Anda di halaman 1dari 4

Kejohanan Sukan

Sekolah-Sekolah Menengah Agama Selangor


(SUKMAS)
Jabatan Agama Islam Selangor
Tahun 2022 (Norma Baharu)

Badminton Skills Challenge (BSC)

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Undang - undang permainan adalah sebagaimana yang berkuatkuasa sekarang


iaitu yang ditetapkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).

1.2 Undang-undang permainan yang ditetapkan Jawatankuasa SUKMAS.

1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah
MUKTAMAD.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan secara individu mengikut sekolah

2.2 Kategori yang dipertandingkan :


2.2.1 Lelaki
2.2.2 perempuan

3. PENDAFTARAN PASUKAN

3.1 Pemain

3.1.1 Semua peserta hendaklah berumur 18 tahun ke bawah.


3.1.2 Tiap-tiap daerah akan mendaftar dan menghantar 5 pemain individu(lelaki)
dan 5 pemain(perempun) bagi sekolah sekolah masing-masing.
3.1.3 Peserta hendaklah memuat naik salinan Kad Pengenalan/My Kid/Salinan Sijil
Kelahiran ke dalam ‘Google Form’ yang disediakan oleh pihak penganjur.
3.1.4 Pendaftaran peserta akan dibuat melalui Google Form.
3.1.5 Hanya peserta yang berdaftar sahaja layak menyertai kejohanan ini.
3.1.6 Penyertaan murid hendaklah secara sukarela
3.2 Pegawai Pasukan

3.2.1 Bilangan Pegawai hendaklah terdiri daripada :


3.2.1.1 1 Pengerusi Teknik
3.2.1.2 1 Juri
3.2.1.3 3 Pengurus Pasukan
3.2.1.4 3 Jurulatih

4. KELAYAKAN PEMAIN
4.1 Semua murid yang berdaftar di sekolah menengah agama jais dan berumur 18
tahun kebawah mengikut tahun semasa layak menyertai pertandingan ini

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Kesemua sekolah akan memuat naik (upload) video individu pemain melakukan
kesemua kemahiran yang dinyatakan melalui laman YouTube. Pemain perlu memuat
naik (upload) ‘link’ video tersebut ke ‘Google Form’.
5.2 Pemenang akan ditentukan berdasarkan lakuan teknik kemahiran yang betul dan
penghayatan serta kesungguhan
5.3 Video hendaklah berdurasi tidak melebihi 4 minit

6. TARIKH KEJOHANAN
6.1 Tarikh Penghantaran Video : 1 hingga 29 mei 2022
6.2 Tarikh Penilaian : 30 hingga 31 mei 2022
6.3 Tempat : sekolah masing-masing/tempat yang sesuai

7. PAKAIAN
7.1 Pemain lelaki ;
7.1.1 Pakaian hendaklah sesuai dan menutup aurat bersesuaian dengan pelajar
sekolah agama.
7.1.2 Pemain hendaklah memakai jersi / ‘track bottom’ atau seluar ‘tight’
berwarna gelap dan menutup aurat, stoking dan kasut sukan bertapak getah
dan tidak bertumit tinggi.
7.2 Pemain Perempuan ;
7.2.1 Semua pemain hendaklah memakai tshirt muslimah dan seluar
panjang/‘track bottom’.
7.2.2 Semua pemain hendaklah memakai kain tudung yang berjahit dan
melepasi paras dada dan memakai bib.
7.2.3 Semua pemain hendaklah memakai kasut sukan bertapak getah dan tidak
bertumit.
8. GELANGGANG/ALATAN
8.1 Badminton
8.2 Kamera

9. RAKAMAN VIDEO

9.1 Posisi rakaman mestilah menampakkan keseluruhan setiap kemahiran dengan


jelas.
9.2 Video TIDAK boleh diedit.
9.3 Kamera hendaklah kekal dari sudut hadapan pemain. Sebarang pergerakan kamera adalah
tidak dibenarkan
9.4 5 Kemahiran yang dipertandingkan
9.4.1 Lob
9.4.2 Smash
9.4.3 Block
9.4.4 Drop
9.4.5 Net Play
9.4.6 10 kali ulangan bagi setiap kemahiran

10. HADIAH DAN SIJIL

10.1 Semua pemain yang menyertai kejohanan ini akan menerima Sijil Penyertaan.
10.2 20 video terbaik akan menerima Medal.
10.3 Semua pemenang setiap kategori tempat 1 hingga 20 akan menerima sijil
pencapaian.

11. JAWATANKUASA PENILAI

11.1 Semua pasukan akan diadili oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh
Jawatankuasa Pengelola.
11.2 Keputusan juri adalah muktamad.

12. PEMBATALAN PENYERTAAN

10.1 Penyertaan Pemain adalah terbatal jika:


10.1.1 berlaku perlanggaran peraturan pertandingan.
10.1.2 rakaman video yang diedit dan tidak mematuhi garis panduan membuat
rakaman.
10.1.3 Video yang dihantar lewat dari tarikh yang ditetapkan akan dikira terbatal

13. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

13.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini, akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya
adalah MUKTAMAD.

Anda mungkin juga menyukai