Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PERTANDINGAN

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSM 2023


1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF (Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa) yang dikuatkuasakan pada masa ini dan peraturan AM MSSM).
2.0 JENIS PERTANDINGAN
Kejohanan ini mengandungi acara-acara berikut:
2.1 Antara PASUKAN Peringkat umur 12,15 dan 18 tahun dan ke bawah kategori lelaki.
2.2 Antara REGU Peringkat umur 12, 15 dan 18 tahun ke bawah kategori lelaki.
2.3 Antara BEREGU - Peringkat umur 15 dan 18 tahun ke bawah kategori lelaki
3.0 HAD UMUR PESERTA
3.1 Had umur peserta bagi pertandingan permainan MSSM adalah seperti berikut:
3.1.1 18 tahun dan ke bawah
3.1.2 15 tahun dan ke bawah
3.1.2 12 tahun dan ke bawah
3.2 Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan.
3.3 Semua peserta kecuali umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan kad
pengenalan asal kepada pengelola. Seseorang peserta yang kehilangan kad pengenalan mesti mempunyai dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 daripada Jabatan
Pendaftaran.
3.4 Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan salinan sijil kelahiran/MyKid yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/Penolong
kanan sekolah peserta berkenaan.
(Rujuk Peraturan AM (4) Majlis Sukan Sekolah Malaysia).
4.0 PENDAFTARAN PEMAIN/ PEMBENTUKAN PASUKAN
4.1 Antara PASUKAN bawah umur 12,15 dan 18 tahun dan ke bawah adalah terdiri daripada 12 pemain pada setiap kumpulan umur.
4.2 Antara REGU bawah umur 12, 15 dan 18 tahun dan ke bawah lelaki, mengandungi 1 REGU bagi setiap pasukan dengan 5 pemain bagi setiap Regu.
4.3 Antara BEREGU bawah umur 15 dan 18 tahun dan ke bawah mengandungi 1 REGU bagi setiap pasukan dengan 4 orang pemain setiap regu
4.3 Hanya pemain yang didaftarkan dan diakui sah layak mengambil bahagian.
4.4 Pertukaran pemain yang telah didaftarkan boleh dibuat semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sebelum kejohanan bermula.
4.5 Taraf kelayakan peserta adalah tertakluk kepada Peraturan 3 (KELAYAKAN) dalam Peraturan AM MSSM (Rujuk Lampiran B).
4.6 Pelajar yang menerima surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Rendah dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan wajib disahkan pendaftaran oleh
Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan.
4.7 Pendaftaran pemain mestilah didaftarkan dengan menggunakan borang R01 (sekolah rendah) dan M01 (sekolah menengah).
4.8 Pendaftaran pasukan mestilah menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan MSSM R02 (sekolah rendah) dan M02 (sekolah menengah).

5.0 SISTEM PERTANDINGAN


5.1 Acara Berpasukan
Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pengelola Kejohanan bagi menentukan kumpulan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.
5.1.1 Peringkat Awal
5.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan yang mengambil bahagian, maka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara
liga.
5.1.1.2 Pertandingan antara pasukan mengandungi 3 REGU, iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan dengan tertib menurut senarai regu atau barisan Pemain yang telah
didaftarkan dan diserahkan oleh pasukan-pasukan kepada Pengadil Rasmi 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.
5.1.1.3 Ketiga-tiga REGU diwajibkan bertanding pada peringkat awal.
5.1.1.4 Johan,Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam Kejohanan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
Johan : KUMPULAN A
Naib Johan : KUMPULAN B
Ketiga : KUMPULAN C
Keempat : KUMPULAN D
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 4 kumpulan tersebut dengan cabutan undi.
5.1.1.5 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

5.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)


1
4
6
3
8
5
5.2.1 2kepusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
Pemenang 1 dan 2 dalam setiap kumpulan akan masuk7
5.2.2 Undian bagi 2 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan didahulukan untuk di kedudukan 1, 3, 5 dan 7.
5.2.3 Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika pasukan menang pertama kumpulannya telah diundi dan ditempatkan
dikedudukan 5 atau 7. Manakala 2 pasukan pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan dikedudukan 6 dan 8.
5.2.4 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir menentukan Johan dan Naib Johan. Sementara pasukan yang kalah
akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.
5.3 Acara Regu
5.3.1 Setiap pasukan B15 dan B18 akan diwakili oleh satu regu yang akan ditandingi secara KALAH MATI. Bagi kategori B12 akan diwakili oleh dua regu.
5.3.2 Keempat-empat REGU yang berjaya memasuki peringkat separuh akhir tahun lepas akan menjadi REGU 'Seeded'. Regu Johan dan Keempat diletakkan dalam kumpulan
atas. Regu Naib Johan dan Ketiga diletakkan di Kumpulan Bawah. Regu- regu lain akan diundi bagi menentukan regu lawan masing-masing.
5.4 Acara Beregu
5.4.1 Setiap pasukan akan diwakili oleh satu regu, yang akan ditandingi secara KALAH
MATI.
5.4.2 Undian terbuka akan dijalankan untuk semua pasukan yang menyertai acara beregu.
6.0 PERMULAAN PERMAINAN DAN SEPAK MULA

6.1 Regu melakukan sepak mula ( servis ) akan melakukan tiga (3) kali sepakan berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan tiga (3) sepakan berturut-turut. Pertukaran
sepak bergilir-gilir selepas tiga (3) mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat mata. Pada mata dius (bila kedua-dua regu pada mata 20-20) servis akan bertukar pada setiap mata.
Regu yang menerima servis akan melakukan servis pada set seterusnya. Tukar petak sebelum memulakan setiap set.
6.2 Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah Pengadil mengumumkan mata. Sekiranya apit membuat campakan sebelum Pengadil mengumumkan mata, maka
campakan semula hendaklah dilakukan oleh apit dan amaran lisan akan diberi oleh Pengadil kepada pemain tersebut. Jika pemain masih melakukan kesalahan yang sama maka
campakan itu dianggap batal.
6.3 Sebaik sahaja tekong melakukan sepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-masing.
6.4 Sepak mula diakui sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring atau pun tidak, melalui antara dua pita sempadan dan jatuh ke dalam gelanggang pasukan
lawan.
6.5 Dalam pertandingan sistem kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika keputusan telah diperoleh.
6.6 Dalam pertandingan sistem liga, ketiga-tiga regu dalam pasukan hendaklah bermain.

7.0 SISTEM KIRAAN MATA

7.1 Sistem kiraan mata dua puluh satu (21) akan diguna pakai dalam kejohanan ini.
7.2 Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata dua puluh satu (21) dengan kelebihan minimum dua (2) mata. Bila terikat mata 20-20, set tersebut dimenangi apabila
mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata dua puluh lima (25) (yang mana dahulu). Apabila regu terikat mata 20-20, maka pengadil akan
membuat pengumuman 'lanjutan mata 25'.
7.3 Setiap perlawanan dijalankan dalam 3 set (best of 3-set) dua minit rehat antaranya dan regu yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi perlawanan.
Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga.
7.4 Dalam set ketiga, tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 11.
8.0 MENENTUKAN KEPUTUSAN
8.1 Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan disytiharkan sebagai pemenang pertama
kumpulan, manakala yang mendapat mata kedua tertinggi akan diisytiharkan sebagai
pemenang kedua.
8.2 Pasukan yang menang mendapat 2 mata dan kalah 0 .
8.3 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu KUMPULAN, kiraan mata
diperolehi sama oleh 2 pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukan
dengan mengikut tertib berikut :-
8.4 Kiraan perbezaan REGU (difference) daripada jumlah regu menang yang diperolehi
oleh pasukan berkenaan.
8.5 Kiraan perbezaan PUSINGAN daripada jumlah pusingan menang yang diperolehi
oleh pasukan berkenaan.
8.6 Kiraan perbezaan ANGKA-ANGKA MATA daripada jumlah yang diperolehi oleh
pasukan berkenaan.
8.7 Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku, maka kaedah berikut
dilakukan.
8.8 Jika 2 pasukan sahaja terlibat, maka pasukan yang telah mengalahkan lawannya
akan dikira menang.
8.9 Jika 2 atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamad akan ditentukan
dengan perlawanan semula dalam liga satu pusingan dengan kiraan15 mata sahaja.
Undian akan dibuat bagi menentukan pasukan yang membuat sepak mula dan
memilih gelanggang.
8.10 Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, regu atau pasukan yang akan bertanding hendaklahmenyerahkan senarai barisan pemain-pemain termasuk pemain simpanan kepada
Jawatankuasa Pengelola / Pengadil Rasmi yang bertugas.
8.11 Setiap regu / pasukan hendaklah bersanggupan bertanding lebih daripada satu perlawanan dalam sehari. Jika dijadualkan, maka tempoh rehat selama 30 minit akan diberi antara
perlawanan tersebut.
8.12 Seorang pemain boleh bermain dalam satu regu sahaja dalam sesuatu perlawanan.
8.13 Pembahagian KUMPULAN atau UNDIAN-UNDIAN tertakluk kepada keputusan
Jawatankuasa Pengelola.
9.0 PAKAIAN
9.1 Semua jersi hendaklah mempunyai nombor di bahagian depan (10 cm) dan belakang (19 cm)
9.2 Setiap pemain hendaklah memakai nombor yang sama sepanjang kejohanan.
9.3 Hanya jersi bernombor 1 hingga 36 sahaja yang dibenarkan dalam kejohanan ini.
10.0 BOLA / ALATAN
10.1 Bola yang digunakan ialah :
GAJAH EMAS
311 bagi peringkat umur 12 tahun ke bawah.
511 bagi peringkat umur 15 dan 18 tahun ke bawah.

11.0 MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH


11.1 Pasukan / Regu yang mengesahkan persetujuan mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan/regu tersebut sekiranya
melanggar Peraturan ini.
11.2 Sekiranya/ ada pasukan/regu menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan/regu itu akan
dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan/regu berkenaan.
12.0 BANTAHAN
12.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh Pengurus sahaja kepada juri rayuan.
12.2 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) peserta atau sesuatu perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka
pasukan itu boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protes) dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan1 jam selepas menerima bantahan rasmi.
12.3 Bantahan berhubung dengan permainan yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada satu jam selepas perlawanan itu tamat. Tiap-
tiap bantahan hendaklah beserta dengan wang tunai RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
12.4 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang
berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
12.5 Sila rujuk peraturan AM (12) MSSM.
13.0 JURI RAYUAN
13.1 Juru Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (Maksimum) iaitu
* Pengerusi Jawatankuasa Pengelola /wakilnya.
* Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
* Penyelaras Sepak Takraw MSSM
* Pengerusi Teknik Permainan Sepak Takraw MSSM
* Seorang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan yang dibuat.
14.0 LEMBAGA TATATERTIB
14.1 Lembaga ini terdiri daripada :
14.1.1 Timbalan Pengarah Sukan Kemterian Pelajaran Malaysia.
14.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pembangunan MSSM atau Wakilnya.
14.1.3 Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pengelola atau wakilnya
14.1.4 Penyelaras Permainan Sepak Takraw MSSM
14.1.5 Pengerusi Jawatankuasa Teknik Permainan yang berkenaan
14.1.6 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
14.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk :
14.2.1 Memberi amaran
14.2.2 Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu.
14.2.3 Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan.
14.2.4 Mengarah pemain dihantar pulang.
14.2.5 Menghantar laporan kepada MSS Negeri berkenaan supaya mengambil tindakan
tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman yang diguna pakai
oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia.
14.3 Bertanggungjawab membuat laporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada urusetia
MSSM secara lisan seberapa segera dan secara bertulis selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan.
15.0 PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN
15.1 Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil-pengadil bertauliah yang dilantik oleh
Jawatankuasa Pengelola.
15.2 Semua penjaga garisan atau pembantu-pembantu yang akan bertugas disepanjang kejohanan
ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.
15.3 Semua keputusan yang telah dibuat oleh pengadil atau penjaga garisan yang berkaitan
dengan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD.
16.0 PENGGANTUNGAN
Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh Pengadil, maka dengan serta
merta digantung daripada bermain pada satu perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat sesuatu keputusan.
17.0 MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN
Semua pegawai dan peserta pasukan MSS Negeri yang menyertai pertandingan permainan MSSM hendaklah menentukan semua pesertanya menghadiri :
17.1 Majlis Pembukaan Rasmi
17.2 Jamuan rasmi sempena kejohanan
17.3 Taklimat/mesyuarat pengurus
17.4 Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampain Hadiah
Jika terdapat MSS Negeri yang tidak mematuhi peraturan tanpa sebab tindakan tatatertib boleh diambil. Pengelola hendaklah memaklumkan kepada urusetia MSSM serta Pengarah
Pelajaran Negeri berkenaan supaya tindakan boleh diambil terhadap pengurusan pasukan.
18.0 KESELAMATAN
18.1 Semua pegawai dan peserta MSS Negeri yang menyertai kejohanan ini hendaklah
dilindungi insuran.
18.2 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian kecacatan
keanggotaan, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan lain yang berlaku.
18.2.1 Semasa perjalanan pergi dan balik.
18.2.2 Semasa kejohanan dijalankan.
18.2.3 Di dalam atau di luar kawasan pertandingan.
18.2.4 Di tempat-tempat penginapan.
Walaubagaimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah bagi memastikan keselamatan peserta dan pegawai terjamin.
18.3 Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan MSSM berhubung dengan kejohanan yang diadakan.
19.0 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
19.1 Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mestilah dipatuhi. Jika ada dinyatakan
perkara-perkara lain dalam undang-undangan permainan maka wajib dipatuhi.
19.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan. Semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa adalah MUKTAMAD.

Disediakan oleh

BORHANUDDIN BIN HJ AZIZ


Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Malaysia
Sepaktakraw

Anda mungkin juga menyukai