Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

KARNIVAL VOKTEK
PERINGKAT ZON SARAWAK 2016

1.0. UNDANG-UNDANG PERMAINAN


1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini
akan dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Sepak Takraw
Antarabangsa ( ISTAF ) yang berkuatkuasa ketika ini.

2.0. TARIKH PERTANDINGAN


2.1. Tarikh: 11 Mac 2016 - 14 Mac 2016

3.0. PENGELOLAAN PERTANDINGAN


3.1. Pengelola: KOLEJ VOKASIONAL KUCHING

4.0. KELAYAKAN PEMAIN


4.1. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Kolej Vokasional, Sekolah
Menengah Teknik, JT Akademi, PPKS Ilmu dan ILP Kota Samarahan di
Sarawak sahaja.
4.2. Pemain yang hendak didaftar bermain mewakili pasukannya hendaklah
dari kalangan pelajar-pelajar yang sedang belajar dan didaftar sebagai
pelajar di sekolah berkenaan sahaja seperti:
4.2.1. Pelajar yang sedang mengikuti Kursus Sepenuh Masa Aliran
Teknik dan Vokasional.
4.2.2. Pelajar yang sedang mengikuti Aliran Kemahiran Kursus Dua
Tahun.
4.3. Pemain-pemain berikut adalah TIDAK LAYAK dan TIDAK BOLEH
didaftarkan sebagai pemain untuk sekolah berkenaan , jika:
4.3.1. Pelajar tersebut sedang mengikuti Kursus Kemahiran Jangka
Pendek tiga (3) bulan, enam (6) bulanatau satu (1) tahun.
4.3.2. Pelajar tersebut sedang mengikuti program khas seperti projek
link (kerjasama dengan pihak swasta atau agensi luar).
4.3.3. Pelajar yang sedang mengikuti kursus program pelajar sekolah
menengah akademik yang mengambil satu (1) atau dua (2)
matapelajaran di SMT/KV.
4.3.4. Pelajar yang sedang mengikuti kursus program pelajar sekolah
menengah akademik yang mengambil satu (1) atau dua (2)
matapelajaran di SMT/ KV.
4.4. Pihak Pengelola berhak membuat semakan kelayakan peserta pada bila-
bila masa dan mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini
akan menyebabkan pasukan itu tersingkir daripada pertandingan ini.

5.0. PENDAFTARAN PEMAIN

1
Peraturan Pertandingan Sepak Takraw
Karnival VokTek 2016
5.1. Setiap pasukan yang bertanding hanya dibenarkan mendaftar seramai 5
orang pemain sahaja atau 1 regu.
5.2. Pendaftaran Pemain atau Peserta mestilah menggunakan Borang
Pendaftaran Rasmi yang disediakan oleh Pihak Pengelola beserta salinan
kad pengenalan pemain/peserta yang telah disahkan. Borang tersebut
hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya
sebulan(1) sebelum pertandingan bermula.
5.3. Sebarang pindaan kepada Borang Pendaftaran Pemain atau pendaftaran
pemain baru hendaklah dilakukan semasa mesyuarat pengurus-
pengurus pasukan. Selepas mesyuarat tersebut sebarang pindaan adalah
TIDAK DIBENARKAN.
5.4. Seorang pemain TIDAK LAYAK BERMAIN jika namanya tidak didaftar
di dalam Borang Pendaftaran Pemain.
5.5. Sebelum sesuatu perlawana dimulakan, regu yang akan bertanding
hendaklah menyerahkan senarai regu atau barisan pemain termasuk
pemain simpanan kepada pengadil rasmi bertugas dengan menggunakan
borang yang disediakan.

6.0. SISTEM PERTANDINGAN


6.1. Pertandingan akan dijalankan secara LIGA DALAM KUMPULAN
6.2. Setiap regu akan diundi dalam DUA kumpulan ( A/ B)
6.3. Bagi perlawanan seterusnya akan dijalankan secara kalah mati.
6.4. Johan Kumpulan bertanding untk tempat Johan dan Naib Johan.

7.0. CARA MENENTUKAN PEMENANG


7.1 Regu yang menang 2 – 0 akan mendapat 4 mata, manakala regu yang
menang 2 – 1 mendapat 3 mata dan kalah mendapat 0 mata.
7.2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak dikira sebagai pemenang.
7.3 Jika berlaku jumlah mata yang sama, kemenangan ditentukan melalui
kaedah:
7.3.1 Kiraan perbezaan set daripada jumlah set menang yang
diperolehi oleh pasukan berkenaan.
7.3.2 Jika masih seri, kiraan perbezaan mata, ( point ) daripada jumlah
mata yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.
7.3.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan
lawan dikira pemenang.

8.0 PAKAIAN PEMAIN


8.1 Pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan
sepak takraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan
bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan boleh
membahayakan pemain adalah dilarang sama sekali.
8.2 Pemain hendaklah berpakaian lengkap, berstokin, kasut sukan bertapak
getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian merupakan sebahagian
daripada anggota badan. Jersi hendaklah dimasukkan ke dalam seluar.
8.3 Jersi bagi regu hendaklah sama warna, bernombor dari 1 hingga
seterusnya.

2
Peraturan Pertandingan Sepak Takraw
Karnival VokTek 2016
8.4 Setiap pemain hendaklah memakai nombor tetap sepanjang kejohanan,
sekiranya berlaku pertukaran hendaklah dimaklumkan kepada pengadil
rasmi.
8.5 Ketua regu hendaklah memakai arm band di lengan kiri yang warnanya
tidak sama dengan warna jersi.
8.6 Mana-mana pakaian yang tidak mengikut spesifikasi yang dinyatakan
hendaklah mendapat kelulusan pihak teknikal terlebih dahulu.

9.0 KELEWATAN
9.1 Hanya 15 minit diberikan kepada regu yang lewat dan selepas itu pihak
lawan akan diberikan kemenangan percuma 2 – 0 ( 21 – 0 ) , ( 21 – 0 ).

10. MENARIK DIRI


10.1 Semua regu dilarang untuk menarik diri dalam pertandingan ini.
Sekiranya berlaku, semua keputusan perlawanan sebelum ini akan
terbatal dan regu tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib yang akan
ditentukan oleh Lembaga Tatatertib . Regu tersebut tidak dibenarkan
menyertai perlawanan seterusnya.
10.2 Sila rujuk peraturan am ( Per. 15.0 )

11. PEGAWAI PERTANDINGAN


11.1 Jawatankuasa Pengelola bertanggungjawab melantik pegawai
pertandingan.

12. KAWALAN KESELAMATAN DAN KELAKUAN


12.1 Semua pasukan yang mengambil bahagian adalah bertanggungjawab
atas kelakuan para pegawai, pemain dan penyokong.

13. TINDAKAN TATATERTIB


13.1 Mana-mana pemain yang telah diberi amaran dengan dua (2) kali kad
kuning oleh pengadil bertugas dengan sendirinya digantung satu (1)
perlawanan berikutnya.
13.2 Mana-mana pemain yang menerima kad merah daripada pengadil
bertugas yang diarah keluar gelanggang dan tindakan tatatertib akan
diambil ke atasnya. Pemain berkenaan tidak dibenarkan bermain dalam
pertandingan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib mengambil
sesuatu keputusan.

14 JAWATAN KUASA JURI RAYUAN


14.1 Jawatankuasa Juri Rayuan terdiri daripada :
14.1.1 Pengerusi jawatankuasa pengelola kejohanan.
14.1.2 Setiausaha jawatankuasa pengelola kejohanan
14.1.3 Pengerusi Teknik Pertandingan
14.1.4 Pengerusi Pengadil Kejohanan
14.1.5 Tiga (3) pengurus atau wakil yang tidak terlibat dengan perkara
yang akan dibincang.

15. LEMBAGA TATATERTIB

3
Peraturan Pertandingan Sepak Takraw
Karnival VokTek 2016
15.1 Lembaga tatatertib ini bertanggungjawab untuk mengambil tindakan
yang perlu mengenai disiplin pemain dan pegawai serta sebarang kes
yang berkaitan dengan perjalanan kejohanan ini.
15.2 Sila rujuk peraturan am ( Per. 15.0 )

16 BANTAHAN
16.1 Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak
mestilah dihantar secara bertulis kepada Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan dan hendaklah diterima dalam tempoh 1 jam selepas
tamatnya perlawanan berkenaan dan disertai dengan RM 200.00 yang
akan dikembalikan jika bantahan itu berjaya.
16.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-
perkara fakta yang dibuat oleh pengadil di gelanggang permainan.
15.4 Sila rujuk peraturan am ( Per. 13.0 )

17. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


15.5 Segala hal yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini, akan diputuskan
oleh Jawatnkuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan itu adalah
muktamad.
16.2 Sila rujuk peraturan am.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Sepak Takraw
KARNIVAL VOKTEK
PERINGKAT ZON SARAWAK 2016

4
Peraturan Pertandingan Sepak Takraw
Karnival VokTek 2016

Anda mungkin juga menyukai