Anda di halaman 1dari 5

MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN CATUR MAJLIS

SEKOLAH-SEOLAH
DAERAH KINTA UTARA 2022
1.UNDANG-UNDANG PERMAINAN CATUR MSSD KINTA UTARA, PERAK.
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Federation Internationale Des Echecs (F.I.D.E.) dan peraturan
–peraturan Am MSSD Kinta Utara yang sedang berkuatkuasa sekarang.

1.1 TARIKH PERTANDINGAN


Tarikh : 21-22 Jun 2022 ( SR ) , 23-24 Jun 2022 (SM) ( Smk Bandar Baru Putra )
21 Jun ( SR kategori L 12 tahun)
22 Jun ( SR kategori P 12 tahun)
23 Jun ( SM kategori L 18 tahun & L 15 tahun )
24 Jun ( SM kategori P 18 tahun & P 15 tahun )

2. JENIS PERTANDINGAN
Individu
2.1.Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah
2.2.Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah
2.3.Lelaki umur 15 tahun dan ke bawah
2.4.Perempuan umur 15 tahun dan ke bawah
2.5.Lelaki umur 12 tahun dan kebawah
2.6.Perempuan umur 12 tahun dan kebawah
2.7 Jemputan kategori Tingkatan 6.

3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Tahun lahir pemain bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
Bil Kategori Umur Tahun Lahir
1 18 tahun dan ke bawah 2004, 2005, 2006
2 15 tahun dan ke bawah 2009, 2008, 2007
3 12 tahun dan ke bawah 2010 hingga 2015

3.2 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar jumlah pemain seperti berikut :


Bil Kategori Individu
.
1 Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah 4
2 Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah 4
3 Lelaki umur 15 tahun dan ke bawah 4
4 Perempuan umur 15 tahun dan ke bawah 4
5 Lelaki umur 12 tahun dan kebawah 4
6 Perempuan umur 12 tahun dan kebawah 4
3.3 Pendaftaran pemain boleh dibuat pada atau sebelum 17 JUN 2022 ( JUMAAT). Sekolah yang lewat
mendaftar atau melakukan pertukaran pemain selepas tarikh tersebut TIDAK AKAN DILAYAN. Sebarang
masalah boleh hubungi PTPS CATUR KINTA UTARA, En. Izzul Zakwan Bin Shamsul Aznan (017-5971901)-
Sekolah Menengah dan Penolong PTPS , En Ahmad Sukri Bin Zainun ( 016-4115014)-Sekolah Rendah.

3.4 Sila gunakan borang pendaftaran individu iaitu RO1 ( Sekolah rendah ) , MO1( sekolah menengah ) dan juga
borang pendaftaran pasukan RO2 & MO2 . Borang ini boleh didapati dalam telegram group Guru Catur MSSD .
Sila emailkan/faks/hantar borang MO2 & RO2 kepada pihak pengelola sebelum atau pada 17 Jun 2022.
( Jumaat). Borang RO1 dan MO1 hendaklah dibawa bersama salinan ic/sijil kelahiran yang disahkan pada hari
pertandingan.

3.5 SEBARANG MASALAH YANG DIHADAPI, SILA HUBUNGI PENGERUSI PENGELOLA


PERTANDINGAN.
* PENYERTAAN SEK. MEN.: SMK BANDAR BARU PUTRA ( 05-5336437 ) / ( 013-513 0084) Pn Mahsuri
* PENYERTAAN SEK. REN.: SK BANDAR BARU PUTRA (05-5331320) / ( 013-581 1002 ) En Faizul

4.SISTEM PERTANDINGAN.
4.1 Kejohanan ini dijalankan secara berasingan bagi setiap kategori.
4.2 Kejohanan ini dijalankan mengikut prinsip-prinsip Sistem Swiss Pemasangan Terus seperti berikut:
4.2.2 Pemasangan pemain :
4.2.2.1 Bermain 7 pusingan bagi menentukan 4 pemain terbaik BAGI SETIAP KATEGORI.
4.2.2.2 Pemasangan pemain dan penetapan pemain pilihan adalah mengikut
‘National Rating’ semasa.
4.2.2.3 Pemain yang mendaftar pada atau sebelum 17.06.2022 sahaja yang akan dibenarkan bermain.
4.2.2.4 Pemain yang datang lewat pada pusingan satu ( tidak sempat bermain untuk pusingan satu)
dibenarkan untuk bermain pada pusingan yang berikutnya.
4.2.2.5 Sekolah yang menjadi Pengerusi Pengelola Pertandingan diberi hak untuk menggenapkan
pemain sekiranya berlaku pemasangan ganjil.

4.2.4 Pemasangan Pemain

4.2.4.1 Seseorang pemain tidak boleh dipasangkan dengan pemain yang sama lebih daripada sekali.
4.2.4.2 Semua pemain akan dikumpulkan mengikut jumlah mata yang sama yang telah diperolehi.
Kumpulan mata yang tertinggi akan dipasangkan terlebih dahulu sehinggalah yang terendah
sekali.
4.2.4.3 Sekiranya jumlah pemain dalam kumpulan mata yang sama itu ganjil atau tidak dapat langsung
dipasangkan antara satu sama lain,maka satu atau lebih permain seboleh-bolehnya akan
dipasangkan dengan pemain dari kumpulan mata terdekat. Pemain – pemain ini digelar
Pelampung. Dalam hal keadaan bilangan pemain ganjil,pelampung yang diberi kepada pemain
yang terendah nombor pemasangannya.
4.2.4.4 Setelah jumlah bilangan pemain dalam kumpulan mata yang sama itu genap, pemain-pemain
disusun mengikut kumpulan nombor pemasangan dan kemudian ia dibahagikan kepada dua
kumpulan kecil. Pemain teratas dalam setiap kumpulan kecil akan dipasangkan seberapa boleh
dan seterusnya .

4.2.5 Warna Pusingan Pertama

4.2.5.1 Warna permain “Ranking Pertama” bagi setiap bahagian ialah putih dan warna pemain meja
seterusnya adalah selang-seli.

4.2.6 Warna Pusingan Berterusan

4.2.6.1 Hak warna penggenap diberi kepada pemain yang pemasangan tertinggi. Seberapa boleh,
bilangan warna hendaklah sama dan diselang-selikan.
4.2.6.2 Setelah bilangan warna digenapkan, warna pusingan berikutnya adalah warna yang
berlawanan pada pusingan sebelumnya.
4.2.6.3 Seseorang pemain tidak boleh dipasangkan dengan warna yang sama banyak tiga kali
berturut-turut
4.2.6.4 Jika berlaku keadaan dua pemain yang mempunyai warna yang sama maka hak menggilirkan
warna diberi kepada pemain yang mempunyai nombar pemasangan teratas.

4.2.7 Jumlah pusingan permainan akan ditetapkan oleh PTPS Daerah berdasarkan keperluan semasa.

5. TEMPOH BERMAIN
5.1 Tempoh permainan pada ialah (7 PUSINGAN) bagi kategori lelaki dan
perempuan 18,15 dan 12 tahun ke bawah ialah 20 minit bagi setiap pemain. Manakala,
masa permainan pada pusingan 5,6 dan 7 ialah 25 minit.

5.2 Pemainan akan ditamatkan sama ada dengan syah mat, ‘Check-mate’,atau salah satu bendera jam jatuh
dahulu maka pemain yang disyahmatkan atau benderanya jatuh terlebih dahulu akan dikira kalah,.
Keputusan seri akan diberikan jika berlaku Stale mate atau Dead position atau persetujuan seri kedua-dua
pemain atau berlaku pengulangan 3 kali pada kedudukan yang sama atau situasi yang sama dengan syarat:
tuntutan pemain yang mengulangi 3 pergerakkan pada kedudukan yang sama itu.

5.2.1 Pemain lawan menuntut kemenangannya kepada Arbiter,dan,


5.2.2 Pemain lawan mempunyai satu atau lebih bidak yang mempunyai peluang menjadi buah
catur besar, atau satu buah catur besar (Queen atau Rook) yang boleh syah mat. (Contohnya
pemain yang mempunyai Raja sahaja,atau Raja dan satu ‘Bishop’atau satu ‘Kuda’, pemain
ini tidak boleh sah mat lawannya, dan sekiranya pemain ini menang masa, maka keputusan
seri sahaja akan diberikan kepadanya)
5.2.3 Sekiranya syarat ‘5.2.1’ tidak dipenuhi, perlawanan akan diteruskan.
5.2.4 Sekiranya kedua-dua bendera jam pemain telah jatuh, dan tidak dapat dipastikan bendera jam
daripada pemain mana yang jatuh terlebih dahulu maka perlawanan itu dikira seri kecuali
berlaku kedudukan sah ‘mate’ pada ketika itu.
5.2.5 Sekiranya ayat ‘5.2.2’ di atas tidak dipenuhi, maka perlawanan itu dikira seri.

5.3 Arbiter berhak memberhentikan permainan sekiranya bendera jam seorang atau kedua-dua pemain telah
jatuh .
5.4 Pemain tidak wajib menulis gerakan buah catur pada kejohanan ini tetapi sangat digalakkan.

6. KAEDAH MEMUTUSKAN KEPUTUSAN DAN HADIAH

6.1 Kejohanan perseorangan


6.1.1 Pemain yang menang akan diberi 1mata, 1/2 mata untuk seri, 0 mata jika
kalah, dan satu 1 jika bye.#
6.1.2 Pemain yang mendapat jumlah mata yang terbanyak akan menjadi johan dan seterusnya.
6.1.3 Jika terdapat kedudukan mata permainan yang sama,pemisah- seri (Tie-break) yang berikut akan
digunakan untuk memisahkan kedudukan:
a) Mata Solkoff / Buchholz
b) Mata Sonneborn-Berger
c) Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz
d) Mata progresif / kumulatif
e) Number Of Wins
f) Individual encounter
g) ‘PLAY OFF’

Sistem Solkoff/ Buchholz - Menjumlahkan semua mata yang diperolehi oleh semua lawan peserta berkenaan.
Peserta yang menjumlahkan mata terbanyak
Sistem Sonneborn-Berger . Menjumlahkan semua mata yang diperolehi oleh peserta lawannya yang
dimenangi dan separuh bagi perlawanan yang seri dalam mata mana –mana pusingan.
Median-Soikoff/Median-Buchholz Pengiraan seperti Sistem Solkoff/Buchholz tetapi mata peserta lawan yang
terendah dan tertinggi tidak dikira.
Sistem Progresif/Kumulatif. Menjumlahkan mata perlawanan peserta pada setiap pusingan.
‘Number of Wins’ Mata kemenangan sahaja yang dikira. Peserta yang lebih banyak menang akan dikira
menang. Mata seri tidak dikira
Peserta yang pernah mengalahkan lawannya akan dikira menang. (Individual Encounter)
Sehingga peringkat ini, sekiranya masih SERI juga lagi, pelawanan imbal balas 5 minit ‘PLAY OFF’ akan
dijalankan untuk menentukan kemenangan.
6.1.4 Pemain yang menggunakan telefon bimbit atau sebarang alatan elektronik atau kedengaran sebarang
bunyi daripada telefon bimbit atau alatan elektronik(selain jam tangan) akan dikira kalah sekiranya
pihak lawan membuat bantahan serta merta kepada arbiter.
6.1.5 Keputusan (standings) yang dikeluarkan oleh komputer adalah muktamad.

7.0 PEMILIHAN PEMAIN KE PERTANDINGAN CATUR SIRKIT 2020


7.1 Ciri-ciri pemain yang akan dipilih:
Pemain yang mendapat tempat pertama hingga keempat pada KEJOHANAN CATUR MSSD KINTA
UTARA 2022 akan dipilih untuk mewakili Daerah Kinta Utara untuk bermain di Kejohanan Catur
MSSPK di Manjung pada 22-24 Julai 2022.
Pemain mestilah mempumyai sahsiah yang baik dan tidak melakukan sebarang masalah disiplin semasa
kejohanan MSSD.
Mempunyai semangat berpasukan serta setia kawan.
PTPS Daerah berhak menyingkirkan pemain yang tidak berdisiplin atau pemain yang melanggar peraturan
Sekolah.

8.0 HADIAH
8.1 Hadiah berbentuk sijil dan medal akan disediakan oleh pihak PPD Kinta Utara.

8.2 Sijil pencapaian akan diberikan kepada pemain yang mendapat tempat pertama hingga kesepuluh mengikut
kategori. Medal PPD juga akan di berikan kepada pemain yang tempat per tama hingga ke tiga bagi setiap
kategori. Pihak sekolah pengelola bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil pencapaian dan penyertaan.

9.0 PAKAIAN
9.1 Pemain-pemain dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah,pakaian sukan atau t-shirt ‘identiti’
pasukan sekolah masing-masing.Pakaian hendaklah berkolar. Seluar jeans,seluar pendek, dan selipar
tidak dibenarkan.sama sekali
9.2 Pemain – pemain perempuan dikehendaki memakai pakaian yang bersopan, seragam sekolah, pakaian
sukan atau t-shirt identiti pasukan sekolah masing- masing.
9.3 Pemain- pemain dilarang memakai topi, cermin mata hitam, menggunakan ‘ walk-
man’,menggunakan telefon bimbit, atau sebarang peralatan elektronik yang boleh mengganggu pihak
lawan semasa permainan.

10.0 ALATAN
10.1 Peralatan catur yang lengkap akan dipinjam dari Unit Sukan JPN Perak sebanyak 200 set.
10.2 Bateri yang akan digunakan untuk jam catur akan disediakan oleh Pengerusi Pengelola.

11.0 KELEWATAN
11.1 Pemain yang datang selepas 10 minit permainan berlangsung tidak dibenarkan bermain dan dikira
kalah pada pusingan berkenaan. Sekiranya kedua – dua pemain itu datang lewat 10 minit,maka
kedua –duanya dikira kalah. Jika kedua-dua pemain datang sebelum tempoh 10 minit, maka
kedua-dua pemain-pemain akan dikenakan penalti masa berdasarkan tempoh kelewatan itu.
Namun, pemain ini masih boleh bermain untuk pusingan yang seterusnya.
12.0 KEWANGAN

12.1 Yuran penyertaan adalah RM 15 untuk setiap peserta.


12.2 Sumber kewangan yang diperolehi dari duit yuran akan digunakan oleh Sekolah Pengerusi
Pengelola untuk segala hal berkaitan urusan pengelolaan sebelum dan selepas pertandingan.
12.3 Sejumlah amaun tertentu akan diperuntukkan semasa latihan pusat dan semasa Kejohanan MSSPK
2022 berlangsung untuk tujuan kebajikan pemain yang mewakili Derah Kinta Utara 2022. Jumlah
amaun akan ditentukan selepas pertandingan peringkat Daerah berakhir.
12.4 Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek. Untuk pembayaran yang menggunakan cek bayaran
boleh dibuat atas nama “ Tabung Kebajikan Sukan Pendidikan Leboh Cator “ Maybank 5581 7200 3810.

12.5 Bayaran boleh dibuat pada hari pertandingan semasa proses pendaftaran pemain.( Tertakluk kepada
perubahan )

13.0 BANTAHAN
Sila rujuk Peraturan Am (12) MSS Perak.

14.0 JURI RAYUAN


Sila rujuk Peraturan Am (13) MSS Perak.

15.0 LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN


Sila rujuk Peraturan Am (14) MSS Perak

16.0 TINDAKAN MAHKAMAH


Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhubung
kejohanan yang diadakan.
Sila rujuk Peraturan Am (16) MSS Perak

17.0 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am MSSPK dan Peraturan Permainan Catur ini akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.
Sila rujuk Peraturan Am (19) MSS Perak

Disediakan oleh,

……………………………….........
En Izzul Zakwan Bin Shamsul Aznan
Pengerusi Teknik & Pembangunan Sukan Catur
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara 2020
017-5971901
izzulzakwan90@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai