Anda di halaman 1dari 4

KEWAJIPAN BERPUASA

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan
atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran,
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa
dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka
hendaklah ia berpuasa bulan itu...
Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat
Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah,
fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.
FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan
bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di
dunia ini.
Walau bagaimanapun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat
menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak
berpuasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya.
Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat,
kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya
dilakukan.
Pintu langit dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintupintu neraka dan diikatlah semua syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua
pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga
dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan
kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan
sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada
setiap malam Ramadhan.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
Amal ibadah bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan,
Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai
amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:
1. Solat sunat tarawih.

2. Solat-solat sunat yang lain.


3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh
menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros,
fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.
Ganjaran pahala ibadah dan fadhilatnya
Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipatganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat
diberi pahala seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada
tiga bahagian:
1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.
2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.
3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.
FADHILAT YANG LAIN-LAIN
Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.
Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah s.w.t.
Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila
bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak.
Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan
ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah
di syurga.
Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan,
dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari
pagi hingga petang.
Demikian sebahagian dari berbagai fadhilat dan kelebihan orang yang berpuasa Ramadhan.

KEISTIMEWAAN PUASA DAN BULAN RAMADHAN

Saudara Pendengar Sekelian,


Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira
apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun. Ini disebabkan Ramadhan
satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di
dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan
adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan
Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Betapa
besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:
Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu
neraka serta diikat semua iblis dan syaitan.
Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka
memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah
sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.
1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita
memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui
dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pelangalam yang baru dan
sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukum, syarat
sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan
hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang
istimewa ini.
2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam
menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para
sahabat baginda.
3. Membanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan
dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik
dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus
ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala
puasa.
4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani
sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan
iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.
Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba
dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan
menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari
berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang
luhur.
Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa
dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati,
jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita
tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak
membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik
apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.
Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan
merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang
masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara
tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita
menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah
samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta
mensucikan jiwa.
Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana
ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang
bermaksud:
Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima
kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w.
sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan
yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang
berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.
Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:
Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang
diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka
pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di
malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang
tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala
kebaikan untuk dirinya.
Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang
bermaksud:
Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat
datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam
keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa
baik.
Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:1. Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan
keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil
kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan
memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.
Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang
menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang
sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.

Anda mungkin juga menyukai