Anda di halaman 1dari 42

DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

PAKAR SAINS GELANDA: Hei, kau semua sekarang jadi


hamba dan abdi aku, tahu?

SEMUA: Ya, kami hamba dan abdi.

PAKAR SAINS GELANDA: Aku jadi raja kau tahu?

SEMUA: Ya, tuan jadi raja.


PAKAR SAINS GELANDA: Betul benar. Sekarang kau semua mesti beri aku satu tanda aku jadi raja. Pergi cari lekas!

(Semua orang berjalan berpusing-pusing. Pakar Sains Sia-sia berjumpa dengan alat rekaan utama dan meloncat-loncat
memanggil kawan-kawannya. Mereka semua suka dan menjerit-jerit, 'Ini mahkota raja! Ini mahkota raja!

Melihat itu Pakar Sains Gelanda mahu lari tetapi tidak berdaya. Dia dipegang beramai-ramai dan alat itu dimasukkan
ke kepalanya.

Tiba-tiba alat itu pun hidup. Enjinnya berderu dan lampunya bernyala. Pakar Sains Gelanda menjadi tegang
seketika. Orang-orang itu takut dan menang- galkan alat itu dari kepalanya.
Pakar Sains Gelanda kemudian senyum-senyum kambing kemudian bertandak ke hulu ke hilir.

Orang-orang itu semua menari mengikut dua ber- keliling-keliling).

(Tirai).

DUA TIGA KUCING BERLARI

136
PELAKON

MARIDAH - ibu Rosdiah


DAHALAN
- bapa Rosdiah
ROSDIAH

MAK HAJI
PAK HAJI

SURIAH

SWEE LAN

ZARIM
KUAN TIEN CHEE

139

BABAK PERTAMA

DALAM ruang rumah Dahalan yang letaknya di sebuah bandar yang terkenal. Waktu petang. Masa kini.
Rumah itu sebuah rumah sederhana. Oleh itu perhiasan dalam ruang itu juga adalah sederhana. Kerusi mejanya
satu set juga, tetapi bukanlah jenis berkusyen; itu pun sudah agak usang. Di atas meja terletak sebuah tepak sirih.
Di tepi dinding nampak sebuah almari yang di dalamnya ada pinggan mangkuk, bunga-bunga perhiasan dan juga
buku-buku. Di dinding bersangkutan gambar-gambar, kalendar, songkok, sebuah jam dinding menunjukkan
pukul 3.30 petang.
Tingkap dan pintunya berlangsir lama sahaja. Nampak dua buah pintu. Satu pintu masuk, pintu hadapan
rumah, letaknya di sebelah kiri pentas. Satu pintu ke dalam hala ke dapur, letaknya di sebelah kanan pentas.
Waktu tirai terbuka nampak seorang perempuan yang telah baya bernama Maridah, isteri Dahalan, duduk di sebuah
kerusi, kedua-dua kakinya berlunjur. Dia sedang menjahit sesuatu. Orang itu kelihatan resah, sebentar-
sebentar dia
141
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

memandang hala ke pintu dan tingkap dan menjahit semula. Sekali dia berjalan ke tingkap dan meninjau ke
luar, meng- geleng-gelengkan kepalanya, dan duduk semula menjahit di
kerusi.
Terdengar bunyi pintu diketuk beberapa kali.

SUARA: Oi, orang rumah! Orang rumah! Ada tak?


(Maridah segera meletakkan jahitannya dan pergi arah ke pintu dan membuka pintu). MARIDAH: Ooh Mak Haji!
Masuklah, masuklah.
(Masuk Mak Haji, seorang perempuan yang sudah berumur juga. Kepalanya berlilit kain menandakan dia
sudah menunaikan haji. Mereka berjalan arah ke kerusi).
MARIDAH: Duduklah! (Mereka duduk) Hai, apa sesatnya Mak Haji ni ke mari ni? Bukan main lagi Mak Haji ni
jam. Masuk rumah orang berketuk-ketuk pula.
MAK HAJI: Hai, hari kan dah lewat tengah hari ni. Kalau datang ke rumah orang lewat tengah hari mesti me-
ngetuk dulu! (Mereka ketawa. Membuka tepak sirih dan makan sirih).
Dahalan mana, tak nampak ni?
MARIDAH: Ah, bapa Rosdiah tu mana ada pernah di rumah
siang-siang Mak Haji! Kita ingat dulu, bila dia cuti panjang ni duduk di rumah ajalah dia. Tidak, tidak, Pagi-pagi
lagi dia dah lesap.
MAK HAJI: Malam-malam dia ada tak?
MARIDAH: En, malam ada, Mak Haji! MAK HAJI: Eh, tak apalah!
MARIDAH: Apa, Mak Haji ... tak adakah Mak Haji nampak

142
DUA TIGA KUCING BERLARI

Rosdiah di jalan tadi?


MAK HAJI: Rosdiah anak dara engkau tukah? Tadi pukul satu lebih ramai aku nampak budak-budak balik sekolah.
Rosdiah jadi cikgu kan?
MARIDAH: Ya! Kadang-kadang dia memang lambat balik, tapi dia beritahu lebih dulu. Hari ni patutnya dia dah sampai ke
rumah.

MAK HAJI: (Menengok jam) Ya, dah dekat pukul empat.


Tapi budak-budak ni jam, Maridah, takkan sesat dia.

MARIDAH: Sesat tu tidak, Mak Haji. Tapi dik dia betina,


risau jugalah.
MAK HAJI: (Diam sebentar) Aku ada dengarlah, aku dengar aja cakap orang, maklumlah cakap orang, kan.? Aku
de- ngar Rosdiah sekarang banyak kawannya!
MARIDAH: Eh, yalah. Rosdiah tu memang suka berkawan banyak, sejak dari masa dia bersekolah dulu pun macar
tu.

MAK HAJI: Yalah. Ini kata orang. Kawan-kawannya tu


masuklah budak-budak jantan.

MARIDAH: Bila dah jadi cikgu, Mak Haji, sekolah campur pula macam sekolah Rosdiah mengajar itu, nak macam
mana kan jantan betina mesti nak buat kawan,
-

MAK HAJI: Betul juga. Tapi ini yang aku dengar, ya, jangan marah! Cakap orang saja, kawannya itu budak Cina
jantan!

MARIDAH: Esy, tak adalah, Mak Haji!

MAK HAJI: Kalau tak ada tu baik benarlah. Aku ni bertanya-


tanya aja.
MARIDAH: Sebenarnya, Mak Haji, nak dikatakan tak ada

143
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

kawan-kawannya budak-budak Cina ... ada juga. Seka- rang ni kan semua bercampur-aduk dalam negeri
kita ini. Semua bangsa sama belajar, sama bermain, sama beker- ja.
MAK HAJI: Jadi adalah kawan Rosdiah budak Cina jantan? MARIDAH: (Diam sebentar dan mengeluh) Ada tu ...
er, ada. MAK HAJI: Jangan kan, dia lambat balik ni pergi ke rumah
budak itu pula tak?
MARIDAH: Eh, Mak Haji, tak adalah sampai begitu. MAK HAJI: Pada mulanya semua mak bapa berfikir dan
bercakap begitu. Ah, tak apalah, perkara kecil, tak jadi ара-ара Tapi bila dah jadi satu-satu barulah
sesal tak sudah, mana muka nak dihadapkan! MARIDAH: (Melihat jam, resah, tapi menjawab dengan
tenang) Insya-Allah Rosdiah tu tahu yang dibuatnya, Mak Haji. Dialah anak kami seorang, jantan betinanya,
itulah dia. Takkanlah dia yang nak menconteng arang ke muka kami.
MAK HAJI: Tapi, entahlah, aku tak percaya langsung, tak percaya pada budak-budak muda zaman ini.
Tak ada baik yang akan datang kalau mereka dibiarkan berlaku macam mereka buat hari ini.
Maridah: (Mulai geram) Itu orang-orangnya juga, Mak
Haji!
MAK HAJI: Yalah. Itulah yang aku risaukan ni. Dari sejak nenek moyang kita dulu belum ada orang yang
mem- burukkan nama kita lagi. Janganlah tibanya pula di zaman aku hidup ini.
MARIDAH: Eh, apa pula kata Mak Haji ni?
MAK HAJI: Maridah, aku dah tua. Dah beranak bercucu dan

144
DUA TIGA KUCING BERLARI

dekat lagi bercicit. Kau pun bukan muda lagi. Anak kau dah besar panjang. Kalau dah kahwin, kau pun dah
bercucu hari ini!

MARIDAH: (Memandang dengan serba salah kemudian


menjeling-jeling pada jam di dinding) Ya, ya.
MAK HAJI: Cina dengan Melayu ... kalau betinanya tu Cina, ada juga dibuat orang. Tapi kalau jantannya Cina...
selisih empat puluh empat!
MARIDAH: Siapa pula yang berkatakan saya nak bermenan-
tukan jantan Cina?
MAK HAJI: Tak ada siapa... Kok! Kalau! Maridah, kau dah
lupakah Dahalan, laki engkau, bapa Rosdiah? MARIDAH: (Memandang jauh) Tidak ... tidak! MAK HAJI: Aku
tahu Dahalan, anak buah aku, aku tahu Dahalan. Bergalang nyawa pun dia tak mahu Cina jadi menantunya. Selisih empat
puluh empat!
MARIDAH: (Mulai marah) Mak Haji, bila pula saya berkata
kami nak bermenantukan orang Cina?
(Bunyi pintu diketuk beberapa kali di luar. Pintu terbuka dan kelihatan Rosdiah, seorang gadis manis dengan pakaian
yang bersesuaian, memegang be- berapa buah buku dan sebuah beg tangan). ROSDIAH: Oh, Nek Haji. Dah lama
nenek sampai?

MAK HAJI: Dah lama juga. Macam-macam dah aku bualkan dengan emak kau ini. (Memandang Maridah)
Emak engkau pun dah lama menunggu kau.
ROSDIAH:. (Meletakkan buku-bukunya di almari) Oh, ya!
Ros singgah dulu tadi di rumah kawan Ros. MAK HAJI: Rumah budak Cina itukah?

145
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
DUA TIGA KUCING BERLARI

ROSDIAH: (Berpaling dan menghadap Mak Haji. Mukanya menggambarkan kehairanan) Ya! Macam mana Nek
Haji tahu?

MAK HAJI: (Memandang pada Maridah) Ini, emak engkau


beritahu pada aku.

ROSDIAH: Ooh! (Berjalan hendak masuk ke dalam).

MARIDAH: Ros, kau pergi rumah siapa tadi kata kau?

ROSDIAH: (Berhenti, berpaling menghadap emaknya) Ru


mah Swee Lan, Swee Lan anak perempuan tauke Leong, kawan Ros tu. Kan Ros selalu pergi rumah dia, kan? Petang ini,
katanya, dia pula nak datang ke mari! Eh, kenapa mak?
...

MARIDAH: Er tak ada apa-apa! (Memandang selintas pada Mak Haji) Pergilah kau masuk ke dalam. Nasi ada di
dapur. Makanlah. Mak dah makan dengan bapa kau tadi.

ROSDIAH: Baiklah, mak. Er, Nek Haji, marilah kita makan


sekali.

MAK HAJI: Ah, makanlah engkau Rosdiah. Aku tadi lagi dah
makan dah. Tuk Haji engkau, tadi katanya dia nak ke mari. Kita dah datang, tak ada pula dia di sini. Pergilah, pergilah
makan dulu. Hari pun dah nak petang dah.. Masuklah!
ROSDIAH: Terima kasih, nenek!

(Mak Haji merenung Maridah. Maridah serba salah dan tunduk seketika. Bunyi pintu diketuk dan pintu masuk terbuka.

Kelihatan dua orang lelaki di ambang pintu itu. Seorang pertengahan umur, Dahalan namanya,

146
tegap dan riang orangnya, suami Maridah. Seorang lagi sudah agak tua Pak Haji Daud, suami Mak Haji
Limah).

DAHALAN: Ha, kan itu dia Mak Haji! Pak Haji ini dah nak pergi ke balai polis dah, nak merepotkan Mak Haji dah hilang!

(Mereka berdua masuk ke dalam dan duduk di kerusi).

MARIDAH: Hai, janganlah didengarkan benar celoteh orang


tua itu, Mak Haji. Dia tu memang macam itu. DAHALAN: Ha, apa khabar Mak Haji? Lama juga kita dah
tak berjumpa.
MARIDAH: Awak tak pernah di rumah, mana nak berjumpa
orang.

DAHALAN: Hei, kawan keluar ni, kawan jumpa orang juga! MARIDAH: Eeh, orang tua kejal! Tengoklah tu Mak
Haji, dia bukan ambil kisah hal rumah ini, dia asyik hal orang saja. Tak tahu anak dia dah besar panjang.
PAK HAJI: Rosdiah adakah di dalam?

MAK HAJI: Ada. Cucu awak tu ada di rumah. Baru sekejap


ni dia balik.

DAHALAN: Baru sekejap ni? (Menengok jam) Hai, budak tu, memang tekun benar bekerja. Macam aku jugalah!

MARIDAH: (Berdiri dan marah) Jangan awak merepek!


DAHALAN: Eh, apa fasal awak ni?

MARIDAH: (Pergi ke tepi dinding) Awak apa tahu dan awak tak mahu tahu? Kita saja semuanya, kita saja. Yang
kena tempelak, yang kena cela, yang kena hamun.

147
:

DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

DAHALAN: Eh, apa pula ni? Aku tak pernah mencela kau.
Aku tak pernah menghamun. Apa fasal?
MARIDAH: Yang awak tahu cuma pergi kerja, balik kerja. Lepas itu pergi bersembang lagi dengan kawan-kawan.
Dapat cuti lagi-lagi hilang, lagi-lagi lesap. Di rumah ni awak ingat macam enjin saja. Tahu siap, tahu ada. Anak
yang seorang itu pun awak ingat tahu sihat, tahu besar, tahu baik saja.
DAHALAN: 'Eh, Mak Haji, apa yang dah jadi?
MARIDAH: (Menjerit-jerit) Itulah dia, awak tak tahu! Tak
tahu! Dalam rumah sendiri pun awak tak mahu tahu! (Dia menangis teresak-esak dan lekas-lekas ber- jalan ke pintu
bilik. Maridah keluar).

MAK HAJI: Aku ingat ini kisah Si Rosdiah.


DAHALAN: Rosdiah? Apa fasal Ros?
MAK HAJI: Kata orang, ini kata orang, dia sekarang ber- kawan baik benar dengan seorang budak Cina, budak Cina
jantan!
PAK HAJI: Sudah, mana pulak awak tahu kisah ini?
MAK HAJI: Kami tahulah. Si Maridah itu juga tahu. Kau tak
tahu Dahalan?

DAHALAN: (Sebagai orang kebingungan) Saya tak tahu!


Saya tak tahu!

PAK HAJI: Itulah yang dirisaukan dik Si Maridah itu.


MAK HAJI: Ya, itulah dia. Orang dah heboh keliling kam-
pung. Bapanya buat tak tahu juga lagi.
DAHALAN: Saya? Saya buat tak tahu? La haulawala... kalau Si Rosdiah diambil dik budak Cina ... aku, aku bunuh dia dulu!

148
DUA TIGA KUCING BERLARI

PAK HAJI: Aku fikir ini bukanlah satu perkara susah benar. Kita terima sahaja peminangan Si Zarim itu besok bila
wakilnya datang.
MAK HAJI: Pinangan Zarim?

PAK HAJI: Ya, Zarim anak Si Dollah, Dollah kawan Timah.

MAK HAJI: Oh, ya,ya!

PAK HAJI: Zarim tu dulu kan sama sekolah dengan Si Ros? Sekarang dia pun dah bekerja, entah pejabat apa dan jadi apa
namanya pun, tak tahu aku nak menyebutkan. Tadi kami berjumpa Si Dollah. Dia pun bercerita. MAK HAJI:
Hendak meminang Rosdiah? PAK HAJI: Er ... begitulah!

MAK HAJI: Wah, orang-orang ni jam bukan main lagi. Sampai nak kenduri-kendara kita tak diberitahu lagi.
Maklumlah, kita ni dah tua, tak berguna. Jadi tunggul sajalah!
DAHALAN: Kami pun sebenarnya baru sekejap ini saja tahu fasal ini, bila kami berjumpa Si Dollah tadi. Belum ada lagi
ya tidaknya. Berbual-bual saja baru. Emak Si Rosdiah pun belum tahu lagi.
PAK HAJI: Kalau begitu kan elok kalau kita panggil sekali mak Rosdiah datang ke mari. Pergilah awak tengok dia ke
dalam sekejap.
(Mak Haji bangun dan pergi arah ke pintu belakang. Dia keluar.

Dahalan mencapai rokoknya, membuka dan mem- beri kepada Pak Haji yang mengambil sebatang. Dahalan
memasangkan api rokok. Mereka berdua menghisap rokok dan bermenung.
Sebentar masuk Mak Haji dan Maridah. Mereka

149
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
DUA TIGA KUCING BERLARI

terus pergi ke tempat duduk).


PAK HAJI: Duduklah, duduklah. Ini kami berbualkan fasal Si Rosdiah tadi. Nampaknya dah ada orang yang nak
datang bertanya.
MARIDAH: Datang bertanya? Siapa?
PAK HAJI: Kau tahu Dollah kan? Dollah, laki Si Timah. Ha,
Dollah tulah.

MARIDAH: Astaghfirullah! Si Dollah tua tu?


DAHALAN: Bukanlah dia yang nak kahwin dengan Si Ros!
Lailahaillallah. Dia kan ada anak bujangnya Si Zarim? MARIDAH: Ya, oh ya. Zarim.
PAK HAJI: Jadi Si Dollah dah menyebut tadi pada kami berdua. Katanya Si Zarim dah menyebut pula pada Si Timah dia
nakkan Rosdiah.

MAK HAJI: Macam tu aja?


PAK HAJI: Tidaklah! Eeh, orang tua dah nyanyuklah. Nan- tilah dulu orang habis bercakap. Itulah dia nak datang
bertanya ke mari.
MAK HAJI: Bila?

PAK HAJI: Inilah nak dipakatkan!


MAK HAJI: Terima sahaja. Nak pakat apa lagi? Rosdiah dah besar, Zarim dah besar. Rosdiah Melayu, Zarim pun
Melayu. Islam, dapat pahala. Kahwinkanlah. DAHALAN: Ada satu soal besar lagi, Mak Haji.
MAK HAJI: Apa lagi?
DAHALAN: Macam mana Ros? Mahukah dia menerima
Zarim sebagai lakinya?
MAK HAJI: Eh! Bodohnya kau ni! Kalau dia dah kahwin dia

150
terimalah. Takkanlah dia nak terima orang lain!

(Rosdiah berpakaian lain, bajunya warna belang. Dia masuk membawa air dan mempersilakan semua minum.
Kemudian dia keluar semula).

MARIDAH: Saya fikir pun kita saja tak dapat memutuskan perkara ini. Eloklah diberitahu dulu Si Ros. Zarim tu memang
baik budaknya. Budi bahasa dan perangainya lemah-lembut. Ros pun tahu benar Zarim tu. Dia sama-sama
sekolah dulu.

PAK HAJI: Betul juga kata kau tu, Maridah. Budak-budak


sekarang memang dah cerdik fasal ni.
MAK HAJI: Fasal dik dah cerdik itulah jangan diberitahu! Mana tahu kalau dah ada asyik mahsyuknya dah. Zaman kita
dulu, ya, kita jumpa asyik mahsyuk dalam buku cerita saja. Hari ini orang berlaga-laga batang hidung di tengah jalan!
DAHALAN: Saya fikir Mak Haji, perkara ini mesti dibawa kepada Ros lebih dahulu. Dia yang nak mendirikan
rumahtangganya. Dia yang nak kahwin. Pada saya biarlah dia yang memilih, kerana dia yang nak me- nerima. Kita
ni cuma menumpang suka saja, dan kalau dapat nak menumpang senang!

PAK HAJI: Kalau dia tak mahu terima Zarim, macam mana?

MARIDAH: Biarlah dia terima siapa saja yang dia suka. MAK HAJI: Biarpun yang nak diterimanya itu seorang Cina?
Seorang jantan Cina?
DAHALAN: Apa? Cina? Tidak, tidak! Apa cakap Mak Haji ni? Rosdiah takkan kahwin dengan orang Cina selagi aku hidup.
Rosdiah takkan kahwin dengan orang Cina, walaupun aku dah mati. Kerana aku akan sumpahkan

151
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

dia! Tidak, Rosdiah tidak akan kahwin dengan orang Cina. Tidak Ros aku ....
PAK HAJI: (Menengok jam) Hai, hari dah petang juga nampaknya. Kami nak balik ni. Macam mana
dengan kata yang disampaikan dik Dollah tu. Nak dipan- jangkankah atau nak diputuskan saja?
DAHALAN: Eh, nantilah dulu, Pak Haji! Kami bukan tak mahu nak menerima Si Zarim tu. Kami hendak benar. Tapi biarlah
kami pakatkan dulu dengan Si Ros. Untung- untung dia suka sekali. Untung-untung dia tak meng- hampakan
hati kami.
PAK HAJI: Kalau begitu, baliklah kami dulu. Apa-apa esok,
pesanlah kami lekas
MAK HAJI: Ya, kami balik, Maridah, Dahalan.
(Pak Haji dan Mak Haji berjalan arah ke pintu hadapan diiringi oleh Dahalan dan Maridah. Ma- ridah segera
membukakan pintu. Bila pintu terbuka nampak seorang gadis berdiri di luar pintu itu. Gadis itu ialah Suriah, salah
seorang sahabat Ros- diah).
MARIDAH: Eh, kau Suriah, terkejut aku. Apa diam saja? Dah.
lama sampai?
SURIAH: (Serba salah) Er, tidak ... er baru saja saya sampai,`
mak cik.

MARIDAH: Masuklah, Rosdiah ada di dalam.

(Suriah masuk).
DAHALAN: Masuklah, Suriah, pergi ke dalam tu. Aku tak
dapat nak melayan kau. Aku nak keluar.

(Suriah terus ke dalam ikut pintu bilik).

152
DUA TIGA KUCING BERLARI

MARIDAH: Ha, dah nak ke mana pula orang tua ni? Baru
sekejap ni dia pulang dah nak keluar pula.
DAHALAN: Kalau orang keluar tu, tentulah ada sebabnya.
Awak pun satu.

MARIDAH: Ya, memang. Kalau dah keluar aja, kerja, pagi


petang, siang malam.
DAHALAN: Eh, jangan melampau. Bila pula pernah aku
keluar malam?

MARIDAH: Sudahlah! Pergilah! Kita pun nak keluar juga ni. DAHALAN: Eh, janganlah begitu. Itu ada
orang datang tu,
pergi tengok ke dalam, pergi.
(Dahalan tersenyum-senyum dan keluar ikut pintu hadapan. Maridah memandang sahaja dengan
menggeleng-geleng dan bila Dahalan sudah tak nampak dia tersenyum.

Rosdiah dan Suriah keluar dari belakang).

ROSDIAH: Ke mana bapa tadi, mak?


MARIDAH: Hai, bapa kau tu, bukan kau tak tahu. Kalau sekali dia nak keluar, keluar aja kerjanya. Tapi kalau dia
nak di rumah, di rumah ni ajalah memerapnya tak menjenguk-jenguk macam ....
SURIAH: Macam apa mak cik?
MARIDAH: Macam... entahlah. Aku nak katakan memerap di rumah... macam anak dara. Tapi anak dara sekarang
dah tak ada di rumah lagi!

(Suriah dan Rosdiah berpandang-pandangan, ter- senyum).


MARIDAH: Duduklah Suriah ya? Mak cik nak ke dalam

153
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

sekejap. (Maridah keluar ikut pintu belakang).


(Suriah memandang-mandang di jendela dan ke- mudian berpaling kepada Rosdiah melihatnya de- ngan penuh
minat).
SURIAH: Ros, kau tahu apa yang dibualkan oleh orang-orang
tua itu tadi?

ROSDIAH: Kau tahu, Suri?


SURIAH: Aku tahu! Aku terdengar waktu aku berdiri dekat
tangga luar itu. Kau tahu, Ros?
ROSDIAH: (Sedih) Ya, aku tahu! Aku mendengar dari dalam
bilik.

SURIAH: (Datang rapat kepada Rosdiah) Bagaimana Ros,


apa kata kau?
ара
hendak
ROSDIAH: Entahlah, Suri, entahlah. Aku tak tahu
aku buat.... SURIAH: Tetapi bagaimana dengan Kuan? Apa kau hendak
tinggalkan ... tinggalkan dia begitu saja? ROSDIAH: Tidak, Suri, tidak. Aku tahu hati dia dan dia tahu
hati aku.

SURIAH: Tapi kau tak tahu hati Zarim!


ROSDIAH: Aku tahu Zarim adalah seorang pemuda yang
sopan-santun dan baik budi pekertinya.
tidak sayang
SURIAH: (Ragu dan takut) Kau tidak kasih
pada Zarim, bukan? ROSDIAH: (Diam seketika) Tidak, tidak, Suri. Hati aku cuma kepada yang satu. Kuan! Aku... aku
sebenarnya sayang pada Kuan, Suri.
SURIAH: (Menarik nafas panjang) Aah, aku ingat itu tak jadi

154
DUA TIGA KUCING BERLARI

soal lagi. Aku ... aku suka kau begitu kuat dengan pendirianmu. Tapi, kau tahukah apa yang akan jadi?
ROSDIAH: (Menutup mukanya sebentar dan menarik nafas)
Aku tahu, Suri.

SURIAH: Dan kau sanggup... sanggup menjalankannya? ROSDIAH: Sudahlah Suri. Janganlah kaucungkil juga
lagi
hati aku. Aku boleh berkata apa saja, tapi apalah yang ada pada kata. Bukti hati yang benar ialah apabila ia diuji
oleh peristiwa. Dan aku sebenarnya takut, Suri, takut!
SURIAH: Ah, sudahlah Ros. Kata orang tua-tua "Masa yang sudah jangan dikenang." Aku berkata, "Masa
yang datang jangan difikirkan." Apa gaduh, bila masa dia datang kita tahan! Kalau tak tahan ROSDIAH: Kalau tak
tahan apa?

SURIAH: Tumbanglah!

ROSDIAH: Ah, senang benar kau ini, Suri. SURIAH: Betullah, Ros. Cinta, Love "Love is a many splendoured
thing". Cinta ialah keindahan yang ber- aneka rupa. Sebab itu, dalam kejatuhan pun kita akan mengecap
keindahan cinta.
ROSDIAH: Sudahlah, Suri, kau memang bijak. Kau tahu,
Suri, Swee Lan nak datang ke rumah aku petang ini? SURIAH: Swee Lan datang ke mari?
ROSDIAH: Ya, dia ada juga datang ke rumah aku ini.
Kenapa?
SURIAH: Bagaimana er, emak dan bapa kau? ROSDIAH: Ah, emak tak ada apa-apa. Bapa ... (ragu-ragu)
bapa pun sekarang tak apa juga.

155
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

SURIAH: Yang aku tahu bapa kau


ROSDIAH: Aah, tak adalah!

(Bunyi pintu diketuk beberapa kali).


SUARA: Ros! Ros!

SURIAH: Ah, itu dia Swee Lan!


ROSDIAH: (Pergi ke pintu diikuti oleh Suriah) Masuklah,
masuklah Swee Lan (Membuka pintu).
(Di luar nampak seorang wanita Cina yang manis, Swee Lan).
SWEE LAN: (Tersenyum) Eh, kau pun ada sini Suriah?
(Masuk).
SURIAH: Suriah, di mana dia tak ada? Di bulan ... di bintang

ROSDIAH: Di panggung wayang..

(Semua ketawa).
SWEE LAN: Eh, Kuan tak ada di sinikah?
ROSDIAH: Kuan? Di mana kaujumpa dia? SURIAH: Kuan nak datang ke mari?
SWEE LAN: Ya, tadi bila kau balik dari rumah aku, aku keluar ke kedai sekejap. Aku jumpa Kuan dengan Zarim, SURIAH:
Dengan Zarim?
SWEE LAN: Ya, kata Kuan dia hendak datang ke mari
dengan Zarim.
ROSDIAH: Nak datang ke rumah ini.... (Resah tetapi dapat
dihilangkannya). Baguslah, baguslah.
SWEE LAN: (Pergi ke jendela melihat sesuatu dan kemudian
156
DUA TIGA KUCING BERLARI

memandang kepada Rosdiah) Sebenarnya aku datang ini hendak mengatakan sesuatu pada kau, Rosdiah.
ROSDIAH: Apa Swee Lan?
SWEE LAN; Fasal Kuan,

SURIAH: Kuan? Kenapa Kuan?


SWEE LAN: Saya rasa tak ada gunanya kita berpura-pura lagi. Kita semua sudah berkawan sejak kita kecil.
Sekarang kita sama-sama sudah besar.
ROSDIAH: Aku tahu, Swee Lan. Kau mahu bercakap fasal
aku dengan Kuan.
SWEE LAN: Ya, Rosdiah! Fasal kau dengan Kuan. Kau tahu keluarga aku ada kena-mengena dengan keluarga
Kuan, Jadi aku tahulah apa yang berlaku dalam keluarga Kuan itu.
ROSDIAH: Mengenai diri aku?
SWEE LAN: Ya, mengenai diri kau, Rosdiah. Mereka sudah tahu persahabatan kau dengan Kuan sekarang sudah
lebih daripada apa yang dikatakan bersahabat. Jadi jadi ....

---

ROSDIAH: Jadi mereka tidak suka dengan aku. SWEE LAN: Bukan tidak suka mereka ada beberapa perkara
yang menyebabkan mereka tak dapat menerima kau.
SURIAH: Ini soal suka sama suka antara Rosdiah dengan
Kuan, bukan? Bukan antara Ros dengan keluarga Kuan! ROSDIAH: Aku tahu, Kuan itu daripada keluarga kaya. Saya
orang miskin,
SURIAH: Kau orang Melayu, Rosdiah, dan dia orang Cina. SWEE LAN: Itu ada juga betulnya. Memang susah juga
bagi

157
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
DUA TIGA KUCING BERLARI

satu keluarga Cina untuk menerima ahlinya orang yang bukan daripada suku-sakat mereka! Apalagilah kalau
bangsa dan agamanya lain.

ROSDIAH: Aku mengerti, Swee Lan. Bukan keluarga Kuan sahaja. Keluarga aku pun begitu juga. Aku rasa bapa
aku mahu lagi berkalang batang daripada melepaskan aku kepada Kuan.
SURIAH: Ah, pada aku semua kesulitan ini ialah kesulitan yang dibuat-buat. Manusia itu tetap manusia juga
walau apa bangsa pun, walau apa agama. Kalau manusia sudah suka kepada manusia, kenapa ada pula
manusia lain yang mahu menggalang?
SWEE LAN: Manusia sendiri yang membuat batasan-batasan- nya, batasan bangsa dan agama. Sebab itu
manusia. sendiri mesti tunduk kepadanya!
ROSDIAH: Bagaimana kalau batasan-batasan itu tak ada
lagi?

SWEE LAN: Apa maksud kau, Rosdiah?

ROSDIAH: Bagaimana kalau aku menukar agama aku dan


mengikut Kuan, apa kata saudara-maranya? SURIAH: (Terkejut) Rosdiah! Ros?

(Bunyi pintu diketuk dari luar beberapa kali).


SUARA: Rosdiah! Ros!

(Mereka bertiga bagai terkejut dan memandang arah ke pintu. Suriah lekas-lekas lari ke pintu dan membukanya.
Kelihatan berdiri di luar Zarim, se- orang pemuda yang kacak dan Kuan Tien Chee, seorang pemuda Cina yang
tak kurang juga ka- caknya).
SURIAH: Oh, kau Zarim dan Kuan. Masuklah, sila masuk!
(Mereka berdua masuk setelah menanggalkan ka- sut).

ZARIM: Kau ada Suriah, dan Swee Lan. Bila kau semua
sampai? Apa khabar Ros?
ROSDIAH; Baik, baik. Duduklah, dudukiah Zarim. Duduk,
Kuan.

KUAN: Apa khabar, Ros, kau terkejut? (Memandang keli-


ling).
Ah, apa khabar Suriah. Oh, Swee Lan, sudah lama sampai?

SURIAH: Lama juga. Sudah hampir kami mahu berkelahi! KUAN: Berkelahi? Berkelahi fasal apa?
ZARIM: Ah, kaudengarlah temberang Suriah tu, Kuan! Nanti
kita semua dijualnya.
(Mereka ketawa).

ROSDIAH: Nanti aku masuk ke dalam sekejap. (Bangun).

KUAN: Nak buat airkah?

SURIAH: Tentulah! Yang datang bukankah tamu istimewa?


(Ketawa lagi).

ROSDIAH: Bisinglah kau, Suriah. Eh, Swee Lan, duduklah.


Nanti aku masuk sekejap, ya. (Pergi ke pintu belakang).

ZARIM: (Berdiri) Nanti dulu, Ros. Mak kau ada di dalam? ROSDIAH: Ada. Emak ada di dapur agaknya.
ZARIM: Bapa kau?
ROSDIAH: Bapa tak ada! Dia dah keluar.

158
159
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ZARIM: (Nafas panjang) Ooooh! (Duduk).


(Rosdiah keluar ikut pintu belakang. Swee Lan da-
tang dan duduk di kerusi).

KUAN: Jarang benar kita dapat berjumpa bersama sekali semua, macam ini bukan? Swee Lan, Suriah, Zarim ...
(memandang ke dalam) Rosdiah!
SURIAH: Dan kau! (Mereka ketawa) Tengoklah di rumah
siapa pula mesyuarat agung kita ini.
KUAN: Inilah kali pertama aku ke mari!
SWEE LAN: Aku sudah dua tiga kali. KUAN: Untunglah kau, Swee Lan.
SURIAH: Kalau Swee Lan boleh datang kenapa kau tak
boleh, Kuan?
KUAN: Ya tak ya juga, ha Zarim? Apa lebihnya Swee Lan
daripada aku.
SWEE LAN: Aku perempuanlah.
KUAN: Oh, maaf, Swee Lan, aku lupa.

(Rosdiah masuk membawa dulang berisi beberapa gelas air limau. Dia diikuti oleh ibunya Maridah. Semua berdiri).

ZARIM: Apa khabar, mak cik?

MARIDAH: Khabar baik, Zarim. Er, duduklah Suriah... Swee


Lan. Eh, ini orang muda ni siapa?
(Semua duduk melainkan Kuan).

KUAN: Nama saya Kuan cik, Kuan Tien Chee. MARIDAH: Kuan... Kuan apa?
DUA TIGA KUCING BERLARI

KUAN: Kuan Tien Chee, cik!

MARIDAH: Kuan ... Kuan Chee Chee, entahlah, susah benar pula.
Duduklah dulu, ya Kuan... Chee. Duduklah dulu awak
semua ya, mak cik nak pergi keluar sekejap. (Semua orang duduk. Sementara Rosdiah telah menghidangkan
air).
ROSDIAH: Silalah minum. Air sejuk saja.
MARIDAH: Minumlah. Tak ada apa-apa di rumah mak cik ni. (Membuat amaran) Er, Rosdiah, dalam satu
jam lagi bapa kau baliklah... ya?
ROSDIAH: (Faham) Ya! Baiklah, emak.
ZARIM: Pak cik pergi mana, mak cik?
MARIDAH: Entahlah, ke mana kata dia tadi. (Berjalan ke
pintu).
(Swee Lan bangun dan menghantarnya ke pintu).
ROSDIAH: Mak ke mana?

MARIDAH: Ah, aku keluar aja kejap.


SURIAH: (Berbisik kuat ke hadapan) Mak cik pergi cari pak
cik?

MARIDAH: (Yang sudah separuh keluar masuk semula me- mandang arah Suriah) Tidak, mak cik tak payah cari pak
cik. Yang mak cik gaduhkan kalau pak cik kau cari mak cik lain!

(Maridah keluar. Semua ketawa memandang Su- riah. Suriah yang nakal itu masih menutup mulutnya dengan
matanya bulat besar. Kemudian dia ketawa pula).

160
161
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

KUAN: Beruntung betul orang mendapat ibu sebagai emak


Rosdiah.

SWEE LAN: Nampaknya (pada Kuan) semua orang berun-


tung hari ini.
KUAN: Betul! Lebih-lebih beruntung lagi orang yang men-
dapat... Rosdiah.

main kejar-kejar macam dulu. Kau Kuan mahu mengkaji


ROSDIAH: Eh, ini sudah melarat. Kita bukan budak-budak kecil
untung sahaja. Cubalah kaji yang rugi pula. ZARIM: Memang ada yang rugi ... rugi ...
SWEE LAN: Orang memang tidak nampak pada rugi yang
banyak. Orang semua nampak pada untung yang sedikit.

SURIAH: Hai, kenapa kau orang semua ni? Takkanlah kau


semua ni datang ke mari nak mengira untung rugi!

KUAN: Oh ya! Zarim dan aku sebenarnya datang hendak menjemput Rosdiah turut sama dalam pertunjukan Ma- Jam
Anekawarna Persatuan Muda-mudi kita.

SWEE LAN: Rosdiah saja?

KUAN: Tidak! Kau, Rosdiah dan Suriah mana dapat di- ceraikan. Mana pula kami tahu yang kau dan Suriah ada di sini?

SWEE LAN: Aku beritahu kau tadi, aku hendak datang ke


mari petang ini,
KUAN: Oh... ya!
ZARIM: Jadi kerana kau semua sudah ada di sini, lebih
senanglah lagi kita berpakat.

SURIAH: Ya, bagus, bagus. Dan kau jadi apa, Zarim, pe-
ngarah pertunjukan ataupun pengiring pelakon saja?

162
DUA TIGA KUCING BERLARI

KUAN: Katalah pengiring seniwati ... Suriah. SURIAH: Ha, itulah! (Semua ketawa).

ZARIM: Sebenarnya, aku ketua seksi lagu. SURIAH: Kau hendak menyanyi, Zarim? ZARIM: Tidak! Aku cuma
menyiapkan rancangan bahagian
lagu-lagu dan mencari penyanyi-penyanyinya. SURIAH: Oh, begitu. Syukurlah.
ZARIM: Syukur apa?
SURIAH: Tidak. Syukur itu ertinya baik. Jadi kau sudah sedia
lagu-lagunya?
ZARIM: Belum lagi. Itulah aku mahu Rosdiah menyanyi satu
lagu solo. Kemudian kau. Kemudian Swee Lan. SURIAH: Oh, begitu. Baik aku menyanyi sekarang juga. (Suriah
memulakan sebuah lagu yang tinggi me- raung...).

ZARIM: Tolong, tolong... nanti dulu!


(Suriah berhenti dan duduk tersenyum).

KUAN: Ada satu cara baru dalam mempersembahkan lagu. ROSDIAH: Betul, Kuan? Bagaimana caranya?
KUAN: Bukan cara baru. Lagu lama dan cara lama, cuma
diberi twist sedikit.

SWEE LAN: Diberi twist?

KUAN: Bukan tari twist. Cuma lagu itu diganjilkan sikit


persembahannya.
SURIAH: Lagu macam mana maksud kau, Kuan? KUAN: Ini lagu untuk dinyanyikam ramai-ramai. Bila tentang

163
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

korusnya, semua orang menyanyi. Tapi bila sampai pada refrain, seorang saja yang menyanyi.
SURIAH: Ah, memang begitulah kalau menyanyi lagu ramai.
Di mana twistnya?
KUAN: Ha, begini. Bila tiba pada bahagian seorang saja, semua ahli-ahli yang beraksi mengikut apa yang
di- nyanyikannya.
SWEE LAN: Aku tak faham.
KUAN: Baiklah aku tunjukkan. Mari tolong aku tolak kerusi- kerusi ini semua. (Mereka semua meletakkan kerusi
meja itu ke tepi). Kau semua berdiri di sini menghadap ke depan. (Semua berdiri di tempat yang
diarahkannya). Perempuan di hadapan, kau di belakang Zarim. Bagus. Sekarang kita menyanyi
sebuah lagu ramai. Lagu apa?
SWEE LAN: "Burung Kakak Tua”,
KUAN: "Burung Kakak Tua" bukan lagu ramai!
ROSDIAH: "Oleh-oleh Bandung"lah.
KUAN: Ya, "Oleh-oleh Bandung." Boleh? Jadi, mula-mula
kita semua menyanyi ramai-ramai kemudian er
Suriah

menyanyi seorang buat pantunnya, ya?


SURIAH: Aku berpantun?
KUAN: Ya! Dan bila Suriah berpantun kita semua
lakonkan isi pantunnya.
me-

SWEE LAN: Oh, begitu. Apa pantunnya, Suriah? ZARIM: Ya, apa pantunnya Suriah?
SURIAH: Er.... Budak-budak menggali cacing, mari letak di dalam tempurung; tidak tahu mata dacing, pada
timbang- baik diborong.
KUAN: Itu pantunnya! Jadi aksi kita: gali cacing; letak dalam

164
DUA TIGA KUCING BERLARI

----

Kita mu-
tempurung; mata dacing; semua borong. lakan. (Menyanyi) Oleh-oleh Bandung ... satu... dua, tiga!
SEMUA: Oleh-oleh Bandung, baju pendek, gunting la di- serong Oleh-oleh-oleh, oleh-oleh Bandung, Baju
pendek gunting la diserong.
SURIAH: (Menyanyi refrain seorang sambil melakonkan se- kali. Semua orang juga turut melakonkan) Budak-budak
menggalilah cacing, marilah letak di dalam tempurung; Tidaklah tahu di matalah dacing, pada ditimbang, baik- lah
diborong ....
SEMUA: Oleh-oleh Bandung, baju pendek gunting la di-
serong...

(Semua ketawa dan berhenti menyanyi).


KUAN: Begitulah. Kita cuba lagi sekali. Saya pula membuat
pantunnya.
SWEE LAN: Apa pula pantunnya, Kuan?
KUAN: Pantun biasa yang semua orang tahu. Jadi mudah
melakonkannya.

SURIAH: Apa pantunnya, Kuan?


KUAN: "Dua tiga kucing berlari.” ROSDIAH: "Dua tiga kucing berlari?"
KUAN: Ya, Ros. "Dua tiga kucing berlari ...." Ah, sekarang marilah kita menyanyi. (Menyanyi dulu seorang) Oleh-
oleh Bandung ... satu... dua, tiga!
SEMUA: Oleh-oleh Bandung, baju pendek gunting la di- serong; Oleh-oleh-oleh, oleh-oleh Bandung,
baju pendek gunting la diserong!
KUAN: (Menyanyi seorang) Dualah tiga kucing berlari!

165
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

(Mengisyaratkan ketiga-tiga perempuan itu berlari


(sambil bersuara 'lari,lari').

(Ketiga-tiga wanita berlari-lari).

Mana nak sama si kucing belang!

(Ketiga-tiga wanita berhenti, Swee Lan dan Suriah memandang kepada Rosdiah yang memakai baju belang
bersuara, ‘belang, belang').
Dualah tiga bolehlah kucari,

(Ketiga-tiga wanita mencari-cari. Tiba-tiba pada baris yang penghabisan ini Zarim bernyanyi ber- sama-sama).

KUAN dan ZARIM: Mana nak sama puan seorang!

(Ketiga-tiga wanita menunjuk pada diri masing- masing).

SEMUA: (Sambil berkumpul semula) Oleh-oleh Bandung,


baju pendek gunting la diserong.
(Mereka semua ketawa semula dan kemudian duduksahaja di lantai. Suriah pergi duduk dekat Zarim yang dekat pula
dengan Swee Lan. Kuan pergi du- duk dekat Rosdiah. Mereka masih ketawa.

Diam-diam ibunya keluar dari pintu belakang dan terkejut).


MARIDAH: Ros! Ros! Apa kaubuat ni? Itu bapa kau hampir
sampai, tu. Lekas!
ZARIM: (Berdiri dengan segera) Eh, Kuan, mari lekas kita-
balik!

KUAN: (Masih duduk) Hai, apa salahnya aku di sini? Aku

166
DUA TIGA KUCING BERLARI

pun hendak juga berjumpa dengan bapa Rosdiah.


MARIDAH: Ros! Lekaslah Ros, lekas!

ROSDIAH: Tolonglah Kuan, Zarim!


ZARIM: Mari kita pergi lekas, Kuan. Er, selamat tinggal, mak
cik.

KUAN: (Berdiri dan masih tidak mengerti) Kenapa, kenapa? SWEE LAN: Marilah kita balik, Kuan. Marilah
Suriah! SURIAH: Kami pergi dulu, mak cik ... er, Rosdiah. SWEE LAN: Bagaimana dengan kerusi meja ini?
ROSDIAH: Tak apalah, Swee Lan. Biarlah saya kemaskan. ZARIM: Selamat tinggal, Ros!
ROSDIAH: Ya, selamat jalan, Zarim KUAN: Ros ....
terima kasih.

ROSDIAH: Maafkan saya, Kuan. Nanti kita .... (Memandang


pada ibunya) Selamat jalan, Kuan. KUAN: Selamat tinggal, Ros .... SWEE LAN: Selamat tinggal, Ros!
(Kuan, Swee Lan, Zarim dan Suriah keluar. Pintu tertutup. Tiba-tiba ibunya terduduk di kerusi dan menangkup pada meja
sambil menangis).

ROSDIAH: (Terkejut) Emak! Mak! (Pergi pada ibunya).

(Emaknya segera bangun dan pergi arah ke dapur. Rosdiah menjadi serba salah. Dia melihat keliling pada kerusi
meja yang bersepah. Dia kemudian nampak pada sehelai sapu tangan di tempat dia duduk tadi. Dia pergi
mengambil sapu tangan itu).

167
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
ROSDIAH: Sapu tangan kau, Kuan (Mendakapkan pada
mukanya).

(Pintu hadapan terbuka. Ayahnya masuk dengan penuh marah melihat perkakas rumah yang telah bersepah-sepah.
Dia memandang kepada Rosdiah dengan panas geramnya).
DAHALAN: (Memanggil dengan menahan marahnya) Ros-
diah!

(Rosdiah menutup matanya dengan sebelah ta- ngannya, mengucap perlahan-lahan dan menyapu
rambutnya ke belakang. Dia hendak datang rapat berlutut kepada bapanya).
DAHALAN: Sudah. Kau diam situ. Jangan dekat dengan aku! (Dia pergi pada sebuah kerusi dan duduk) Itu budak Zarim
dan anak-anak Cina tadi datang dari rumah ini ya?
ROSDIAH: Ya... bapa!
DAHALAN: (Masih menahan marahnya) Dan ini, rumah
bersepah-sepah ini, kerja budak Cina tadi bukan?

(Rosdiah diam sahaja).

DAHALAN: (Bertempik) Jawab soalan aku, jawab!


ROSDIAH: Ros yang... yang
DAHALAN: Jawab soalan aku. Ya atau tidak?

ROSDIAH: Ya... ya... bapa!


DAHALAN: Memang tak tahu beradat! (Dengan sedihnya) Ros, kenapa ini yang kauberi pada aku, pada aku
dan emak kau? Kurangkah sayang kami pada kau? Tidak cukupkah apa yang aku berikan selama ini pada
kau? Aku miskin, Ros, tapi aku bekerja, bekerja kuat. Dan

168
DUA TIGA KUCING BERLARI

segala hasil titik peluh aku, semuanya adalah untuk rumah ini, untuk kau dan emak kau! Dan cuma inilah yang
terdaya oleh aku!
ROSDIAH: Bapa!
DAHALAN: Tapi kau berkawan juga dengan Cina keparat itu! Kaubawa dia masuk ke dalam rumah aku ini.
Sekarang rumah ini sudah najis!
ROSDIAH: Bapa! Tapi dia semua itu kawan-kawan saya. DAHALAN: Cih! Kawan-kawan, kata kau? Astaghfirullah-
al-
azim. Baru berapa tahun saja kau sudah lupa, lupa hingga Jawan menjadi kawan. Kau dah lupa kepada
Bang Yazid kau?
ROSDIAH: Bang Yazid ....
DAHALAN: Ya, Bang Yazid kau kena tikam, kena seksa sampai mati. Kemudian dia dicampakkan, tak tahu
kuburnya. Yazid anak jantan aku, abang kau, kena bunuh dik komunis, tahu?
ROSDIAH: Sekarang... tak ada komunis lagi bapa. DAHALAN: Apa? Bodoh! Komunis itu Cina, tahu? Dañ pada
aku semua Cina itu komunis!

ROSDIAH: Bapa! Bapa terlalu ....


DAHALAN: Diam! Jangan banyak cakap lagi. Selama ini aku sudah terlalu sabar dengan kau, terlalu sabar. Sekarang
dengar cakap aku ni, dengar! Kalau aku jumpa engkau berkawan lagi dengan budak-budak Cina tu, di mana saja, apalagi
kalau di dalam rumah aku ini ... kau aku bunuh, tahu? Kau, aku bunuh!

(Tirai).

169
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

BABAK KEDUA

DALAM sebuah kebun bunga. Di sana sini kelihatan rumpun- rumpun pokok bunga. Pemandangan cantik. Waktu
petang.
Di bahagian hadapan kiri ada sebuah bangku panjang yang ada tempat sandarnya. Di atas bangku itu ada
seorang pemuda Cina, Kuan Tien Chee sedang duduk termenung. Dia sedikit pun tidak mengendahkan alam keliling.
Tiba-tiba dari sebelah kiri masuk seorang gadis manis, Swee lan. Dia memerhatikan Kuan beberapa lama, turut
sedih, serba salah sama ada mahu merapati Kuan ataupun meninggalkannya sahaja.
Dia kemudian pergi perlahan-lahan ke tempat Kuan·· duduk dan pergi ke belakang kerusi panjang itu.

SWEE LAN: (Memanggil dengan penuh mesra) Kuan! Kuan!


(Kuan masih diam, tidak bergerak).
.

SWEE LAN: (Pergi ke hadapan kerusi dan berdiri di se-


belahnya) Kuan! Kuan!

KUAN: (Sedar dan terkejut) Apa Oh, kau Swee Lan. Duduklah

SWEE LAN: Terima kasih, Kuan.

(Kuan kembali diam).


уа (Sambil berdiri)
----

er, duduklah Swee Lan!

Apa gunanya kau bermenung lagi, Kuan. Lebih sebulan sudah kau tidak keluar ke mana. Kau tidak membuat apa-
apa. Kau hanya duduk bermenung di sini hari berganti hari.
DUA TIGA KUCING BERLAR!

KUAN: Ah, Swee Lan, hanya di kerusi ini... hanya di angin


sini, aku dapat melepaskan segala rasa hatiku.
SWEE LAN: Ah, sayang, Kuan. Kau yang selalu begitu ria, begitu suka, sekarang telah menjadi begitu hiba, begitu
duka.

KUAN: Kalaulah aku seorang yang duka dan luka, akan dapat
aku tahan Swee Lan. Tetapi ini Ros, Rosdiah .... SWEE LAN: Kau sudah lama tidak bertemu dengan Ros,
bukan? Suratnya pun tidak aku terima lagi!

KUAN: (Diam sebentar) Janganlah kauhiris-hiris hatiku Swee


Lan.
SWEE LAN: Tidak, tidak Kuan! Aku tidak bermaksud begitu. (Sedih) Aku sudah berjumpa dengan Ros .... KUAN: Apa?
Kau berjumpa dengan Ros? (Berdiri dan berjalan ke rumpun bunga di sebelah tepi) Tapi kan kau juga ditegah,
dilarang daripada berjumpa dengan dia oleh emak bapa Ros, oleh emak bapa aku dan oleh emak bapa kau sendiri?
---

SWEE LAN: Ya, Kuan! Tapi aku dapat juga berjumpa dengannya di sekolahnya. Dan aku ada membawa pesan
dia kepada kau.

KUAN: (Berjalan pada Swee Lan) Betul Swee Lan? Apa


katanya, apa kata Ros?
SWEE LAN: Dia mahu berjumpa dengan kau, di mana saja ...
bila saja ....

KUAN: (Suka) Yakah Swee Lan, yakah? (Sedih kembali) Tidak, aku tidak boleh berjumpa dia. Terlalu
merbahaya. Merbahaya pada diri Ros.

170
171
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

SWEE LAN: Kuan, lebih merbahaya lagi pada diri kau. Masa
depan kau, Kuan. Dan keluarga kau.
KUAN: Aku tidak kira ... aku tidak kira! Ah, Swee Lan, sayang kau tak mengerti. Kau tak tahu bagaimana
dalamnya kasih sayang yang suci, kasih sayang yang sanggup melakukan segala pengorbanan. Sayang,
Swee Lan, kau belum merasa lagi dalamnya kasih sayang SWEE LAN: (Penuh terharu dan
menundukkan mukanya) Aku...aku...tahu, Kuan. Aku tahu bagaimana dalam- nya dan pedihnya, kasih
sayang itu...Kuan (Menahan tangisnya seberapa daya).
KUAN: (Bercakap seorang diri) Cuma ada satu jalan lagi. Ada satu jalan lagi. Aku sendiri akan pergi ke
rumah Rosdiah dan berjumpa ibu bapanya. Aku bercakap terus terang. Aku cakapkan segalanya.
SWEE LAN: Tidak, tidak, Kuan! Nanti terjadi apa-apa pada
dirimu!

KUAN: Aku terima semuanya.


SWEE LAN: Apa terjadi nanti antara kau dan ibu bapamu,
:

dan kau dan ibu bapaku?


KUAN: Aku kata ... aku terima semuanya!

SWEE LAN: Oh! Kuan... bagaimana dengan ... Zarim? KUAN: Zarim? Ya, Zarim, sahabatku.... (Ketawa kecil) kata
orang 'Dalam peperangan dan percintaan, keadilan tidak ada lagi!' (Senyum)... ya, Zarim! (Tegas) Aku mesti
pergi berjumpa emak bapa Rosdiah.
SWEE LAN: Mestikah engkau pergi juga, Kuan?
KUAN: Ya.

SWEE LAN: Bila?

172
DUA TIGA KUCING BERLARI
KUAN: Swee Lan, aku tak perlu mengatakan semua ini pada kau. Sekarang, kalau kau kasihan pada aku,
tinggalkan- lah aku seorang diri di sini.
SWEE LAN: (Berdiri) Kuan! Aku pergi, Kuan, tapi benarkan-
lah aku berkata dulu. Kuan, aku... aku

KUAN: Sudahlah, Swee Lan. Pergilah!


(Dengan sedih Swee Lan keluar. Sementara dari belakang masuk Zarim).
KUAN: (Melihat Zarim) Ah, Kau Zarim
Melayu, panjang umur kau. ZARIM: (Datang ke hadapan) kenapa, Kuan? KUAN: Kami baru saja menyebut-nyebut
engkau. ZARIM: Kami? Kau dengan siapa?
Kata orang

KUAN: Aku dengan ... ah, siapa pun apa salahnya. Ah, kau hendak ke mana? Hendak berjalan? Pergilah. Di sini tak
ada apa-apa. Cuma sunyi senyap, sunyi senyap untuk orang macam aku. Tapi kalau tempat ini pun kau hendak ambil
daripada aku, ambillah. Biar aku pergi.

ZARIM: Kuan, aku sudah lama mahu berjumpa dengan kau.

KUAN: Sudah lama, memang. Lebih satu bulan. Tetapi kau


tak berjumpa.

ZARIM: Aku mahu menyatakan sesuatu


KUAN: Katakanlah! Katakanlah pada semua manusia. So- rakkanlah pada seluruh dunia. Aku tidak peduli lagi. ZARIM:
Kuan, tenangkanlah dulu fikiranmu.

KUAN: Ah, manis kata-kata kau Zarim. Jangan berdalih-dalih lagi. Jangan takut. Cakapkan apa yang kau mahu
cakapkan. Kalau tidak pun aku sudah tahu.

173
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ZARIM: Kau salah faham, Kuan.

KUAN: Salah faham kata kau, Zarim? Setelah apa yang kau- lakukan padaku? Kalaulah orang lain, kalaulah orang
lain yang meminang Rosdiah, aku dapat mengerti dan aku dapat menahan. Tapi, kau Zarim, kau yang aku kira
sahabatku yang paling rapat... kau yang mengambil Rosdiah! Kau menikam sangat dalam, Zarim.
ZARIM: Aku cuma melakukan, apa yang aku fikir jalan yang
sebaik-baiknya.

KUAN: Ya, sudah tentu baik ... baik bagi kau! Alangkah kejinya untuk sampai dan mendapat sesuatu yang baik,
orang sanggup menghancurkan hati, rasa dan hidup orang lain!
ZARIM: Kuan, Rosdiah seorang Melayu dan beragama Islam.

KUAN: Jadi, apa kalau dia Melayu dan Islam? Apa kalau aku
Cina dan beragama Buddha?
ZARIM: Kerana mahu menurut kau, Rosdiah sudah sanggup
meninggalkan ibu bapanya dan ... agamanya.
HI

KUAN: Jadi salahkah? Salahkah Rosdiah kerana dia kasih dan sayang kepada aku, sanggup menukar agamanya menurut
aku? Salahkah beratus-ratus perempuan Cina yang kerana kasih dan sayangnya kepada suaminya, sanggup pula
meninggalkan ibu bapanya dan agamanya dan masuk Islam? Salahkah salahkah semua perem- puan itu?
T

ZARIM: Tapi, Kuan, kau tidak mengerti duduk .... KUAN: Ya, Zarim. Bila untungnya itu tiba pada aku, aku
salah. Tetapi bila untungnya itu tiba pada kau, aku tidak mengerti. Aku tidak fikir agama boleh dipermainkan begitu.

174
DUA TIGA KUCING BERLARI

ZARIM: (Mulai marah) Aku bukan mempermainkan agama,


Kuan. Jangan kau bercakap begitu!
KUAN: Ya! Kau bukan mempermainkan agama, kau cuma
berselindung di balik agama.
ZARIM: (Marah) Kuan!
KUAN: Ya! Kenapa tidak! Untuk merampas sesuatu yang menjadi jiwa dan pelita hatiku, kau bertopengkan
agama. Kau bertopengkan agama. Cakapkan padaku, Zarim, cakapkan apa yang kau mengerti tentang
agama kau itu? Apa yang kau faham tentang Islam?
---

ZARIM: (Diam sebentar, serba salah) Kuan, jangan kau mendorong aku terlalu sangat. Aku hanya manusia biasa
dan kewarasan fikiranku juga ada mempunyai had. Aku minta, janganlah kau menyebut soal-soal agama lagi.
KUAN: (Merenung Zarim) Kau yang menyebutnya dulu, Zarim, dan kalau agama itu sesuatu yang suci apa
pula yang ditakutkan menyebutnya. Zarim, aku juga manusia biasa macam kau. Aku tidak malu mengatakan aku
sendiri tidak mengerti tentang agama aku. Dari kecil aku cuma menurut-nurut apa yang dilakukan oleh orang tuaku
tanpa memahami sebenarnya tenaga dan isinya. Jadi bagi diriku, aku sebenarnya tidak dapat berbangga dengan
agamaku. Kerana bagaimanakah aku mahu bang- gakan sesuatu yang aku tidak faham?
ZARIM: (Rapat kepada Kuan dan menghulurkan tangannya)
Maafkanlah aku, Kuan. Kau jujur.

KUAN: (Menyambut tangan Zarim) Zarim, aku dapat me- nyambut tangan kau. Tetapi hati kecilku tidak boleh
memaafkan apa yang telah kaulakukan pada diriku. ZARIM: Susah aku hendak mengatakan pada kau,
Kuan.

175
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

Tetapi percayalah, apa yang aku cuba lakukan adalah juga untuk kau....
KUAN: Sudahlah. Janganlah diulang-ulang lagi. Nanti kau- cakapkan pula untuk menolong keluargaku
kau mahu meminang Rosdiah.
ZARIM: (Diam) Sebenarnya Kuan, aku belum lagi meminang Rosdiah. Orang sebelah aku cuma pergi
menghantar cincin tanya. Tanya itu masih boleh dipinda. Asalkan tunangan boleh diputuskan! Tetapi satu
hari, engkau akan tahu juga sebabnya.
KUAN: Tidak payahlah, Zarim. Aku tak mahu tahu (Kuan
ketawa dan dituruti oleh Zarim).
(Dari sebelah kanan masuk Swee Lan dan Suriah).

SURIAH: Ah, itu


pun
mereka!

ZARIM: Hai, Swee Lan dan Suriah!


SURIAH: Ya, ini Swee Lan ni terburu-buru datang. Katanya dia nampak Zarim pergi arah ke mari tentu mencari
Kuan. Dia suruh aku lekas-lekas datang ke sini. Katanya, entahkan kau orang berdua tu dah berlawan dan ber- tikam-
tikam sudah!

SWEE LAN: Suriah!

SURIAH: Kan kaukata macam tu tadi? Ini aku nampak orang-orang berdua ini bukan main lagi
berpegang- pegang tangan. Tak ada pula bertikam.
KUAN: Ab, kalau seorang dah bertikam, apa gunanya ditikam ·
yang seorang lagi. Dualah rosak!
SURIAH: Ya tak ya, juga. Tapi sekarang ini tak ada nampak aku seorang pun yang kena tikam. Jadi seorang
pun tak adalah yang rosak.

176
DUA TIGA KUCING BERLARI

SWEE LAN: Suriah, luka di dalam lebih sakit lagi daripada


luka di luar.

SURIAH: Ah, sudahlah Swee Lan. Siapa yang tidak luka dalam dunia ini. Lupakan kisah-kisah suram itu. Mari kita
masuk pada soal masa kini. (Menjadi romantik sekali) Aah, kita kan dalam taman bunga sekarang ini. ZARIM:
Apa maksud kau, Suriah?
SURIAH: Ah, pemuda, sudah gaharu cendana pula! SWEE LAN: Apa kata kau, Suriah?
SURIAH: Tidak, aku cuma nampak di sana itu dua ekor
kumbang yang tak kenal kepada bunga.
ZARIM: Ah, Suriah, kau ni macam budak-budaklah. Tak tentu arah. Kau ingat kita ini budak-budak kecil lagikah?

SURIAH: Fasal itulah aku cakap!

KUAN: Patutlah kumbang sekarang takut pada bunga.


(Mereka ketawa bersama-sama, melainkan Swee Lan).

- SWEE LAN: Aku tak tahu apa yang kau semua cakapkan.

KUAN: Tak apalah Swee Lan. Janganlah kaurisaukan sangat cakap-cakap kosong itu. Apa lagi, marilah kita semua balik.

ZARIM: Ya, marilah!


(Mereka semua mulai hendak berjalan balik. Swee Lan tetap tidak bergerak).
SURIAH: Swee Lan, marilah.

SWEE LAN: (Tegas) Kuan!


KUAN: (Berpaling dan memandang kepada Swee Lan) Ya,
Swee Lan.

177
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
DUA TIGA KUCING BERLARI
---

SWEE LAN: Bolehkan aku cakap dengan kau seorang


sahaja?
SURIAH: Wah, itu dia orang yang tidak mengerti tadi! SWEE LAN: Ini... ini soal keluarga... er, Suriah, Zarim.
SURIAH: Kalau begitu, Zarim marilah kita pergi. (Manja) Aku pun nak bertanya soal 'keluarga' pada engkau.
ZARIM: Suriah, Suriah. Engkau ini bilakah lagi nak serius?
Bila lagi nak bercakap betul-betul sikit?

SURIAH: Eh, kau ingat aku tak seriuskah? Kau ingat aku
main-main?

KUAN: Swee Lan, cakaplah apa yang kau mahu cakapkan. Kau pun tahu antara kita semua ini, tidak ada
yang rahsia.

SWEE LAN: Fasal kata bapa aku tu, Kuan.

KUAN: Oh, bapa kau mahukan aku mengurus hal-hal per- niagaan syarikat keluarga kita. Sebulan ini
selalu juga aku memikirkan soal itu. Sekarang aku sudah dapat jawabnya.
SWEE LAN: Apa Kuan?

KUAN: Aku tidak dapat menerimanya. Besok akan kukatakan


padanya.

ZARIM: Kuan, kau tidak mahu berniaga?


KUAN: Tidak!

SWEE LAN: Jadi kau nak buat apa, Kuan?

KUAN: Hai, ada seribu satu macam lagi kerja yang boleh aku
buat, bukan? Aku mahu jadi askar.
SURIAH: Kau mahu masuk askar, Kuan?

178
KUAN: Ya. Kenapa kau terkejut, Suriah? Salahkah kalau aku
masuk askar?

SURIAH: Salah itu tidak. Tetapi kau sudah cukup kaya.


Kenapa kau mahu masuk askar?
KUAN: Ah, adakah kau fikir semua orang yang masuk menjadi askar itu kerana mahu mengharapkan
wangnya saja?
ZARIM: Kuan mahu jadi kesateria perwira untuk negara.
(Ketawa).
KUAN: Ketawalah, ketawalah kau semua. Tapi aku tetap
membuat apa yang aku cita-citakan,
ZARIM: Kau betul-betul seriuskah, Kuan?
SURIAH: Hai, memang ada orang yang sampai mati pun tak
mahu percaya orang serius.
KUAN: Betul, Zarim!
SWEE LAN: Apa akan jadi pada syarikat perniagaan itu? KUAN: Ah, Swee Lan. Takkanlah kerana tak ada aku,
perniagaan yang telah dijalankan turun-temurun itu akan tumbang! Sebenarnya, aku tak boleh tahan duduk ter-
kurung saja, duduk mengira di dalam kedai. Macam bapa aku buat, macam datuk aku. Macam moyang aku.
Aku mahu lepas!
SURIAH: Kenapa masuk askar?
KUAN: Ah, Suriah, berilah aku sedikit penghargaan
yang
aku juga kasih kepada negeri ini. Aku juga sanggup mahu mempertahankannya.
SURIAH: Ah, maafkan aku Kuan.

SWEE LAN: Apa nanti kata bapa aku yang begitu besar
harapannya kepada kau?

179
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

KUAN: Swee Lan, hidup kita di dunia ini cuma sekejap. Kalaulah di masa yang sekejap itu pun, kita mahu orang
yang mengendalikan hidup kita ... di manakah lagi kita akan merasa lepas dan bebas?
SWEE LAN: Bila engkau hendak pergi, Kuan?
KUAN: Agaknya tak berapa lama lagi. Tapi sebelum itu aku
mesti berjumpa dengan Rosdiah.
ZARIM: Apa Kuan? Kau mahu berjumpa dengan Ros? KUAN: (Memandang tenang ke hadapan) Ya. Aku
mesti pergi
berjumpa Ros.

(Tirai).

DALAM ruang tempat duduk rumah Dahalan. Keadaan bilik dan perabotnya serupa sahaja seperti dahulu. Waktu
tengah
hari.
Kelihatan duduk di kerusi, Maridah dan Mak Haji bermenung sahaja. Di sebelah kiri dekat tingkap berdiri
Dahalan memandang ke luar dengan pandangan jauh. Di sebelah kanan, Pak Haji pura-pura memandang
gambar-gam- bar pada dinding. Suasana hening, kemudian mendung.

MAK HAJI: Kalau begitu tak jadilah kerja kita ini Dahalan? DAHALAN: Nampaknya begitulah.

180
DUA TIGA KUCING BERLARI

MAK HAJI: Apa sebabnya orang-orang sebelah Zarim tu tiba-tiba mengatakan ditangguh saja semua kerja itu dulu?
Padahal dia semualah yang sibuk-sibuk menghan- tar sirih tanya pada kita, meminta kita jawab dengan lekas.

MARIDAH: Saya pun tak mengerti, Mak Haji.


MAK HAJI: Aku hairan, aku hairan. Ini tentu ada udang di
sebalik batu!

PAK HAJI: Ah, awak ini, suka sangat memikirkan yang


tidak-tidak saja.

MAK HAJI: Cuba awak tengok. Bila sirih dah kita terima dan kata dah berjawab ... dengan sopan dan penuh harapan
pula tu kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan — tup,tup, ini pula yang kita terima. Laku yang lalu, kata
yang terlangsung, minta dimaafkan. Peminangan tak dapat dijalankan. Malulah, malu!

PAK HAJI: Tentulah ada sebab-sebabnya maka jadi begitu.


Janganlah lekas nak memburukkan orang.

MAK HAJI: Pada awak orang jantan, ya, senang saja. Cari yang lain. Tapi fikirkanlah sikit kami yang betina
ini, fikirkan cucu awak yang seorang tu!

MARIDAH: Sudahlah Mak Haji. Tak di situ pertemuan Si


Ros. Hendak diapakan.

MAK HAJI: Aku yang sakit benar hati, aku yang terus berputus cakap ni. Bukan main sedap lagi, kok air
balik putih, kok hati balik jernih, berpulang ke pangkal jalan. Macam tak terjadi satu apa! Mana boleh? Cucu kita
dah ditanya, tanya dah diterima, kata dah dibalikkan. Kalau putik hijau yang dihantarkan pada kita buah
masak

181
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ranum yang kita pulangkan. Tiba-tiba tak jadi me- minang, katanya! Bolehkah begitu saja?
MARIDAH: Sudahlah Mak Haji, lupakan yang sudah tu!
MAK HAJI: Tidak, tidak. Aku tak puas hati. Kita pun bukan hendakkan dia mengambil Rosdiah besok pagi. Ber-
tunang sajalah dulu. Setahun, dua tahun, lima tahun, sepuluh tahun. Berapa lama pun boleh! Ini tiba-tiba dia
berbalik, tak mahu langsung! Apa sebabnya? Apa sebabnya?
-

DAHALAN: (Berpaling menghadap semua) Saya tahu sebab- nya! (Semua memandang Dahalan dengan
hairan). PAK HAJI: Apa, apa sebabnya?
DAHALAN: Ros, anak kita tu, berkawan dengan budak Cina
budak jantan Cina. Itulah sebabnya. Itulah sebabnya.
MARIDAH: (Perlahan) Tidak ... tidak!

DAHALAN: Ya. Emak bapa siapa yang suka orang yang bercampur dengan Cina? Aku sendiri pun, kalau ada
anak jantan takkan mahu menerima menantu perempuan begitu.
PAK HAJI: Apa yang kaufikirkan itu bukan mesti fikiran semua orang lain pula, Dahalan! Kau tak boleh
menuduh semua orang sama macam kau.

DAHALAN: Dalam negeri ini tak ada orang yang tak se-
macam fikirannya dengan aku.
MARIDAH: Yalah, bapa Si Ros. Betullah awak tu!

PAK HAJI: Aku tahu sebab kau marah itu. Sebab anak kau, darah daging kau sendiri sudah hilang... mati dibunuh oleh
mereka. Tapi kau mesti ingat, entah berapa ramai pula anak-anak muda kepada ibu bapa orang-orang Cina

182
DUA TIGA KUCING BERLAR!

yang sudah menjadi korban komunis... bahkan ibu bapanya sekali. Mereka tidak menaruh dendam kepada bangsa
orang yang membunuh.
MAK HAJI: Bangsanya sendiri, tentulah!
PAK HAJI: Tidak. Tidak mesti!

DAHALAN: Mereka benci pada komunis!


PAK HAJI: Ya, pada komunis! Pada fahaman itu. Bukan
kepada orang dan bangsa.
DAHALAN: Sudahlah! Pada saya semua serupa sahaja. Kalau
Melayu, Melayu. Kalau Cina, Cinalah.
MAK HAJI: Betul tu Dahalan, Aku setuju dengan kau. PAK HAJI: Awak itu memang lekas saja mengekor orang. MAK
HAJI: Jadi awak sukakah cucu awak tu, Rosdiah,
dikendong dik orang Cina?
PAK HAJI: Eh, itu tidaklah.

MAK HAJI: Ha tu? Katakan suka, tidak juga. Katakan tak


suka pun, tidak juga. Sebelah mana awak ni?

MARIDAH: Mak Haji, sudahlah. Karang perkara ni tak habis-habis. Sudahlah hal Si Ros ini tak selesai. Ini datang pula
soal baharu.

DAHALAN: Hal Si Ros itu sudah selesai. Dia tak jadi bertunang dengan Zarim itu, bukanlah ertinya dia tak boleh
kahwin lagi. Ada pertemuannya besok, beranak bercucu pulalah dia. Cuma satu yang tentu; selagi aku hidup,
dia tidak akan berkahwin dengan orang Cina. Jadi semua sudah selesai. Apa lagi yang dirunsingkan?
PAK HAJI: Mari kita pergi minum kopi di kedai mamak
simpang tu.

183
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

DAHALAN: Betul juga. Tunggu-tunggu pun rumah ni, tak-


kan dapat air. Marilah.

MARIDAH: Kalau nak air, nantilah kejap orang buatkan. Air


yang dijerang tadi dah menggelegak tu!
PAK HAJI: Tak payahlah susah-susah, Maridah. Biarlah kami
pergi aja.
MAK HAJI: Hai, itu yang benarnya, Maridah! Dia nak bersembang di kedai simpang tu. Kalau di situ sehari
semalam pun dia tahan.
MARIDAH: Pergilah. Pergilah ke kedai mamak awak tu!

(Dahalan dan Pak Haji keluar).


Entahlah, Mak Haji. Saya risau betul mengenangkan Si Ros ini.

MAK HAJI: Apa pula?


MARIDAH: Dia diam aja sekarang, tak banyak bercakap lagi. Tak mahu berkawan-kawan. Badannya pun dah
semakin kurus.

MAK HAJI: Sejak bila tu? Sejak Zarim dah tak mahu
bertunang dengan dia dulukah?
MARIDAH: Tidak! Lama lagi sebelum itu. Yang saya tahu benar, sejak bapanya menegah dia daripada
berkawan- kawan dengan anak Cina tu.

MAK HAJI: Eh, betul-betulkah Si Ros dengan budak Cina tu? MARIDAH: Saya pun susah nak mengatakannya.
Saya fikir
dulu budak-budak kan - bila dah datang tanya daripada Zarim itu tentu suka hatinya.Dah ada yang betul-betul. Tapi
dia menjadi semakin risau, nampaknya. Saya takut-takut pula kalau terjadi apa-apa.

184
DUA TIGA KUCING BERLARI

MAK HAJI: Esy, tak adalah! Apa kata bapanya menengok dia? Aku tahu Dahalan bukan main lagi memanjakan Si Ros itu.

MARIDAH: Mak Haji bukan tak tahu. Bapa Si Ros tu ganjil sikit. Kalau baik, dialah yang sebaik-baik orang. Dan
kalau dia marah dan tidak' katanya... dia marah dan benci betul. Sudah sebulan dah ni, sekalipun tak ada dia menyapa Ros!
MAK HAJI: Ros macam mana pula dengan bapanya? MARIDAH: Ros itu ada jugalah cuba membawakan air
bapanya dan apa-apalah. Tapi bapanya ... entahlah, Mak Haji!
MAK HAJI: Wah, keras betul hati orang tua tu. Kau tak
dapatkah sikit, sejuk-sejukkan hati Si Dahalan tu? MARIDAH: Mak Haji, saya dah leblih 20 tahun bersama dengan bapa
Ros itu. Kalau dia dah macam ni, eloklah dia jangan diusik lagi.
MAK HAJI: Susah, susah.

MARIDAH: Itu, Mak Haji nampak dia ketawa tu, itu di luar saja tu, Mak Haji. Dalam benci dan jijiknya sikit pun tak
reda. Saya takut, saya takut, Mak Haji, kalau Ros hilang akalnya esok dan pergi juga dia pada budak Cina tu. Dicari dik
bapanya! Atau budak Cina tu pula yang hilang akal, datang dia ke mari, berjumpa dengan bapa Si Ros!
Saya takut betul Mak haji .
MAK HAJI: Eh, aku pun takut, Maridah! Tapi sekarang, Si
Ros dah tahukah yang Zarim tak jadi bertunang? MARIDAH: (Memandang ke dalam) Ah, dah tahulah dia!
MAK HAJI: (Mengeluh) Hai, entahlah! Inilah dia yang kata orang "kerbau sekandang mudah dijaga, tapi anak betina
sorang...." Macam inilah! Aku zaman aku dulu itulah

185
+11

DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

mahu juga aku menyebut zaman aku tu ... batang hidung Pak Haji kau tu pun tak pernah aku tengok.
Tup,tup, aku dah membasuh kain dia! Ha...! Heh, sudahlah. Karang aku menceceh lagi karang. Hari dah
semakin petang.. Biarlah aku balik dulu!
(Mak Haji berdiri dan berjalan arah ke pintu ha- dapan diikuti oleh Maridah. Mak Haji keluar. Maridah duduk semula
di atas kerusi sambil ter-
menung.
Masuk Rosdiah perlahan dari pintu bilik. Dia ber- diri melihat ibunya sebentar. Kemudian dia per- lahan-lahan
duduk berlutut dekat kaki ibunya. Ibunya tidak sedar juga).

ROSDIAH: Emak emak

MARIDAH: (Tersedar, memandang pada Ros, kemudian mengalih pandangannya jauh. Lepas itu mukanya per-
lahan-lahan memandang semula kepada Ros. Dia me- renung Ros seketika dan kemudian dengan penuh terharu)
Ros!
(Ros berdiri dan mendakap ibunya. Anak dan ibu bertangisan).
MARIDAH: (Mendudukkan Ros di kerusi) Duduklah kau di
situ, Ros!

ROSDIAH: Ya emak! (Duduk) Maafkanlah Ros, mak,


ROSDIAH: Bapa
kerana menjadikan mak begini. MARIDAH: Emak tidak apa-apa nak! Tapi ... bapa kau!
(Tunduk kemudian menghadap emaknya semula) Ros sudah berapa kali mahu berjumpa dia, mak! Tapi bapa
...bapa tak peduli.
+

MARIDAH: Emak tahu! Dalam benar luka hati bapa kau tu,
Ros.

186
DUA TIGA KUCING BERLARI

ROSDIAH: Ros tak berdaya, mak, Ros tak berdaya. Ros juga mahu hidup macam orang, dengan orang yang pada Ros
... jujur dan baik. Kebetulan orang itu ... Kuan
MARIDAH: Ya... anak! Tapi dia bukan ... Islam.

ROSDIAH: Dia sanggup menjadi Islam, mak.

MARIDAH: Kenapa dia tak masuk lagi?

ROSDIAH: Katanya dia mahu belajar betul-betul dulu tentang agama Islam. Kalau Islam, katanya macam yang dia
nampak hari-hari ini saja, dia lebih suka lagi agama Buddha.

MARIDAH: Itulah yang tak boleh tu nak. Mana dia yang kau-
katakan jujur pada diri dia tu?
ROSDIAH: Pada Ros, dia betul-betul jujur.

MARIDAH: Inilah dia yang emak tak tertahan! Hati kau tu terlalu keras, Ros. Mana lagi keras hati bapa kau mana lagi keras
hati kau! (Menangis).

ROSDIAH: (Pergi kepada emaknya) Janganlah emak mena-


ngis lagi. Ros sayang pada emak.
MARIDAH: Sayang kata kau Ros?

ROSDIAH: Ya, mak! Ros sayang! Dan Ros minta pula emak
sayang pada Ros.

MARIDAH: Ah, Ros anakku, kerana sayang pada kau, aku sanggup menerima semua ini. Inilah caranya aku menun-
jukkan kasihku pada kau. Tapi kau jangan salah faham pula pada bapa kau. Bapa kau juga sayang pada kau; sangat
sayang, nak. Dia marah pada kau tu kerana sayangnya, nak. Cara dia menunjukkannya saja lain
daripada emak.
ROSDIAH: (Pedih) Yalah, emak.

187
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

MARIDAH: Ros, kau tahu Si Zarim tak jadi hendak me-


minang kau?
ROSDIAH: Saya tahu emak.
MARIDAH: Kau suka, Ros?
ROSDIAH: Tidak, emak! Pada Ros sama saja sama ada Zarim atau siapa pun meminang atau tidak meminang
Ros. MARIDAH: Apa ertinya cakap kau ni Ros. ROSDIAH: Ros tetap akan hidup bersama MARIDAH: (Terkejut) Ros!
Kuan!

(Bunyi pintu luar diketuk beberapa kali. Rosdiah pergi membuka pintu. Bila pintu terbuka kelihatan Swee Lan
berdiri di luar).

ROSDIAH: (Terkejut) Swee Lan!


MARIDAH: (Juga terkejut dan memandang dengan takut)
Swee Lan, apa kaubuat datang ke mari?
SWEE LAN: Saya hendak berjumpa Rosdiah.. MARIDAH: Tapi... tapi... kalau bapa Ros ....
ROSDIAH: Masuklah, Swee Lan! Bapa tak ada di rumah. Kalau dia balik pun, takkan nak dibuatnya apa-apa pada
kau.

MARIDAH: Ros!

SWEE LAN: Saya tak takut, Ros. Kerana saya hendak


menyampaikan pesan Kuan pada kau.

ROSDIAH: Kuan Kuan? Di mana dia?

MARIDAH: (Takut) Tutuplah pintu tu, dan datanglah sini bercakap. Biar aku pergi ke belakang menengok kalau
bapa kau balik. Aku takut!

188
DUA TIGA KUCING BERLARI

(Maridah keluar ikut pintu belakang. Rosdiah dan Swee Lan berjalan arah ke kerusi dan duduk).
ROSDIAH: Di mana Kuan, Swee Lan?

SWEE LAN: Dia sudah pergi! Entah ke mana tidak dicakap- kannya. Dia berbalah dengan ibu bapanya dan
juga ibu bapa saya. Dia pun pergi. Sebelum itu dia minta saya menyampaikan pesannya pada kau.
ROSDIAH: Apa pesannya, Swee Lan?

(Swee Lan mengambil satu bungkusan kecil dari dalam begnya dan menyerahkan kepada Rosdiah. Rosdiah
menyambut bungkusan itu dengan tangan- nya terketar-ketar dan segera membukanya. Di da- lamnya ada
sehelai sapu tangan putih biasa dan bertulis).

ROSDIAH: (Membaca) 'Percayalaah padaku. Aku sayang pada kau', Kuan. (Mendakapkan sapu tangan itu ke
mukanya, kemudian tersedar) Maafkan aku, Swee Lan! SWEE LAN: (Pedih) Tidak, tidak apa-apa.
ROSDIAH: Kau sungguh baik, Swee Lan.

SWEE LAN: Ah, aku fikir kau juga akan membuat macam
aku buat... dalam keadaan aku sekarang ini!

ROSDIAH: Terima kasih, Swee Lan. Er, tak adakah siapa


yang tahu ke mana dia pergi?
SWEE LAN: Tidak. Dia tidak bercakap dengan siapa-siapa
pun.

ROSDIAH: Bilakah dia balik ke mari lagi?


SWEE LAN: Saya pun tak tahu, Ros. Tapi janganlah kau takut, Ros, selagi kau ada di sini dia akan balik juga.

189
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ROSDIAH: Ya, aku tahu, Swee Lan. Dia tentu balik! Kalau dia memberi apa-apa berita pada kau dapatkah kau
menyampaikan pada aku di ... di sekolah?
SWEE LAN: Ya, kalau aku dapat. Dan
mendengar apa-apa pula daripada bolehkah kaukatakan padaku?
jika kiranya kau daripada Kuan,

ROSDIAH: Tentu boleh, Swee Lan. Aku akan beri berita


pada kau... kalau aku dapat.
(Maridah masuk dengan cemas).
MARIDAH: Eh, aku nampak macam rupa bapa kau balik
tadi! Lekaslah, lekaslah keluar, Swee Lan. SWEE LAN: Salahkah kalau saya berjumpa dengan Rosdiah
seorang? Kuan sudah tak ada di sini lagi. MARIDAH: Tolonglah, tolonglah, Swee Lan. Aku tak ada masa
hendak menerangkan pada kau. Tolonglah pergi dulu!
SWEE LAN: Baiklah, mak cik.
ROSDIAH: Maafkan aku, Swee Lan. Begini sambutan yang
aku beri sesudah kau menolong aku.
SWEE LAN: Tidak apa. Aku pergi, Ros!
(Maridah telah lebih dahulu pergi ke pintu dan membukakan pintu hadapan. Bila pintu terbuka nampak Dahalan
ada berdiri di luar pintu). DAHALAN: (Masuk ke dalam) Aku fikir selama ini cuma anaknya saja yang dajal, tapi
rupanya emaknya pun sama juga.
(Maridah tunduk sahaja. Swee Lan dan Rosdiah masih berdiri dekat kerusi. Dahalan berjalan ke hadapan).
DUA TIGA KUCING BERLARI

DAHALAN: (Menahan marah) Siapa yang berbudi menjem- put pelesit ini datang ke rumah aku? Jembalang tua ini ...
atau pontianak muda itu? Cakap?
ROSDIAH: Ini Swee Lan, bapa. Sahabat saya.
DAHALAN: Sial! Kalau iman sudah terbalik, syaitan pun
dipanggil kawan.
MARIDAH: Pergilah pulang lekas, Swee Lan.

DAHALAN: Kau diam!! Eh kau, kaumasuk rumah aku dengan tidak izin aku, jangan kau keluar, sebelum dapat izin
aku pula!
ROSDIAH: Berilah dia izin keluar, bapa. Lepas itu bapa
buatlah apa bapa suka pada diri Ros.
DAHALAN: Kau memang tidak guna dihidupkan lagi, Ros! Semua orang tidak guna hidup lagi, kerana rumah
ini sudah sial! Tapi aku mahu tahu dulu, siapa di antara kau yang menjemput dia ini ke mari?
SWEE LAN: Tidak ada orang menjemput saya, encik! Saya
datang sendiri.
DAHALAN: Apa kaubuat datang, ha? Apa kaubuat datang?

(Swee Lan diam. Dahalan semakin marah).

SWEE LAN: Saya datang... saya datang....


DAHALAN: Cakap! Cakap! Cakap lekas!

ROSDIAH: Dia datang hendak menyampaikan pesan pada


saya.

DAHALAN: Daripada siapa? ROSDIAH: Daripada ....


MARIDAH: Ros!

DAHALAN: Aku menunggu

190
191
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ROSDIAH: Daripada Kuan.


DAHALAN: Daripada budak Cina keparat itu! Jadi dia ini tali barut, ya? Memang, memang itu pun kerja yang kau
semua tahu. Tali barut!

ROSDIAH: (Datang menangkap kaki bapanya, berlutut) Ba-


pa, tolonglah lepaskan sahabat saya itu balik! DAHALAN: (Menyepak anaknya. Rosdiah tersungkur) Cih!
Jangan kaudekat aku, jangan kaupegang aku!
(Swee Lan datang menolong Rosdiah. Rosdiah ba- ngun).
ROSDIAH: Marilah aku hantar kau balik, Swee Lan. (Mereka
berjalan ke pintu).
DAHALAN: Jangan keluar, setan! Jangan keluar. (Rosdiah tidak mempedulikan dan terus memimpin Swee Lan ke
pintu).
(Tiba-tiba Dahalan melangkah hendak menangkap Rosdiah, tetapi emaknya Maridah, telah sampai dan menahan
Dahalan. Dahalan menangkap Maridah dan menolaknya ke sebelah. Maridah jatuh ter- sungkur. Sementara Rosdiah sempat
menolak Swee Lan ke luar pintu).
ROSDIAH: Lekas, Swee Lan, lekas!
(Swee Lan dapat lepas, tetapi Rosdiah dapat dihela ke dalam oleh Dahalan dan ditampar dan dipukul- nya
berturut-turut.

Lampu padam terang, padam terang terus-menerus. Terdengar tempik Dahalan, 'Anak derhaka', 'Anak sial', 'Setan'.
Terdengar tangis Rosdiah, 'Aduh, aduh!'.
DUA TIGA KUCING BERLARI

Maridah bangun menolong anaknya. Maridah, Ros- diah dan Dahalan bergelut-gelut. Kedua-dua pe- rempuan itu
tercampak. Maridah ke belakang, Rosdiah ke hadapan. Tiba-tiba lampu terang kem- bali. Dahalan kelihatan
meramas-ramas kepalanya, dan dia teresak-esak).

DAHALAN: Ikutlah cakap bapa nak! Ikutlah cakap bapa!


(Maridah bangun perlahan-lahan mengangkat ba- dannya. Rosdiah diam).
DAHALAN: (Masuk ke dalam ikut pintu belakang, masih
bercakap) Ikutlah cakap bapa!

(Dahalan keluar semakin jauh.

Maridah memerhatikan sahaja, kemudian melihat kepada Rosdiah yang sudah mulai bergerak. Ma- ridah bangun
melihat kepada anaknya sebentar dan kemudian pergi melihat suaminya ke belakang. Ma- ridah keluar,

Rosdiah mengangkat badannya perlahan-lahan dan terdaya bersimpuh bertelekan tangan ke lantai. Dia melihat
sapu tangan pemberian Kuan terletak tidak jauh di lantai, lalu berlungsur mencapainya. Mulut- nya kelihatan
berdarah. Matanya bengkak).

ROSDIAH: (Mengambil sapu tangan dan melihatnya dengan mesra) Kuan ... aku sayang pada kau. (Melekapkan
sapu tangan itu ke mukanya. Kemudian melihat sapu tangan itu yang sudah berlumur dengan darahnya) Dan ...
(Memandang ke dalam sebentar) bapa, aku juga sayang pada bapa...
(Tirai).

192
193
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA
DUA TIGA KUCING BERLARI

BABAK KETIGA

DI DALAM rumah Dahalan. Alat dan perkakas dalam sebagai dahulu juga. Waktu tengah hari.
ruang
itu

alat-alat semuanya teratur belaka.


Bunyi pintu diketuk-ketuk beberapa kali.
Ruang itu kelihatan kosong sahaja, tetapi sebagai biasa

SUARA: Ros! Ros! Mak cik! Mak cik!

(Tidak ada jawapan. Pintu terbuka perlahan-lahan. Suriah masuk).


SURIAH: (Memandang keliling dalam ruang lapang dan
kosong itu agak hairan) Ros! Ros!

(Masih tidak ada jawapan. Suriah menjadi semakin hairan, pergi pada meja, melihat balik pada ting- kap,
kemudian memandang arah ke dalam. Dia mahu pergi ke belakang, tetapi melihat pintu ha- dapan yang terbuka,
pergi dahulu menutupnya. Dia berpaling hendak pergi ke dalam.
Rosdiah masuk dari pintu belakang).
ROSDIAH: Masuklah Suri, marilah duduk. Marilah duduk
sini.

SURIAH: Rosdiah.... (Pergi kepada Rosdiah) Ada pun kau di


rumah. Ke mana kau? Aku panggil kau beberapa kali.
ROSDIAH: Aku ada di dalam.

SURIAH: Apa kaubuat?

194
ROSDIAH: Aku sembahyang.

SURIAH: Sembahyang? Oh ... oh... kau sembahyang subuh eh, bukan sembahyang isyak ... tidak,
sembahyang... sembahyang asar bukan?
---

ROSDIAH: (Senyum) Ya, Suri.


SURIAH: Aku tahulah. Aku tahu. Er ... mak cik mana?

ROSDIAH: Emak pergi belajar.

SURIAH: Belajar? Wah, pergi belajar apa pula orang tua itu? ROSDIAH: Dia pergi belajar agama. Petang ini
kan petang Rabu, jadi ada syarahan agama di surau. Tiap-tiap petang Rabu, emak dan bapa pergi mengaji
di situ. SURIAH: Emak dan bapa kau pergi sekali, bersama-sama
belajar?
ROSDIAH: Yalah, Suri.

SURIAH: Tapi, setahu aku kita tak boleh belajar agama


bercampur lelaki dan perempuan. Kalau lelaki tu lelaki saja, pakai kain sarung, pakai baju teluk belanga, pakai
songkok lurus. Kalau perempuan itu perempuan saja, lagi teruk pakaiannya, tutup kaki, tutup tangan, tutup
kepala kalau dapat cuma dua biji mata saja yang
keluar.

ROSDIAH: Itulah sebabnya kau tak pergi belajar agama ya,


Suri?

er ...
SURIAH: Er
lagilah kaki, tangan, muka, mata, aku tak mahu diam. Orang tak nampak
aku kalau dah berbalut semua macam itu,
kan? Macam mana nak belajar. Eh, kau ni mengata orang sajalah Ros. Kau sendiri kenapa tak pergi
belajar agama dengan orang tua kau di suràu tu?

195
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ROSDIAH: Aku lebih suka lagi belajar di rumah.


SURIAH: Di rumah?

ROSDIAH: Ya, di surau aku susah nak faham apa yang


disyarahkan oleh Tuk Ma'alim tu.
SURIAH: Susah macam mana, Ros?

ROSDIAH: Aku tak faham bahasanya. Ya, dia bercakap dalam bahasa Melayu, tapi bahasanya terbalik-
balik macam cakap Arab, lagu cakap Melayunya macam lagu cakap Arab. Aku tak faham. Jadi aku lebih
senang. belajar agama daripada ulama-ulama Islam dalam buku bahasa... Inggeris.
SURIAH: Apa? Kau belajar agama Islam dalam bahasa
Inggeris?
ROSDIAH: Yalah. Apa salahnya?
SURIAH: Entahlah! Aku tak tahu. Tapi kau memang sela-
lunya ganjil pada orang, Ros.
(Rosdiah tersenyum).
Cuma aku berasa suka betul hari ini kerana aku nampak kau sudah tenang dan riang macam dahulu balik. ROSDIAH:
Ah, Suri. Hatiku lapang dan sejuk dengan mem-
baca dan memahami buku-buku yang aku kaji hari ini. SURIAH: Baguslah, Ros. Aku harap aku juga dapat mencapai
keteguhan hati macam kau itu. Maafkan aku bercakap balik hal ini, Ros... aku rasa sudah lebih enam bulan Kuan
pergi dah.
ROSDIAH: Betul, Suri...enam bulan tiga belas hari
masuk hari ini.
ter-

SURIAH: Oh ... aku, Zarim dan Swee Lan seorang pun tidak ada menerima. apa-apa berita daripadanya. Aku

196
fikir, Ros, kau
DUA TIGA KUCING BERLARI

tentu ada.

ROSDIAH: (Tersenyum) Aku pun tidak juga, Suri. SURIAH: Ke manakah dia pergi? Mungkinkah dia ....
ROSDIAH: Tidak, Suri, tidak. (Mengambil sehelai sapu ta- ngan putih dari dalam bajunya. Membuka sapu tangan
itu. Tulisannya sudah tak ada lagi. Tetapi aku tahu dalam hatinya dan dalam hati aku tulisan itu tidak
akan hapus 'Percayalah padaku. Aku sayang pada kau.' Kami akan berjumpa balik, dalam keadaan yang lebih mesra).
SURIAH: Aku berdoa ... Ros ... ah, kalaulah doa aku boleh
diterima!

ROSDIAH: (Senyum) Suri! (Ketawa).

(Bunyi pintu diketuk dari luar. Rosdiah dan Suriah berpandang-pandangan).

SURIAH: Siapa tu?

SUARA: (Dari luar) Aku. Bolehkah aku masuk?

SURIAH: Hei! Zarim! (Berdiri dan berlari ke pintu) Masuk-


lah! (Membuka pintu).
ZARIM: (Masuk) Hai, Suri. Apa khabar Ros?
ROSDIAH: Baik. Marilah duduk sini, Zarim. Lama dah tak
datang, Zarim, kau ke mana?
ZARIM: Ah, tak ada ke mana. Di sini saja, cuma banyak
kerjalah,
SURIAH: Wah, kerja apa pula yang dibuat dik orang muda ni
sekarang?
ZARIM: Tentulah kerja orang muda. Engkau mahu tahu, aku
cakapkan satu persatu, Suri!

197
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

SURIAH: Sudah, sudah. Nanti aku jealous.

ROSDIAH: Nanti sekejap Zarim, aku masuk buatkan air.


ZARIM: Jangan susah-susah Ros. Aku datang ni pun sekejap
aja.

SURIAH: Lama-lama pun boleh!


ZARIM: Sebenarnya, Ros, aku hendak berjumpa kau kerana
satu soal yang ... persendirian sedikit.
SURIAH: Sulit?

ZARIM: Ya, agak


sulit.

SURIAH: (Sedia hendak balik) O.K. Bye-bye! Ta! Ta!

ZARIM: Eh, nantilah dulu, Suri. Aku rasa tak apa kalau Suri
pun tahu, Ros?

ROSDIAH: Tak ada salahnya. Tak ada apa-apa yang hendak


saya sorokkan daripada Suri.

(Suri duduk semula. Menjeling pada Zarim).

ZARIM: Sebenarnya, aku sudah beberapa kali datang ke tempat kau ini, Ros. Tapi aku ragu-ragu sama ada kau tak ada di
rumah ataupun kau seorang sahaja di rumah. Jadi serba salah aku hendak masuk. Tadi bila aku tengok kasut Suri
ada di luar, aku pun singgahlah.

SURIAH: Cakaplah lekas-lekas. Orang nak dengar ni. Apa


dia?

ZARIM: Ini bukan perkara main-main, Suri. Ini fasal hidup,


aku... Rosdiah dan ... Kuan.

ROSDIAH: Kuan?

ZARIM: Ya!

SURIAH: 'The Eternal Triangle' ... aku tak ada tempat!

198
DUA TIGA KUCING BERLARI

ZARIM: (Bercakap terus) Kau tahu aku mahu meminang kau


dahulu. Sudah pun aku hantar cincin tanyanya.
SURIAH: Kau minta balik, Zarim!

ZARIM: Ya, aku tak jadi meminang kau!

ROSDIAH: Aku fikir dulu, aku faham benar hati kau, Zarim. Tapi sebenarnya, aku masih tidak tahu kenapa kau mahu
meminang aku dan kemudian dengan tiba-tiba memutus- kannya balik.

ZARIM: Semuanya adalah kerana Kuan, Rosdiah. SURIAH: Engkau jealous, ya?

ZARIM: Biarlah aku berterus terang, Suri. Ya, aku tidak dapat menafikan perasaan cemburu itu ada pada aku... kerana
aku juga pada satu masa ... ada menaruh hati pada kau.
SURIAH: Aku tahu.

ZARIM: Tapi bila aku tengok bahawa kasih kau sebenar- benarnya adalah penuh dan putih kepada Kuan, aku menarik diri.

SURIAH: Lalu kau pun tak jadi meminangnya. Bagus, bagus!


ZARIM: Aku meminangnya setelah aku membuat keputusan
mahu menarik diri daripada Rosdiah, Suri.

ROSDIAH: Aku tidak mengerti, Zarim.


ZARIM: Banyak yang berlaku di sebalik kisah itu, Ros!
Tetapi semuanya mengenai diri Swee Lan dan Kuan.
SURIAH: Swee Lan dan Kuan?

ZARIM: Ya! Swee Lan dan Kuan bersaudara agak rapat juga. Mereka daripada keluarga kaya. Tapi yang sebenarnya
bapa Swee Lan yang kaya, bapa Kuan hanya men- jalankan urusan modal bapa Swee Lan.

199
....

....

DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

SURIAH: Ooh! Patutlah ada Swee Lan menyebut-nyebut


tentang bapanya pada Kuan.
ZARIM: Ya, bapa Swee Lan yang mengendalikan hal Kuan dan juga keluarga Kuan. Jadi kerana mereka
bersaudara dan bapa Swee Lan tidak ada anak lelaki, dia mahu Kuan berkahwin sahaja dengan Swee Lan untuk
men- jaga segala harta benda mereka itu. Tetapi bila Kuan menolak tawaran itu dan mengatakan pula dia mahu
berkahwin dengan perempuan Melayu, bapa Swee Lan marah.
ROSDIAH: Tahulah Swee Lan semua kisah ini?

ZARIM: Ya, dia tahu! Dia tahu dari awal lagi. ROSDIAH: Oh, Swee Lan!
ZARIM: Tapi Kuan tetap menolak. Dia sanggup keluar dari keluarganya itu. Kemudian bapa Swee Lan membuat
amaran.

ROSDIAH: Amaran?

ZARIM: Ya! Kalau Kuan meneruskan perkahwinannya de- ngan orang Melayu itu dan bukan dengan Swee Lan,
katanya, dia akan memutuskan semua perhubungan keluarga di antara keluarganya dan keluarga Kuan. Kau
tahu apa ertinya itu?

(Kedua-dua wanita itu menggeleng-geleng sahaja). ZARIM: Ibu bapa Kuan menjadi papa dan terlantar.....
ROSDIAH: Tidak

ZARIM: Dan Kuan tetap mahu berkahwin dengan kau, Ros- diah. Jadi, aku... aku tidak sanggup melihat ibu
bapanya menjadi papa dan terkorban. Aku lekas-lekas meminang. kau ....
DUA TIGA KUCING BERLARI

ROSDIAH: Zarim ... maafkan aku kerana tak faham

ZARIM: Tapi aku lihat Kuan benar-benar sayang pada kau,


dan kau menumpahkan segala kasih kau kepada Kuan ... dan tidak mungkin lagi kepada orang lain. Aku
tidak terdaya meneruskan peminangan itu. Lebih-lebih lagi bila Kuan sendiri mengatakan dia akan pergi. Aku pun
memutuskan peminangan itu dengan harapan masa akan menghilangkan segala luka dan menyejukkan
segala rasa. Aku berharap bila Kuan balik dia akan diterima dengan baik oleh keluarganya, dan juga kau...
Rosdiah. ROSDIAH: Aku tidak berubah dan tidak akan berubah,
Zarim!

SURIAH: Bagaimana dengan bapa Swee Lan? Sudahkah dia


memaafkan Kuan?

ZARIM: Itulah yang rumit. Bapa Swee Lan tetap dengan pendiriannya. Kalau Kuan mengahwini kau dan
bukan anaknya... putuslah perhubungan darah dan harta. ROSDIAH: Tahukah Kuan semua perkara ini?

ZARIM: Dia tahu! Tetapi dia tidak tahu yang aku juga tahu. SURIAH: Bagaimana kalau Kuan balik juga ke mari dan
berkahwin dengan Ros?

ZARIM: Ah, dia akan mengorbankan ibu bapanya dan ter-


pisahlah mereka daripada suku-sakat namanya.
ROSDIAH: Zarim... tidak! Zarim!

ZARIM: Ya, Rosdiah, ya. Aku sudah puas memikirkan soal ini. Dan aku sudah cuba bertindak. Sekarang aku
pulangkanlah kepada kau, Ros. Segala keputusan se- karang hanyalah dalam tangan kau jika Kuan balik ke mari!

200
201
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ROSDIAH: Ah, begitu sekali dia sanggup berkorban kerana


cintanya padaku.
ZARIM: Apa cinta yang sebenamya, Ros, kalau tidak ada
pengorbanan.
ROSDIAH: Ya, cinta terus-menerus meminta pengorbanan
(Menangis).

(Suriah memujuk. Rosdiah diam dan melawan se- gala perasaannya).

ZARIM: Aku sudah mengatakan apa yang aku mahu katakan.


Jadi apa lagi, Suriah, marilah kita balik.
SURIAH: Kita?

ZARIM: Ya, kalau kau sudi balik denganku?


SURIAH: O.K. Asal kau jangan buat cerita-cerita 'keluarga'
lagi!
ZARIM: Kami balik ya, Ros!

SURIAH: Siapa?

ZARIM: Saya ... eh, kami balik, Ros.


ROSDIAH: (Sedih) Ya... Zarim, Suriah.
SURIAH: Ros, kenapa? Tak mahukah kau ketawa lagi dengan lucu-lucuku... apa gunanya aku berlucu lagi.
Pergilah engkau balik Zarim!
ROSDIAH: (Cuba senyum) Tidak... Suriah! Pulanglah, pu- langlah dengan Zarim. Aku suka melihat kau dan
Zarim. begitu.
(Suriah dan Zarim tersenyum. Mereka keluar. Ros- diah menutup pintu dan berjalan sebagai orang tidak sedarkan
diri sahaja ke meja. Matanya me- mandang jauh dan jauh ....)
DUA TIGA KUCING BERLARI

FIFI

ROSDIAH: Korban korban Aku juga akan mengor- bankan segala perasaan dan hati ibu bapaku. Tetapi
sanggupkah aku mengorbankan hati dan kehidupan ibu bapanya.... Aku sayang pada kau, Kuan aku
sayang.... Kau juga sayang padaku kau sayang, Kuan (Rosdiah duduk pada meja dan menyembamkan mu- kanya
ke atas meja).
---

(Bunyi pintu diketuk beberapa kali. Rosdiah sedar dan membetulkan rambutnya dan menyapu air ma- tanya.
Memandang sahaja pada pintu. Pintu ter- buka dan masuk seorang pegawai askar dengan pakaian yang gagah).

ROSDIAH: (Terkejut) Siapa kau?


PEGAWAI: (Berdiri sedia. Mengangkat tabik dengan ga-
yanya) Second Lieutenant Kuan Tien Chee.
ROSDIAH: Kuan!

KUAN: (Gembira) Ya, aku tahu kau ada di rumah, Ros!

ROSDIAH: (Masih_rawan) Kuan!

KUAN: Ya, Kuan ... Ros, cantik tak? Tengok baju aku, topi, tali pinggang, songkok, seluar. Tengok kasut ni Ros, besar
kan? Aku sengaja tak mahu buka, biar kautengok aku pakai pakaian askar yang lengkap. Hei, Kuan ini pegawai askar
sekarang tahu? Mahu tengok aku jalan? (Dia menggayakan jalannya sedikit ....)

ROSDIAH: Kuan!

KUAN: Aku cuti, Ros! Setelah enam bulan berlatih dan lulus. Sekarang aku menjadi pegawai muda askar. Ha, se- karang
aku pergi tembak komunis, tahu?
ROSDIAH: Kuan

202
203
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

KUAN: Kenapa Ros, engkau tidak suka aku jadi askar? Dulu kau kata emak bapa kau suka orang jadi askar
kan? Ha, ha, ha, (Kuan duduk di kerusi).
KUAN: Mana emak dan bapa kau, Ros?
ROSDIAH: Dia... dia... tak ada di rumah!

KUAN: Kau takut lagi aku datang ni, Ros?


ROSDIAH: Tidak tidak!
---

KUAN: (Bangun dan berjalan) Kau tahu Ros, tidak berapa hari lagi nama aku akan bertukar manjadi Salim, Kau
suka tak nama itu Salim, Ros... dekat-dekat bukan?
111

ROSDIAH: Tidak... Kuan


tidak!
KUAN: Eh, kenapa, Ros, kenapa? Aku, Kuan, sudah balik
dan aku balik mahu mengambil kau. Kau sudah lama sangat menderita... Ros!
ROSDIAH: Tidak... Kuan. Tidak mungkin.... KUAN: Apa kata kau, Ros?
ROSDIAH: Sudahlah Kuan! Baliklah engkau Kuan. Segala
perhubungan kita sudah putus.
KUAN: Ros! ... apa apa kau sudah kahwinkah Ros?
ROSDIAH: Tidak, Kuan! Tetapi
-

gunanya lagi. Tolonglah pulang.


KUAN: Pulang! Aku ... Ros?
tetapi
habis! Tak ada

ROSDIAH: Ya, Kuan, ya. Kau dan aku tidak ada apa-apa lagi. KUAN: Apa? (Berpaling dan berjalan perlahan-
lahan me÷
nahan hatinya) Ros aku tidak percaya!

ROSDIAH: (Memalingkan badannya membelakangkan Kuan, bercakap dengan tegas) Kuan, pergilah balik!
Jangan datang ke mari lagi. Kita sudah putus.

204
DUA TIGA KUCING BERLARI

KUAN: Apa? Begini mudah sekali? Begini senang? Kerana kau aku telah memutuskan kasih sayang Swee Lan
padaku. Aku memutuskan hidupku dengan keluargaku. Aku meninggalkan agamaku! Tetapi sekarang
apakah balasan yang aku dapat? Kaucampakkan aku begitu saja. Dengan mudah kauputuskan segala-galanya.
Kauputus- kan? Mana letaknya jantung hati kau, Ros? Mana letaknya perasaan kau? Mana letaknya kasih
sayang yang kautunjukkan padaku? Palsu! Palsu belaka!

(Pintu terbuka perlahan-lahan. Masuk Maridah dan Dahalan berdiri sahaja melihatkan peristiwa de- ngan tidak
disedari oleh Kuan dan Rosdiah itu).

KUAN: (Lembut) Cakapkanlah padaku sekali lagi, Ros! Ca-


kapkanlah, kau sayang padaku... Ros.

ROSDIAH: (Menjerit, masih membelakang) Tidak! Tidak! Pergilah engkau dari sini! Jangan kau datang-datang
lagi! Pergi!

(Kuan berpaling mencapai topinya dan terhenti me- lihat Dahalan).

KUAN: Maafkan saya encik, masuk dengan tidak izin. Tapi


saya akan pergi.
DAHALAN: Pergilah engkau, terima kasih!

(Kuan keluar. Maridah berlari kepada anaknya yang mahu tumbang dan sempat dicapainya se- belum sampai ke lantai).

DAHALAN: Berkat doaku dan berkat iman kau kepada Tuhan, anak! Kau sekarang sudah mengikut cakap bapa.
Kau mengikut cakap bapa! Syukurlah! Syukurlah! (Da- halan pergi kepadá Ros dan hendak mendakap anaknya. Tiba-
tiba Ros menjerit-jerit dengan hebatnya).

205
DRAMA-DRAMA KALA DEWATA

ROSDIAH: (Menolak jauh kedua-dua ibu bapanya. Dia ma- sih terbaring) Jangan dekat! Jangan dekat! Tidak!
Tidak! Tidak! (Menangis kuat-kuat sebagai tidak sedarkan diri, kemudian mengulang jeritannya semula. Dia terus me-
nangis dan menjerit ....)

(Tirai).

DALAM kebun bunga. Gelap! Cahaya samar di belakang. Nam- pak sebuah tugu yang besar... Tugu Kebangsaan.
Asap berkepul-kepul naik, menjadikan tugu itu sebentar hilang dan sebentar timbul kembali.
Tiba-tiba terang bahagian hadapan kanan pentas dan kelihatan seorang perempuan muda bersimpuh dan
kemudian berdiri perlahan-lahan (Rosdiah!).
ROSDIAH: Kau gugur sebagai seorang perwira Kuan. Kuan tumbang menjalankan tugas kau. Dan kaupergi
me-
ninggalkan aku ... selama-lamanya.
Dengarlah... dengarlah ... Kuan
Sambutlah sambutlah ...
Kuan

Aku tetap percaya pada kau ....


Aku tetap sayang pada kau
(Gelap kembali. Dan kemudian terang pula pada bahagian lain. Kelihatan seorang pemuda dan pe- mudi, kedua-
duanya tunduk. Zarim dan Suriah).
ZARIM: Aku sanjung kau sebagai seorang kesateria yang jujur. Jujur budimu dan jujur cintamu. Dan
bila kau gugur, Kuan, kaugugurkan pula segala orang yang

206
DUA TIGA KUCING BERLARI

meragu-ragukan kejujuranmu. Pada cinta, pada negara!

(Gelap kembali. Bila terang, pada bahagian lain lagi. Kelihatan Pak Haji dan Mak Haji turut menampung tangan.
Mereka tidak menghadap tugu).

DAHALAN: Aku tidak tahu sama ada kau sudah masuk Islam atau belum sebelum kau mati. Tetapi aku tetap memohon kepada
Tuhan, supaya kau diberi rahmat. Mati kau, mati pahlawan! Maafkanlah aku, Kuan, kerana sempit fi- kiranku.
Sempitnya pendapatku. Kau terpaksa terkorban dahulu baru aku sedar!

(Gelap kembali. Terang yang berkesan sekali di bahagian hadapan. Kelihatan seorang wanita sujud kepada
tugu. Swee Lan!).

SWEE LAN: Aku sayang pada kau, Kuan. Aku sayang pada kau. Aku sayang pada kau, walau di mana pun
kau berada. Kalau kau tidak terima sayangku waktu kau hidup sekarang terimalah, Kuan, sesudah kau mati. Aku
sayang pada kau... Kuan!

(Tirai).
207

Anda mungkin juga menyukai