Anda di halaman 1dari 13

SK MAHKOTA SARI

JALAN HJ. MEOR YAHYA


33300 GERIK
PERAK DARUL RIDZUAN
Wah, cantiknya rumah saya!
 Saya Mardhiah, saya Irdina dan saya Syazira.

 Pada hari ini kami akan mempersembahkan sebuah


perbualan yang bertajuk : “wah! Cantiknya rumah saya
“ kami berharap kalian semua akan terhibur.
InsyaAllah.

 Irdina pergi berjumpa sahabat baiknya syazira dan


Mardhiah. Mereka berjalan-jalan dikawasan
perumahan menuju ke rumah Mardhiah.
 Irdina : Assalamualiakum…

 Syazira dan Mardhiah : Waalaikumussalam…

 Irdina : Apa khabar semua ?

 Syazira dan Mardhiah : Alhamdulillah, kami sihat.

 Irdina : Rumah awak di kawasan mana wahai Mardhiah?

 Mardhiah : Rumah saya tidak jauh dari sini, kita jalan


terus dan belok sebelah kanan no.78, taman Murni .
 Syazira : Cantiklah pemandangan di kawasan
perumahan ini, ada surau ,tandas awam dan taman
permainan kanak-kanak. Ramai kanak-kanak bemain
di sini, pasti seronok kan ?

 Irdina : Betul kata awak Syazira .

 Mardhiah : Kita dah sampai, Inilah rumah saya.

 Irdina : MasyaAllah… Alangkah cantiknya rumah baru


awak, wahai Mardhiah ?
 Mardhiah : Alhamdulillah semua ini kurnian dari Allah ..
Ayah saya yang bina rumah ini .

 Syazira : Ayah awak adalah jurutera yang mahir .

 Irdina : Semoga Allah memberkati rumah baru awak ini.

 Mardhiah : Terima kasih. Jom kita masuk.

 Syazira : Wahai Mardhiah, ada berapa bilik dalam rumah


awak ini?

 Mardhiah : Di rumah saya ini ada empat bilik tidur, satu


ruang tamu dan satu ruang makan.
 Irdina : Bilik yang kecil ini, bilik apa Mardhiah?

 Mardhiah : Ini adalah stor, ibu saya menyimpan alatan


rumah di dalamnya.

 Syazira : Bolehkah kami lihat bilik awak wahai Mardhiah?

 Mardhiah : Dengan sukacitanya , jom bersama saya. Inilah


bilik saya, silalah masuk.

 Irdina : Di mana kamu sekeluarga bersembahyang?

 Mardhiah : Disalah sebuah bilik yang dikhususkan untuk


besembahyang dan membaca al-Quran .
 Syazira : Bagaiman pula dengan rumah awak Irdina ?

 Irdina : Berbeza dengan rumah Mardhiah, Rumah


saya di kawasan perkampungan, di kampung gerik. Di
rumah saya ada perpustakaan kecil, di dalamnya ada
buku, majalah dan suratkhabar. Di situ tempat saya
mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja sekolah.

 Mardhiah : Adakah di rumah awak ada garaj kereta?

 Irdina : Ya di rumah saya ada garaj kereta.


 Mardhiah : Adakah dirumah awak ada taman bunga,
wahai Syazira?

 Syazira : Ya ! di rumah saya ada taman bunga, di


dalamnya ada bunga yang cantik. Di taman ada satu
sangkar yang besar, di dalamnya ada banyak burung.
Saya seronok berada di taman bersama keluarga ada
waktu petang kami menyiram bunga dan memberi
makan kepada burung-burung. Udara disini sungguh
segar dan nyaman sekali dan di belakang rumah saya
ada air terjun yang sangat cantik.
 Iridina : Bolehkah kita pergi ke rumah awak nanti
wahai Syazira?

 Syazira : Boleh apa salahnya, pintu rumah sentiasa


terbuka buat kawan-kawan, kerana ustaz ada
menyebut “tetamu yang datang ke rumah membawa
rahmat dan rezeki buat ahli rumah.”
 Mardhiah : Betul kata awak Syazira, mari kita pergi ke
ruang tamu, ibu saya sudah menyediakan minum
petang buat kita semua.

 Irdina : Ehm… sedapnya kek ini?

 Syazira : Pandai ibu awak masak?

 Mardhiah : Sebab itu saya sangat sayang ibu saya.


Saya sayang keluarga saya. Rumahku syurgaku…
 Irdina , Syazira dan Mardhiah: Rumahku syurgaku …..

 Mari sama-sama kita membacakan doa ke atas ahli


rumah ini.

 “Ya Allah ya tuhanku berikanlah rahmat dan barakah


ke atas kami semua dan ke atas tempat ini, wahai
tuhan yang maha pemurah lagi penyayang.
 Kami memohon kepadamu ya Allah dari segala
kebaikan bagi rumah ini dan kebaikan apa yang ada di
dalamnya [ahli keluarga ] dan kami memohon
perlindungan dari segala kejahatan bagi rumah ini
dan ahli keluarganya. Wahai tuhan yang maha
pengasih lagi penyayang.
 Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.

 Irdina : Hari sudah petang kami mintak izin untuk


beredar dulu. Terima kasih atas layanan yang baik
ini .

 Mardhah : Lain kali datang lagi … sehingga berjumpa


lagi. Insyaallah.

 Irdina dan Syazira : Insyaallah .. Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai