Anda di halaman 1dari 8

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW


MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG

1.

GELARAN
Pertandingan dikenali sebagai Pertandingan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah
Pulau Pinang Peringkat Zon / Negeri.

2.

JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan Antara Pasukan ( 12, 15 dan 18 Tahun Ke Bawah )
Pertandingan Antara Regu ( 12, 15 dan 18 Tahun Ke Bawah )
2.1

Pertandingan Antara Pasukan :


2.1.1

Sesebuah sekolah/zon boleh menghantar SATU ( 1 ) pasukan sahaja.

2.1.2

Satu pasukan mengandungi DUA BELAS ( 12 ) orang pemain iaitu


TIGA ( 3 ) regu atau SEMBILAN ( 9 ) orang pemain dan SATU ( 1 )
regu atau TIGA ( 3 ) orang pemain simpanan.

2.1.3

Seorang pemain hanya boleh mewakili SATU ( 1 ) regu sahaja.

2.1.4

Pertandingan diperingkat zon hanya boleh dijalankan jika terdapat


sekurang-kurangnya TIGA ( 3 ) buah sekolah yang akan mengambil
bahagian. Jika kurang dari bilangan tersebut, maka jawatankuasa
pengelola zon akan mengadakan pertandingan persahabatan sahaja
antara sekolah tersebut untuk memilih SATU ( 1 ) pasukan yang akan
mewakili zon ke peringkat negeri.

2.1.5

Setelah selesai semua pertandingan peringkat zon, SATU ( 1 ) pasukan


zon akan dibentuk dan dipilih oleh jawatankuasa pemilihan zon
masing-masing untuk pertandingan peringkat negeri.

2.1.6

Tiap-tiap pasukan zon hendaklah mengemukakan pendaftaran baru


kepada pengelola peringkat negeri sebelum bermulanya pertandingan
tersebut.

2.1.7

Semua urusan untuk mendapatkan kebenaran pemain dari sekolah lain


urusan Setiausaha Zon dan AJK pemilihan zon masing-masing serta
sekolah yang menjadi johan zon.

2.2

3.

4.

Pertandingan Antara Regu :


2.2.1

Setiap sekolah boleh menghantar sekurang-kurangnya SATU ( 1 )


tetapi tidak boleh melebihi DUA ( 2 ) regu bagi peringkat zon.
Pertandingan peringkat negeri pula tidak lebih dari SATU ( 1 ) regu
bagi setiap-tiap zon.

2.2.2

Seseorang pemain hanya boleh mewakili SATU ( 1 ) regu sahaja.


( Pemain yang mewakili pasukan dibenarkan bermain untuk regu )

2.2.3

SATU ( 1 ) regu mengandungi TIGA ( 3 ) orang pemain dan DUA ( 2 )


orang pemain simpanan.

2.2.4

Pertandingan peringkat zon akan dijalankan jika terdapat sekurangkurangnya TIGA ( 3 ) buah sekolah yang akan mengambil bahagian.
Jika bilangan tersebut kurang, maka jawatankuasa pengelola akan
mengadakan pertandingan persahabatan bagi memilih SATU ( 1 ) regu
untuk mewakili zon ke peringkat negeri.

PENGURUSAN
3.1

Pertandingan Peringkat Negeri akan dikelolakan oleh Jawatankuasa Teknik


Pembangunan Sepak Takraw MSSPP.

3.2

Pertandingan Peringkat Zon akan dikelolakan oleh sekolah yang telah dipilih
oleh zon masing-masing bersama Penyelaras Teknik Zon.

SISTEM PERTANDINGAN
4.1

Peringkat Zon
( Ditentukan oleh AJK Pengelola Pertandingan bagi memutuskannya )

4.2

Peringkat Negeri ( Pasukan )


4.2.1

Pertandingan akan mengandungi TIGA ( 3 ) regu perlawanan iaitu regu


A,B dan C yang akan dijalankan menurut senarai regu atau barisan
pemain yang telah diserahkan oleh pengurus pasukan kepada pengadil
rasmi 30 minit sebelum sesuatu pertandingan dijalankan.

4.2.2

Johan dan Naib Johan bagi tahun sebelumnya tidak akan berada dalam
satu kumpulan yang sama.

4.2.3

Pertandingan akan dijalankan secara liga DUA ( 2 ) / TIGA ( 3 )


kumpulan.

4.2.4

Bagi pertandingan secara liga DUA ( 2 ) kumpulan ;


a) Peringkat awal dijalankan secara liga satu pusingan dalam DUA ( 2
) kumpulan ( A dan B ).
b) Pemenang pertama dan pemenang kedua dalam tiap-tiap kumpulan
akan
bertanding dalam pertandingan separuh akhir secara lintang dan
kalah keluar (knockout).
c) Kedua-dua pemenang akan bertemu diperingkat akhir dan keduadua pasukan yang kalah akan dikira mendapat tempat ke TIGA
( 3 ).

4.2.5

Bagi pertandingan secara liga TIGA ( 3 ) kumpulan ;


a) Peringkat awal dijalankan secara liga satu pusingan dalam TIGA
(3)
kumpulan ( A, B dan C ).
b) Pemenang pertama dan kedua dalam setiap kumpulan layak
memasuki pusingan kedua.
c) Pusingan kedua akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam
kumpulan X dan Y. Kedudukan dalam Kumpulan X dan Y akan
ditentukan secara undian.
d) Pertandingan Separuh akhir akan dijalankan antara Johan
Kumpulan X melawan Naib Johan Kumpulan Y dan Johan
Kumpulan Y melawan Naib Johan Kumpulan X.
e) Pertandingan akhir akan dijalankan antara pemenang kedua-dua
pemenang separuh akhir. Pasukan yang kalah di separuh akhir akan
diisytihar sebagai pemenang tempat ketiga bersama.

4.3

Sistem Mata
4.3.1

Mana-mana pasukan yang menang hasil TIGA ( 3 ) regu perlawanan


akan mendapat DUA ( 2 ) mata, manakala yang kalah sama ada 1 2
atau 0 3 tidak mendapat apa-apa mata.

4.3.2

Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu kumpulan, kiraan


mata diperolehi adalah sama oleh kedua-dua pasukan atau lebih, maka
pemenang akan ditentukan oleh kaedah berikut :
A.
B.
C.
D.

Kiraan perbezaan regu daripada regu menang yang diperolehi


oleh pasukan berkenaan.
Jika masih seri, pasukan yang memenangi regu terbanyak
dikira menang.
Kiraan perbezaan pusingan ( set ) dari jumlah pusingan menang
yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.
Jika masih seri, pasukan yang pernah menewaskan lawannya
dikira menang.

5.

PERATURAN AM
5.1

Selain daripada peraturan yang terkandung, maka kejohanan akan dijalankan


mengikut undang-undang dan peraturan ISTAF / ASTAF / PSM / MSSM dan
MSSPP yang berkuatkuasa pada ketika ini adalah sah dipergunakan.

5.2

Kejadian luar jangkaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan seperti berikut :5.2.1
5.2.2

5.3

6.

7.

Semua kejadian akan diputuskan oleh pihak pengelola, Pengerusi


Teknik dan Pembangunan Sukan, Penyelaras Teknik Zon berkenaan
dan Ketua Unit Sukan ( jika perlu ).
Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola dan Jawatankuasa Teknik.

Sebarang keputusan yang diputuskan adalah muktamad dan tidak boleh


dibawa ke mana-mana MAHKAMAH

BOLA
6.1

Bagi semua jenis pertandingan peringkat umur 12 tahun ke bawah, bola yang
digunakan adalah jenis sintetik, lilitannya antara 0.36 m hingga 0.39 m, yang
mengandungi 8 hingga 11 urat dan mempunyai 12 lubang serta beratnya 110
gram hingga 120 gram, sah dipergunakan.

6.2

Bagi semua jenis pertandingan peringkat umur 15 dan 18 tahun ke bawah,


bola yang digunakan adalah jenis sintetik yang mempunyai 12 lubang.
Lilitannya tidak kurang dari 0.41 m hingga 0.44 m dan beratnya antara 170
gram hingga 180 gram sah dipergunakan.

6.3

Semua jenis bola yang akan digunakan bagi peringkat negeri : 12 tahun ke bawah
- GAJAH EMAS ( 311 )
15 dan 18 tahun ke bawah
- GAJAH EMAS ( 511 )

TIANG / JARING
7.1

Tinggi jaring di tiang bagi 12 tahun ke bawah ialah 1.44 m ( 4' 8" ), tinggi
jaring di tengah ialah 1.40 m ( 4' 7" ).

7.2

Tinggi jaring di tiang bagi 15 dan 18 tahun ke bawah ialah 1.55 m ( 5' 1" ),
tinggi jaring di tengah ialah 1.50 m ( 5' 0" ).

8.

9.

PENYERTAAN / PENDAFTARAN
8.1

Setiap sekolah / zon yang mengambil bahagian di dalam pertandingan pasukan


dan regu diwajibkan mendaftar nama-nama pemain masing-masing.

8.2

Umur dikira pada tarikh SATU ( 1 ) Januari tahun berkenaan. Semua pemain
tidak dibenarkan bermain melebihi dari peringkat umurnya bagi kategori
pertandingan yang ada peringkat umur sendiri.

8.3

Hanya pemain yang didaftarkan sahaja yang diakui sah dan layak menyertai
kejohanan ini.

8.4

Pertukaran pemain yang telah didaftarkan hendaklah dibuat sebelum


bermulanya pertandingan yang pertama dengan mengisi borang pendaftaran
yang baru.

8.5

Setiap sekolah dan zon yang mengambil bahagian MESTILAH ADA


PENGURUS PASUKAN yang terdiri dari kalangan GURU. Pengurus
mestilah berada disepanjang pertandingan / perlawanan tersebut. Jika gagal
berbuat demikian, pasukan tersebut TIDAK DIBENARKAN bertanding dan
penyertaannya DIBATALKAN.

MENARIK DIRI ( WALKOVER )


9.1

Setiap pasukan dan regu mestilah berada di gelanggang perlawanan 30 minit


sebelum pertandingan dijalankan. Jika mana-mana pasukan tidak melaporkan
diri 15 minit selepas waktu yang dijadualkan tanpa sebarang sebab yang
munasabah maka pasukan tersebut dianggap menarik diri.

9.2

Jika sesebuah pasukan atau regu terpaksa menarik diri dengan alasan yang
kukuh dan tertentu maka ia hendaklah memberitahu Jawatankuasa Pengelola
24 jam sebelum bermulanya pertandingan.

9.3

Menarik diri atau memberi kemenangan percuma bagi mana-mana pasukan


yang mengambil bahagian, pasukan itu hendaklah dihukum sebagai menarik
diri keseluruhan perlawanan dan semua perlawanan yang terdahulu tidak akan
diambil kira bagi pasukan yang menarik diri ataupun pasukan lawannya.

9.4

Semua sekolah dan zon yang menarik diri hendaklah menulis surat tunjuk
sebab kepada Yang Dipertua / Setiausaha Agung MSSPP dengan kadar segera.

9.5

Penangguhan bagi sesuatu perlawanan TIDAK AKAN DILAYAN

10.

11.

12.

13.

PAKAIAN PEMAIN
10.1

Semua pemain hendaklah memakai jersi yang sama. Seluar yang bergambar
berwarna-warni tidak dibenarkan bermain. Seluar ' Track Bottom ' dibenarkan
dengan syarat tidak disinting atau dilipat. Para pemain digalakkan memakai '
tight ' melebihi paras lutut.

10.2

Jersi hendaklah bernombor tanpa gambar yang berwarna-warni. Nombor yang


DIBENARKAN ialah 1 hingga 36 sahaja.

10.3

Para pemain hendaklah memasukkan baju ke dalam seluar semasa perlawanan


sedang berlangsung.

10.4

Setiap ketua regu hendaklah memakai ' arm band ' dilengan.

HADIAH-HADIAH
11.1
11.2

Hadiah-hadiah akan disediakan oleh pihak MSSPP.


Sekolah-sekolah Pengelola dikehendaki menghubungi Unit Sukan ,
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, PKSW ,Jalan Padang Victoria,
10400 P. Pinang.
U/P : En. Mohd Nafir bin Adam Sahib ( Telefon 04-2285831 / 0124741423 ).

11.3

Pihak sekolah hendaklah hubungi Unit Sukan seminggu sebelum pertandingan


akhir.

PENGADIL / HAKIM GARISAN


12.1

Seluruh pertandingan akan dilantik oleh pihak pengelola.

12.2

Semua hakim garisan atau pembantu pengadil yang akan bertugas hendaklah
dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.

12.3

Semua keputusan yang dibuat oleh pengadil, pembantu pengadil atau hakim
garisan adalah MUKTAMAD.

PENGGANTUNGAN
13.1

Mana-mana pemain yang telah DIKELUARKAN OLEH PENGADIL maka


dengan SERTA-MERTA DIGANTUNG daripada bermain perlawanan
berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat keputusan.

14.

15.

16.

BANTAHAN / RAYUAN
14.1

Jawatankuasa Pengelola hendaklah membentuk satu badan Jemaah Bantahan


dan Juri Rayuan ( jika berlaku bantahan ) yang mengandungi LIMA orang
anggota yang terdiri daripada : I)
Pengerusi
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola.
II)
Setiausaha
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola.
III)
Ahli-ahli
Tiga orang ahli yang tidak berpihak
mana-mana
pasukan ( berkecuali ) :a)
Ketua Pengadil
b)
Pegawai Pembangunan Sukan
PPD/JPN
c)
Penyelaras Teknik Zon

14.2

Semua bantahan atau rayuan hendaklah dibuat dan dikemukakan oleh


Pengurus Pasukan sahaja secara bertulis kepada Jemaah Juri Rayuan tidak
lewat daripada 1 jam ( 60 minit ) selepas perlawanan itu tamat.

14.3

Setiap bantahan / rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai RM 150


( SATU RATUS LIMA PULUH RINGGIT MALAYSIA ).

14.4

Wang bantahan ini akan lupus jika bantahan ini didapati tidak wajar dan tidak
berasas.

14.5

Sebarang keputusan yang diambil oleh Jemaah Juri Rayuan / Bantahan tidak
boleh dibawa kemana-mana MAHKAMAH.

JAWATANKUASA TATATERTIB
15.1

Jawatankuasa Pengelola Zon / Negeri adalah dikehendaki membentuk satu


Jawatankuasa Tatatertib bagi sesuatu pertandingan.

15.2

Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang seberapa segera yang boleh setelah


menerima laporan daripada pengadil atau pegawai pertandingan untuk
disampaikan dan membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil
berlebihan dari para 13.1 di atas.

JEMAAH JURI RAYUAN


16.1

Jemaah Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 2 jam setelah menerima
bantahan / rayuan yang telah dibuat oleh pasukan dan akan menyampaikan
keputusannya kepada Jawatankuasa Pengelola untuk diumumkan.

17.

18.

TIME OUT / MEMANASKAN BADAN


17.1

Setiap regu dibenarkan mengambil 'time out' sebanyak SATU ( 1 ) kali bagi
setiap satu pusingan ( set ) selama SATU ( 1 ) minit pada pusingan pertama
dan kedua serta pada pusingan tie-break.

17.2

Setiap regu dibenarkan melakukan aktiviti memanaskan badan selama DUA


( 2 ) minit sebelum pengadil memulakan pertandingan.

SISTEM KIRAAN 15 MATA


18.1

19.

Pertandingan akan menggunakan sistem kiraan 15 mata. Mana-mana regu


yang mendahului dengan kelebihan 2 mata dan mencapai angka 15 akan dikira
menang. Sekiranya kedudukan menjadi tie( 14 14 ), maka tambahan 3 mata
akan diberi. Mana-mana regu yang mendahului dengan kelebihan 2 mata akan
dikira sebagai pemenang. Sekiranya berlaku keadaan tie( 16 16 ) tidak ada
sebarang tambahan mata. Pasukan yang mendapat mata ke 17 akan dikira
sebagai pemenang.

HAK JAWATANKUASA PENGELOLA / AM


19.1

Semua peraturan yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan


diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola. Sebarang keputusan yang diambil
tidak boleh dibawa ke mana-mana MAHKAMAH.

KELEMBUTAN, KETEPATAN DAN KETANGKASAN


MENJAMIN KEUNGGULAN
SELAMAT MENGELOLA KEJOHANAN SEPAK TAKRAW
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG 2011
DISEDIAKAN OLEH :
Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan
Sepak Takraw

' MENJANA KECEMERLANGAN ATLET '

Anda mungkin juga menyukai