Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN MENCIPTA SLOGAN DAN LOGO AMALAN 5S

JABATAN PELAJARAN PERAK


Sempena pelaksanaan Amalan 5S di Jabatan Pelajaran Perak (JPN Perak) yang telah bermula pada 31 November 2012, Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Amalan 5S mempelawa semua warga kerja JPN untuk menyertai Pertandingan Mencipta Slogan dan Logo Amalan 5S JPN Perak.

KATEGORI 1 SLOGAN 5S
Syarat-Syarat Pertandingan 1. Terbuka kepada semua warga JPN, termasuk pegawai/kakitangan kontrak atau sementara. 2. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) slogan dan slogan hendaklah ditulis/dicetak atas ruangan yang disediakan di dalam borang penyertaan. Spesifikasi Ciptaan Slogan 5S 1. Slogan mestilah baharu dan asli. 2. Slogan perlulah jelas, padat dan mudah diingati. 3. Slogan mestilah menepati dengan polisi dan objektif Amalan 5S JPN. 4. Slogan adalah dalam Bahasa Melayu dan jumlah perkataan tidak melebihi dari sepuluh (10) perkataan sahaja.

Borang dan Dokumen Penyertaan 1. Borang penyertaan adalah seperti pada lampiran. Borang ini perlu diisi oleh setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan ini. 2. Sila gunakan satu (1) borang sahaja untuk satu (1) penyertaan. 3. Ciptaan logo yang dicetak/dilukis atas kertas bersaiz A4 mestilah dinyatakan dengan jelas dibelakang hasil karya iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan, Sektor/Unit dan nombor telefon pejabat. Hadiah Pertandingan 1. Hanya satu (1) pemenang sahaja yang bagi setiap kategori akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. 2. Hadiah bernilai RM200.00 dan sijil penghargaan akan diberikan kepada pemenang setiap kategori dan peserta akan diberikan sijil penyertaan. Panel Penilai Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh ahli Panel Penilai dan Panel Penilai juga berhak membatalkan penyertaan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan. Pihak urusetia pertandingan berhak meminda ciptaan slogan/logo yang disertai dengan kerjasama pencipta asal (sekiranya perlu sahaja) dan menjadi HAK MILIK Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Amalan 5S JPN Perak. Tarikh Tutup Tarikh tutup penyertaan adalah pada 07 Februari 2013 (Khamis) iaitu sebelum/pada jam 4.00 petang Alamat Untuk Mengemukakan Penyertaan Penyertaan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada : Urusetia Pertandingan , Jawatankuasa Promosi Amalan 5S, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Perak Urusetia : Pn. Suhana bt. Mohd Alias (5199) Pn. Nor Hizan bt. Hj. Abd. Jalil (5295) Emel Rasmi 5S: jpnperak@gmail.com

KATEGORI 2 LOGO 5S
Syarat-Syarat Pertandingan 1. Terbuka kepada semua warga JPN, termasuk pegawai/kakitangan kontrak atau sementara. 2. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) logo ciptaan bersama borang penyertaan dan hendaklah disediakan dalam bentuk cetakan dan softcopy. 3. Logo boleh dicipta dengan menggunakan lukisan tangan atau grafik komputer mengikut standard JPEG/GIF/BMP/PSD /PNG/ PICT di atas kertas bersaiz A4. Spesifikasi Rekabentuk Logo 5S 1. Logo ciptaan mestilah baharu dan asli. 2. Lukisan logo hendaklah mengandungi nombor 5, huruf S dan perkataan 'SISIH' (SEIRI), 'SUSUN' (SEITON), 'SAPU' (SEISO), 'SERAGAM' (SEIKETSU) dan 'SENTIASA AMAL' (SHITSUKE). 3. Reka cipta logo boleh direka menggunakan tidak lebih dari 5 jenis warna kecuali hitam dan putih. 4. Logo mestilah bersesuaian dengan polisi dan objektif Amalan 5S JPN. 5. Reka bentuk yang menarik, jelas, mudah dan kemas. 6. Setiap ciptaan logo hendaklah disertakan dengan rasional dan justifikasi reka bentuk dan warna yang digunakan.
Anjuran Jawatankuasa Promosi 5S

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MENCIPTA SLOGAN DAN LOGO AMALAN 5S


JABATAN PELAJARAN PERAK
Perhatian : Sila gunakan satu (1) borang untuk setiap penyertaan

Kategori :

SLOGAN

LOGO

Nama penuh [seperti dalam Kad Pengenalan] :

Jawatan No. KP Unit Sektor


Tanda []

: : : : Sektor Pengurusan Sekolah Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan Sektor Pembangunan Kemanusiaan Sektor Penilaian dan Peperiksaan Sektor Jaminan Kualiti [Baharu] [Lama] #Telefon : Sektor Pengurusan Akademik Sektor Pendidikan Islam Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Sektor Psikologi dan Kaunseling Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Sila tulis ciptaan slogan di kotak ruangan bawah ini dan untuk reka bentuk logo hendaklah dilukis/dicetak atas kertas A4 serta lampirkan bersama borang penyertaan ini.

PERAKUAN PESERTA (potong yang mana tidak berkenaan) Adalah saya dengan ini mengaku bahawa hasil karya slogan/logo yang saya sertakan dalam pertandingan ini adalah hasil usaha saya sendiri yang asli dan tidak pernah diterbitkan, disiarkan, digunakan, ditiru, diciplak atau diambil daripada mana-mana pihak atau hasil kerja orang lain. Saya juga akan bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat sebarang tuntutan atau apa jua bentuk tindakan daripada mana-mana pihak terhadap saya yang berkaitan slogan/logo ini. Saya juga faham bahawa penyertaan saya akan dibatalkan secara serta merta jika saya melanggar peraturan ini. Saya juga bersetuju bahawa jika terpilih, slogan/logo saya ini akan menjadi hakmilik Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S JPN Perak dan saya tiada hak ke atasnya selepas ini. Tandatangan Tarikh : : Nota : Setiap penyertaan perlu sampai kepada Urusetia Pertandingan, Jawatankuasa Promosi Amalan 5S, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Perak pada 07/2/2013 (Khamis) sebelum/pada jam 4 petang

UNTUK KEGUNAAN URUSETIA Tarikh Terima Pengesahan : : 2013

Anda mungkin juga menyukai