Anda di halaman 1dari 2

DIKEMASKINI NOVEMBER 2022

PERATURAN ORIENTEERING

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang


ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Sukan Antara Fakulti (SAF) Universiti
Teknologi MARA.

2.0 PENDAFTARAN PEMAIN

2.1 Perkara 4.0. di dalam Undang-undang dan Peraturan Am Sukan Antara Fakulti
(SAF) Universiti Teknologi MARA adalah di rujuk.
2.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai tidak lebih dari 4 orang pemain
lelaki dan 4 orang pemain wanita dalam Sistem Pengurusan Kejohanan Sukan
(SPKS).
2.3 Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam Borang Pendaftaran
Perlawanan tidak dibenarkan mengambil bahagian

3.0 KONSEP PERTANDINGAN

3.1 Jenis atau konsep pertandingan orienteering ini adalah ‘Score Orienteering’ yang
mana setiap pasukan terdiri dari 4 orang peserta.
3.2 Setiap pasukan bebas melawat mana mana ‘checkpoint’(CP) tanpa perlu mengikut
turutan. Setiap CP mempunyai markah tertentu berdasarkan kesukaran CP tersebut.

4.0 PERATURAN PERTANDINGAN

4.1 Peserta mestilah berdaftar dengan fakulti yang di wakili sahaja.


4.2 Peserta di kehendaki mendaftar 1/2 jam awal sebelum pertandingan bermula.
4.3 Peserta tidak di benarkan menggunakan sebarang bentuk atau jenis kenderaan.
4.4 Penggunaan sebarang alat elektronik seperti telefon bimbit atau ‘walkie talkie’
adalah di larang sama sekali.
4.5 Peserta diwajibkan mempunyai kompas semasa pertandingan dijalankan
4.6 Had Masa Pertandingan yang diberikan ialah selama 1 jam
4.7 Pasukan yang lewat dari Had Masa Pertandingan, dikira batal.

5.0 KATEGORI
5.1 Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori lelaki & kategori
wanita.
5.2 Setiap fakulti dibenarkan menghantar 2 pasukan yang terdiri dari 4 orang bagi
setiap pasukan

1
DIKEMASKINI NOVEMBER 2022

6.0 PELEPASAN PERMULAAN


6.1 Peserta akan di lepaskan dengan serentak.
6.2 Peserta wanita akan dilepas terlebih dahulu dan seterusnya peserta lelaki

7.0 PENENTUAN PEMENANG

7.1 Pemenang akan di tentukan berdasarkan markah yang tertinggi


7.2 Sekiranya terdapat persamaan dari segi markah, penentuan pemenang akan
dikira pada masa yang terpantas.

8.0. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan


disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan
itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya perlawanan diberhentikan akibat hal-hal yang di
luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan
akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.

9.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD

Anda mungkin juga menyukai