Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON MSSD KUALA MUDA/YAN 2023

1. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN


Tarikh tutup: 26 Jun 2023 (Isnin) sebelum pukul 2:00 petang.
Tarikh : 10 hingga 12 Julai 2023 (Isnin hingga Rabu).
Tempat : CT Advance Sports (Max Court), 780-H, Jalan Bakar Sampah,
Kampung Sungai Tongka, 08000 Sungai Petani, Kedah
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Telefon : 013-4248116 (En. Mohd Nazril bin Mohd Zain)

2. UNDANG-UNDANG KEJOHANAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Badminton
Dunia (BWF) dan Peraturan Am MSSM.

3. PENDAFTARAN PEMAIN
Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar penyertaan maksimum
sebanyak empat (4) peserta perseorangan dan empat (4) peserta berpasangan
bagi setiap kategori berikut:
3.1 Lelaki di bawah umur 12 tahun.
3.2 Perempuan di bawah umur 12 tahun.
3.3 Lelaki di bawah umur 15 tahun.
3.4 Perempuan di bawah umur 15 tahun.
3.5 Lelaki di bawah umur 18 tahun.
3.6 Perempuan di bawah umur 18 tahun.
(Seseorang pemain hanya boleh mengambil bahagian dalam kategori umurnya
sahaja)

4. KUTIPAN SUMBANGAN PENYERTAAN


i. Perseorangan : RM 25
ii. Beregu : RM 35

5. JADUAL KEJOHANAN
Jadual kejohanan yang akan dikeluarkan sebelum pertandingan adalah
muktamad. Hanya pihak pengelola kejohanan sahaja yang berhak membuat
sebarang pindaan terhadap masa, tarikh, tempat dan jadual pertandingan.

6. SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir.
6.2 Pemain akan bermain satu game dengan sistem kiraan 30 mata pada
peringkat pertama hingga ke peringkat suku akhir.

1
6.3 Mana-mana pemain yang mendapat 30 mata dahulu akan dikira sebagai
pemenang perlawanan tersebut.
6.4 Perlawanan hanya akan berlangsung menggunakan sistem 21 mata dengan
memenangi dua daripada tiga game pada peringkat separuh akhir dan
peringkat akhir sahaja.

7. KIRAAN MATA PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN PUSINGAN AKHIR


7.1 Pihak yang menang dalam sesuatu rally akan ditambah mata.
7.2 Jika kiraan mata menjadi 20 sama, pemenang hanya akan ditentukan
apabila terdapat pemain yang berjaya mendahului pihak lawan dengan
kelebihan dua (2) mata dalam game tersebut.
7.3 Sekiranya pemenang dalam satu game masih tidak dapat ditentukan
melalui pebezaan dua (2) mata, maka pemain yang mendapat mata ke 30
dahulu akan dikira sebagai pemenang.

8. MASA REHAT
8.1 Pada pusingan awal sehingga pusingan suku akhir, masa rehat yang
dibenarkan adalah selama 60 saat pada mata ke-15 yang pertama sahaja.
8.2 Bagi perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir, masa rehat yang
dibenarkan adalah selama 60 saat pada mata ke-11 yang pertama dalam
setiap game.
8.3 Manakala masa rehat 120 saat hanya dibenarkan ketika pertukaran petak
gelanggang di antara game pertama dengan game kedua dan diantara
game kedua dengan game penentuan jika ada.

9. MELAPOR DIRI
9.1 Pemain dikehendaki melapor diri kepada Raferi Kehormat Kejohanan 15
minit sebelum masa perlawanan yang telah ditetapkan dalam jadual
pertandingan.
9.2 Kelewatan berbuat demikian akan menyebabkan pemain tersebut
dibatalkan penyertaan dan dianggap telah memberi kemenangan percuma
kepada pihak lawan.
9.3 Jika pemain gagal berada di dalam gelanggang lima (5) minit selepas
namanya dipanggil, kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak
lawan.

10. KEMENANGAN PERCUMA


10.1 Peserta yang memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan secara
sengaja akan hilang kelayakan bermain bagi pertandingan seterusnya.

2
11. KECEDERAAN
11.1 Tidak ada peruntukan masa rawatan pemulihan bagi pemain yang cedera
ketika perlawanan berlangsung, namun begitu Referi Kehormat
mempunyai hak untuk membuat keputusan atas budi bicara beliau.

12. PEMAKAIAN PEMAIN


Pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan sukan badminton
dan wajib memakai baju yang berlengan.
Pemain dikehendaki memakai baju yang sama bagi acara beregu atau baju
sukan sekolah masing-masing dalam perlawanan peringkat separuh akhir
dan peringkat akhir.

13. BULU TANGKIS


13.1 Bulu Tangkis yang akan digunakan dalam pertandingan ialah PROTECH
CHAMPIONSHIP New Edition (WHITE & BROWN).
13.2 Pihak pengelola TIDAK menyediakan bulu tangkis untuk kejohanan ini.
13.3 Pasukan sekolah yang mengambil bahagian dikehendaki menyediakan bulu
tangkis masing-masing.
13.4 Pasukan yang bertanding dikehendaki berkongsi bulu tangkis yang akan
digunakan bagi setiap perlawanan.

14. KEPUTUSAN
14.1 Keputusan pengadil adalah muktamad dalam semua perkara yang sudah
nyata (Point Of Fact).
14.2 Bantahan atau rayuan hanya dibenarkan dalam hal undang-undang
permainan sahaja (Point Of Law).

15. BANTAHAN
15.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis selewat-lewatnya 1 jam
selepas permainan tamat.
15.2 Bantahan ditujukan kepada Pengerusi Juri Rayuan dengan disertakan wang
bantahan sebanyak RM300 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
15.3 Jika bantahan ditolak oleh Panel Juri Rayuan, wang tidak dikembalikan.
Keputusan Juri Rayuan adalah Muktamad.

16.PERTUKARAN PEMAIN
16.1 Pertukaran pemain hanya dibenarkan dengan surat akuan Pengetua/ Guru
Besar/ Sijil Sakit doctor sahaja.

3
16.2 Pertukaran pemain perlu dilakukan sebelum kejohanan bermula dan
pemain yang ditukar mestilah pemain baru yang tidak mengambil bahagian
dalam kategori yang sama.

17. WAKIL DAERAH KUALA MUDA YAN KE PERTANDINGAN MSSK


17.1 Bagi acara perseorangan, johan akan mewakili daerah secara automatik
manakala naib johan dan tempat ketiga bersama akan bersaing untuk
mengisi tempat perseorangan kedua.
(4 orang pemain yang berjaya ke separuh akhir sahaja akan dipanggil untuk pemilihan)
17.2 Bagi acara Beregu, pemilihan pemain diserahkan sepenuhnya kepada
panel pemilihan dari pusingan awal hingga pusingan akhir.
17.3 Oleh itu Johan dalam acara beregu tidak semestinya dapat mewakili
daerah ke kejohanan MSSK.

18.PENDAFTARAN PESERTA
18.1 Pendaftaran peserta perlu dibuat secara dalam talian (online) dan secara
manual.
18.2 Pautan (link) google form bagi pendaftaran secara dalam talian (online)
akan diberi oleh pihak penganjur.
18.3 Borang penyertaan secara manual pula perlu dimuat turun daripada
pautan (link) yang disediakan.
18.4 Pengurus pasukan dikehendaki mengisi maklumat pemain dan bawa
bersama borang yang telah disahkan oleh pengetua/guru besar semasa
melapor diri pada hari kejohanan.

19. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


19.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini dan
Peraturan Permainan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan dan keputusan adalah Muktamad.
19.2 Sila patuhi SOP SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BILANGAN 3 TAHUN 2023 (KPM 100-1/3/2 Jld. 7 (3)) bertarikh 06 Jun 2023.
19.3 Para peserta digalakkan minum air secara kerap memandangkan keadaan
cuaca yang panas ketika ini.

Anda mungkin juga menyukai