Anda di halaman 1dari 5

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD JELI

BAWAH 12 DAN 18 TAHUN


2016

1. PENGANJUR
Pejabat Pelajaran Daerah Jeli

2. PENGELOLA
SMK Kuala Balah.

3. TARIKH KEJOHANAN
25 JANUARI 2016 - Bawah 18 Perempuan
26 JANUARI 2016 Bawah 18 Tahun Lelaki
27 JANUARI 2016 Bawah 12 Perempuan
28 JANUARI 2016 Bawah 12 Tahun Lelaki

4. TEMPAT KEJOHANAN
4.1 Gelanggang Bola Tampar SMK Kuala Balah Bawah 18 Tahun
4.2 Gelanggang Bola Tampar SK Batu Melintang Bawah 12 Tahun

5. JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan secara berpasukan 12 pemain.
Enam ( 6 ) pemain bermain ( termasuk libero ), dan enam ( 6 ) pemain simpanan

6. PEMBENTUKAN PASUKAN
Setiap pasukan terdiri daripada :
Pengurus Pasukan 1
Ketua Jurulatih 1
Jurulatih 1
Pen. Jurulatih Wanita 1
Pemain 12

7. PERATURAN AM
a. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bola Tampar
Antarabangsa (Federation International of Volleyball FIVB) dan undang-undang yang
sedang dikuatkuasakan sekarang.
b. Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam
Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
c. Semua keputusan dan undian yang dibuat oleh Jawatankuasa Kejohanan Bola Tampar
MSSD Jeli 2016 adalah MUKTAMAD.

8. KELAYAKAN PEMAIN
Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili dan bermain untuk satu pasukan sahaja.

1
9. SISTEM PERTANDINGAN
a. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 9 orang pemain.
b. Pertandingan akan dijalankan secara liga pada pusingan pertama. Peraturan ini tertakluk
kepada perubahan, bergantung kepada jumlah pasukan yang akan bertanding.
c. Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B dengan membuat undian bagi
menentukan kumpulan. Pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam
kumpulan masing-masing. Johan dan Naib Johan dari setiap kumpulan akan bertemu di
peringkat Separuh Akhir secara bersilang (crossing) di mana A1 akan bertemu dengan
B2 dan A2 akan bertemu dengan B1. Pemenang di peringkat Separuh Akhir akan
bertemu di perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara
kedua-dua pasukan yang kalah akan bermain untuk tempat Ketiga dan Keempat.

10. SISTEM PEMBERIAN MATA / CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN


a. Pertandingan akan dijalankan secara 3 set (Best of Three). Pasukan yang memenangi 2
set dikira sebagai pemenang. Sistem pemberian mata adalah seperti berikut :
Menang - 2 mata
Kalah - 1 mata
Lucutan teknik/menarik diri - 0 mata
b. Di peringkat liga, sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan yang mendapat jumlah
mata yang sama, kaedah berikut akan digunakan:
Peringkat 1 = Jumlah Mata Menang
Nisbah Mata Jumlah Mata Kalah
Peringkat 2 = Jumlah Set Menang
Nisbah Set Jumlah Set Kalah

Peringkat 3
Sekiranya kedudukan masih SERI juga, kaedah berikut akan diambil kira:
c. Jika hanya 2 pasukan terlibat, keputusan perlawanan di antara kedua-dua pasukan
berkenaan akan diambil kira. Pasukan yang menang perlawanan itu menduduki tempat
teratas.

2
d. Jika 3 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamad akan ditentukan dengan
cabutan undi atau lambung pilih atau Toss of Coin

11. KELEWATAN
Lima belas (15) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan. Jika selepas masa itu
sesebuah pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain atas
alasan yang munasabah, maka pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada
pertandingan.

12. PAKAIAN PEMAIN


a. Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang seragam dan lengkap bernombor kecuali
libero. Keseragaman seluar adalah di kecualikan.
b. Saiz nombor 15 cm di depan dan 20 cm di belakang jersi.
c. Nombor jersi haruslah berada di bahagian tengah baju di depan dan belakang.
d. Setiap pasukan haruslah mengikut syarat pemakaian yang ditetapkan untuk mengelak
sebarang kesulitan.

13. MENARIK DIRI


Menarik diri tidak dibenarkan. Jika berlaku, pasukan berkenaan dianggap menarik diri
daripada keseluruhan perlawanan dan pasukan berkenaan tidak dibenarkan lagi menyertai
perlawanan seterusnya.

14. PENANGGUHAN
Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut : -
Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan
disambung mengikut baki mata dan set yang tinggal.
Sekiranya perlawanan yang ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan
tersebut hendaklah dimulakan dari set 0-0 semula.
Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubah
sesuatu jadual atau tempat pertandingan tanpa terlebih dahulu memberitahu
pasukan yang terlibat.

15. PEGAWAI TEKNIKAL


Pengerusi Pertandingan dan Pegawai Teknikal akan dilantik oleh Jawatankuasa
Kejohanan Bola Tampar MSSD Johor Bahru 2014.

16. BANTAHAN DAN RAYUAN


a. Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan secara
bertulis dalam borang yang disediakan kepada Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan tidak lewat daripada tiga puluh (30) minit selepas sesuatu perlawanan
itu tamat.
b. Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan Wang Bantahan sebanyak
RM 100.00.
c. Wang bantahan akan luput sekiranya bantahan atau rayuan dit

3
17. TINDAKAN TATATERTIB
a. Tindakan Tatatertib akan diambil mengikut Undang-undang Peraturan Bola Tampar
Malaysia.
b. Seorang pemain yang diarahkan keluar gelanggang dan tidak dibenarkan meneruskan
permainan adalah dengan automatiknya digantung bermain dalam perlawanan
berikutnya sehinggalah Jawatankuasa Tatatertib telah mengambil tindakan yang
sewajarnya.

18. HADIAH
Hadiah dan sijil akan diberi kepada Johan, Naib Johan sahaja.

19. JURI RAYUAN DAN PANEL PEMILIH PASUKAN MSSD JELI


a. Juri Rayuan terdiri daripada lima ( 5 ) orang yang dilantik oleh Jawatankuasa
Kejohanan Bola Tampar MSSD Jeli Bahru 2014 iaitu : -
Pengerusi Teknik Kejohanan Bola Tampar MSSD Jeli 2014
Ketua Pengadil MSSD Jeli 2014
Ketua Jurulatih MSSD Jeli 2014

b. Juri Rayuan akan bersidang dalam masa satu (1) jam setelah menerima bantahan atau
rayuan dan akan menyampaikan keputusan kepada Jawatankuasa Teknikal Kejohanan
Bola Tampar MSSD Jeli 2014.

20. SUMBANGAN PENYERTAAN


a. Sumbangan penyertaan: RM 70.00 untuk setiap pasukan. Bayaran dan Borang
Penyertaan hendaklah diserahkan semasa pendaftaran dibuat.
b. Resit akan dikeluarkan sebagai bukti pembayaran.
c. Bayaran tidak akan di kembalikan

21. HAL-HAL LAIN


a. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang kejadian yang tidak
diinginiseperti kecederaan, kematian, kehilangan harta benda dan lain - lain ke atas para
peserta sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
b. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kos pengangkutan, penginapan dan
makan minum pasukan.
c. Pihak penganjur juga berhak untuk membuat keputusan untuk sebarang kejadian yang
tidak termaktub di dalam syarat - syarat dan Peraturan Pertandingan.
d. Jawatankuasa Kejohanan ini berhak membuat sebarang perubahan dalam perkara yang
tidak dinyatakan dalam syarat-syarat kejohanan ini. Semua keputusan Jawatankuasa ini
adalah Mutlak dan Muktamad.

4
LAMPIRAN

SENARAI NAMA PEGAWAI YANG BERTUGAS

MOHD ZANAN BIN ABDULLAH SK BATU MELINTANG


ZURIATI BT ZULKIFLEE SK BATU MELINTANG
ZAMRY BIN CHE MAN SK BATU MELINTANG
AZMI BIN MAT SK BUKIT JERING
MOHD TORMIZI B ABD HAMID SK BUKIT JERING
ISMAIL BIN CHE HASSAN SK SUNGAI LONG
MOHD HAFIZ BIN ABD KADIR SMK KUALA BALAH
SABRI BIN ISMAIL SMK JELI
MOHD ARPAN ABDULLAH BORHAN MRSM JELI

Anda mungkin juga menyukai