Anda di halaman 1dari 69

DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

PAKAR SAINS GELANDA: Hei, kau semua sekarang jadi


hamba dan abdi aku, tahu?
SEMUA: Ya, kami hamba dan abdi.

PAKAR SAINS GELANDA: Aku jadi raja kau tahu?


SEMUA: Ya, tuan jadi raja.
PAKAR SAINS GELANDA: Betul benar. Sekarang kau semua mesti beri aku
satu tanda aku jadi raja. Pergi cari lekas!

(Semua orang berjalan berpusing-pusing. Pakar Sains Sia-sia berjumpa


dengan alat rekaan utama dan meloncat-loncat memanggil kawan-
kawannya. Mereka semua suka dan menjerit-jerit, 'Ini mahkota raja!
Ini mahkota raja!
Melihat itu Pakar Sains Gelanda mahu lari tetapi tidak berdaya. Dia
dipegang beramai-ramai dan alat itu dimasukkan ke kepalanya.
Tiba-tiba alat itu pun hidup. Enjinnya berderu dan lampunya bernyala.
Pakar Sains Gelanda menjadi tegang seketika. Orang-orang itu takut
dan menang- galkan alat itu dari kepalanya.
Pakar Sains Gelanda kemudian senyum-senyum kambing kemudian bertandak
ke hulu ke hilir.
Orang-orang itu semua menari mengikut dua ber- keliling-keliling).
(Tirai).

DUA TIGA KUCING BERLARI


136

PELAKON

MARIDAH - ibu Rosdiah


DAHALAN
- bapa Rosdiah
ROSDIAH
MAK HAJI
PAK HAJI
SURIAH
SWEE LAN
ZARIM
KUAN TIEN CHEE

139

BABAK PERTAMA
I

DALAM ruang rumah Dahalan yang letaknya di sebuah bandar yang


terkenal. Waktu petang. Masa kini.
Rumah itu sebuah rumah sederhana. Oleh itu perhiasan dalam ruang
itu juga adalah sederhana. Kerusi mejanya satu set juga, tetapi
bukanlah jenis berkusyen; itu pun sudah agak usang. Di atas meja
terletak sebuah tepak sirih. Di tepi dinding nampak sebuah almari
yang di dalamnya ada pinggan mangkuk, bunga-bunga perhiasan dan
juga buku-buku. Di dinding bersangkutan gambar-gambar, kalendar,
songkok, sebuah jam dinding menunjukkan pukul 3.30 petang.
Tingkap dan pintunya berlangsir lama sahaja. Nampak dua buah
pintu. Satu pintu masuk, pintu hadapan rumah, letaknya di
sebelah kiri pentas. Satu pintu ke dalam hala ke dapur, letaknya di
sebelah kanan pentas.
Waktu tirai terbuka nampak seorang perempuan yang telah baya bernama
Maridah, isteri Dahalan, duduk di sebuah kerusi, kedua-dua kakinya
berlunjur. Dia sedang menjahit sesuatu. Orang itu kelihatan resah,
sebentar-sebentar dia
141
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

memandang hala ke pintu dan tingkap dan menjahit semula. Sekali


dia berjalan ke tingkap dan meninjau ke luar, meng- geleng-
gelengkan kepalanya, dan duduk semula menjahit di
kerusi.
Terdengar bunyi pintu diketuk beberapa kali.
SUARA: Oi, orang rumah! Orang rumah! Ada tak?
(Maridah segera meletakkan jahitannya dan pergi arah ke pintu dan
membuka pintu). MARIDAH: Ooh Mak Haji! Masuklah, masuklah.
(Masuk Mak Haji, seorang perempuan yang sudah berumur
juga. Kepalanya berlilit kain menandakan dia sudah menunaikan haji.
Mereka berjalan arah ke kerusi).
MARIDAH: Duduklah! (Mereka duduk) Hai, apa sesatnya Mak Haji ni ke
mari ni? Bukan main lagi Mak Haji ni jam. Masuk rumah orang
berketuk-ketuk pula.
MAK HAJI: Hai, hari kan dah lewat tengah hari ni. Kalau datang ke
rumah orang lewat tengah hari mesti me- ngetuk dulu! (Mereka
ketawa. Membuka tepak sirih dan makan sirih).
Dahalan mana, tak nampak ni?
MARIDAH: Ah, bapa Rosdiah tu mana ada pernah di rumah
siang-siang Mak Haji! Kita ingat dulu, bila dia cuti panjang ni duduk di
rumah ajalah dia. Tidak, tidak, Pagi-pagi lagi dia dah lesap.
MAK HAJI: Malam-malam dia ada tak?
MARIDAH: En, malam ada, Mak Haji! MAK HAJI: Eh, tak apalah!
MARIDAH: Apa, Mak Haji ... tak adakah Mak Haji nampak
142
DUA TIGA KUCING BERLARI

Rosdiah di jalan tadi?


MAK HAJI: Rosdiah anak dara engkau tukah? Tadi pukul satu lebih ramai aku
nampak budak-budak balik sekolah. Rosdiah jadi cikgu kan?
MARIDAH: Ya! Kadang-kadang dia memang lambat balik, tapi dia beritahu
lebih dulu. Hari ni patutnya dia dah sampai ke rumah.
MAK HAJI: (Menengok jam) Ya, dah dekat pukul empat.
Tapi budak-budak ni jam, Maridah, takkan sesat dia.
MARIDAH: Sesat tu tidak, Mak Haji. Tapi dik dia betina,
risau jugalah.
MAK HAJI: (Diam sebentar) Aku ada dengarlah, aku dengar aja cakap
orang, maklumlah cakap orang, kan.? Aku de- ngar Rosdiah sekarang
banyak kawannya!
MARIDAH: Eh, yalah. Rosdiah tu memang suka berkawan banyak, sejak dari
masa dia bersekolah dulu pun macar
tu.

MAK HAJI: Yalah. Ini kata orang. Kawan-kawannya tu


masuklah budak-budak jantan.
MARIDAH: Bila dah jadi cikgu, Mak Haji, sekolah campur pula macam
sekolah Rosdiah mengajar itu, nak macam mana kan jantan betina
mesti nak buat kawan,
-

MAK HAJI: Betul juga. Tapi ini yang aku dengar, ya, jangan marah!
Cakap orang saja, kawannya itu budak Cina jantan!
MARIDAH: Esy, tak adalah, Mak Haji!
MAK HAJI: Kalau tak ada tu baik benarlah. Aku ni bertanya-
tanya aja.
MARIDAH: Sebenarnya, Mak Haji, nak dikatakan tak ada

143
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

kawan-kawannya budak-budak Cina ... ada juga. Seka- rang ni kan


semua bercampur-aduk dalam negeri kita ini. Semua bangsa sama
belajar, sama bermain, sama beker- ja.
MAK HAJI: Jadi adalah kawan Rosdiah budak Cina jantan?
MARIDAH: (Diam sebentar dan mengeluh) Ada tu ... er, ada. MAK HAJI:
Jangan kan, dia lambat balik ni pergi ke rumah
budak itu pula tak?
MARIDAH: Eh, Mak Haji, tak adalah sampai begitu. MAK HAJI:
Pada mulanya semua mak bapa berfikir dan bercakap begitu. Ah, tak
apalah, perkara kecil, tak jadi ара-ара Tapi bila dah jadi satu-
satu barulah sesal tak sudah, mana muka nak dihadapkan!
MARIDAH: (Melihat jam, resah, tapi menjawab dengan tenang)
Insya-Allah Rosdiah tu tahu yang dibuatnya, Mak Haji. Dialah anak
kami seorang, jantan betinanya, itulah dia. Takkanlah dia yang nak
menconteng arang ke muka kami.
MAK HAJI: Tapi, entahlah, aku tak percaya langsung, tak percaya
pada budak-budak muda zaman ini. Tak ada baik yang akan
datang kalau mereka dibiarkan berlaku macam mereka buat hari ini.
Maridah: (Mulai geram) Itu orang-orangnya juga, Mak
Haji!
MAK HAJI: Yalah. Itulah yang aku risaukan ni. Dari sejak nenek
moyang kita dulu belum ada orang yang mem- burukkan nama
kita lagi. Janganlah tibanya pula di zaman aku hidup ini.
MARIDAH: Eh, apa pula kata Mak Haji ni?
MAK HAJI: Maridah, aku dah tua. Dah beranak bercucu dan
144
DUA TIGA KUCING BERLARI

dekat lagi bercicit. Kau pun bukan muda lagi. Anak kau dah besar
panjang. Kalau dah kahwin, kau pun dah bercucu hari ini!
MARIDAH: (Memandang dengan serba salah kemudian
menjeling-jeling pada jam di dinding) Ya, ya.
MAK HAJI: Cina dengan Melayu ... kalau betinanya tu Cina, ada juga
dibuat orang. Tapi kalau jantannya Cina... selisih empat puluh empat!
MARIDAH: Siapa pula yang berkatakan saya nak bermenan-
tukan jantan Cina?
MAK HAJI: Tak ada siapa... Kok! Kalau! Maridah, kau dah
lupakah Dahalan, laki engkau, bapa Rosdiah? MARIDAH:
(Memandang jauh) Tidak ... tidak! MAK HAJI: Aku tahu Dahalan, anak buah
aku, aku tahu Dahalan. Bergalang nyawa pun dia tak mahu Cina jadi
menantunya. Selisih empat puluh empat!
MARIDAH: (Mulai marah) Mak Haji, bila pula saya berkata
kami nak bermenantukan orang Cina?
(Bunyi pintu diketuk beberapa kali di luar. Pintu terbuka dan kelihatan
Rosdiah, seorang gadis manis dengan pakaian yang bersesuaian, memegang be-
berapa buah buku dan sebuah beg tangan). ROSDIAH: Oh, Nek Haji.
Dah lama nenek sampai?

MAK HAJI: Dah lama juga. Macam-macam dah aku bualkan


dengan emak kau ini. (Memandang Maridah) Emak engkau pun
dah lama menunggu kau.
ROSDIAH:. (Meletakkan buku-bukunya di almari) Oh, ya!
Ros singgah dulu tadi di rumah kawan Ros. MAK HAJI: Rumah budak
Cina itukah?

145
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
DUA TIGA KUCING BERLARI

ROSDIAH: (Berpaling dan menghadap Mak Haji. Mukanya


menggambarkan kehairanan) Ya! Macam mana Nek Haji tahu?
MAK HAJI: (Memandang pada Maridah) Ini, emak engkau
beritahu pada aku.

ROSDIAH: Ooh! (Berjalan hendak masuk ke dalam).


MARIDAH: Ros, kau pergi rumah siapa tadi kata kau?
ROSDIAH: (Berhenti, berpaling menghadap emaknya) Ru
mah Swee Lan, Swee Lan anak perempuan tauke Leong, kawan Ros tu. Kan
Ros selalu pergi rumah dia, kan? Petang ini, katanya, dia pula nak datang
ke mari! Eh, kenapa mak?
...

MARIDAH: Er tak ada apa-apa! (Memandang selintas pada Mak Haji)


Pergilah kau masuk ke dalam. Nasi ada di dapur. Makanlah. Mak dah
makan dengan bapa kau tadi.
ROSDIAH: Baiklah, mak. Er, Nek Haji, marilah kita makan
sekali.

MAK HAJI: Ah, makanlah engkau Rosdiah. Aku tadi lagi dah
makan dah. Tuk Haji engkau, tadi katanya dia nak ke mari. Kita dah datang,
tak ada pula dia di sini. Pergilah, pergilah makan dulu. Hari pun dah nak
petang dah.. Masuklah!
ROSDIAH: Terima kasih, nenek!

(Mak Haji merenung Maridah. Maridah serba salah dan tunduk


seketika. Bunyi pintu diketuk dan pintu masuk terbuka.
Kelihatan dua orang lelaki di ambang pintu itu. Seorang pertengahan
umur, Dahalan namanya,

146
tegap dan riang orangnya, suami Maridah. Seorang lagi sudah agak
tua Pak Haji Daud, suami Mak Haji Limah).
DAHALAN: Ha, kan itu dia Mak Haji! Pak Haji ini dah nak pergi ke balai polis
dah, nak merepotkan Mak Haji dah hilang!

(Mereka berdua masuk ke dalam dan duduk di kerusi).

MARIDAH: Hai, janganlah didengarkan benar celoteh orang


tua itu, Mak Haji. Dia tu memang macam itu. DAHALAN: Ha, apa
khabar Mak Haji? Lama juga kita dah
tak berjumpa.
MARIDAH: Awak tak pernah di rumah, mana nak berjumpa
orang.

DAHALAN: Hei, kawan keluar ni, kawan jumpa orang juga! MARIDAH:
Eeh, orang tua kejal! Tengoklah tu Mak Haji, dia bukan ambil kisah
hal rumah ini, dia asyik hal orang saja. Tak tahu anak dia dah besar
panjang.
PAK HAJI: Rosdiah adakah di dalam?

MAK HAJI: Ada. Cucu awak tu ada di rumah. Baru sekejap


ni dia balik.

DAHALAN: Baru sekejap ni? (Menengok jam) Hai, budak tu, memang tekun
benar bekerja. Macam aku jugalah!

MARIDAH: (Berdiri dan marah) Jangan awak merepek!


DAHALAN: Eh, apa fasal awak ni?

MARIDAH: (Pergi ke tepi dinding) Awak apa tahu dan awak tak mahu
tahu? Kita saja semuanya, kita saja. Yang kena tempelak, yang kena
cela, yang kena hamun.
147
:

DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

DAHALAN: Eh, apa pula ni? Aku tak pernah mencela kau.
Aku tak pernah menghamun. Apa fasal?
MARIDAH: Yang awak tahu cuma pergi kerja, balik kerja. Lepas itu
pergi bersembang lagi dengan kawan-kawan. Dapat cuti lagi-lagi hilang,
lagi-lagi lesap. Di rumah ni awak ingat macam enjin saja. Tahu siap, tahu
ada. Anak yang seorang itu pun awak ingat tahu sihat, tahu besar, tahu
baik saja.
DAHALAN: 'Eh, Mak Haji, apa yang dah jadi?
MARIDAH: (Menjerit-jerit) Itulah dia, awak tak tahu! Tak
tahu! Dalam rumah sendiri pun awak tak mahu tahu! (Dia menangis
teresak-esak dan lekas-lekas ber- jalan ke pintu bilik. Maridah keluar).
MAK HAJI: Aku ingat ini kisah Si Rosdiah.
DAHALAN: Rosdiah? Apa fasal Ros?
MAK HAJI: Kata orang, ini kata orang, dia sekarang ber- kawan baik
benar dengan seorang budak Cina, budak Cina jantan!
PAK HAJI: Sudah, mana pulak awak tahu kisah ini?
MAK HAJI: Kami tahulah. Si Maridah itu juga tahu. Kau tak
tahu Dahalan?

DAHALAN: (Sebagai orang kebingungan) Saya tak tahu!


Saya tak tahu!

PAK HAJI: Itulah yang dirisaukan dik Si Maridah itu.


MAK HAJI: Ya, itulah dia. Orang dah heboh keliling kam-
pung. Bapanya buat tak tahu juga lagi.
DAHALAN: Saya? Saya buat tak tahu? La haulawala... kalau Si Rosdiah diambil
dik budak Cina ... aku, aku bunuh dia dulu!

148
DUA TIGA KUCING BERLARI

PAK HAJI: Aku fikir ini bukanlah satu perkara susah benar. Kita terima sahaja
peminangan Si Zarim itu besok bila wakilnya datang.
MAK HAJI: Pinangan Zarim?
PAK HAJI: Ya, Zarim anak Si Dollah, Dollah kawan Timah.
MAK HAJI: Oh, ya,ya!
PAK HAJI: Zarim tu dulu kan sama sekolah dengan Si Ros? Sekarang dia pun
dah bekerja, entah pejabat apa dan jadi apa namanya pun, tak tahu aku
nak menyebutkan. Tadi kami berjumpa Si Dollah. Dia pun bercerita.
MAK HAJI: Hendak meminang Rosdiah? PAK HAJI: Er ... begitulah!
MAK HAJI: Wah, orang-orang ni jam bukan main lagi. Sampai nak
kenduri-kendara kita tak diberitahu lagi. Maklumlah, kita ni dah tua, tak
berguna. Jadi tunggul sajalah!
DAHALAN: Kami pun sebenarnya baru sekejap ini saja tahu fasal ini, bila
kami berjumpa Si Dollah tadi. Belum ada lagi ya tidaknya. Berbual-bual
saja baru. Emak Si Rosdiah pun belum tahu lagi.
PAK HAJI: Kalau begitu kan elok kalau kita panggil sekali mak Rosdiah
datang ke mari. Pergilah awak tengok dia ke dalam sekejap.
(Mak Haji bangun dan pergi arah ke pintu belakang. Dia keluar.
Dahalan mencapai rokoknya, membuka dan mem- beri kepada Pak Haji
yang mengambil sebatang. Dahalan memasangkan api rokok. Mereka
berdua menghisap rokok dan bermenung.
Sebentar masuk Mak Haji dan Maridah. Mereka

149
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
DUA TIGA KUCING BERLARI

terus pergi ke tempat duduk).


PAK HAJI: Duduklah, duduklah. Ini kami berbualkan fasal Si Rosdiah tadi.
Nampaknya dah ada orang yang nak datang bertanya.
MARIDAH: Datang bertanya? Siapa?
PAK HAJI: Kau tahu Dollah kan? Dollah, laki Si Timah. Ha,
Dollah tulah.
MARIDAH: Astaghfirullah! Si Dollah tua tu?
DAHALAN: Bukanlah dia yang nak kahwin dengan Si Ros!
Lailahaillallah. Dia kan ada anak bujangnya Si Zarim? MARIDAH: Ya, oh ya.
Zarim.
PAK HAJI: Jadi Si Dollah dah menyebut tadi pada kami berdua. Katanya Si
Zarim dah menyebut pula pada Si Timah dia nakkan Rosdiah.
MAK HAJI: Macam tu aja?
PAK HAJI: Tidaklah! Eeh, orang tua dah nyanyuklah. Nan- tilah dulu orang
habis bercakap. Itulah dia nak datang bertanya ke mari.
MAK HAJI: Bila?

PAK HAJI: Inilah nak dipakatkan!


MAK HAJI: Terima sahaja. Nak pakat apa lagi? Rosdiah dah besar,
Zarim dah besar. Rosdiah Melayu, Zarim pun Melayu. Islam, dapat pahala.
Kahwinkanlah. DAHALAN: Ada satu soal besar lagi, Mak Haji.
MAK HAJI: Apa lagi?
DAHALAN: Macam mana Ros? Mahukah dia menerima
Zarim sebagai lakinya?
MAK HAJI: Eh! Bodohnya kau ni! Kalau dia dah kahwin dia

150
terimalah. Takkanlah dia nak terima orang lain!

(Rosdiah berpakaian lain, bajunya warna belang. Dia masuk


membawa air dan mempersilakan semua minum. Kemudian dia keluar
semula).
MARIDAH: Saya fikir pun kita saja tak dapat memutuskan perkara ini. Eloklah
diberitahu dulu Si Ros. Zarim tu memang baik budaknya. Budi bahasa dan
perangainya lemah-lembut. Ros pun tahu benar Zarim tu. Dia sama-
sama sekolah dulu.

PAK HAJI: Betul juga kata kau tu, Maridah. Budak-budak


sekarang memang dah cerdik fasal ni.
MAK HAJI: Fasal dik dah cerdik itulah jangan diberitahu! Mana tahu kalau
dah ada asyik mahsyuknya dah. Zaman kita dulu, ya, kita jumpa asyik
mahsyuk dalam buku cerita saja. Hari ini orang berlaga-laga batang hidung di
tengah jalan!
DAHALAN: Saya fikir Mak Haji, perkara ini mesti dibawa kepada Ros lebih
dahulu. Dia yang nak mendirikan rumahtangganya. Dia yang nak
kahwin. Pada saya biarlah dia yang memilih, kerana dia yang nak me-
nerima. Kita ni cuma menumpang suka saja, dan kalau dapat nak
menumpang senang!
PAK HAJI: Kalau dia tak mahu terima Zarim, macam mana?

MARIDAH: Biarlah dia terima siapa saja yang dia suka. MAK HAJI: Biarpun
yang nak diterimanya itu seorang Cina?
Seorang jantan Cina?
DAHALAN: Apa? Cina? Tidak, tidak! Apa cakap Mak Haji ni? Rosdiah takkan
kahwin dengan orang Cina selagi aku hidup. Rosdiah takkan kahwin
dengan orang Cina, walaupun aku dah mati. Kerana aku akan
sumpahkan

151
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

dia! Tidak, Rosdiah tidak akan kahwin dengan orang Cina. Tidak
Ros aku ....
PAK HAJI: (Menengok jam) Hai, hari dah petang juga
nampaknya. Kami nak balik ni. Macam mana dengan kata yang
disampaikan dik Dollah tu. Nak dipan- jangkankah atau nak
diputuskan saja?
DAHALAN: Eh, nantilah dulu, Pak Haji! Kami bukan tak mahu nak
menerima Si Zarim tu. Kami hendak benar. Tapi biarlah kami pakatkan dulu
dengan Si Ros. Untung- untung dia suka sekali. Untung-untung dia
tak meng- hampakan hati kami.
PAK HAJI: Kalau begitu, baliklah kami dulu. Apa-apa esok,
pesanlah kami lekas
MAK HAJI: Ya, kami balik, Maridah, Dahalan.
(Pak Haji dan Mak Haji berjalan arah ke pintu hadapan diiringi oleh
Dahalan dan Maridah. Ma- ridah segera membukakan pintu. Bila pintu
terbuka nampak seorang gadis berdiri di luar pintu itu. Gadis itu ialah
Suriah, salah seorang sahabat Ros- diah).
MARIDAH: Eh, kau Suriah, terkejut aku. Apa diam saja? Dah.
lama sampai?
SURIAH: (Serba salah) Er, tidak ... er baru saja saya sampai,`
mak cik.
MARIDAH: Masuklah, Rosdiah ada di dalam.
(Suriah masuk).
DAHALAN: Masuklah, Suriah, pergi ke dalam tu. Aku tak
dapat nak melayan kau. Aku nak keluar.
(Suriah terus ke dalam ikut pintu bilik).
152
DUA TIGA KUCING BERLARI

MARIDAH: Ha, dah nak ke mana pula orang tua ni? Baru
sekejap ni dia pulang dah nak keluar pula.
DAHALAN: Kalau orang keluar tu, tentulah ada sebabnya.
Awak pun satu.
MARIDAH: Ya, memang. Kalau dah keluar aja, kerja, pagi
petang, siang malam.
DAHALAN: Eh, jangan melampau. Bila pula pernah aku
keluar malam?

MARIDAH: Sudahlah! Pergilah! Kita pun nak keluar juga ni.


DAHALAN: Eh, janganlah begitu. Itu ada orang datang tu,
pergi tengok ke dalam, pergi.
(Dahalan tersenyum-senyum dan keluar ikut pintu hadapan.
Maridah memandang sahaja dengan menggeleng-geleng dan bila
Dahalan sudah tak nampak dia tersenyum.
Rosdiah dan Suriah keluar dari belakang).

ROSDIAH: Ke mana bapa tadi, mak?


MARIDAH: Hai, bapa kau tu, bukan kau tak tahu. Kalau sekali dia
nak keluar, keluar aja kerjanya. Tapi kalau dia nak di rumah, di rumah ni ajalah
memerapnya tak menjenguk-jenguk macam ....
SURIAH: Macam apa mak cik?
MARIDAH: Macam... entahlah. Aku nak katakan memerap di rumah...
macam anak dara. Tapi anak dara sekarang dah tak ada di rumah lagi!
(Suriah dan Rosdiah berpandang-pandangan, ter- senyum).
MARIDAH: Duduklah Suriah ya? Mak cik nak ke dalam

153
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

sekejap. (Maridah keluar ikut pintu belakang).


(Suriah memandang-mandang di jendela dan ke- mudian berpaling
kepada Rosdiah melihatnya de- ngan penuh minat).
SURIAH: Ros, kau tahu apa yang dibualkan oleh orang-orang
tua itu tadi?
ROSDIAH: Kau tahu, Suri?
SURIAH: Aku tahu! Aku terdengar waktu aku berdiri dekat
tangga luar itu. Kau tahu, Ros?
ROSDIAH: (Sedih) Ya, aku tahu! Aku mendengar dari dalam
bilik.

SURIAH: (Datang rapat kepada Rosdiah) Bagaimana Ros,


apa kata kau?
ара
hendak
ROSDIAH: Entahlah, Suri, entahlah. Aku tak tahu
Tetapi bagaimana dengan Kuan? Apa kau hendak
aku buat.... SURIAH:
tinggalkan ... tinggalkan dia begitu saja? ROSDIAH: Tidak, Suri, tidak. Aku
tahu hati dia dan dia tahu
hati aku.

SURIAH: Tapi kau tak tahu hati Zarim!


ROSDIAH: Aku tahu Zarim adalah seorang pemuda yang
sopan-santun dan baik budi pekertinya.
tidak sayang
SURIAH: (Ragu dan takut) Kau tidak kasih
pada Zarim, bukan? ROSDIAH: (Diam seketika) Tidak, tidak, Suri. Hati aku cuma
kepada yang satu. Kuan! Aku... aku sebenarnya sayang pada Kuan,
Suri.
SURIAH: (Menarik nafas panjang) Aah, aku ingat itu tak jadi

154
DUA TIGA KUCING BERLARI

soal lagi. Aku ... aku suka kau begitu kuat dengan pendirianmu.
Tapi, kau tahukah apa yang akan jadi? ROSDIAH: (Menutup mukanya
sebentar dan menarik nafas)
Aku tahu, Suri.

SURIAH: Dan kau sanggup... sanggup menjalankannya? ROSDIAH:


Sudahlah Suri. Janganlah kaucungkil juga lagi
hati aku. Aku boleh berkata apa saja, tapi apalah yang ada pada kata. Bukti
hati yang benar ialah apabila ia diuji oleh peristiwa. Dan aku
sebenarnya takut, Suri, takut!
SURIAH: Ah, sudahlah Ros. Kata orang tua-tua "Masa yang sudah
jangan dikenang." Aku berkata, "Masa yang datang jangan
difikirkan." Apa gaduh, bila masa dia datang kita tahan! Kalau tak tahan
ROSDIAH: Kalau tak tahan apa?
SURIAH: Tumbanglah!

ROSDIAH: Ah, senang benar kau ini, Suri. SURIAH: Betullah, Ros.
Cinta, Love "Love is a many splendoured thing". Cinta ialah keindahan
yang ber- aneka rupa. Sebab itu, dalam kejatuhan pun kita akan
mengecap keindahan cinta.
ROSDIAH: Sudahlah, Suri, kau memang bijak. Kau tahu,
Suri, Swee Lan nak datang ke rumah aku petang ini? SURIAH: Swee Lan
datang ke mari?
ROSDIAH: Ya, dia ada juga datang ke rumah aku ini.
Kenapa?
SURIAH: Bagaimana er, emak dan bapa kau? ROSDIAH: Ah, emak
tak ada apa-apa. Bapa ... (ragu-ragu)
bapa pun sekarang tak apa juga.

155
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

SURIAH: Yang aku tahu bapa kau


ROSDIAH: Aah, tak adalah!

(Bunyi pintu diketuk beberapa kali).


SUARA: Ros! Ros!
SURIAH: Ah, itu dia Swee Lan!
ROSDIAH: (Pergi ke pintu diikuti oleh Suriah) Masuklah,
masuklah Swee Lan (Membuka pintu).
(Di luar nampak seorang wanita Cina yang manis, Swee Lan).
SWEE LAN: (Tersenyum) Eh, kau pun ada sini Suriah?
(Masuk).
SURIAH: Suriah, di mana dia tak ada? Di bulan ... di bintang

ROSDIAH: Di panggung wayang..


(Semua ketawa).
SWEE LAN: Eh, Kuan tak ada di sinikah?
ROSDIAH: Kuan? Di mana kaujumpa dia? SURIAH: Kuan nak datang
ke mari?
SWEE LAN: Ya, tadi bila kau balik dari rumah aku, aku keluar ke kedai sekejap.
Aku jumpa Kuan dengan Zarim, SURIAH: Dengan Zarim?
SWEE LAN: Ya, kata Kuan dia hendak datang ke mari
dengan Zarim.
ROSDIAH: Nak datang ke rumah ini.... (Resah tetapi dapat
dihilangkannya). Baguslah, baguslah.
SWEE LAN: (Pergi ke jendela melihat sesuatu dan kemudian
156
DUA TIGA KUCING BERLARI

memandang kepada Rosdiah) Sebenarnya aku datang ini hendak


mengatakan sesuatu pada kau, Rosdiah.
ROSDIAH: Apa Swee Lan?
SWEE LAN; Fasal Kuan,

SURIAH: Kuan? Kenapa Kuan?


SWEE LAN: Saya rasa tak ada gunanya kita berpura-pura lagi. Kita
semua sudah berkawan sejak kita kecil. Sekarang kita sama-sama
sudah besar.
ROSDIAH: Aku tahu, Swee Lan. Kau mahu bercakap fasal
aku dengan Kuan.
SWEE LAN: Ya, Rosdiah! Fasal kau dengan Kuan. Kau tahu keluarga
aku ada kena-mengena dengan keluarga Kuan, Jadi aku tahulah apa
yang berlaku dalam keluarga Kuan itu.
ROSDIAH: Mengenai diri aku?
SWEE LAN: Ya, mengenai diri kau, Rosdiah. Mereka sudah tahu
persahabatan kau dengan Kuan sekarang sudah lebih daripada apa
yang dikatakan bersahabat. Jadi jadi ....

---

ROSDIAH: Jadi mereka tidak suka dengan aku. SWEE LAN: Bukan tidak
suka mereka ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka tak
dapat menerima kau.
SURIAH: Ini soal suka sama suka antara Rosdiah dengan
Kuan, bukan? Bukan antara Ros dengan keluarga Kuan! ROSDIAH: Aku tahu,
Kuan itu daripada keluarga kaya. Saya
orang miskin,
SURIAH: Kau orang Melayu, Rosdiah, dan dia orang Cina. SWEE LAN: Itu
ada juga betulnya. Memang susah juga bagi
157
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
DUA TIGA KUCING BERLARI

satu keluarga Cina untuk menerima ahlinya orang yang bukan


daripada suku-sakat mereka! Apalagilah kalau bangsa dan agamanya lain.
ROSDIAH: Aku mengerti, Swee Lan. Bukan keluarga Kuan sahaja.
Keluarga aku pun begitu juga. Aku rasa bapa aku mahu lagi
berkalang batang daripada melepaskan aku kepada Kuan.
SURIAH: Ah, pada aku semua kesulitan ini ialah kesulitan yang dibuat-
buat. Manusia itu tetap manusia juga walau apa bangsa pun, walau apa
agama. Kalau manusia sudah suka kepada manusia, kenapa ada
pula manusia lain yang mahu menggalang?
SWEE LAN: Manusia sendiri yang membuat batasan-batasan- nya,
batasan bangsa dan agama. Sebab itu manusia. sendiri mesti
tunduk kepadanya!
ROSDIAH: Bagaimana kalau batasan-batasan itu tak ada
lagi?
SWEE LAN: Apa maksud kau, Rosdiah?
ROSDIAH: Bagaimana kalau aku menukar agama aku
dan
mengikut Kuan, apa kata saudara-maranya? SURIAH: (Terkejut) Rosdiah!
Ros?

(Bunyi pintu diketuk dari luar beberapa kali).


SUARA: Rosdiah! Ros!

(Mereka bertiga bagai terkejut dan memandang arah ke pintu. Suriah


lekas-lekas lari ke pintu dan membukanya. Kelihatan berdiri di luar
Zarim, se- orang pemuda yang kacak dan Kuan Tien Chee, seorang
pemuda Cina yang tak kurang juga ka- caknya).
SURIAH: Oh, kau Zarim dan Kuan. Masuklah, sila masuk!
(Mereka berdua masuk setelah menanggalkan ka- sut).
ZARIM: Kau ada Suriah, dan Swee Lan. Bila kau semua
sampai? Apa khabar Ros?
ROSDIAH; Baik, baik. Duduklah, dudukiah Zarim. Duduk,
Kuan.

KUAN: Apa khabar, Ros, kau terkejut? (Memandang keli-


ling).
Ah, apa khabar Suriah. Oh, Swee Lan, sudah lama sampai?
SURIAH: Lama juga. Sudah hampir kami mahu berkelahi! KUAN:
Berkelahi? Berkelahi fasal apa?
ZARIM: Ah, kaudengarlah temberang Suriah tu, Kuan! Nanti
kita semua dijualnya.
(Mereka ketawa).
ROSDIAH: Nanti aku masuk ke dalam sekejap. (Bangun).
KUAN: Nak buat airkah?

SURIAH: Tentulah! Yang datang bukankah tamu istimewa?


(Ketawa lagi).
ROSDIAH: Bisinglah kau, Suriah. Eh, Swee Lan, duduklah.
Nanti aku masuk sekejap, ya. (Pergi ke pintu belakang).
ZARIM: (Berdiri) Nanti dulu, Ros. Mak kau ada di dalam? ROSDIAH: Ada.
Emak ada di dapur agaknya.
ZARIM: Bapa kau?
ROSDIAH: Bapa tak ada! Dia dah keluar.

158
159
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ZARIM: (Nafas panjang) Ooooh! (Duduk).


(Rosdiah keluar ikut pintu belakang. Swee Lan da-
tang dan duduk di kerusi).
KUAN: Jarang benar kita dapat berjumpa bersama sekali semua,
macam ini bukan? Swee Lan, Suriah, Zarim ... (memandang ke dalam) Rosdiah!
SURIAH: Dan kau! (Mereka ketawa) Tengoklah di rumah
siapa pula mesyuarat agung kita ini.
KUAN: Inilah kali pertama aku ke mari!
SWEE LAN: Aku sudah dua tiga kali. KUAN: Untunglah kau, Swee Lan.
SURIAH: Kalau Swee Lan boleh datang kenapa kau tak
boleh, Kuan?
KUAN: Ya tak ya juga, ha Zarim? Apa lebihnya Swee Lan
daripada aku.
SWEE LAN: Aku perempuanlah.
KUAN: Oh, maaf, Swee Lan, aku lupa.
(Rosdiah masuk membawa dulang berisi beberapa gelas air limau. Dia
diikuti oleh ibunya Maridah. Semua berdiri).
ZARIM: Apa khabar, mak cik?
MARIDAH: Khabar baik, Zarim. Er, duduklah Suriah... Swee
Lan. Eh, ini orang muda ni siapa?
(Semua duduk melainkan Kuan).
KUAN: Nama saya Kuan cik, Kuan Tien Chee. MARIDAH: Kuan... Kuan
apa?
DUA TIGA KUCING BERLARI

KUAN: Kuan Tien Chee, cik!


MARIDAH: Kuan ... Kuan Chee Chee, entahlah, susah benar pula. Duduklah dulu,
ya Kuan... Chee. Duduklah dulu awak semua ya, mak cik nak pergi keluar
sekejap. (Semua orang duduk. Sementara Rosdiah telah
menghidangkan air).
ROSDIAH: Silalah minum. Air sejuk saja.
MARIDAH: Minumlah. Tak ada apa-apa di rumah mak cik ni.
(Membuat amaran) Er, Rosdiah, dalam satu jam lagi bapa kau
baliklah... ya?
ROSDIAH: (Faham) Ya! Baiklah, emak.
ZARIM: Pak cik pergi mana, mak cik?
MARIDAH: Entahlah, ke mana kata dia tadi. (Berjalan ke
pintu).
(Swee Lan bangun dan menghantarnya ke pintu).
ROSDIAH: Mak ke mana?
MARIDAH: Ah, aku keluar aja kejap.
SURIAH: (Berbisik kuat ke hadapan) Mak cik pergi cari pak
cik?

MARIDAH: (Yang sudah separuh keluar masuk semula me- mandang


arah Suriah) Tidak, mak cik tak payah cari pak cik. Yang mak cik
gaduhkan kalau pak cik kau cari mak cik lain!
(Maridah keluar. Semua ketawa memandang Su- riah. Suriah yang nakal itu
masih menutup mulutnya dengan matanya bulat besar. Kemudian dia
ketawa pula).

160
161
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

KUAN: Beruntung betul orang mendapat ibu sebagai emak


Rosdiah.

SWEE LAN: Nampaknya (pada Kuan) semua orang berun-


tung hari ini.
KUAN: Betul! Lebih-lebih beruntung lagi orang yang men-
dapat... Rosdiah.
main kejar-kejar
ROSDIAH: Eh, ini sudah melarat. Kita bukan budak-budak kecil
macam dulu. Kau Kuan mahu mengkaji untung sahaja. Cubalah
kaji yang rugi pula. ZARIM: Memang ada yang rugi ... rugi ...
SWEE LAN: Orang memang tidak nampak pada rugi yang
banyak. Orang semua nampak pada untung yang sedikit.
SURIAH: Hai, kenapa kau orang semua ni? Takkanlah kau
semua ni datang ke mari nak mengira untung rugi!
KUAN: Oh ya! Zarim dan aku sebenarnya datang hendak menjemput
Rosdiah turut sama dalam pertunjukan Ma- Jam Anekawarna Persatuan Muda-mudi
kita.

SWEE LAN: Rosdiah saja?


KUAN: Tidak! Kau, Rosdiah dan Suriah mana dapat di- ceraikan. Mana pula
kami tahu yang kau dan Suriah ada di sini?
SWEE LAN: Aku beritahu kau tadi, aku hendak datang ke
mari petang ini,
KUAN: Oh... ya!
ZARIM: Jadi kerana kau semua sudah ada di sini, lebih
senanglah lagi kita berpakat.
SURIAH: Ya, bagus, bagus. Dan kau jadi apa, Zarim, pe-
ngarah pertunjukan ataupun pengiring pelakon saja?

162
DUA TIGA KUCING BERLARI

KUAN: Katalah pengiring seniwati ... Suriah. SURIAH: Ha, itulah! (Semua
ketawa).
ZARIM: Sebenarnya, aku ketua seksi lagu. SURIAH: Kau hendak
menyanyi, Zarim? ZARIM: Tidak! Aku cuma menyiapkan
rancangan bahagian
lagu-lagu dan mencari penyanyi-penyanyinya. SURIAH: Oh, begitu.
Syukurlah.
ZARIM: Syukur apa?
SURIAH: Tidak. Syukur itu ertinya baik. Jadi kau sudah sedia
lagu-lagunya?
ZARIM: Belum lagi. Itulah aku mahu Rosdiah menyanyi satu
lagu solo. Kemudian kau. Kemudian Swee Lan. SURIAH: Oh, begitu.
Baik aku menyanyi sekarang juga. (Suriah memulakan sebuah lagu yang
tinggi me- raung...).
ZARIM: Tolong, tolong... nanti dulu!
(Suriah berhenti dan duduk tersenyum).
KUAN: Ada satu cara baru dalam mempersembahkan lagu. ROSDIAH: Betul,
Kuan? Bagaimana caranya?
KUAN: Bukan cara baru. Lagu lama dan cara lama, cuma
diberi twist sedikit.

SWEE LAN: Diberi twist?

KUAN: Bukan tari twist. Cuma lagu itu diganjilkan sikit


persembahannya.
SURIAH: Lagu macam mana maksud kau, Kuan? KUAN: Ini lagu untuk
dinyanyikam ramai-ramai. Bila tentang

163
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

korusnya, semua orang menyanyi. Tapi bila sampai pada refrain,


seorang saja yang menyanyi.
SURIAH: Ah, memang begitulah kalau menyanyi lagu ramai.
Di mana twistnya?
KUAN: Ha, begini. Bila tiba pada bahagian seorang saja, semua
ahli-ahli yang beraksi mengikut apa yang di- nyanyikannya.
SWEE LAN: Aku tak faham.
KUAN: Baiklah aku tunjukkan. Mari tolong aku tolak kerusi- kerusi ini
semua. (Mereka semua meletakkan kerusi meja itu ke tepi). Kau semua
berdiri di sini menghadap ke depan. (Semua berdiri di tempat yang
diarahkannya). Perempuan di hadapan, kau di belakang
Zarim. Bagus. Sekarang kita menyanyi sebuah lagu ramai. Lagu
apa?
SWEE LAN: "Burung Kakak Tua”,
KUAN: "Burung Kakak Tua" bukan lagu ramai!
ROSDIAH: "Oleh-oleh Bandung"lah.
KUAN: Ya, "Oleh-oleh Bandung." Boleh? Jadi, mula-mula
kita semua menyanyi ramai-ramai kemudian er
Suriah

menyanyi seorang buat pantunnya, ya?


SURIAH: Aku berpantun?
KUAN: Ya! Dan bila Suriah berpantun kita semua
lakonkan isi pantunnya.
me-

SWEE LAN: Oh, begitu. Apa pantunnya, Suriah? ZARIM: Ya, apa
pantunnya Suriah?
SURIAH: Er.... Budak-budak menggali cacing, mari letak di dalam
tempurung; tidak tahu mata dacing, pada timbang- baik diborong.
KUAN: Itu pantunnya! Jadi aksi kita: gali cacing; letak dalam
164
DUA TIGA KUCING BERLARI

----

Kita mu-
tempurung; mata dacing; semua borong. lakan. (Menyanyi) Oleh-
oleh Bandung ... satu... dua, tiga!
SEMUA: Oleh-oleh Bandung, baju pendek, gunting la di- serong
Oleh-oleh-oleh, oleh-oleh Bandung, Baju pendek gunting la diserong.
SURIAH: (Menyanyi refrain seorang sambil melakonkan se- kali. Semua orang
juga turut melakonkan) Budak-budak menggalilah cacing, marilah
letak di dalam tempurung; Tidaklah tahu di matalah dacing, pada
ditimbang, baik- lah diborong ....
SEMUA: Oleh-oleh Bandung, baju pendek gunting la di-
serong...

(Semua ketawa dan berhenti menyanyi).


KUAN: Begitulah. Kita cuba lagi sekali. Saya pula membuat
pantunnya.
SWEE LAN: Apa pula pantunnya, Kuan?
KUAN: Pantun biasa yang semua orang tahu. Jadi mudah
melakonkannya.
SURIAH: Apa pantunnya, Kuan?
KUAN: "Dua tiga kucing berlari.” ROSDIAH: "Dua tiga kucing berlari?"
KUAN: Ya, Ros. "Dua tiga kucing berlari ...." Ah, sekarang marilah kita
menyanyi. (Menyanyi dulu seorang) Oleh- oleh Bandung ... satu...
dua, tiga!
SEMUA: Oleh-oleh Bandung, baju pendek gunting la di-
serong; Oleh-oleh-oleh, oleh-oleh Bandung, baju pendek gunting la
diserong!
KUAN: (Menyanyi seorang) Dualah tiga kucing berlari!

165
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

(Mengisyaratkan ketiga-tiga perempuan itu berlari


(sambil bersuara 'lari,lari').

(Ketiga-tiga wanita berlari-lari).


Mana nak sama si kucing belang!
(Ketiga-tiga wanita berhenti, Swee Lan dan Suriah memandang
kepada Rosdiah yang memakai baju belang bersuara, ‘belang, belang').
Dualah tiga bolehlah kucari,

(Ketiga-tiga wanita mencari-cari. Tiba-tiba pada baris yang


penghabisan ini Zarim bernyanyi ber- sama-sama).
KUAN dan ZARIM: Mana nak sama puan seorang!

(Ketiga-tiga wanita menunjuk pada diri masing- masing).


SEMUA: (Sambil berkumpul semula) Oleh-oleh Bandung,
baju pendek gunting la diserong.
di lantai. Suriah pergi
(Mereka semua ketawa semula dan kemudian duduk sahaja
duduk dekat Zarim yang dekat pula dengan Swee Lan. Kuan pergi du-
duk dekat Rosdiah. Mereka masih ketawa.

Diam-diam ibunya keluar dari pintu belakang dan terkejut).


MARIDAH: Ros! Ros! Apa kaubuat ni? Itu bapa kau hampir
sampai, tu. Lekas!
ZARIM: (Berdiri dengan segera) Eh, Kuan, mari lekas kita-
balik!

KUAN: (Masih duduk) Hai, apa salahnya aku di sini? Aku

166
DUA TIGA KUCING BERLARI

pun hendak juga berjumpa dengan bapa Rosdiah.


MARIDAH: Ros! Lekaslah Ros, lekas!
ROSDIAH: Tolonglah Kuan, Zarim!
ZARIM: Mari kita pergi lekas, Kuan. Er, selamat tinggal, mak
cik.
KUAN: (Berdiri dan masih tidak mengerti) Kenapa, kenapa? SWEE
LAN: Marilah kita balik, Kuan. Marilah Suriah! SURIAH: Kami pergi dulu,
mak cik ... er, Rosdiah. SWEE LAN: Bagaimana dengan kerusi meja ini?
ROSDIAH: Tak apalah, Swee Lan. Biarlah saya kemaskan. ZARIM:
Selamat tinggal, Ros!
ROSDIAH: Ya, selamat jalan, Zarim KUAN: Ros ....
terima kasih.

ROSDIAH: Maafkan saya, Kuan. Nanti kita .... (Memandang


pada ibunya) Selamat jalan, Kuan. KUAN: Selamat tinggal, Ros ....
SWEE LAN: Selamat tinggal, Ros!
(Kuan, Swee Lan, Zarim dan Suriah keluar. Pintu tertutup. Tiba-tiba ibunya
terduduk di kerusi dan menangkup pada meja sambil menangis).
ROSDIAH: (Terkejut) Emak! Mak! (Pergi pada ibunya).
(Emaknya segera bangun dan pergi arah ke dapur. Rosdiah menjadi
serba salah. Dia melihat keliling pada kerusi meja yang bersepah. Dia
kemudian nampak pada sehelai sapu tangan di tempat dia duduk
tadi. Dia pergi mengambil sapu tangan itu).
167
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ROSDIAH: Sapu tangan kau, Kuan (Mendakapkan pada


mukanya).
(Pintu hadapan terbuka. Ayahnya masuk dengan penuh marah melihat
perkakas rumah yang telah bersepah-sepah. Dia memandang kepada
Rosdiah dengan panas geramnya).
DAHALAN: (Memanggil dengan menahan marahnya) Ros-
diah!

(Rosdiah menutup matanya dengan sebelah ta- ngannya, mengucap


perlahan-lahan dan menyapu rambutnya ke belakang. Dia hendak
datang rapat berlutut kepada bapanya).
DAHALAN: Sudah. Kau diam situ. Jangan dekat dengan aku! (Dia pergi pada
sebuah kerusi dan duduk) Itu budak Zarim dan anak-anak Cina tadi datang
dari rumah ini ya?
ROSDIAH: Ya... bapa!
DAHALAN: (Masih menahan marahnya) Dan ini, rumah
bersepah-sepah ini, kerja budak Cina tadi bukan?
(Rosdiah diam sahaja).
DAHALAN: (Bertempik) Jawab soalan aku, jawab!
ROSDIAH: Ros yang... yang
DAHALAN: Jawab soalan aku. Ya atau tidak?

ROSDIAH: Ya... ya... bapa!


DAHALAN: Memang tak tahu beradat! (Dengan sedihnya) Ros,
kenapa ini yang kauberi pada aku, pada aku dan emak kau?
Kurangkah sayang kami pada kau? Tidak cukupkah apa yang aku
berikan selama ini pada kau? Aku miskin, Ros, tapi aku bekerja,
bekerja kuat. Dan
168
DUA TIGA KUCING BERLARI

segala hasil titik peluh aku, semuanya adalah untuk rumah ini, untuk
kau dan emak kau! Dan cuma inilah yang terdaya oleh aku!
ROSDIAH: Bapa!
DAHALAN: Tapi kau berkawan juga dengan Cina keparat itu!
Kaubawa dia masuk ke dalam rumah aku ini. Sekarang rumah ini sudah najis!
ROSDIAH: Bapa! Tapi dia semua itu kawan-kawan saya. DAHALAN:
Cih! Kawan-kawan, kata kau? Astaghfirullah-al-
azim. Baru berapa tahun saja kau sudah lupa, lupa hingga Jawan
menjadi kawan. Kau dah lupa kepada Bang Yazid kau?
ROSDIAH: Bang Yazid ....
DAHALAN: Ya, Bang Yazid kau kena tikam, kena seksa sampai mati.
Kemudian dia dicampakkan, tak tahu kuburnya. Yazid anak jantan
aku, abang kau, kena bunuh dik komunis, tahu?
ROSDIAH: Sekarang... tak ada komunis lagi bapa. DAHALAN: Apa?
Bodoh! Komunis itu Cina, tahu? Dañ pada
aku semua Cina itu komunis!

ROSDIAH: Bapa! Bapa terlalu ....


DAHALAN: Diam! Jangan banyak cakap lagi. Selama ini aku sudah terlalu
sabar dengan kau, terlalu sabar. Sekarang dengar cakap aku ni, dengar!
Kalau aku jumpa engkau berkawan lagi dengan budak-budak Cina tu, di
mana saja, apalagi kalau di dalam rumah aku ini ... kau aku bunuh, tahu? Kau, aku
bunuh!

(Tirai).

169
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

BABAK KEDUA

DALAM sebuah kebun bunga. Di sana sini kelihatan rumpun- rumpun


pokok bunga. Pemandangan cantik. Waktu petang.
Di bahagian hadapan kiri ada sebuah bangku panjang yang ada
tempat sandarnya. Di atas bangku itu ada seorang pemuda Cina,
Kuan Tien Chee sedang duduk termenung. Dia sedikit pun tidak
mengendahkan alam keliling.
Tiba-tiba dari sebelah kiri masuk seorang gadis manis, Swee lan.
Dia memerhatikan Kuan beberapa lama, turut sedih, serba salah sama ada
mahu merapati Kuan ataupun meninggalkannya sahaja.
Dia kemudian pergi perlahan-lahan ke tempat Kuan·· duduk dan
pergi ke belakang kerusi panjang itu.

SWEE LAN: (Memanggil dengan penuh mesra) Kuan! Kuan!


(Kuan masih diam, tidak bergerak).
.

SWEE LAN: (Pergi ke hadapan kerusi dan berdiri di se-


belahnya) Kuan! Kuan!
KUAN: (Sedar dan terkejut) Apa Oh, kau Swee Lan. Duduklah
SWEE LAN: Terima kasih, Kuan.

(Kuan kembali diam).


уа (Sambil berdiri)
----

er, duduklah Swee Lan!

Apa gunanya kau bermenung lagi, Kuan. Lebih sebulan sudah kau tidak
keluar ke mana. Kau tidak membuat apa-apa. Kau hanya duduk bermenung
di sini hari berganti hari.
DUA TIGA KUCING BERLAR!

KUAN: Ah, Swee Lan, hanya di kerusi ini... hanya di angin


sini, aku dapat melepaskan segala rasa hatiku.
SWEE LAN: Ah, sayang, Kuan. Kau yang selalu begitu ria, begitu suka,
sekarang telah menjadi begitu hiba, begitu duka.
KUAN: Kalaulah aku seorang yang duka dan luka, akan dapat
aku tahan Swee Lan. Tetapi ini Ros, Rosdiah .... SWEE LAN: Kau sudah
lama tidak bertemu dengan Ros,
bukan? Suratnya pun tidak aku terima lagi!
KUAN: (Diam sebentar) Janganlah kauhiris-hiris hatiku Swee
Lan.

SWEE LAN: Tidak, tidak Kuan! Aku tidak bermaksud begitu. (Sedih) Aku sudah
berjumpa dengan Ros .... KUAN: Apa? Kau berjumpa dengan Ros?
(Berdiri dan berjalan ke rumpun bunga di sebelah tepi) Tapi kan kau
juga ditegah, dilarang daripada berjumpa dengan dia oleh emak bapa
Ros, oleh emak bapa aku dan oleh emak bapa kau sendiri?
---

SWEE LAN: Ya, Kuan! Tapi aku dapat juga berjumpa dengannya
di sekolahnya. Dan aku ada membawa pesan dia kepada kau.

KUAN: (Berjalan pada Swee Lan) Betul Swee Lan? Apa


katanya, apa kata Ros?
SWEE LAN: Dia mahu berjumpa dengan kau, di mana saja ...
bila saja ....

KUAN: (Suka) Yakah Swee Lan, yakah? (Sedih kembali) Tidak,


aku tidak boleh berjumpa dia. Terlalu merbahaya. Merbahaya pada
diri Ros.

170
171
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

SWEE LAN: Kuan, lebih merbahaya lagi pada diri kau. Masa
depan kau, Kuan. Dan keluarga kau.
KUAN: Aku tidak kira ... aku tidak kira! Ah, Swee Lan, sayang kau tak
mengerti. Kau tak tahu bagaimana dalamnya kasih sayang yang suci,
kasih sayang yang sanggup melakukan segala pengorbanan.
Sayang, Swee Lan, kau belum merasa lagi dalamnya kasih sayang
SWEE LAN: (Penuh terharu dan menundukkan mukanya)
Aku...aku...tahu, Kuan. Aku tahu bagaimana dalam- nya dan
pedihnya, kasih sayang itu...Kuan (Menahan tangisnya seberapa daya).
KUAN: (Bercakap seorang diri) Cuma ada satu jalan lagi. Ada
satu jalan lagi. Aku sendiri akan pergi ke rumah Rosdiah dan
berjumpa ibu bapanya. Aku bercakap terus terang. Aku cakapkan
segalanya.
SWEE LAN: Tidak, tidak, Kuan! Nanti terjadi apa-apa pada
dirimu!

KUAN: Aku terima semuanya.


SWEE LAN: Apa terjadi nanti antara kau dan ibu bapamu,
:

dan kau dan ibu bapaku?


KUAN: Aku kata ... aku terima semuanya!
SWEE LAN: Oh! Kuan... bagaimana dengan ... Zarim? KUAN: Zarim?
Ya, Zarim, sahabatku.... (Ketawa kecil) kata orang 'Dalam peperangan
dan percintaan, keadilan tidak ada lagi!' (Senyum)... ya, Zarim!
(Tegas) Aku mesti pergi berjumpa emak bapa Rosdiah.
SWEE LAN: Mestikah engkau pergi juga, Kuan?
KUAN: Ya.

SWEE LAN: Bila?

172
DUA TIGA KUCING BERLARI

KUAN: Swee Lan, aku tak perlu mengatakan semua ini pada kau.
Sekarang, kalau kau kasihan pada aku, tinggalkan- lah aku seorang
diri di sini.
SWEE LAN: (Berdiri) Kuan! Aku pergi, Kuan, tapi benarkan-
lah aku berkata dulu. Kuan, aku... aku

KUAN: Sudahlah, Swee Lan. Pergilah!


(Dengan sedih Swee Lan keluar. Sementara dari belakang masuk Zarim).
KUAN: (Melihat Zarim) Ah, Kau Zarim
Melayu, panjang umur kau. ZARIM: (Datang ke hadapan) kenapa, Kuan?
KUAN: Kami baru saja menyebut-nyebut engkau. ZARIM: Kami? Kau
dengan siapa?
Kata orang

KUAN: Aku dengan ... ah, siapa pun apa salahnya. Ah, kau hendak ke
mana? Hendak berjalan? Pergilah. Di sini tak ada apa-apa. Cuma sunyi senyap,
sunyi senyap untuk orang macam aku. Tapi kalau tempat ini pun kau hendak
ambil daripada aku, ambillah. Biar aku pergi.
ZARIM: Kuan, aku sudah lama mahu berjumpa dengan kau.

KUAN: Sudah lama, memang. Lebih satu bulan. Tetapi kau


tak berjumpa.
ZARIM: Aku mahu menyatakan sesuatu
KUAN: Katakanlah! Katakanlah pada semua manusia. So- rakkanlah pada
seluruh dunia. Aku tidak peduli lagi. ZARIM: Kuan, tenangkanlah dulu
fikiranmu.

KUAN: Ah, manis kata-kata kau Zarim. Jangan berdalih-dalih lagi. Jangan
takut. Cakapkan apa yang kau mahu cakapkan. Kalau tidak pun
aku sudah tahu.

173
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ZARIM: Kau salah faham, Kuan.

KUAN: Salah faham kata kau, Zarim? Setelah apa yang kau- lakukan
padaku? Kalaulah orang lain, kalaulah orang lain yang meminang
Rosdiah, aku dapat mengerti dan aku dapat menahan. Tapi, kau
Zarim, kau yang aku kira sahabatku yang paling rapat... kau yang
mengambil Rosdiah! Kau menikam sangat dalam, Zarim.
ZARIM: Aku cuma melakukan, apa yang aku fikir jalan yang
sebaik-baiknya.

KUAN: Ya, sudah tentu baik ... baik bagi kau! Alangkah kejinya untuk
sampai dan mendapat sesuatu yang baik, orang sanggup
menghancurkan hati, rasa dan hidup orang lain!
ZARIM: Kuan, Rosdiah seorang Melayu dan beragama Islam.
KUAN: Jadi, apa kalau dia Melayu dan Islam? Apa kalau aku
Cina dan beragama Buddha?
ZARIM: Kerana mahu menurut kau, Rosdiah sudah sanggup
meninggalkan ibu bapanya dan ... agamanya.
HI

KUAN: Jadi salahkah? Salahkah Rosdiah kerana dia kasih dan sayang kepada aku,
sanggup menukar agamanya menurut aku? Salahkah beratus-ratus
perempuan Cina yang kerana kasih dan sayangnya kepada suaminya,
sanggup pula meninggalkan ibu bapanya dan agamanya dan masuk
Islam? Salahkah salahkah semua perem- puan itu?
T

ZARIM: Tapi, Kuan, kau tidak mengerti duduk .... KUAN: Ya, Zarim.
Bila untungnya itu tiba pada aku, aku
salah. Tetapi bila untungnya itu tiba pada kau, aku tidak mengerti. Aku
tidak fikir agama boleh dipermainkan begitu.

174
DUA TIGA KUCING BERLARI

ZARIM: (Mulai marah) Aku bukan mempermainkan agama,


Kuan. Jangan kau bercakap begitu!
KUAN: Ya! Kau bukan mempermainkan agama, kau cuma
berselindung di balik agama.
ZARIM: (Marah) Kuan!
KUAN: Ya! Kenapa tidak! Untuk merampas sesuatu yang menjadi
jiwa dan pelita hatiku, kau bertopengkan agama. Kau
bertopengkan agama. Cakapkan padaku, Zarim, cakapkan apa
yang kau mengerti tentang agama kau itu? Apa yang kau faham
tentang Islam?
---

ZARIM: (Diam sebentar, serba salah) Kuan, jangan kau mendorong aku
terlalu sangat. Aku hanya manusia biasa dan kewarasan fikiranku
juga ada mempunyai had. Aku minta, janganlah kau menyebut soal-
soal agama lagi. KUAN: (Merenung Zarim) Kau yang menyebutnya
dulu, Zarim, dan kalau agama itu sesuatu yang suci apa pula yang
ditakutkan menyebutnya. Zarim, aku juga manusia biasa macam kau.
Aku tidak malu mengatakan aku sendiri tidak mengerti tentang agama aku.
Dari kecil aku cuma menurut-nurut apa yang dilakukan oleh orang
tuaku tanpa memahami sebenarnya tenaga dan isinya. Jadi bagi
diriku, aku sebenarnya tidak dapat berbangga dengan agamaku.
Kerana bagaimanakah aku mahu bang- gakan sesuatu yang aku tidak
faham?
ZARIM: (Rapat kepada Kuan dan menghulurkan tangannya)
Maafkanlah aku, Kuan. Kau jujur.

KUAN: (Menyambut tangan Zarim) Zarim, aku dapat me- nyambut tangan
kau. Tetapi hati kecilku tidak boleh memaafkan apa yang telah
kaulakukan pada diriku. ZARIM: Susah aku hendak mengatakan
pada kau, Kuan.

175
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
Tetapi percayalah, apa yang aku cuba lakukan adalah juga untuk
kau....
KUAN: Sudahlah. Janganlah diulang-ulang lagi. Nanti kau-
cakapkan pula untuk menolong keluargaku kau mahu meminang Rosdiah.
ZARIM: (Diam) Sebenarnya Kuan, aku belum lagi meminang
Rosdiah. Orang sebelah aku cuma pergi menghantar cincin tanya.
Tanya itu masih boleh dipinda. Asalkan tunangan boleh diputuskan!
Tetapi satu hari, engkau akan tahu juga sebabnya.
KUAN: Tidak payahlah, Zarim. Aku tak mahu tahu (Kuan
ketawa dan dituruti oleh Zarim).
(Dari sebelah kanan masuk Swee Lan dan Suriah).
SURIAH: Ah, itu
pun
mereka!

ZARIM: Hai, Swee Lan dan Suriah!


SURIAH: Ya, ini Swee Lan ni terburu-buru datang. Katanya dia nampak
Zarim pergi arah ke mari tentu mencari Kuan. Dia suruh aku lekas-lekas
datang ke sini. Katanya, entahkan kau orang berdua tu dah berlawan dan
ber- tikam-tikam sudah!
SWEE LAN: Suriah!

SURIAH: Kan kaukata macam tu tadi? Ini aku nampak orang-orang


berdua ini bukan main lagi berpegang- pegang tangan. Tak ada
pula bertikam.
KUAN: Ab, kalau seorang dah bertikam, apa gunanya ditikam ·
yang seorang lagi. Dualah rosak!
SURIAH: Ya tak ya, juga. Tapi sekarang ini tak ada nampak aku
seorang pun yang kena tikam. Jadi seorang pun tak adalah yang
rosak.

176
DUA TIGA KUCING BERLARI
SWEE LAN: Suriah, luka di dalam lebih sakit lagi daripada
luka di luar.

SURIAH: Ah, sudahlah Swee Lan. Siapa yang tidak luka dalam dunia ini.
Lupakan kisah-kisah suram itu. Mari kita masuk pada soal masa
kini. (Menjadi romantik sekali) Aah, kita kan dalam taman bunga sekarang
ini. ZARIM: Apa maksud kau, Suriah?
SURIAH: Ah, pemuda, sudah gaharu cendana pula! SWEE LAN: Apa
kata kau, Suriah?
SURIAH: Tidak, aku cuma nampak di sana itu dua ekor
kumbang yang tak kenal kepada bunga.
ZARIM: Ah, Suriah, kau ni macam budak-budaklah. Tak tentu arah. Kau ingat
kita ini budak-budak kecil lagikah?
SURIAH: Fasal itulah aku cakap!

KUAN: Patutlah kumbang sekarang takut pada bunga.


(Mereka ketawa bersama-sama, melainkan Swee Lan).
- SWEE LAN: Aku tak tahu apa yang kau semua cakapkan.
KUAN: Tak apalah Swee Lan. Janganlah kaurisaukan sangat cakap-cakap
kosong itu. Apa lagi, marilah kita semua balik.
ZARIM: Ya, marilah!
(Mereka semua mulai hendak berjalan balik. Swee Lan tetap tidak bergerak).
SURIAH: Swee Lan, marilah.

SWEE LAN: (Tegas) Kuan!


KUAN: (Berpaling dan memandang kepada Swee Lan) Ya,
Swee Lan.

177
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
DUA TIGA KUCING BERLARI

---
SWEE LAN: Bolehkan aku cakap dengan kau seorang
sahaja?
SURIAH: Wah, itu dia orang yang tidak mengerti tadi! SWEE LAN:
Ini... ini soal keluarga... er, Suriah, Zarim. SURIAH: Kalau begitu, Zarim
marilah kita pergi. (Manja) Aku pun nak bertanya soal 'keluarga' pada
engkau.
ZARIM: Suriah, Suriah. Engkau ini bilakah lagi nak serius?
Bila lagi nak bercakap betul-betul sikit?
SURIAH: Eh, kau ingat aku tak seriuskah? Kau ingat aku
main-main?

KUAN: Swee Lan, cakaplah apa yang kau mahu cakapkan. Kau
pun tahu antara kita semua ini, tidak ada yang rahsia.
SWEE LAN: Fasal kata bapa aku tu, Kuan.

KUAN: Oh, bapa kau mahukan aku mengurus hal-hal per-


niagaan syarikat keluarga kita. Sebulan ini selalu juga aku
memikirkan soal itu. Sekarang aku sudah dapat jawabnya.
SWEE LAN: Apa Kuan?

KUAN: Aku tidak dapat menerimanya. Besok akan kukatakan


padanya.
ZARIM: Kuan, kau tidak mahu berniaga?
KUAN: Tidak!

SWEE LAN: Jadi kau nak buat apa, Kuan?


KUAN: Hai, ada seribu satu macam lagi kerja yang boleh aku
buat, bukan? Aku mahu jadi askar.
SURIAH: Kau mahu masuk askar, Kuan?

178
KUAN: Ya. Kenapa kau terkejut, Suriah? Salahkah kalau aku
masuk askar?

SURIAH: Salah itu tidak. Tetapi kau sudah cukup kaya.


Kenapa kau mahu masuk askar?
KUAN: Ah, adakah kau fikir semua orang yang masuk menjadi
askar itu kerana mahu mengharapkan wangnya saja?
ZARIM: Kuan mahu jadi kesateria perwira untuk negara.
(Ketawa).
KUAN: Ketawalah, ketawalah kau semua. Tapi aku tetap
membuat apa yang aku cita-citakan,
ZARIM: Kau betul-betul seriuskah, Kuan?
SURIAH: Hai, memang ada orang yang sampai mati pun tak
mahu percaya orang serius.
KUAN: Betul, Zarim!
SWEE LAN: Apa akan jadi pada syarikat perniagaan itu? KUAN: Ah,
Swee Lan. Takkanlah kerana tak ada aku, perniagaan yang telah dijalankan
turun-temurun itu akan tumbang! Sebenarnya, aku tak boleh tahan duduk
ter- kurung saja, duduk mengira di dalam kedai. Macam bapa aku
buat, macam datuk aku. Macam moyang aku. Aku mahu lepas!
SURIAH: Kenapa masuk askar?
KUAN: Ah, Suriah, berilah aku sedikit penghargaan
yang
aku juga kasih kepada negeri ini. Aku juga sanggup mahu
mempertahankannya.
SURIAH: Ah, maafkan aku Kuan.
SWEE LAN: Apa nanti kata bapa aku yang begitu besar
harapannya kepada kau?

179
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
KUAN: Swee Lan, hidup kita di dunia ini cuma sekejap. Kalaulah di masa
yang sekejap itu pun, kita mahu orang yang mengendalikan hidup
kita ... di manakah lagi kita akan merasa lepas dan bebas?
SWEE LAN: Bila engkau hendak pergi, Kuan?
KUAN: Agaknya tak berapa lama lagi. Tapi sebelum itu aku
mesti berjumpa dengan Rosdiah.
ZARIM: Apa Kuan? Kau mahu berjumpa dengan Ros? KUAN:
(Memandang tenang ke hadapan) Ya. Aku mesti pergi
berjumpa Ros.

(Tirai).

DALAM ruang tempat duduk rumah Dahalan. Keadaan bilik dan


perabotnya serupa sahaja seperti dahulu. Waktu tengah
hari.
Kelihatan duduk di kerusi, Maridah dan Mak Haji bermenung sahaja.
Di sebelah kiri dekat tingkap berdiri Dahalan memandang ke luar
dengan pandangan jauh. Di sebelah kanan, Pak Haji pura-pura
memandang gambar-gam- bar pada dinding. Suasana hening, kemudian
mendung.

MAK HAJI: Kalau begitu tak jadilah kerja kita ini Dahalan?
DAHALAN: Nampaknya begitulah.

180
DUA TIGA KUCING BERLARI

MAK HAJI: Apa sebabnya orang-orang sebelah Zarim tu tiba-tiba


mengatakan ditangguh saja semua kerja itu dulu? Padahal dia
semualah yang sibuk-sibuk menghan- tar sirih tanya pada kita, meminta
kita jawab dengan lekas.
MARIDAH: Saya pun tak mengerti, Mak Haji.

MAK HAJI: Aku hairan, aku hairan. Ini tentu ada udang di
sebalik batu!

PAK HAJI: Ah, awak ini, suka sangat memikirkan yang


tidak-tidak saja.

MAK HAJI: Cuba awak tengok. Bila sirih dah kita terima dan kata dah
berjawab ... dengan sopan dan penuh harapan pula tu kecil tapak
tangan nyiru kami tadahkan — tup,tup, ini pula yang kita terima.
Laku yang lalu, kata yang terlangsung, minta dimaafkan. Peminangan tak
dapat dijalankan. Malulah, malu!
PAK HAJI: Tentulah ada sebab-sebabnya maka jadi begitu.
Janganlah lekas nak memburukkan orang.
MAK HAJI: Pada awak orang jantan, ya, senang saja. Cari yang lain.
Tapi fikirkanlah sikit kami yang betina ini, fikirkan cucu awak yang
seorang tu!

MARIDAH: Sudahlah Mak Haji. Tak di situ pertemuan Si


Ros. Hendak diapakan.
MAK HAJI: Aku yang sakit benar hati, aku yang terus berputus
cakap ni. Bukan main sedap lagi, kok air balik putih, kok hati balik
jernih, berpulang ke pangkal jalan. Macam tak terjadi satu apa! Mana
boleh? Cucu kita dah ditanya, tanya dah diterima, kata dah dibalikkan.
Kalau putik hijau yang dihantarkan pada kita buah masak

181
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ranum yang kita pulangkan. Tiba-tiba tak jadi me- minang, katanya!
Bolehkah begitu saja?
MARIDAH: Sudahlah Mak Haji, lupakan yang sudah tu!
MAK HAJI: Tidak, tidak. Aku tak puas hati. Kita pun bukan hendakkan dia
mengambil Rosdiah besok pagi. Ber- tunang sajalah dulu. Setahun, dua
tahun, lima tahun, sepuluh tahun. Berapa lama pun boleh! Ini tiba-
tiba dia berbalik, tak mahu langsung! Apa sebabnya? Apa
sebabnya?
-

DAHALAN: (Berpaling menghadap semua) Saya tahu sebab- nya!


(Semua memandang Dahalan dengan hairan). PAK HAJI: Apa, apa
sebabnya?
DAHALAN: Ros, anak kita tu, berkawan dengan budak Cina
budak jantan Cina. Itulah sebabnya. Itulah sebabnya.
MARIDAH: (Perlahan) Tidak ... tidak!
DAHALAN: Ya. Emak bapa siapa yang suka orang yang
bercampur dengan Cina? Aku sendiri pun, kalau ada anak jantan
takkan mahu menerima menantu perempuan begitu.
PAK HAJI: Apa yang kaufikirkan itu bukan mesti fikiran semua
orang lain pula, Dahalan! Kau tak boleh menuduh semua orang sama
macam kau.

DAHALAN: Dalam negeri ini tak ada orang yang tak se-
macam fikirannya dengan aku.
MARIDAH: Yalah, bapa Si Ros. Betullah awak tu!
PAK HAJI: Aku tahu sebab kau marah itu. Sebab anak kau, darah daging kau
sendiri sudah hilang... mati dibunuh oleh mereka. Tapi kau mesti ingat,
entah berapa ramai pula anak-anak muda kepada ibu bapa orang-
orang Cina
182
DUA TIGA KUCING BERLAR!

yang sudah menjadi korban komunis... bahkan ibu bapanya sekali.


Mereka tidak menaruh dendam kepada bangsa orang yang membunuh.
MAK HAJI: Bangsanya sendiri, tentulah!
PAK HAJI: Tidak. Tidak mesti!

DAHALAN: Mereka benci pada komunis!


PAK HAJI: Ya, pada komunis! Pada fahaman itu. Bukan
kepada orang dan bangsa.
DAHALAN: Sudahlah! Pada saya semua serupa sahaja. Kalau
Melayu, Melayu. Kalau Cina, Cinalah.
MAK HAJI: Betul tu Dahalan, Aku setuju dengan kau. PAK HAJI: Awak itu
memang lekas saja mengekor orang. MAK HAJI: Jadi awak sukakah cucu awak
tu, Rosdiah,
dikendong dik orang Cina?
PAK HAJI: Eh, itu tidaklah.

MAK HAJI: Ha tu? Katakan suka, tidak juga. Katakan tak


suka pun, tidak juga. Sebelah mana awak ni?

MARIDAH: Mak Haji, sudahlah. Karang perkara ni tak habis-habis.


Sudahlah hal Si Ros ini tak selesai. Ini datang pula soal baharu.

DAHALAN: Hal Si Ros itu sudah selesai. Dia tak jadi bertunang dengan
Zarim itu, bukanlah ertinya dia tak boleh kahwin lagi. Ada
pertemuannya besok, beranak bercucu pulalah dia. Cuma satu
yang tentu; selagi aku hidup, dia tidak akan berkahwin dengan orang Cina.
Jadi semua sudah selesai. Apa lagi yang dirunsingkan?
PAK HAJI: Mari kita pergi minum kopi di kedai mamak
simpang tu.

183
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
DAHALAN: Betul juga. Tunggu-tunggu pun rumah ni, tak-
kan dapat air. Marilah.
MARIDAH: Kalau nak air, nantilah kejap orang buatkan. Air
yang dijerang tadi dah menggelegak tu!
PAK HAJI: Tak payahlah susah-susah, Maridah. Biarlah kami
pergi aja.
MAK HAJI: Hai, itu yang benarnya, Maridah! Dia nak bersembang di
kedai simpang tu. Kalau di situ sehari semalam pun dia tahan.
MARIDAH: Pergilah. Pergilah ke kedai mamak awak tu!
(Dahalan dan Pak Haji keluar).

Entahlah, Mak Haji. Saya risau betul mengenangkan Si Ros ini.


MAK HAJI: Apa pula?
MARIDAH: Dia diam aja sekarang, tak banyak bercakap lagi. Tak
mahu berkawan-kawan. Badannya pun dah semakin kurus.

MAK HAJI: Sejak bila tu? Sejak Zarim dah tak mahu
bertunang dengan dia dulukah?
MARIDAH: Tidak! Lama lagi sebelum itu. Yang saya tahu benar,
sejak bapanya menegah dia daripada berkawan- kawan dengan anak
Cina tu.

MAK HAJI: Eh, betul-betulkah Si Ros dengan budak Cina tu? MARIDAH:
Saya pun susah nak mengatakannya. Saya fikir
dulu budak-budak kan - bila dah datang tanya daripada Zarim itu tentu suka
hatinya.Dah ada yang betul-betul. Tapi dia menjadi semakin risau,
nampaknya. Saya takut-takut pula kalau terjadi apa-apa.

184
DUA TIGA KUCING BERLARI
MAK HAJI: Esy, tak adalah! Apa kata bapanya menengok dia? Aku tahu
Dahalan bukan main lagi memanjakan Si Ros itu.
MARIDAH: Mak Haji bukan tak tahu. Bapa Si Ros tu ganjil sikit. Kalau
baik, dialah yang sebaik-baik orang. Dan kalau dia marah dan tidak' katanya...
dia marah dan benci betul. Sudah sebulan dah ni, sekalipun tak ada dia
menyapa Ros!

MAK HAJI: Ros macam mana pula dengan bapanya? MARIDAH: Ros itu
ada jugalah cuba membawakan air bapanya dan apa-apalah. Tapi
bapanya ... entahlah, Mak Haji!
MAK HAJI: Wah, keras betul hati orang tua tu. Kau tak
dapatkah sikit, sejuk-sejukkan hati Si Dahalan tu? MARIDAH: Mak Haji, saya
dah leblih 20 tahun bersama dengan bapa Ros itu. Kalau dia dah macam
ni, eloklah dia jangan diusik lagi.
MAK HAJI: Susah, susah.

MARIDAH: Itu, Mak Haji nampak dia ketawa tu, itu di luar saja tu, Mak
Haji. Dalam benci dan jijiknya sikit pun tak reda. Saya takut, saya takut,
Mak Haji, kalau Ros hilang akalnya esok dan pergi juga dia pada budak Cina
tu. Dicari dik bapanya! Atau budak Cina tu pula yang hilang akal,
datang dia ke mari, berjumpa dengan bapa Si Ros! Saya takut betul
Mak haji .
MAK HAJI: Eh, aku pun takut, Maridah! Tapi sekarang, Si
Ros dah tahukah yang Zarim tak jadi bertunang? MARIDAH:
(Memandang ke dalam) Ah, dah tahulah dia! MAK HAJI: (Mengeluh)
Hai, entahlah! Inilah dia yang kata orang "kerbau sekandang mudah dijaga, tapi
anak betina sorang...." Macam inilah! Aku zaman aku dulu itulah

185
+11
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

mahu juga aku menyebut zaman aku tu ... batang hidung Pak Haji
kau tu pun tak pernah aku tengok. Tup,tup, aku dah membasuh kain
dia! Ha...! Heh, sudahlah. Karang aku menceceh lagi karang. Hari
dah semakin petang.. Biarlah aku balik dulu!
(Mak Haji berdiri dan berjalan arah ke pintu ha- dapan diikuti oleh
Maridah. Mak Haji keluar. Maridah duduk semula di atas kerusi sambil ter-
menung.

Masuk Rosdiah perlahan dari pintu bilik. Dia ber- diri melihat ibunya
sebentar. Kemudian dia per- lahan-lahan duduk berlutut dekat kaki ibunya.
Ibunya tidak sedar juga).
ROSDIAH: Emak emak

MARIDAH: (Tersedar, memandang pada Ros, kemudian mengalih


pandangannya jauh. Lepas itu mukanya per- lahan-lahan memandang
semula kepada Ros. Dia me- renung Ros seketika dan kemudian
dengan penuh terharu) Ros!
(Ros berdiri dan mendakap ibunya. Anak dan ibu bertangisan).
MARIDAH: (Mendudukkan Ros di kerusi) Duduklah kau di
situ, Ros!
ROSDIAH: Ya emak! (Duduk) Maafkanlah Ros, mak,
kerana menjadikan mak begini. MARIDAH: Emak tidak apa-apa nak!
Tapi ... bapa kau! ROSDIAH: Bapa (Tunduk kemudian
menghadap emaknya semula) Ros sudah berapa kali mahu berjumpa
dia, mak! Tapi bapa ...bapa tak peduli.
+

MARIDAH: Emak tahu! Dalam benar luka hati bapa kau tu,
Ros.

186
DUA TIGA KUCING BERLARI

ROSDIAH: Ros tak berdaya, mak, Ros tak berdaya. Ros juga mahu hidup
macam orang, dengan orang yang pada Ros
... jujur dan baik. Kebetulan orang itu ... Kuan
MARIDAH: Ya... anak! Tapi dia bukan ... Islam.
ROSDIAH: Dia sanggup menjadi Islam, mak.
MARIDAH: Kenapa dia tak masuk lagi?
ROSDIAH: Katanya dia mahu belajar betul-betul dulu tentang agama Islam.
Kalau Islam, katanya macam yang dia nampak hari-hari ini saja, dia lebih
suka lagi agama Buddha.

MARIDAH: Itulah yang tak boleh tu nak. Mana dia yang kau-
katakan jujur pada diri dia tu?
ROSDIAH: Pada Ros, dia betul-betul jujur.
MARIDAH: Inilah dia yang emak tak tertahan! Hati kau tu terlalu keras, Ros.
Mana lagi keras hati bapa kau mana lagi keras hati kau! (Menangis).
ROSDIAH: (Pergi kepada emaknya) Janganlah emak mena-
ngis lagi. Ros sayang pada emak.
MARIDAH: Sayang kata kau Ros?
ROSDIAH: Ya, mak! Ros sayang! Dan Ros minta pula emak
sayang pada Ros.

MARIDAH: Ah, Ros anakku, kerana sayang pada kau, aku sanggup
menerima semua ini. Inilah caranya aku menun- jukkan kasihku pada
kau. Tapi kau jangan salah faham pula pada bapa kau. Bapa kau juga
sayang pada kau; sangat sayang, nak. Dia marah pada kau tu
kerana sayangnya, nak. Cara dia menunjukkannya saja lain
daripada emak.
ROSDIAH: (Pedih) Yalah, emak.

187
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

MARIDAH: Ros, kau tahu Si Zarim tak jadi hendak me-


minang kau?
ROSDIAH: Saya tahu emak.
MARIDAH: Kau suka, Ros?
ROSDIAH: Tidak, emak! Pada Ros sama saja sama ada Zarim atau siapa
pun meminang atau tidak meminang Ros. MARIDAH: Apa ertinya
cakap kau ni Ros. ROSDIAH: Ros tetap akan hidup bersama MARIDAH:
(Terkejut) Ros!
Kuan!

(Bunyi pintu luar diketuk beberapa kali. Rosdiah pergi membuka pintu.
Bila pintu terbuka kelihatan Swee Lan berdiri di luar).
ROSDIAH: (Terkejut) Swee Lan!
MARIDAH: (Juga terkejut dan memandang dengan takut)
Swee Lan, apa kaubuat datang ke mari?
SWEE LAN: Saya hendak berjumpa Rosdiah.. MARIDAH: Tapi... tapi...
kalau bapa Ros ....
ROSDIAH: Masuklah, Swee Lan! Bapa tak ada di rumah. Kalau dia balik
pun, takkan nak dibuatnya apa-apa pada
kau.

MARIDAH: Ros!
SWEE LAN: Saya tak takut, Ros. Kerana saya hendak
menyampaikan pesan Kuan pada kau.
ROSDIAH: Kuan Kuan? Di mana dia?
MARIDAH: (Takut) Tutuplah pintu tu, dan datanglah sini bercakap.
Biar aku pergi ke belakang menengok kalau bapa kau balik. Aku
takut!

188
DUA TIGA KUCING BERLARI

(Maridah keluar ikut pintu belakang. Rosdiah dan Swee Lan berjalan arah
ke kerusi dan duduk).
ROSDIAH: Di mana Kuan, Swee Lan?
SWEE LAN: Dia sudah pergi! Entah ke mana tidak dicakap- kannya.
Dia berbalah dengan ibu bapanya dan juga ibu bapa saya. Dia pun
pergi. Sebelum itu dia minta saya menyampaikan pesannya pada kau.
ROSDIAH: Apa pesannya, Swee Lan?
(Swee Lan mengambil satu bungkusan kecil dari dalam begnya dan
menyerahkan kepada Rosdiah. Rosdiah menyambut bungkusan itu
dengan tangan- nya terketar-ketar dan segera membukanya. Di da-
lamnya ada sehelai sapu tangan putih biasa dan bertulis).
ROSDIAH: (Membaca) 'Percayalaah padaku. Aku sayang pada kau',
Kuan. (Mendakapkan sapu tangan itu ke mukanya, kemudian tersedar)
Maafkan aku, Swee Lan! SWEE LAN: (Pedih) Tidak, tidak apa-apa.
ROSDIAH: Kau sungguh baik, Swee Lan.
SWEE LAN: Ah, aku fikir kau juga akan membuat macam
aku buat... dalam keadaan aku sekarang ini!

ROSDIAH: Terima kasih, Swee Lan. Er, tak adakah siapa


yang tahu ke mana dia pergi?
SWEE LAN: Tidak. Dia tidak bercakap dengan siapa-siapa
pun.

ROSDIAH: Bilakah dia balik ke mari lagi?


SWEE LAN: Saya pun tak tahu, Ros. Tapi janganlah kau takut, Ros,
selagi kau ada di sini dia akan balik juga.
189
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ROSDIAH: Ya, aku tahu, Swee Lan. Dia tentu balik! Kalau dia memberi
apa-apa berita pada kau dapatkah kau menyampaikan pada aku di ... di
sekolah?
SWEE LAN: Ya, kalau aku dapat. Dan
mendengar apa-apa pula daripada bolehkah kaukatakan padaku?
jika kiranya kau daripada Kuan,

ROSDIAH: Tentu boleh, Swee Lan. Aku akan beri berita


pada kau... kalau aku dapat.
(Maridah masuk dengan cemas).
MARIDAH: Eh, aku nampak macam rupa bapa kau balik
tadi! Lekaslah, lekaslah keluar, Swee Lan. SWEE LAN: Salahkah kalau saya
berjumpa dengan Rosdiah
seorang? Kuan sudah tak ada di sini lagi. MARIDAH: Tolonglah,
tolonglah, Swee Lan. Aku tak ada masa hendak menerangkan pada
kau. Tolonglah pergi dulu!
SWEE LAN: Baiklah, mak cik.
ROSDIAH: Maafkan aku, Swee Lan. Begini sambutan yang
aku beri sesudah kau menolong aku.
SWEE LAN: Tidak apa. Aku pergi, Ros!
(Maridah telah lebih dahulu pergi ke pintu dan membukakan pintu
hadapan. Bila pintu terbuka nampak Dahalan ada berdiri di luar pintu).
DAHALAN: (Masuk ke dalam) Aku fikir selama ini cuma anaknya
saja yang dajal, tapi rupanya emaknya pun sama juga.
(Maridah tunduk sahaja. Swee Lan dan Rosdiah masih berdiri dekat
kerusi. Dahalan berjalan ke hadapan).
DUA TIGA KUCING BERLARI

DAHALAN: (Menahan marah) Siapa yang berbudi menjem- put pelesit


ini datang ke rumah aku? Jembalang tua ini ... atau pontianak muda itu?
Cakap?
ROSDIAH: Ini Swee Lan, bapa. Sahabat saya.
DAHALAN: Sial! Kalau iman sudah terbalik, syaitan pun
dipanggil kawan.
MARIDAH: Pergilah pulang lekas, Swee Lan.
DAHALAN: Kau diam!! Eh kau, kaumasuk rumah aku dengan tidak izin
aku, jangan kau keluar, sebelum dapat izin aku pula!
ROSDIAH: Berilah dia izin keluar, bapa. Lepas itu bapa
buatlah apa bapa suka pada diri Ros.
DAHALAN: Kau memang tidak guna dihidupkan lagi, Ros! Semua
orang tidak guna hidup lagi, kerana rumah ini sudah sial! Tapi aku
mahu tahu dulu, siapa di antara kau yang menjemput dia ini ke
mari?
SWEE LAN: Tidak ada orang menjemput saya, encik! Saya
datang sendiri.
DAHALAN: Apa kaubuat datang, ha? Apa kaubuat datang?
(Swee Lan diam. Dahalan semakin marah).

SWEE LAN: Saya datang... saya datang....


DAHALAN: Cakap! Cakap! Cakap lekas!
ROSDIAH: Dia datang hendak menyampaikan pesan pada
saya.

DAHALAN: Daripada siapa? ROSDIAH: Daripada ....


MARIDAH: Ros!

DAHALAN: Aku menunggu

190
191
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ROSDIAH: Daripada Kuan.


DAHALAN: Daripada budak Cina keparat itu! Jadi dia ini tali barut, ya?
Memang, memang itu pun kerja yang kau semua tahu. Tali barut!
ROSDIAH: (Datang menangkap kaki bapanya, berlutut) Ba-
pa, tolonglah lepaskan sahabat saya itu balik! DAHALAN:
(Menyepak anaknya. Rosdiah tersungkur) Cih!
Jangan kaudekat aku, jangan kaupegang aku!
(Swee Lan datang menolong Rosdiah. Rosdiah ba- ngun).
ROSDIAH: Marilah aku hantar kau balik, Swee Lan. (Mereka
berjalan ke pintu).
DAHALAN: Jangan keluar, setan! Jangan keluar. (Rosdiah tidak
mempedulikan dan terus memimpin Swee Lan ke pintu).
(Tiba-tiba Dahalan melangkah hendak menangkap Rosdiah, tetapi emaknya
Maridah, telah sampai dan menahan Dahalan. Dahalan menangkap Maridah
dan menolaknya ke sebelah. Maridah jatuh ter- sungkur. Sementara Rosdiah
sempat menolak Swee Lan ke luar pintu).
ROSDIAH: Lekas, Swee Lan, lekas!
(Swee Lan dapat lepas, tetapi Rosdiah dapat dihela ke dalam oleh
Dahalan dan ditampar dan dipukul- nya berturut-turut.
Lampu padam terang, padam terang terus-menerus. Terdengar tempik
Dahalan, 'Anak derhaka', 'Anak sial', 'Setan'. Terdengar tangis Rosdiah,
'Aduh, aduh!'.
DUA TIGA KUCING BERLARI

Maridah bangun menolong anaknya. Maridah, Ros- diah dan Dahalan


bergelut-gelut. Kedua-dua pe- rempuan itu tercampak. Maridah ke
belakang, Rosdiah ke hadapan. Tiba-tiba lampu terang kem- bali.
Dahalan kelihatan meramas-ramas kepalanya, dan dia teresak-esak).
DAHALAN: Ikutlah cakap bapa nak! Ikutlah cakap bapa!

(Maridah bangun perlahan-lahan mengangkat ba- dannya. Rosdiah


diam).
DAHALAN: (Masuk ke dalam ikut pintu belakang, masih
bercakap) Ikutlah cakap bapa!
(Dahalan keluar semakin jauh.

Maridah memerhatikan sahaja, kemudian melihat kepada Rosdiah yang


sudah mulai bergerak. Ma- ridah bangun melihat kepada anaknya
sebentar dan kemudian pergi melihat suaminya ke belakang. Ma- ridah
keluar,

Rosdiah mengangkat badannya perlahan-lahan dan terdaya bersimpuh


bertelekan tangan ke lantai. Dia melihat sapu tangan pemberian
Kuan terletak tidak jauh di lantai, lalu berlungsur mencapainya. Mulut-
nya kelihatan berdarah. Matanya bengkak).
ROSDIAH: (Mengambil sapu tangan dan melihatnya dengan mesra)
Kuan ... aku sayang pada kau. (Melekapkan sapu tangan itu ke mukanya.
Kemudian melihat sapu tangan itu yang sudah berlumur dengan
darahnya) Dan ... (Memandang ke dalam sebentar) bapa, aku
juga sayang pada bapa...
(Tirai).

192
193
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
DUA TIGA KUCING BERLARI

BABAK KETIGA

DI DALAM rumah Dahalan. Alat dan perkakas dalam sebagai dahulu juga.
Waktu tengah hari.
ruang
itu
alat-alat semuanya teratur belaka.
Bunyi pintu diketuk-ketuk beberapa kali.
Ruang itu kelihatan kosong sahaja, tetapi sebagai biasa

SUARA: Ros! Ros! Mak cik! Mak cik!

(Tidak ada jawapan. Pintu terbuka perlahan-lahan. Suriah masuk).


SURIAH: (Memandang keliling dalam ruang lapang dan
kosong itu agak hairan) Ros! Ros!
(Masih tidak ada jawapan. Suriah menjadi semakin hairan, pergi pada
meja, melihat balik pada ting- kap, kemudian memandang arah ke dalam.
Dia mahu pergi ke belakang, tetapi melihat pintu ha- dapan yang
terbuka, pergi dahulu menutupnya. Dia berpaling hendak pergi ke
dalam.
Rosdiah masuk dari pintu belakang).
ROSDIAH: Masuklah Suri, marilah duduk. Marilah duduk
sini.

SURIAH: Rosdiah.... (Pergi kepada Rosdiah) Ada pun kau di


rumah. Ke mana kau? Aku panggil kau beberapa kali.
ROSDIAH: Aku ada di dalam.

SURIAH: Apa kaubuat?

194
ROSDIAH: Aku sembahyang.
SURIAH: Sembahyang? Oh ... oh... kau sembahyang subuh eh,
bukan sembahyang isyak ... tidak, sembahyang... sembahyang asar
bukan?
---

ROSDIAH: (Senyum) Ya, Suri.


SURIAH: Aku tahulah. Aku tahu. Er ... mak cik mana?
ROSDIAH: Emak pergi belajar.
SURIAH: Belajar? Wah, pergi belajar apa pula orang tua itu?
ROSDIAH: Dia pergi belajar agama. Petang ini kan petang Rabu,
jadi ada syarahan agama di surau. Tiap-tiap petang Rabu, emak
dan bapa pergi mengaji di situ. SURIAH: Emak dan bapa kau pergi
sekali, bersama-sama
belajar?
ROSDIAH: Yalah, Suri.

SURIAH: Tapi, setahu aku kita tak boleh belajar agama


bercampur lelaki dan perempuan. Kalau lelaki tu lelaki saja, pakai kain
sarung, pakai baju teluk belanga, pakai songkok lurus. Kalau perempuan
itu perempuan saja, lagi teruk pakaiannya, tutup kaki, tutup
tangan, tutup kepala kalau dapat cuma dua biji mata saja
yang
keluar.

ROSDIAH: Itulah sebabnya kau tak pergi belajar agama ya,


Suri?

er ...
SURIAH: Er
aku kalau dah berbalut semua macam itu, lagilah
kaki, tangan, muka, mata,
aku tak mahu diam. Orang tak nampak kan? Macam mana nak
belajar. Eh, kau ni mengata orang sajalah Ros. Kau sendiri
kenapa tak pergi belajar agama dengan orang tua kau di suràu tu?

195
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ROSDIAH: Aku lebih suka lagi belajar di rumah.


SURIAH: Di rumah?

ROSDIAH: Ya, di surau aku susah nak faham apa yang


disyarahkan oleh Tuk Ma'alim tu.
SURIAH: Susah macam mana, Ros?

ROSDIAH: Aku tak faham bahasanya. Ya, dia bercakap dalam


bahasa Melayu, tapi bahasanya terbalik-balik macam cakap Arab, lagu
cakap Melayunya macam lagu cakap Arab. Aku tak faham. Jadi aku
lebih senang. belajar agama daripada ulama-ulama Islam dalam
buku bahasa... Inggeris.
SURIAH: Apa? Kau belajar agama Islam dalam bahasa
Inggeris?
ROSDIAH: Yalah. Apa salahnya?
SURIAH: Entahlah! Aku tak tahu. Tapi kau memang sela-
lunya ganjil pada orang, Ros.
(Rosdiah tersenyum).
Cuma aku berasa suka betul hari ini kerana aku nampak kau sudah tenang
dan riang macam dahulu balik. ROSDIAH: Ah, Suri. Hatiku lapang dan
sejuk dengan mem-
baca dan memahami buku-buku yang aku kaji hari ini. SURIAH: Baguslah,
Ros. Aku harap aku juga dapat mencapai keteguhan hati macam kau itu.
Maafkan aku bercakap balik hal ini, Ros... aku rasa sudah lebih enam bulan
Kuan pergi dah.
ROSDIAH: Betul, Suri...enam bulan tiga belas hari
masuk hari ini.
ter-

SURIAH: Oh ... aku, Zarim dan Swee Lan seorang pun tidak ada
menerima. apa-apa berita daripadanya. Aku
196
fikir, Ros, kau
DUA TIGA KUCING BERLARI
tentu ada.

ROSDIAH: (Tersenyum) Aku pun tidak juga, Suri. SURIAH: Ke


manakah dia pergi? Mungkinkah dia .... ROSDIAH: Tidak, Suri, tidak.
(Mengambil sehelai sapu ta- ngan putih dari dalam bajunya. Membuka
sapu tangan itu. Tulisannya sudah tak ada lagi. Tetapi aku
tahu dalam hatinya dan dalam hati aku tulisan itu tidak
akan hapus 'Percayalah padaku. Aku sayang pada kau.' Kami akan
berjumpa balik, dalam keadaan yang lebih mesra).
SURIAH: Aku berdoa ... Ros ... ah, kalaulah doa aku boleh
diterima!

ROSDIAH: (Senyum) Suri! (Ketawa).


(Bunyi pintu diketuk dari luar. Rosdiah dan Suriah berpandang-pandangan).
SURIAH: Siapa tu?
SUARA: (Dari luar) Aku. Bolehkah aku masuk?
SURIAH: Hei! Zarim! (Berdiri dan berlari ke pintu) Masuk-
lah! (Membuka pintu).
ZARIM: (Masuk) Hai, Suri. Apa khabar Ros?
ROSDIAH: Baik. Marilah duduk sini, Zarim. Lama dah tak
datang, Zarim, kau ke mana?
ZARIM: Ah, tak ada ke mana. Di sini saja, cuma banyak
kerjalah,
SURIAH: Wah, kerja apa pula yang dibuat dik orang muda ni
sekarang?
ZARIM: Tentulah kerja orang muda. Engkau mahu tahu, aku
cakapkan satu persatu, Suri!

197
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
SURIAH: Sudah, sudah. Nanti aku jealous.
ROSDIAH: Nanti sekejap Zarim, aku masuk buatkan air.
ZARIM: Jangan susah-susah Ros. Aku datang ni pun sekejap
aja.
SURIAH: Lama-lama pun boleh!
ZARIM: Sebenarnya, Ros, aku hendak berjumpa kau kerana
satu soal yang ... persendirian sedikit.
SURIAH: Sulit?

ZARIM: Ya, agak


sulit.

SURIAH: (Sedia hendak balik) O.K. Bye-bye! Ta! Ta!


ZARIM: Eh, nantilah dulu, Suri. Aku rasa tak apa kalau Suri
pun tahu, Ros?
ROSDIAH: Tak ada salahnya. Tak ada apa-apa yang hendak
saya sorokkan daripada Suri.
(Suri duduk semula. Menjeling pada Zarim).
ZARIM: Sebenarnya, aku sudah beberapa kali datang ke tempat kau ini, Ros.
Tapi aku ragu-ragu sama ada kau tak ada di rumah ataupun kau seorang
sahaja di rumah. Jadi serba salah aku hendak masuk. Tadi bila aku tengok
kasut Suri ada di luar, aku pun singgahlah.

SURIAH: Cakaplah lekas-lekas. Orang nak dengar ni. Apa


dia?

ZARIM: Ini bukan perkara main-main, Suri. Ini fasal hidup,


aku... Rosdiah dan ... Kuan.
ROSDIAH: Kuan?

ZARIM: Ya!

SURIAH: 'The Eternal Triangle' ... aku tak ada tempat!


198
DUA TIGA KUCING BERLARI

ZARIM: (Bercakap terus) Kau tahu aku mahu meminang kau


dahulu. Sudah pun aku hantar cincin tanyanya.
SURIAH: Kau minta balik, Zarim!

ZARIM: Ya, aku tak jadi meminang kau!


ROSDIAH: Aku fikir dulu, aku faham benar hati kau, Zarim. Tapi sebenarnya, aku
masih tidak tahu kenapa kau mahu meminang aku dan kemudian dengan
tiba-tiba memutus- kannya balik.
ZARIM: Semuanya adalah kerana Kuan, Rosdiah. SURIAH: Engkau
jealous, ya?
ZARIM: Biarlah aku berterus terang, Suri. Ya, aku tidak dapat menafikan
perasaan cemburu itu ada pada aku... kerana aku juga pada satu
masa ... ada menaruh hati pada kau.
SURIAH: Aku tahu.

ZARIM: Tapi bila aku tengok bahawa kasih kau sebenar- benarnya adalah
penuh dan putih kepada Kuan, aku menarik diri.
SURIAH: Lalu kau pun tak jadi meminangnya. Bagus, bagus!
ZARIM: Aku meminangnya setelah aku membuat keputusan
mahu menarik diri daripada Rosdiah, Suri.
ROSDIAH: Aku tidak mengerti, Zarim.
ZARIM: Banyak yang berlaku di sebalik kisah itu, Ros!
Tetapi semuanya mengenai diri Swee Lan dan Kuan.
SURIAH: Swee Lan dan Kuan?

ZARIM: Ya! Swee Lan dan Kuan bersaudara agak rapat juga. Mereka
daripada keluarga kaya. Tapi yang sebenarnya bapa Swee Lan yang kaya,
bapa Kuan hanya men- jalankan urusan modal bapa Swee Lan.
199
....
....

DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

SURIAH: Ooh! Patutlah ada Swee Lan menyebut-nyebut


tentang bapanya pada Kuan.
ZARIM: Ya, bapa Swee Lan yang mengendalikan hal Kuan dan juga
keluarga Kuan. Jadi kerana mereka bersaudara dan bapa Swee Lan tidak
ada anak lelaki, dia mahu Kuan berkahwin sahaja dengan Swee Lan untuk
men- jaga segala harta benda mereka itu. Tetapi bila Kuan menolak
tawaran itu dan mengatakan pula dia mahu berkahwin dengan
perempuan Melayu, bapa Swee Lan marah.
ROSDIAH: Tahulah Swee Lan semua kisah ini?

ZARIM: Ya, dia tahu! Dia tahu dari awal lagi. ROSDIAH: Oh, Swee Lan!
ZARIM: Tapi Kuan tetap menolak. Dia sanggup keluar dari keluarganya itu.
Kemudian bapa Swee Lan membuat
amaran.

ROSDIAH: Amaran?

ZARIM: Ya! Kalau Kuan meneruskan perkahwinannya de- ngan orang


Melayu itu dan bukan dengan Swee Lan, katanya, dia akan
memutuskan semua perhubungan keluarga di antara keluarganya dan
keluarga Kuan. Kau tahu apa ertinya itu?
(Kedua-dua wanita itu menggeleng-geleng sahaja). ZARIM: Ibu
bapa Kuan menjadi papa dan terlantar.....
ROSDIAH: Tidak

ZARIM: Dan Kuan tetap mahu berkahwin dengan kau, Ros- diah.
Jadi, aku... aku tidak sanggup melihat ibu bapanya menjadi papa
dan terkorban. Aku lekas-lekas meminang. kau ....
DUA TIGA KUCING BERLARI

ROSDIAH: Zarim ... maafkan aku kerana tak faham

ZARIM: Tapi aku lihat Kuan benar-benar sayang pada kau,


dan kau menumpahkan segala kasih kau kepada Kuan ... dan tidak
mungkin lagi kepada orang lain. Aku tidak terdaya meneruskan
peminangan itu. Lebih-lebih lagi bila Kuan sendiri mengatakan dia akan
pergi. Aku pun memutuskan peminangan itu dengan harapan masa akan
menghilangkan segala luka dan menyejukkan segala rasa. Aku
berharap bila Kuan balik dia akan diterima dengan baik oleh
keluarganya, dan juga kau... Rosdiah. ROSDIAH: Aku tidak berubah
dan tidak akan berubah,
Zarim!

SURIAH: Bagaimana dengan bapa Swee Lan? Sudahkah dia


memaafkan Kuan?

ZARIM: Itulah yang rumit. Bapa Swee Lan tetap dengan


pendiriannya. Kalau Kuan mengahwini kau dan bukan anaknya...
putuslah perhubungan darah dan harta. ROSDIAH: Tahukah Kuan semua perkara
ini?

ZARIM: Dia tahu! Tetapi dia tidak tahu yang aku juga tahu. SURIAH:
Bagaimana kalau Kuan balik juga ke mari dan
berkahwin dengan Ros?
ZARIM: Ah, dia akan mengorbankan ibu bapanya dan ter-
pisahlah mereka daripada suku-sakat namanya.
ROSDIAH: Zarim... tidak! Zarim!

ZARIM: Ya, Rosdiah, ya. Aku sudah puas memikirkan soal ini. Dan aku
sudah cuba bertindak. Sekarang aku pulangkanlah kepada kau, Ros. Segala
keputusan se- karang hanyalah dalam tangan kau jika Kuan balik ke
mari!

200
201
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ROSDIAH: Ah, begitu sekali dia sanggup berkorban kerana


cintanya padaku.
ZARIM: Apa cinta yang sebenamya, Ros, kalau tidak ada
pengorbanan.
ROSDIAH: Ya, cinta terus-menerus meminta pengorbanan
(Menangis).
(Suriah memujuk. Rosdiah diam dan melawan se- gala perasaannya).
ZARIM: Aku sudah mengatakan apa yang aku mahu katakan.
Jadi apa lagi, Suriah, marilah kita balik.
SURIAH: Kita?

ZARIM: Ya, kalau kau sudi balik denganku?


SURIAH: O.K. Asal kau jangan buat cerita-cerita 'keluarga'
lagi!
ZARIM: Kami balik ya, Ros!
SURIAH: Siapa?
ZARIM: Saya ... eh, kami balik, Ros.
ROSDIAH: (Sedih) Ya... Zarim, Suriah.
SURIAH: Ros, kenapa? Tak mahukah kau ketawa lagi dengan lucu-
lucuku... apa gunanya aku berlucu lagi. Pergilah engkau balik Zarim!
ROSDIAH: (Cuba senyum) Tidak... Suriah! Pulanglah, pu- langlah
dengan Zarim. Aku suka melihat kau dan Zarim. begitu.
(Suriah dan Zarim tersenyum. Mereka keluar. Ros- diah menutup pintu
dan berjalan sebagai orang tidak sedarkan diri sahaja ke meja.
Matanya me- mandang jauh dan jauh ....)
DUA TIGA KUCING BERLARI

FIFI

ROSDIAH: Korban korban Aku juga akan mengor- bankan


segala perasaan dan hati ibu bapaku. Tetapi sanggupkah aku
mengorbankan hati dan kehidupan ibu bapanya.... Aku sayang
pada kau, Kuan aku sayang.... Kau juga sayang padaku kau sayang,
Kuan (Rosdiah duduk pada meja dan menyembamkan mu- kanya ke
atas meja).
---

(Bunyi pintu diketuk beberapa kali. Rosdiah sedar dan membetulkan


rambutnya dan menyapu air ma- tanya. Memandang sahaja pada
pintu. Pintu ter- buka dan masuk seorang pegawai askar dengan
pakaian yang gagah).
ROSDIAH: (Terkejut) Siapa kau?
PEGAWAI: (Berdiri sedia. Mengangkat tabik dengan ga-
yanya) Second Lieutenant Kuan Tien Chee.
ROSDIAH: Kuan!

KUAN: (Gembira) Ya, aku tahu kau ada di rumah, Ros!


ROSDIAH: (Masih_rawan) Kuan!
KUAN: Ya, Kuan ... Ros, cantik tak? Tengok baju aku, topi, tali pinggang,
songkok, seluar. Tengok kasut ni Ros, besar kan? Aku sengaja tak mahu
buka, biar kautengok aku pakai pakaian askar yang lengkap. Hei, Kuan ini
pegawai askar sekarang tahu? Mahu tengok aku jalan? (Dia
menggayakan jalannya sedikit ....)
ROSDIAH: Kuan!

KUAN: Aku cuti, Ros! Setelah enam bulan berlatih dan lulus. Sekarang aku menjadi
pegawai muda askar. Ha, se- karang aku pergi tembak komunis, tahu?
ROSDIAH: Kuan

202
203
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

KUAN: Kenapa Ros, engkau tidak suka aku jadi askar? Dulu kau
kata emak bapa kau suka orang jadi askar kan? Ha, ha, ha, (Kuan
duduk di kerusi).
KUAN: Mana emak dan bapa kau, Ros?
ROSDIAH: Dia... dia... tak ada di rumah!

KUAN: Kau takut lagi aku datang ni, Ros?


ROSDIAH: Tidak tidak!
---

KUAN: (Bangun dan berjalan) Kau tahu Ros, tidak berapa hari lagi
nama aku akan bertukar manjadi Salim, Kau suka tak nama itu Salim, Ros... dekat-
dekat bukan?
111

ROSDIAH: Tidak... Kuan


tidak!

KUAN: Eh, kenapa, Ros, kenapa? Aku, Kuan, sudah balik


dan aku balik mahu mengambil kau. Kau sudah lama sangat menderita...
Ros!
ROSDIAH: Tidak... Kuan. Tidak mungkin.... KUAN: Apa kata kau, Ros?
ROSDIAH: Sudahlah Kuan! Baliklah engkau Kuan. Segala
perhubungan kita sudah putus.
KUAN: Ros! ... apa apa kau sudah kahwinkah Ros?
ROSDIAH: Tidak, Kuan! Tetapi
-

gunanya lagi. Tolonglah pulang.


KUAN: Pulang! Aku ... Ros?
tetapi
habis! Tak ada

ROSDIAH: Ya, Kuan, ya. Kau dan aku tidak ada apa-apa lagi.
KUAN: Apa? (Berpaling dan berjalan perlahan-lahan me÷
nahan hatinya) Ros aku tidak percaya!
ROSDIAH: (Memalingkan badannya membelakangkan Kuan,
bercakap dengan tegas) Kuan, pergilah balik! Jangan datang ke mari
lagi. Kita sudah putus.

204
DUA TIGA KUCING BERLARI

KUAN: Apa? Begini mudah sekali? Begini senang? Kerana kau aku
telah memutuskan kasih sayang Swee Lan padaku. Aku
memutuskan hidupku dengan keluargaku. Aku meninggalkan
agamaku! Tetapi sekarang apakah balasan yang aku dapat?
Kaucampakkan aku begitu saja. Dengan mudah kauputuskan segala-
galanya. Kauputus- kan? Mana letaknya jantung hati kau, Ros? Mana
letaknya perasaan kau? Mana letaknya kasih sayang yang
kautunjukkan padaku? Palsu! Palsu belaka!
(Pintu terbuka perlahan-lahan. Masuk Maridah dan Dahalan berdiri
sahaja melihatkan peristiwa de- ngan tidak disedari oleh Kuan dan Rosdiah
itu).
KUAN: (Lembut) Cakapkanlah padaku sekali lagi, Ros! Ca-
kapkanlah, kau sayang padaku... Ros.
ROSDIAH: (Menjerit, masih membelakang) Tidak! Tidak! Pergilah
engkau dari sini! Jangan kau datang-datang lagi! Pergi!
(Kuan berpaling mencapai topinya dan terhenti me- lihat Dahalan).
KUAN: Maafkan saya encik, masuk dengan tidak izin. Tapi
saya akan pergi.
DAHALAN: Pergilah engkau, terima kasih!
(Kuan keluar. Maridah berlari kepada anaknya yang mahu tumbang dan
sempat dicapainya se- belum sampai ke lantai).
DAHALAN: Berkat doaku dan berkat iman kau kepada Tuhan, anak!
Kau sekarang sudah mengikut cakap bapa. Kau mengikut cakap bapa!
Syukurlah! Syukurlah! (Da- halan pergi kepadá Ros dan hendak mendakap
anaknya. Tiba-tiba Ros menjerit-jerit dengan hebatnya).

205
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ROSDIAH: (Menolak jauh kedua-dua ibu bapanya. Dia ma- sih


terbaring) Jangan dekat! Jangan dekat! Tidak! Tidak! Tidak!
(Menangis kuat-kuat sebagai tidak sedarkan diri, kemudian mengulang
jeritannya semula. Dia terus me- nangis dan menjerit ....)

(Tirai).

DALAM kebun bunga. Gelap! Cahaya samar di belakang. Nam- pak


sebuah tugu yang besar... Tugu Kebangsaan.
Asap berkepul-kepul naik, menjadikan tugu itu sebentar hilang dan
sebentar timbul kembali.
Tiba-tiba terang bahagian hadapan kanan pentas dan kelihatan
seorang perempuan muda bersimpuh dan kemudian berdiri perlahan-
lahan (Rosdiah!).
ROSDIAH: Kau gugur sebagai seorang perwira Kuan. Kuan tumbang
menjalankan tugas kau. Dan kaupergi me-
ninggalkan aku ... selama-lamanya.
Dengarlah... dengarlah ... Kuan
Sambutlah sambutlah ...
Kuan

Aku tetap percaya pada kau ....


Aku tetap sayang pada kau
(Gelap kembali. Dan kemudian terang pula pada bahagian lain.
Kelihatan seorang pemuda dan pe- mudi, kedua-duanya tunduk.
Zarim dan Suriah).
ZARIM: Aku sanjung kau sebagai seorang kesateria yang jujur.
Jujur budimu dan jujur cintamu. Dan bila kau gugur, Kuan,
kaugugurkan pula segala orang yang
206
DUA TIGA KUCING BERLARI

meragu-ragukan kejujuranmu. Pada cinta, pada negara!


(Gelap kembali. Bila terang, pada bahagian lain lagi. Kelihatan Pak Haji
dan Mak Haji turut menampung tangan. Mereka tidak menghadap tugu).

DAHALAN: Aku tidak tahu sama ada kau sudah masuk Islam atau belum sebelum
kau mati. Tetapi aku tetap memohon kepada Tuhan, supaya kau diberi rahmat.
Mati kau, mati pahlawan! Maafkanlah aku, Kuan, kerana sempit fi-
kiranku. Sempitnya pendapatku. Kau terpaksa terkorban dahulu baru aku
sedar!

(Gelap kembali. Terang yang berkesan sekali di bahagian hadapan.


Kelihatan seorang wanita sujud kepada tugu. Swee Lan!).
SWEE LAN: Aku sayang pada kau, Kuan. Aku sayang pada kau. Aku
sayang pada kau, walau di mana pun kau berada. Kalau kau tidak
terima sayangku waktu kau hidup sekarang terimalah, Kuan, sesudah
kau mati. Aku sayang pada kau... Kuan!

(Tirai).
207

Anda mungkin juga menyukai