendiri untuk pertandingan ini.
Pihak pusat boling juga akan menyediakan bola untuk peserta.
2.2.2. Pihak pusat boling ada menyediakan kasut untuk disewa oleh peserta.

3. KELAYAKAN PESERTA
3.1. Rujuk Peraturan Am MSSM

4. HAD UMUR

2
4.1. Rujuk Peraturan Am MSSM

5. PEMBENTUKAN PASUKAN

5.1. Setiap pasukan boleh mendaftar dua pasukan bagi setiap kategori yang terdiri
daripada :

Bil Status Lelaki Perempuan


1. Pengurus 1 1
2. Jurulatih 1 1
3. Pemain 6 6

6. ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN


6.1. Individu - 12 L, 12P, 15L , 18L, 15P dan 18P
6.2 Beregu - semua kategori ( kombinasi skor individu untuk 2 pemain
terbaik setiap sekolah)
6.2 Master -12L,12P, (8 orang terbaik bagi setiap kategori
berdasarkan keputusan individu)
- 15L,18L, 15P dan 18P (12 orang terbaik bagi setiap
kategori berdasarkan keputusan individu)

7. SISTEM PERTANDINGAN
7.1. Acara individu lelaki dan perempuan bagi setiap kategori umur :
7.1.1. Setiap peserta yang telah mendaftar layak diambil kira bagi mewakili sekolah
masing-masing.
7.1.2. Setiap peserta dikehendaki bermain sebanyak enam ”games” bagi acara
individu Bawah 15 Dan 18 tahun dan empat ”games” bagi kategori Bawah 12
tahun.
7.1.3. Peserta dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi selepas game adalah
pemenang bagi setiap acara individu Lelaki/ Perempuan.
7.1.4. 10 peserta terbaik untuk kategori P12 dan L12 akan layak ke acara Master.
7.1.5. 12 peserta terbaik untuk setiap kategori P15, P18, L15 dan L18 akan layak
ke acara Master.
7.1.6. Semua peserta yang layak ke kategori Master akan bermain sebanyak
8 games dalam acara Master.
7.1.7. Enam peserta terbaik dengan jumlah jatuhan pin tertinggi All event
(gabungan skor acara Individu dan Master) akan dipilih mewakili pasukan
daerah ke Pertandingan Tenpin Boling MSSK 2018. Jika ada pemain yang
3
terpilih menarik diri atas sebab-sebab tertentu Jawatankuasa Pemilihan
berhak memilih pemain lain sebagai ganti.
7.1.8. Pemilihan ini tidak hanya bergantung kepada keputusan Kejohanan MSSD
2018. Ianya merangkumi ;
7.1.8.1. Keputusan Kejohanan MSSD 2018
7.1.8.2. Keputusan semasa
7.1.8.3. Disiplin pemain
7.1.8.4. Komitmen pemain

8. YURAN PENYERTAAN
8.1. Yuran pendaftaran dibiayai oleh sekolah masing-masing (bergantung kepada
kemampuan kewangan sekolah) atau dibiayai oleh waris seperti berikut:
- Kategori Individu
B12 tahun = RM 35.00
B 15 dan 18 tahun = RM 50.00
- Kategori Master
Semua kategori = RM 60.00

9. PERUBAHAN DALAM SUSUNAN PERMAINAN


9.1. Peserta mesti bermain mengikut susunan yang ditetapkan oleh pihak pengelola.

10. TANGGUNGJAWAB PENGURUS PASUKAN

10.1 Pengurus pasukan akan bertanggungjawab kepada kelayakan, tatatertib dan kehadiran
pasukannya. Beliau akan bertindak sebagai wakil dalam jawatankuasa pengurusan.
Beliau juga mempunyai hak untuk memilih wakilnya bagi menghadiri mesyuarat.

11. MENARIK DIRI DARI PERTANDINGAN


11.1. Sila rujuk peraturan Am MSSM

12. PENGESAHAN KEPUTUSAN


12.1. Adalah menjadi tanggungjawab setiap peserta untuk mengesahkan keputusan
perlawanannya dalam skor yang disediakan.
12.2. Keputusan setelah disahkan hanya boleh diubah dengan kebenaran Pengerusi Teknik
Pertandingan atau Wakilnya.

13. GANGGUAN PERMAINAN

4
13.1. Pegawai pertandingan yang bertugas mempunyai kuasa untuk mengarahkan
pertukaran lorong sekiranya terdapat kerosakan mesin di mana ianya akan
melambatkan permainan. Permainan yang tergendala dan tidak boleh diselesaikan
akan disambung di atas lorong yang baik dari mana pengendalaan itu berlaku.

14. BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH

14.1. Bila seseorang pemain bermain di atas lorong yang salah dan kesalahan itu dikesan
sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu akan dianggap sebagai
bola mati dan pemain tersebut dikehendaki bermain game yang kemudiannya pada
lorong yang salah tadi.
14.2. Sekiranya kesalahan itu hanya dikesan selepas pemain kemudian yang membaling
bolanya, maka mata yang diperolehi itu akan diambilkira dan pemain tersebut
dikehendaki bermain semula game yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

15. WAKTU MELAPORKAN DIRI

15.1. Semua peserta mesti melaporkan diri selewat-lewatnya 30 minit sebelum acara
bermula. Peserta yang lewat akan hilang kelayakan dalam sesuatu acara itu.
15.2. Peraturan ini berkuatkuasa dalam semua acara.

16. MEMPERLAHANKAN PERMAINAN [ SLOW BOWLING ]

16.1. Seseorang peserta yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui hak dan
obligasinya seperti berikut :
16.1.1. Mereka berhak untuk bermain terlebih dahulu [ right of way ] terhadap
lorong yang berada di sebelah kirinya.
16.1.2. Mereka harus memberikan laluan kepada pemain yang berada di atas lorong
di sebelah kanannya.
16.1.3. Semua pemain harus bersedia untuk bermain bila sampai gilirannya dan tidak
harus melambatkan permainan itu.
16.1.4. Sekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, dia
akan diberi amaran dengan isyarat kad putih untuk kesalahan yang pertama
[ tiada penalti ], dan kad kuning atas kesalahan yang kedua [tiada penalti].
Untuk kesalahan yang ketiga dan berikutnya dalam sesuatu blok permainan,
pemain tersebut akan diberi kad merah dan sifar [0] mata untuk game
tersebut.

5
17. KEHILANGAN SKOR
17.1. Sekiranya terdapat kehilangan skor yang disebabkan oleh kerosakan monitor TV dan
skor-skor itu tidak dapat dikesan maka pemain-pemain yang terlibat itu mestilah
bermain semula permainan baru. Akan tetapi, permainan yang dahulu di mana skor-
skornya telah dicatat tidak boleh diubah.
17.2. Namun begitu, Jawatankuasa pengelola akan mengambil inisiatif melantik pencatat
skor untuk tujuan keselamatan.

18. PAKAIAN
18.1. Pemain yang memakai seluar pendek atau singlet tidak dibenarkan bermain.
18.2. Pemain dikehendaki berpakaian kemas (pakaian sukan sekolah dibenarkan) mewakili
identiti sekolah masing-masing dan dilarang melakukan sebarang kemarahan di atas
lorong.
18.3. Seluar ”jean” dan seluar potongan ”jean” tidak dibenarkan (poket tampal).

19. BANTAHAN
19.1. Sila rujuk Peraturan Am MSSK
19.2. Kelayakan – Bantahan yang melibatkan kelayakan seseorang pemain mestilah dirujuk
secara bertulis kepada pengerusi teknik atau setiausaha kejohanan dalam tempoh 30
minit selepas tamat pertandingan.
19.3. Skor- Kesalahan dalam pengiraan skor atau bantahan terhadap keputusan skor
mestilah dilaporkan dengan serta merta kepada pegawai pertandingan atas penemuan
kesalahan tersebut. Bantahan yang lambat tidak akan dilayan.
19.4. Bantahan hanya boleh dibuat oleh pengurus pasukan masing-masing.

20. JURI RAYUAN


20.1. Pelantikan Juri Rayuan terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola,
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola, Pengerusi Teknik, Kedua-dua pihak terlibat dan
dua wakil berkecuali.
20.2. Semua keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah Muktamat.

21. JAWATANKUASA PEMILIHAN


Pengerusi : Pengerusi Pengelola Kejohanan
T/Pengerusi : Pegawai Sukan PPD KMY
: Pengerusi Teknik Daerah

6
AJK : Setiausaha Pengelola
: AJK dari sekolah Pengelola

22. NOTA-NOTA TAMBAHAN

22.1. Barang-barang makanan dan minuman tidak dibenarkan letak di atas meja pemain
semasa permainan dijalankan.
22.2. Mana-mana pasukan yang sengaja menghilangkan skor semasa permainan akan
dihukum dan permainannya dibatalkan.

23. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

23.1. Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan/dibekalkan dalam undang-undang dan


peraturan Am MSSM, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat keputusan dan segala
keputusannya adalah muktamat.

JADUAL PERTANDINGAN BOLING MSSD 2018


TEMPAT : PREMIER BOWL,CENTRE SQUARE
SUNGAI PETANI

7
Tarikh : 24.04.2018 (SELASA)

8:30 pagi : Oiling / Pendaftaran pemain bawah 12 tahun perempuan


9.00 pagi : Pertandingan bawah 12 tahun perempuan

11.00 pagi : Oiling / pendaftaran pemain bawah 12 tahun lelaki


11.30 pagi : Pertandingan bawah 12 tahun lelaki

1.00 tgh : Penyampaian hadiah bagi kategori individu dan Beregu P12 dan L12

2.30 ptg :Oiling / Pendaftaran pemain bawah 15 tahun lelaki


3.00 ptg : Pertandingan bawah 15 tahun Lelaki

6.30 ptg : Penyampaian hadiah bagi kategori individu dan Beregu L15

Tarikh : 25.04.2018 (RABU)

8.30 pagi : Oiling/ pendaftaran pemain bawah 15 tahun perempuan


9:00 pagi : Pertandingan bawah 15 tahun perempuan

10:30 pagi : Oiling/pendaftaran pemain bawah 18 perempuan


11:30 pagi : Pertandingan bawah 18tahun perempuan

1:30 ptg : Penyampaian hadiah bagi kategori individu dan Beregu P15 dan P18

2.00 ptg : Oiling/pendaftaran pemain bawah 18 tahun


2.30 ptg : Pertandingan bawah 18 tahun lelaki

5:30 ptg : Penyampaian hadiah bagi kategori individu dan Beregu L18

Tarikh : 26.04.2018 ( KHAMIS)

8.00 pagi : Oiling/ pendaftaran pemain acara Master


8.30 pagi : Pertandingan acara master (L12,L15,L18)

11.00 pagi : Oiling/ pendaftaran pemain acara Master


11.30 pagi : Pertandingan acara master (P12,P15,P18)

3.00 ptg : Majlis Penutup Penyampaian hadiah Acara Master semua kategori
: Pengumuman pemain MSSD (berdasarkan keputusan All Event)

(Tertakluk kepada perubahan : yang bergantung kepada jumlah penyertaan bagi setiap
kategori)

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD KUALA MUDA YAN KEDAH


TAHUN 2017
8
BORANG PENDAFTARAN

SEKOLAH :..........................................................................................
KATEGORI :..........................................................................................
NAMA PENGURUS :..........................................................................................

BI NAMA PELAJAR NO.KAD PENGENALAN SEKOLAH


L

Tandatangan Pengurus Pasukan Cop Pengesahan Pengetua

---------------------------------------- ----------------------------------------------
( )

Sila emailkan ke alamat email rohanihat@yahoo.com sebelum atau pada 25 April 2017.

Anda mungkin juga menyukai