Anda di halaman 1dari 2

Setiap KEGELAPAN pasti ada setitik TERANG

Setiap DOA selalu ada JAWAPAN


Setiap KESUSAHAN pasti ada KEMUDAHAN
Setiap KETIDAK MUNGKINAN selalu ada KEAJAIBAN
Maka BERTAHANLAH dan BERSABARLAH

Buku adalah kawan yang paling baik. Bercakap-cakaplah dengan buku, bersahabatlah
dengan ilmu, dan bertemanlah dengan pengetahuan.

Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan,


menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah kebaikan.

Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah kepada sesama
insan, padamkan semua api permusuhan, berdamailah dengan musuh,
dan perbanyaklah kawan.

Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi
penutup bagi kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan
menutup semua kekurangan dan cacat.

Say what you want to say when you have the time,tomorrow maybe one day late.
Que deepest regrets are words unsaid and things undone.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati
mulia membawa kita ke jalan kebaikan.

Sahabat yang baik adalah orang yang bercakap benar dan bukannnya orang yang
membenarkan kata-kata.

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup".

"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati
tidak sanggup menerima penderitaan”.
( Harieta Wahab)

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka
tiadalah perpisahan".

"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan
menyakiti orang lain".

"Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah


beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat".

"Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda
yang diwarisi daripada nenek moyang".
- (Saidina Ali)

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman".

"Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,


dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu".
"Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri".

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan
padanya".

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat, dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi".

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang
menjelma".

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang
tidak pernah mengalah".

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik".

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.


- Charles Cahier

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.


- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.


- I. Salanter Lipkin

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.


- Philip Massinger

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding


kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu
kesalahan lagi.
- Confucius

Anda mungkin juga menyukai