Anda di halaman 1dari 5

Syarat dan Peraturan Pertandingan

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH BAWAH 13 TAHUN TERBUKA PIALA


AHLI PARLIMEN P 191 KALABAKAN
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ( JPKK )
TG. BATU LAUT PUKAT.

1. KELAYAKAN
1.1 Umur bagi penyertaan pemain kategori ini adalah 13 tahun ke bawah iaitu lahir pada tahun 2010
dan selepasnya
1.2 Pemain yang lahir pada tahun 2010 walaupun belum mencapai umur 13 tahun layak dan
dibenarkan menyertai dalam kejohanan ini.

2. BAYARAN PENYERTAAN
2.1 Bayaran penyertaan berjumlah RM 150.00 dikenakan kepada setiap pasukan. Bayaran boleh dibuat
secara online ke Akaun Maybank : 510246051444 - Zurinah bt. Ronsen. Refence : Cth : Tg. Batu
Kids FC
2.2 Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang penyertaan dan Salinan Sijil Lahir
/ My KID diserahkan pada atau sebelum 16 Februari 2023.
2.3 Pemain dikehendaki membawa dokumen ASAL semasa pertandingan dijalankan untuk
tujuan pemeriksaan
2.3 Borang penyertaan yang tidak disertakan dengan bayaran penyertaan dan Salinan sijil lahir/ MY
KID pemain akan ditolak.

3. PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN


3.1 Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 12 orang pemain.
3.2 Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan dibenar menurunkan seramai 9 orang pemain
dan 3 orang pemain simpanan
3.3 Borang boleh diserahkan secara online @ secara ‘hardcopy” kepada En. Sabir b. Lansah

4. PENGADIL
4.1 Pihak penganjur akan menyediakan pengadil berdaftar dan berkelayakan bagi setiap
perlawanan.
4.2 Setiap keputusan pengadil adalah muktamad

5. PERATURAN PERTANDINGAN
5.1 Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan Bolasepak Antarabangsa dan Persatuan
Bolasepak Malaysia
5.2 Perlawanan akan diadakan selama 10 minit ( nonstop ) bagi pusingan dalam kumpulan )
Perlawanan pusingan kedua akan diadakan selama 7 minit bagi separuh masa pertama dan
kedua ( 7 + 1 + 7 )
Perlawanan separuh akhir dan akhir akan dijalankan selama 10 minit bagi separuh masa
pertama dan kedua ( 10 + 1 + 10 )
5.3 Pusingan pertama akan dijalankan secara liga. Manakala pusingan seterusnya akan dijalankan
secara kalah singkir.
5.4 Hanya dua pasukan daripada setiap kumpulan pusingan liga (pusingan pertama) ) layak ke
pusingan seterusnya (kalah singkir). Jika kemenangan tidak dapat ditentukan pada masa
permainan.
5.4.1 Pusingan Liga - Setelah diambilkira jumlah mata, jumlah jaringan-
bolos, jumlah jaringan, jumlah bolos (kena) maka pemenang akan ditentukan melalui cara
berikut :-
5.4.1.1 Pasukan yang pernah menewaskan pasukan yang satu lagi dalam kejohanan ini
dikira pemenang.
5.4.1.2 Pasukan yang menjaringkan gol terlebih dahulu dikira Pemenang.
5.4.2 Pusingan Kalah mati (kedua),- separuh akhir dan akhir
– sepakan penalti akan dilakukan oleh 3 orang pemain setiap pasukan. Jika didapati masih
seri, sepakan penalti oleh satu (1) orang pemain secara ‘SUDDEN DEATH ‘dijalankan
sehingga dapat ditentukan pasukan yang menang.
5.5 Pertukaran pemain boleh dibuat bila-bila masa. Pertukaran pemain boleh dibuat tanpa had pada
setiap perlawanan yang dijalankan untuk satu pasukan. Pemain yang sudah keluar boleh
dimasukkan semula.
5.6 Setiap pasukan dilarang mengambil pemain selain daripada pemain yang telah didaftarkan
dalam borang pertandingan. Jika didapati ada pasukan yang mengambil pemain selain yang
didaftarkan penyertaan pasukan akan terbatal.
5.7 Pemain yang bermain tidak mengikut tertib permainan (mengikut undang-undang ) akan
dikenakan kad kuning atau kad merah bergantung kepada kesalahan. Pemain yang mendapat
kad merah dilarang bermain untuk perlawanan seterusnya. Pemain yang menerima 2 kad kuning
dalam satu perlawanan dan akan dikenakan kad merah. Bagaimanapun pemain yang
mengumpul kad kuning dalam perlawanan berasingan masih boleh meneruskan permainan.
5.8 Setiap pasukan perlulah menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Jika lewat 5
minit selepas tiupan wisel pangadil dari masa yang telah ditetapkan, pasukan lawan akan
mendapat kemenangan percuma jaringan 3-0.
5.9 Semua pasukan tidak dibenarkan DENGAN SENGAJA memberi kemenangan percuma. Sekiranya
berlaku pasukan tersebut secara automatik terkeluar daripada pertandingan dan perlawanan-
perlawanan yang telah ditandinginya di anggap BATAL
.5.10 Pasukan atau pemain yang melakukan kekacauan dalam pertandingan yang berlangsung akan
disenarai hitam dari kejohanan ini.

6. BANTAHAN
6.1 Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat-lewatnya 30 minit selepas
perlawanan tersebut tamat.
6.2 Setiap bantahan mestilah disertakan dengan borang bantahan rasmi yang disediakan oleh urusetia.
6.3 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM 100.00 ( sekiranya
bantahan diterima, wang bantahan akan dikembalikan ).
6.4 Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

7. PAKAIAN PEMAIN
7.1 Setiap pasukan yang beragama Islam adalah digalakkan MENUTUP AURAT semasa perlawanan.(
Digalakkan memakai seluar tight panjang)
7.2 Setiap pasukan menyediakan 2 set jersi berlainan warna.
7.3 Pemain adalah diwajibkan memakai “shin pad” semasa perlawanan.

8. KECEREDAAN / KESELAMATAN
8.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kecederaan atau
sebarang sebarang perkara yang tidak diingini dan kehilangan barang-barang semasa pertandingan
berlangung.
8.2 Keselamatan pemain adalah tanggungjawab pengurus pasukan masing-masing.
9. PENANGGUHAN
9.1 Penangguhan perlawanan akan dibuat sekiranya Jawatankuasa Pertandingan merasakan tidak
selamat untuk meneruskan perlawanan seperti kehadiran kilat.
9.2 Jawatankuasa Pertandingan berhak memutuskan cara menentukan pemenang sekiranya
perlawanan tidak dapat diteruskan berpanjangan.

10. PERINGATAN
10.1 Jawatankuasa pengelola kejohanan adalah berhak dan berkuasa menambah, meminda,menolak
dan menerima atas sebarang perkara yang dinyatakan di dalam peraturan di atas.
10.2 Setiap pasukan dan pemain memakai baju yang tidak mempunyai logo atau ayat minuman keras
.
10.3 Pengurus / jurulatih pasukan hendaklah memastikan setiap pemain menjaga kebersihan dan
hartabenda lokasi pertandingan.

11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN UNDIAN PENENTUAN KUMPULAN


11.1 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Februari 2023.612.2 Undian penentuan kumpulan
bertanding akan diadakan pada 16 Februari 2023 ( secara online )

11.2 Sebarang pertanyaan, boleh merujuk kepada :


A. Coach Zaidy ( 0198014032 ) - pertanyaan
B. Sabir b. Lansah ( 0109328905 ) - pertanyaan dan serahan borang
C. Mohd. Nasir b. Awang ( 0146525899 ) - pertanyaan
PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH BAWAH 12 TAHUN TERBUKA
PIALA P191 KALABAKAN
DIKELOLAKAN OLEH JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ( JPKK ) TG. BATU LAUT PUKAT.

NAMA PASUKAN
NAMA PENGURUS PASUKAN / HP
NAMA JURULATIH / HP

BIL NAMA PEMAIN NO. MY KID NO. SIJIL NO.


BERANAK JERSEY
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

Saya ……………………………………………………….. No. KP : ………………………………… sebagai


Pengurus / Jurulatih Pasukan ……………………………, dengan ini :
1. Akan bertanggungjawab sepenuhnya keatas pemain-pemain yang didaftarkan dalam pasukan
saya / kami,
2. Akan akur kepada semua Syarat Pertandingan dan Undang-undang Permainan yang telah
ditetapkan oleh pihak penganjur,
3. Tidak akan menuntut apa-apa sekiranya berlaku kecederaan, kemalangan atau perkara yang
tidak diingini sepanjang terlibat dengan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Piala
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah 2023.

……………………………..tt
( ……………………………………. )
Pengurus / Jurulatih Pasukan : …………………………
No. Kad Pengenalan : …………………………………..
TENTATIF PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH BAWAH 12 TAHUN TERBUKA
PIALA P 191 KALABAKAN
DIKELOLAKAN OLEH JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ( JPKK ) TG. BATU LAUT PUKAT.

Tarikh / Perkara Tempat Catatan


Masa
4 – 15 Pendaftaran Pasukan
Februari 2023 bertanding
16 Februari Undian penentuan Pasukan Secara online
2023 bertanding mengikut kumpulan
4 – 17 Persediaan Berkaitan
Februari 2023 Pertandingan
18 Februari
2023 Pertandingan Bermula Padang SK Bahagia,
7.00 pagi – Tawau
6.00 petang
19 Februari
2023 Pertandingan Berlangsung Padang SK Bahagia,
7.00 pagi Tawau
selesai
Aturcara Perasmian Penutupan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Bawah 12
Tahun Piala Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah 2023
Ketibaan Perasmi
YB Datuk Andi Muhammad
Suryady b. Hj. Bandy
Pembantu Menteri
Pembangunan Perindustrian
19 Februari dan Keusahawanan,
2023 merangkap Ahli Parlimen P
4.00 petang 191 Kalabakan dan Ahli Padang SK Bahagia Tawau
Dewan Undangan Negeri
Sabah N 71 – Tg. Batu dan
rombongan
Perlawanan
tempat ke 3 dan ke 4
Perlawanan Akhir
Ucapan Perasmian Penutupan
dan Penyampaian Hadiah

Bersurai

Anda mungkin juga menyukai