Anda di halaman 1dari 3

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN BOLA BALING MSS BAHAGIAN BARAT TAHUN 2012

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM. JENIS PERTANDINGAN 2.1 Peraturan berpasukan antara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Bahagian Barat (MSSB Barat) bagi kategori 12 Tahun Ke Bawah dan 18 Tahun Ke Bawah (Lelaki & Perempuan). 2.2 Tempoh permainan 2.2.1 Secara Liga 1 Kumpulan 15 minit untuk setiap separuh masa permainan dengan 5 minit rehat (15 : 5 : 15) 2.3 Masa Rehat Pasukan (Team Time-Out) 2.3.1 Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa. 2.3.2 Mana-mana pegawai yang berdaftar dalam pasukan yang bertanding sahaja yang dibenarkan untuk meminta masa rehat dengan memberikan KAD HIJAU yang berukuran 15 x 20 cm kepada Penjaga Masa. 2.3.3 Situasi yang dibolehkan untuk meminta masa rehat pasukan ialah: Semasa balingan gol pasukannya; Selepas pasukannya terkena jaringan gol; Semasa pasukannya mengawal bola; PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 Setiap pasukan mestilah terdiri daripada 12 orang pemain iaitu 7 orang pemain dengan 5 orang pemain simpanan. 3.2 Kiraan umur para peserta adalah pada 1 Januari tahun pertandingan: 3.2.1 18 Tahun Ke Bawah : 1994 3.2.2 12 Tahun Ke Bawah : 2000 3.3 Bagi penyertaan bagi pasukan lelaki dan perempuan bawah 18 tahun, hanya satu (1) orang pemain Bawah 21 tahun (pelajar Tingkatan 6) bagi setiap kategori dibolehkan untuk menyertai pasukan masing-masing. 3.4 Semua peserta DIWAJIBKAN melengkapkan borang pendaftaran individu M01 (sekolah menengah) / R01 (sekolah rendah) beserta gambar. Ketiadaan borang ini boleh menyebabkan pembatalan penyertaan pemain. 3.5 Setiap pasukan WAJIB menggunakan borang pendaftaran pasukan M02 ( sekolah menengah) / R02 (sekolah rendah) serta Borang B01 (Borang Pendaftaran Kejohanan). DOKUMEN SOKONGAN 4.1 Pelajar Sekolah Rendah (pemain berumur 12 tahun dan ke bawah) 4.1.1 Salinan Sijil Kelahiran yang telah disahkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan sekolah berkenaan. 4.2 Pelajar Sekolah Menengah (pemain berumur 18 tahun dan ke bawah) 4.2.1 Kad pengenalan asal atau 4.2.2 Dokumen JPN KP09/ KPPK09 asal dari Jabatan Pendaftaran Negara (pelajar yang kehilangan kad pengenalan) atau 4.3 Pelajar Sekolah Menengah (pemain jemputan dari Tingkatan Enam Atas) 4.3.1 Kad pengenalan asal atau 4.3.2 Dokumen JPN KP09/ KPPK09 asal dari Jabatan Pendaftaran Negara (pelajar yang kehilangan kad pengenalan) atau 4.3.3 Salinan surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Rendah serta salinan keputusan peperiksaan akhir tahun Tingkatan Enam Rendah yang telah disahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan sekolah berkenaan SISTEM PERTANDINGAN Sistem pertandingan akan dijalankan secara liga (round robin) untuk kejohanan ini. 5.1 Cara liga satu kumpulan

2.

3.

4.

5.

6.

CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN PEMENANG 6.1 Sistem liga Cara memberi mata Menang 2 mata Seri 1 mata Kalah 0 mata 6.1.1 Jika dua atau lebih pasukan yang memperoleh mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut: 6.1.1.1 Pasukan yang memperoleh perbezaan gol yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang; 6.1.1.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang; 6.1.1.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya akan dikira sebagai pemenang; 6.1.1.4 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan dengan melambung duit syiling. PAKAIAN 7.1 Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki. 7.2 Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa ataupun but bola. Kasut berpaku tidak dibenarkan sama sekali. 7.3 Kasut but yang mempunyai 6 - 8 stud adalah tidak dibenarkan dan tinggi stud yang dibenarkan adalah tidak melebihi 12 mm. 7.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yang berlainan warna bagi setiap kategori umur. Pemain dimestikan memakai jersi yang bernombor di antara 1 hingga 20 dengan ukuran ketinggian nombor sekurang-kurangnya 20 cm di bahagian belakang dan 10 cm di bahagian depan. Pemakaian nombor pemain hendaklah dikekalkan sehingga kejohanan berakhir. 7.5 Pertukaran warna jersi: Sekiranya berlaku pertindihan dalam warna jersi sebelum perlawanan bermula, pasukan yang namanya tercatat dahulu dalam jadual perlawanan dikehendaki untuk menukar jersi pasukannya. 7.6 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan kain (armband) berwarna terang di bahagian atas lengan dengan ukuran lebar 4 cm. GELANGGANG PERTANDINGAN 8.1 Sila rujuk undang-undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). 8.2 Setiap gelanggang permainan hendaklah disediakan satu zon keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepid an sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol. ALATAN (BOLA) Peringkat Umur Lelaki B12 tahun Perempuan B12 Tahun Perempuan B18 Tahun Lelaki B18 Tahun

7.

8.

9.

Lilitan 50 52 cm 54 56 cm 58 60 cm

Berat 290 330 g 325- 375 g 425 475 g

Saiz Bola Saiz 1 Saiz 2 Saiz 3

10.

KELEWATAN Hanya 15 minit akan diberikan kepada sesebuah pasukan yang lewat. Selepas tempoh tersebut, pasukan lawan akan diberikan kemenangan percuma (walk-over) dengan 2 mata dengan jaringan gol 3 0. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Sila rujuk Peraturan Am (11) MSSM BATAL (KAD MERAH) DAN SINGKIR 11.1 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah ataupun dibatalkan dalam satusatu perlawanan, mereka akan digantung 1 perlawanan yang berikutnya kecuali pemain yang dikenakan hukuman gantung 2 minit selama 3 kali berturut-turut dalam sesuatu perlawanan dan diikuti dengan satu kad merah, maka beliau dibenarkan untuk bermain dalam perlawanan seterusnya. 11.2 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan disingkirkan, dia TIDAK dibenarkan untuk bermain ataupun berada di gelanggang di mana pasukannya bermain dalam mana-mana perlawanan sepanjang kejohanan tersebut.

11.

12.

13.

BANTAHAN. Sila rujuk Peraturan Am (12) MSSM. LEMBAGA JURI RAYUAN Sila rujuk Peraturan Am (13) MSSM. LEMBAGA TATATERTIB Sila rujuk Peraturan Am (14) MSSM. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan Am (19) MSSM HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 17.1 Setiap perlawanan akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu yang ditetapkan dalam jadual tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Bola Baling Daerah Penampang berhak meminda susunan jadual jika difikirkan perlu. Jika berlaku pindaan perlawanan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan dimaklumkan. 17.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF), Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan Kejohanan Bola Baling MSS Sabah. 17.3 Sebarang keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Pengelola berkaitan perkara 17.1 dan 17.2 adalah MUKTAMAD. HAL-HAL LAIN 18.1 Bangku simpanan pasukan yang bertanding dalam satu-satu perlawanan adalah untuk para pemain simpanan dan pegawai pasukan yang berdaftar. Individu lain yang tidak berkenaan DILARANG SAMA SEKALI untuk berada di bangku simpanan tersebut. 18.2 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota bada, kehilangan harta benda atau sebarang kecederaan lain yang berlaku: Semasa perjalanan pergi-balik dari sekolah asal ke tempat kejohanan dan sebaliknya; Semasa kejohanan dijalankan; Di dalam dan di luar kawasan kejohanan. 18.3 Walau bagaimanapun, pihak Jawatankuasa Pengelola akan sentiasa berusaha untuk mengambil langkahlangkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan para pegawai serta para pemain setakat mana yang munasabah.

14.

15.

16.

17.

18.

Anda mungkin juga menyukai