Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PERTANDINGAN

PERATURAN PERTANDINGAN
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSM

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF


(Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa) yang dikuatkuasakan pada masa ini dan
peraturan AM MSSM).

2.0 JENIS PERTANDINGAN

Kejohanan ini mengandungi acara-acara berikut:


2.1 Antara PASUKAN Peringkat umur 12,15 dan 18 tahun dan ke bawah kategori
lelaki.

2.2 Antara REGU Peringkat umur 12, 15 dan 18 tahun ke bawah kategori lelaki.

3.0 HAD UMUR PESERTA

3.1 Had umur peserta bagi pertandingan permainan MSSM adaah seperti berikut:
3.1.1 18 tahun dan ke bawah
3.1.2 15 tahun dan ke bawah
3.1.3 12 tahun dan ke bawah
3.2 Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan.

3.3 Semua peserta kecuali umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan kad pengenalan asal kepada pengelola . Seseorang peserta yang
hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau
KPPK 1/11 dari Jabatan Pendaftaran.

3.4 Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan salinan sijil kelahiran / MyKid yang disahkan oleh Pengetua /
Guru Besar / Penolong kanan sekolah peserta berkenaan.
(Rujuk Peraturan AM (4) Majlis Sukan Sekolah Malaysia).

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN/ PEMBENTUKAN PASUKAN


4.1 Antara PASUKAN bawah umur 12,15 dan 18 tahun dan ke bawah adalah
terdiri daripada 12 pemain pada setiap kumpulan umur.

4.2 Antara REGU bawah umur 12, 15 dan 18 tahun dan ke bawah lelaki,
mengandungi 1 REGU bagi setiap pasukan dengan 5 pemain bagi setiap REGU.

4.3 Hanya pemain yang didaftarkan dan diakui sah layak mengambil bahagian.

4.4 Pertukaran pemain yang telah didaftarkan boleh dibuat semasa mesyuarat
pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan bermula.

4.5 Taraf kelayakan peserta adalah tertakluk kepada Peraturan 3 (KELAYAKAN)


dalam Peraturan AM MSSM (Rujuk Lampiran B).

4.6 Pelajar yang menerima surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Rendah
dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan wajib disahkan pendaftaran oleh
Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan.
4.7 Pendaftaran pemain mestilah didaftarkan dengan menggunakan borang R01
(sekolah rendah) dan M01 (sekolah menengah).

4.8 Pendaftaran pasukan mestilah menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan


MSSM R02 (sekolah rendah) dan M02 (sekolah menengah).

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Acara Berpasukan


Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pengelola Kejohanan bagi
menentukan kumpulan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

5.1.1 Peringkat Awal


5.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan yang mengambil bahagian, maka
hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A,B, C dan D. Pertandingan
akan dijalankan secara liga.
5.1.1.2 Pertandingan antara pasukan mengandungi 3 REGU, iaitu A, B dan C.
Pertandingan akan dijalankan dengan tertib menurut senarai regu atau
barisan
Pemain yang telah didaftarkan dan diserahkan oleh pasukan-pasukan kepada
Pengadil Rasmi 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.
5.1.1.3 Ketiga-tiga REGU wajibkan bertanding pada peringkat awal.
5.1.1.4 Johan,Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam Kejohanan tahun lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
Johan : KUMPULAN A
Naib Johan : KUMPULAN B
Ketiga : KUMPULAN C
Keempat : KUMPULAN D
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 4 kumpulan tersebut
dengan
cabutan undi.
5.1.1.5 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian,
maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan
kedudukannya.

5.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)

5.2.1 Pemenang 1 dan 2 dalam setiap kumpulan akan masuk kepusingan suku akhir
dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
7.0 PAKAIAN

7.1 Semua jersi hendaklah mempunyai nombor di bahagian depan (10CM)


dan
belakang (19CM)
7.2 Setiap pemain hendaklah memakai nombor yang sama sepanjang kejohanan.
7.3 Hanya jersi bernombor 1 hingga 36 sahaja yang dibenarkan dalam kejohanan ini.

8.0 BOLA / ALATAN

8.1 Bola yang digunakan ialah :


GAJAH EMAS
311 bagi peringkat umur 12 tahun ke bawah.
511 bagi peringkat umur 15 dan 18 tahun ke bawah.

9.0 MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH

9.1 Pasukan / Regu yang mengesahkan persetujuan mengambil bahagian


tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada
pasukan/regu tersebut sekiranya melanggar Peraturan ini.
9.2 Sekiranya/ ada pasukan/regu menarik diri atau menyerah kalah dengan
sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang
dimainkan oleh pasukan/regu itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak
dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib
akan diambil ke atas pasukan/regu berkenaan.

10.0 BANTAHAN

10.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus sahaja
kepada juri rayuan.
10.2 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) peserta atau
sesuatu perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan
sebelum pertandingan bermula, maka pasukan itu boleh mengambil bahagian
di bawah bantahan (under protes) dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan
1 jam selepas menerima bantahan rasmi.
10.3 Bantahan berhubung dengan permainan yang sedang dijalankan
hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada satu jam
selepas perlawanan itu tamat. Tiap-tiap bantahan hendaklah beserta
dengan wang tunai RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
10.4 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan
kepada yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
10.5 Sila rujuk peraturan AM (12) MSSM.

11.0 JURI RAYUAN

11.1 Juru Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau


7 orang (Maksimum) iaitu

* Pengerusi Jawatankuasa Pengelola /wakilnya.


* Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
* Penyelaras Sepak Takraw MSSM
* Pengerusi Teknik Permainan Sepak Takraw MSSM
* Seorang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan yang
dibuat.
12.0 LEMBAGA TATATERTIB

12.1 Lembaga ini terdiri daripada :


12.1.1 Timbalan Pengarah Sukan Kemterian Pelajaran Malaysia.
12.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pembangunan MSSM atau
Wakilnya.
12.1.3 Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pengelola atau wakilnya
12.1.4 Penyelaras Permainan Sepak Takraw MSSM
12.1.5 Pengerusi Jawatankuasa Teknik Permainan yang berkenaan
12.1.6 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
12.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk :
12.2.1 Memberi amaran
12.2.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu.
12.2.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan.
12.2.4 Mengarah pemain dihantar pulang.
12.2.5 Menghantar laporan kepada MSS Negeri berkenaan supaya
mengambil tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin
mengikut hukuman yang diguna pakai oleh Persatuan Sepaktakraw
Malaysia.
12.3 Bertanggungjawab membuat laporan mengenai peristiwa yang telah
berlaku kepada urusetia MSSM secara lisan seberapa segera dan secara
bertulis selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan.

13.0 PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN

13.1 Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil-pengadil bertauliah


yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.
13.2 Semua penjaga garisan atau pembantu-pembantu yang akan
bertugas disepanjang kejohanan ini akan dilantik oleh Jawatankuasa
Pengelola.
13.3 Semua keputusan yang telah dibuat oleh pengadil atau penjaga garisan yang
berkaitan dengan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD.

14.0 PENGGANTUNGAN

Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh Pengadil,


maka dengan serta merta digantung daripada bermain pada satu perlawanan
berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat sesuatu keputusan.

15.0 MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN

Semua pegawai dan peserta pasukan MSS Negeri yang menyertai pertandingan
permaianan MSSM hendaklah menentukan semua pesertanya menghadiri :
15.1 Majlis Pembukaan Rasmi
15.2 Jamuan rasmi sempena kejohanan
15.3 Taklimat/mesyuarat pengurus
15.4 Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampain Hadiah

Jika terdapat MSS Negeri yang tidak mematuhi peraturan tanpa sebab tindakan
tatatertib boleh diambil. Pengelola hendaklah memaklumkan kepada urusetia MSSM
serta Pengarah Pelajaran Negeri berkenaan supaya tindakan boleh diambil terhadap
pengurusan pasukan.
16.0 KESELAMATAN

16.1 Semua pegawai dan peserta MSS Negeri yang menyertai kejohanan ini
hendaklah dilindungi insuran.
16.2 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian
kecacatan keanggotaan, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang
kecederaan lain yang berlaku.
16.2.1 Semasa perjalanan pergi dan balik.
16.2.2 Semasa kejohanan dijalankan.
16.2.3 Di dalam atau di luar kawasan pertandingan.
16.2.4 Di tempat-tempat penginapan.
Walaubagimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk
mengambil langkah bagi memastikan keselamatan peserta dan pegawai terjamin.
16.3 Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan MSSM berhubung dengan kejohanan yang diadakan.

17.0 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

17.1 Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mestilah dipatuhi.Jika ada


dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undangan permainan maka wajib dipatuhi.
17.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan. Semua keputusan
yang telah dibuat oleh Jawatankuasa adalah MUKTAMAD.

Anda mungkin juga menyukai