Anda di halaman 1dari 9

Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur
Kejohanan Sofbol MSSWPKL 2022

Peraturan Pertandingan
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Sofbol Antarabangsa
WBSC- Fast Pitch 2022 - 2025 untuk kategori 18 tahun dan ke bawah.
1.2 Pertandingan ‘Modified Softball’ untuk kategori 12 tahun dan ke bawah.
1.3 Tertakluk kepada Peraturan Am MSSM terkini
1.4 Peraturan untuk kategori umur 12 dan 18 tahun dan ke bawah tertakluk kepada pindaan
yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Teknikal MSSWPKL.

2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan berpasukan antara sekolah 12 tahun dan ke bawah bahagian lelaki dan
perempuan.
2.2 Pertandingan berpasukan antara sekolah 18 tahun dan ke bawah bahagian lelaki dan
perempuan.

3. KELAYAKAN PEMAIN
3.1 Semua pemain mestilah mematuhi Peraturan Am (3) & (4) MSSM
3.2 Kategori 12 tahun dan ke bawah
3.2.1 Semua pemain bagi pertandingan adalah berumur 12 tahun dan ke bawah dan
kiraan umur adalah pada 1 Januari 2022 atau dilahirkan pada atau selepas 1
Januari 2010.
3.2.2 Semua peserta peringkat umur 12 tahun & ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan salinan sijil kelahiran yang disahkan oleh Guru Besar / Penolong
Kanan sekolah peserta berkenaan.
3.2.3 Semua pemain WAJIB menyerahkan SURAT KEBENARAN IBUBAPA dan
DEKLARASI KESIHATAN PEMAIN kepada urusetia sebelum dibenarkan
bermain.
3.3 Kategori 18 tahun dan ke bawah
3.3.1 Semua pemain bagi pertandingan adalah berumur 18 tahun dan ke bawah dan
kiraan umur adalah pada 1 Januari 2022 atau dilahirkan pada atau selepas 1
Januari 2004.
3.3.2 Pelajar-pelajar Kolej Vokasional yang mematuhi had umur seperti di para 3.3.1
juga dibenarkan mewakili pasukan Kolej masing-masing.

3.3.3 Semua pemain diwajibkan membawa salinan kad pengenalan yang disahkan
oleh pentadbir sekolah sendiri.
3.3.4 Semua pemain WAJIB menyerahkan SURAT KEBENARAN IBUBAPA dan
DEKLARASI KESIHATAN PEMAIN kepada urusetia sebelum dibenarkan
bermain.
Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
Kejohanan Sofbol MSSWPKL 2022
3.3.5 Pelajar Tingkatan 6 Rendah dibenarkan bermain jika masih berumur 18 tahun
mewakili sekolah masing-masing atau sebagai pemain import (Para 5).

4. PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN


4.1 Komposisi pasukan adalah seperti berikut:
4.1.1 Kategori 12 Tahun dan ke bawah - Setiap pasukan mesti mempunyai tidak lebih
dari 10 pemain dan tidak melebihi 2 jurulatih dan seorang pengurus pasukan.
4.1.2 Kategori 18 Tahun dan ke bawah - Setiap pasukan mesti mempunyai tidak lebih
dari 15 pemain dan tidak melebihi 2 jurulatih dan seorang pengurus pasukan.
4.2 Setiap pasukan mesti disertai oleh PENGURUS PASUKAN pada masa perlawanan
dijalankan.
4.3 Pasukan yang menarik diri selepas undian kumpulan dibuat, perlu menulis surat tunjuk
sebab kepada UPBM.
4.4 Borang M01 / M02 / R01 / R02 adalah wajib untuk setiap pasukan yang mengambil
bahagian. Salinan kad pengenalan /Mykid / sijil beranak setiap pemain yang disahkan
benar oleh pentadbir sekolah pemain berkenaan mesti disertakan bersama. Gambar tidak
perlu.
4.5 Kegagalan untuk melengkapkan borang pendaftaran akan mengakibatkan pemain tersebut
dibatalkan penyertaannya.
4.6 Setiap pasukan dibenarkan untuk menyenaraikan 1 orang jurulatih bukan guru dan hanya
dibenarkan berada dlm bangku simpanan pasukan masing-masing sahaja.
4.7 Jurulatih bukan guru haruslah didaftarkan di dalam borang pendaftaran M02 dan
dinyatakan sebagai ‘Jurulatih Bukan Guru’.
4.8 Kegagalan untuk mengikut arahan 4.7 akan menyebabkan jurulatih tersebut diarahkan
keluar daripada kawasan kejohanan.
4.9 Semua proses pendaftaran pemain mesti mematuhi Peraturan Am (4) MSSM.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Sila rujuk Peraturan Am (11) MSSM.
5.2 Tempoh perlawanan:
5.2.1 Kategori 12 tahun dan ke bawah
5.2.1.1 Semua perlawanan peringkat kumpulan
5.2.1.1.1 Adalah selama 45 minit atau 7 inning.
5.2.1.1.2 Tiada inning baru akan dibuka selepas 40 minit perlawanan
dijalankan.
5.2.1.1.3 Giliran memukul akan ditamatkan sebaik sahaja sesuatu
pasukan mendapat 9 larian.
Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
Kejohanan Sofbol MSSWPKL 2022
5.2.1.1.3 Semua larian yang masuk hasil dari mainan untuk larian
kesembilan akan dikira.
5.2.1.2 Perlawanan Pusingan XY, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir /3&4
5.2.1.2.1 Adalah selama 45 minit atau 7 inning.
5.2.1.2.2 Jika pusingan kedua dimainan secara sistem suku akhir,
maka Johan kumpulan akan diundi untuk mengambil
kedudukan 1, 3, 5, 7. Manakala Naib Johan setiap kumpulan
akan diundi untuk mengambil kedudukan 2, 4, 6, 8.
5.2.1.2.3 Jika pusingan kedua dimainkan secara kumpulan XY, maka
Johan X akan bertemu Naib Johan Y pada Semi 1 dan Johan
Y akan bertemu Naib Johan X pada Semi 2
5.2.1.3 Perlawanan akhir adalah selama 1 jam atau 7 inning.
5.2.1.4 Jika mana-mana pasukan melebihi lawannya dengan 15 larian dalam
inning kedua,10 larian dalam inning ketiga, 7 larian dalam inning
keempat selepas tamat giliran memukul, perlawanan itu hendaklah
ditamatkan dan pasukan tersebut dikira menang.
5.2.2 Kategori 18 tahun dan ke bawah
5.2.2.1 Semua perlawanan peringkat kumpulan:
5.2.2.1.1 Adalah selama 60 minit atau 7 inning.

5.2.2.1.2 Tiada inning baru akan dibuka selepas 55 minit perlawanan


dijalankan, jika inning adalah lengkap dan ada pemenang.
5.2.2.2 Perlawanan Pusingan XY, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Tempat 3&4
5.2.2.2.1 Adalah selama 1 jam 20 minit atau 7 inning.
5.2.2.2.2 Jika pusingan kedua dimainkan secara kumpulan XY, maka
Johan X akan bertemu Naib Johan Y pada Semi 1 dan Johan
Y akan bertemu Naib Johan X pada Semi 2.
5.2.2.2.3 Jika pusingan kedua dimainan secara sistem suku akhir,
maka Johan kumpulan akan diundi untuk mengambil
kedudukan 1, 3, 5, 7. Manakala Naib Johan setiap kumpulan
akan diundi untuk mengambil kedudukan 2, 4, 6, 8.
5.2.2.3 Perlawanan akhir adalah selama 2 jam atau 7 inning.
5.2.3 Setelah tamat tempoh masa perlawanan, permainan mestilah ditamatkan jika
pasukan memukul kedua (second-at-bat) mendahului lawan.
5.2.4 Jika mana-mana pasukan melebihi lawannya dengan 15 larian dalam inning
ketiga,10 larian dalam inning keempat, 7 larian dalam inning kelima selepas
tamat giliran memukul, perlawanan itu hendaklah ditamatkan dan pasukan
tersebut dikira menang.
Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
Kejohanan Sofbol MSSWPKL 2022

6. KAEDAH MENENTUKAN KEPUTUSAN


6.1 Pemberian mata dalam pusingan awal adalah seperti berikut:
Menang - 2 mata
Kalah - 1 mata
Kalah tanpa bertanding - 0 mata

6.2 Jika dua atau lebih mempunyai jumlah mata yang sama, kedudukan pasukan akan ditentukan
mengikut prosedur berikut:
6.2.1 Jika dua pasukan terlibat, maka keputusan perlawanan antara pasukan terbabit
akan diambil kira (‘head to head’). Pasukan yang menang akan ditempatkan
lebih tinggi.

6.2.2 Jika lebih daripada dua pasukan seri matanya, jumlah larian kena melibatkan
perlawanan antara pasukan-pasukan yang seri diambil kira. Pasukan yang
mempunyai larian kena yang paling rendah akan diletakkan di tempat yang lebih
tinggi.

Jika seri,
6.2.3 Melalui cabutan undi. pasukan pertama yang dipilih akan diletakkan pada
kedudukan yang paling tinggi.
Definisi ‘larian kena’ – Jumlah larian yang diperolehi oleh pihak lawan.
6.3 Jika sesuatu perlawanan itu tidak dapat diteruskan atas sebab keadaan gelap, hujan,
kebakaran, huru-hara atau lain-lain sebab yang boleh merbahayakan penonton atau pemain,
pengadil berkuasa menangguhkan perlawanan tersebut dan menyambung semula perlawanan
tersebut dengan baki masa yang ada.

7. TANGGUHAN PERLAWANAN / CUACA / CAHAYA

7.1 Perlawanan yang ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu, bila dimulakan semula,
hendaklah bersambung dari mana ia diberhentikan dan giliran memukul yang sama.
7.2 Jika cahaya tidak mencukupi untuk meneruskan sesuatu perlawanan maka:
7.2.1 Jika perlawanan belum bermula maka akan ditangguhkan
sehingga keadaan mengizinkan.
7.2.2 Jika telah bermula dan melebihi 2 inning atau 30 minit
(pusingan awal), dan ada pemenang, maka keputusan inning
terakhir diambil kira.
7.2.3 Tiada pemenang, maka ditunggu sekurang-kurangnya 15 minit
untuk disambung semula baki masanya.
Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
Kejohanan Sofbol MSSWPKL 2022
7.2.4 Jika keadaan masih tidak mengizinkan selepas 15 minit, maka
diambil inning lengkap terakhir yang ada pemenang sebagai
keputusan.
7.2.5 Jika masih tiada pemenang maka undian Toss Coin / undian
akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

7.3 Jika berlaku gangguan cuaca (hujan lebat, kilat, ribut, keadaan padang) maka:
7.3.1 Jika perlawanan belum bermula maka ditangguhkan sehingga
keadaan mengizinkan
7.3.2 Jika telah melebihi 2 inning atau 30 minit maka keputusan
akan diambil dan perlawanan diberhentikan.
7.3.3 Jika telah melebihi 2 inning atau 30 minit dan tiada pemenang,
maka perlawanan ditangguhkan selama maksimum 15 minit.
Jika masih tidak dapat diteruskan, maka keputusan complete
inning yang terakhir diambil kira untuk menentukan
pemenang.
7.3.4 Jika masih tiada pemenang, maka Toss Coin / undian
dijalankan untuk menentukan pemenang.

8. PAKAIAN / PERALATAN
8.1 Sila rujuk Undang-undang Antarabangsa Permainan Sofbol.
8.2 Pemain mesti memakai pakaian seragam. Nombor pemain mestilah disematkan di
belakang pakaian seragam itu. Dua pasukan yang bertanding tidak boleh memakai
pakaian seragam yang sama warna KECUALI pada pendapat Pengadil Plet kedua-dua
pasukan dapat dibezakan semasa pertandingan.
8.3 Face Mask, Kecer’s Helmet, Throat Protector, Chest Protector dan Legguard adalah
wajib untuk kecer semasa pertandingan.
8.4 Batter’s Helmet adalah wajib dipakai oleh pemukul menunggu, pemukul, pelari bes dan
pemain yang menjadi jurulatih di petak jurulatih.
8.5 Pasukan lelaki mempunyai pilihan untuk memakai topi atau tidak semasa memadang.
Sekira sesuatu pasukan memilih untuk memakai topi, semua mesti memakai topi yang
seragam.
8.6 Pemakaian face protector untuk infielder sangatlah digalakkan.
8.7 Semua pegawai pasukan mestilah berpakaian yang bersesuaian. (Selipar dan Jeans tidak
dibenarkan).

9. KELEWATAN
9.1 Hanya 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawan
Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
Kejohanan Sofbol MSSWPKL 2022
akan diberi kemenangan percuma dengan 2 mata dan larian 7-0 untuk perlawanan tersebut
sahaja.
9.2 Pengecualian kepada perkara 9.1 boleh diberikan oleh Jawatankuasa Penganjur jika pada
pendapatnya kelewatan adalah diatas sebab-sebab yang munasabah dan tidak dapat dielakkan.

10. BANTAHAN
10.1 Bantahan ke atas perkara-perkara teknikal hendaklah diselesaikan di atas padang dan
keputusan Ketua Pengadil adalah muktamad.
10.2 Perkara-perkara berkenaan hal kelayakkan pemain akan diselesaikan oleh Lembaga Rayuan.
10.3 Bantahan atas perkara 9.1 – 9.2 hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan dengan
wang pertaruhan sebanyak RM300.00 tidak lewat dari 1 jam selepas tamat perlawanan.
Wang tersebut tidak akan dikembalikan.
10.4 Bantahan (protest) hanya boleh dilakukan oleh guru sahaja.

11. LEMBAGA RAYUAN


11.1 Sila rujuk Peraturan Am (14) MSSM
11.2 Terdiri daripada:
11.2.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya
11.2.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
11.2.3 Penyelaras Teknik dan Pembangunan Sukan (Sofbol) MSSWPKL
11.2.4 Ketua Pengadil Kejohanan
11.2.5 3 Penngurus pasukan yang tidak terlibat

12. BOLA PERTANDINGAN


12.1 Bola Rasmi Kejohanan adalah VPS FP1500 (RM45)
12.2 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan dikehendaki membawa 2
biji bola untuk digunakan semasa pertandingan.

13. PENONTON/PENYOKONG
13.1 Pasukan yang mempunyai pemain yang tidak disenaraikan dalam batting order harus
berada dalam kawasan penonton dan tidak dibenarkan berada dlm kawasan bangku
simpanan.

13.2 Semua Ibu Bapa, jurulatih persendirian atau penyokong sesuatu pasukan mesti berada di
kawasan yang dikhaskan untuk penonton. Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab
untuk memastikan tiada penyokong yang berada dalam kawasan teknikal.

13.3 Pengadil perlawanan boleh memberhentikan permainan jika didapati Per 13.2 tidak
dipatuhi.

14. PEMAIN DARI SEKOLAH BERLAINAN (PEMAIN IMPORT)

14.1 Pasukan sekolah dibenarkan mengambil pemain dari sekolah yang berlainan untuk mewakili
pasukan tersebut dengan syarat:
i) Hanya dibenarkan dalam zon yang sama.
ii) Sekolah pemain tersebut tidak mengambil bahagian dalam kejohanan.
Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
Kejohanan Sofbol MSSWPKL 2022
iii) Sekolah pemain tersebut tidak ingin menggunakan khidmat pemain tersebut.
iv) Tiada sekolah lain dalam daerah tersebut yang ingin menggunakan khidmat
pemain tersebut maka dibenarkan untuk bermain di daerah lain dengan
persetujuan bertulis daripada sekolah-sekolah yang tidak ingin khidmat pemain
tersebut.
v) Telah mendapat kebenaran bertulis daripada sekolah pemain tersebut dan
disertakan dalam borang pendaftaran.
vi) Tidak melebihi 3 orang pemain daripada sekolah berbeza dalam pasukan.

15. SPESIFIKASI PADANG


15.1 Jarak antara bes dan jarak picing bagi kategori 18 Tahun dan ke Bawah adalah seperti
berikut:
Kategori Jarak Antara Bes Jarak Picing

Lelaki 18 Tahun & ke bawah 60 kaki 46 kaki


Perempuan 18 Tahun & ke bawah 60 kaki 43 kaki

16. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


16.1 Perkara yang tidak dinyatakan dalam PERATURAN AM MSSM dan PERATURAN
PERTANDINGAN ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan
keputusan adalah muktamad.

17. MODIFIKASI PERMAINAN KATEGORI BAWAH 12 TAHUN.


17.1 GELANGGANG
17.1.1 Sila rujuk rajah gelanggang (diamond) yang dilampirkan.
17.1.2 Bes berganda akan digunakan dalam semua perlawanan
17.1.3 Jarak adalah seperti di bawah:
Kategori Jarak Antara Bes Jarak Picing

Lelaki 12 Tahun & ke bawah 55 kaki 40 kaki


Perempuan 12 Tahun & ke bawah 55 kaki 37 kaki

17.2 BET
17.2.1 Semua pasukan menggunakan Bat Fastpitch.
17.3 BOLA
17.3.1 Saiz bola kulit berukuran 12”
17.4 GLOVE
17.4.1 Semua pemain diwajibkan memakai glove
Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
Kejohanan Sofbol MSSWPKL 2022
17.5 KASUT
17.5.1 Semua pemain harus berkasut.
17.5.2 Kasut dengan spike/cleat logam tidak dibenarkan.
17.6 PENGADANG MUKA DAN KERONGKONG
17.6.1 Semua kecer digalakkan memakai pengadang muka dan kerongkong
termasuk helmet semasa perlawanan.
17.6.2 Pemadang bes 3 digalakkan memakai pengadang muka.
17.7 PELINDUNG DADA, KAKI DAN LUTUT
17.7.1 Semua kecer digalakkan memakai pelindung dada, kaki dan lutut.

17.8 HELMET
17.8.1 Helmet diwajibkan dipakai setiap masa oleh pemukul, pemukul
menunggu dan pemukul pelari.
17.8.2 Mana-mana helmet yang telah rosak, pecah, kemek atau dipinda tidak
dibenarkan penggunaannya.
17.9 PERATURAN-PERATURAN LAIN
17.9.1 Pemukul akan memukul bola yang diletakkan di atas batting tee.
17.9.2 Hanya 8 pemain yang akan memadang dan memukul dengan 2 pemain
simpanan.
17.9.3 Setiap pasukan mesti mengistiharkan picer dalam senarai memukul.
17.9.4 Batting tee adalah sebahagian daripada padang.
17.9.5 Tiada mencuri bes sebelum bola dipukul. Pelari hanya boleh bergerak
apabila bola dipukul dari batting tee.
17.9.6 Permainan diberhentikan apabila picer berada di atas pitching plate
bersama bola di dalam glove. (Situasi ini adalah keadaan seperti picer
ingin melakukan pitching untuk pemukul yang baru sekiranya
mengikut peraturan asal).
17.9.7 Kedudukan kecer adalah di kawasan safety home plate atau kotak kecer
sebelum permainan dimulakan. Pukulan yang tidak melepasi zon 30
kaki dikira ‘Strike’ dan ‘Bola Mati’.(Sentuhan pertama bola mesti
melepasi garisan 30 kaki). Garisan zon akan ditandakan.
17.9.8 Pukulan pop up dalam zon 30 kaki dan ditangkap oleh pemadang
dianggap sebagai foul fly.
17.9.9 Pemukul hanya boleh mengubah kedudukan kaki sekali sahaja setelah
masuk ke dalam kotak pemukul.
14.9.9.1 Perubahan kaki kali kedua akan dikira strike.
17.9.10 Foul Ball pada strike ketiga dianggap sebagai Strike Out.
17.9.11 Safety Home Plate akan diletakkan di hujung belakang kotak pemukul
Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
Kejohanan Sofbol MSSWPKL 2022
kiri.
17.9.12 Batting tee akan diletakkan di bucu home plate oleh pemain simpanan
yang dilantik.
17.9.13 Ketinggian batting tee MESTI mengikut strike zone pemukul.
17.9.14 Pemukul mempunyai 20 saat untuk memukul bola setelah bola diletakkan di
atas batting tee.
Disediakan oleh:
MOHAMAD IDZHA BIN KASSIM
PTPS Sofbol MSSWPKL

Anda mungkin juga menyukai