Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA JARING YANG DIANJURKAN

OLEH USM

1.0 PENGENALAN
Kejohanan Bola Jaring merupakan anjuran dari pihak USM setiap tahun. Pertandingan
Bola Jaring ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar USM unit sukan bola jarring.
Kejohanan Bola Jaring ini akan berlangsung pada 14 JANUARI 2022 iaitu pada hari Jumaat.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mengeratkan hubungan antara pelajar yang berlainan bidang pengajian.
2.2 Melahirkan semangat kesukanan dan memberi kecergasan fizikal.
2.3 Mengcungkil bakat dan kebolehan sedia ada pada diri pelajar srta melahirkan
atlit.
2.4 Melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam banyak bidang dan bukan dalam
satu bidang sahaja.

3.0 TEMA
“ KEMAHIRAN WANITA TERAS KEMARAAN BOLA JARING “
Tema ini dipilih kerana dalam melaksanakan aktivit kesukanan khususnya permainan,
mestilah sesuatu permainan itu dijalankan secara bersungguh-sungguh dan memperolehi
kejayaan yang terbaik dan cemerlang.

4.0 TEMPAT
Padang Universiti Sains Malaysia

5.0 TARIKH
14 JANUARI 2022, JUMAAT
6.0 PERATURAN KEJOHANAN BOLA JARING ANTARA PELAJAR USM 2022
1. PERATURAN AM
1.1 Selain daripada peraturan pertandingan yang terkandung, pertandingan ini akan
dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) yang
terkini
1.2 Sekiranya terdapat percanggahan diantara terjemahan Undang-Undang Permainan
dan Undang-Undang Permainan IFNA, maka adalah diputuskan bahawa Peraturan
Permainan Bola Jaring akan dipatuhi.
1.3 Sekiranya timbul perkara yang tidak sesuai oleh kedua Undang-Undang Permainan,
maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola, kecuali dari aspek teknikal.

2. PENYERTAAN
2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 14 JANUARI 2022 di Padang USM
2.2 Ianya terbuka kepada senua pelajar USM dari semua bidang

3. PENDAFTARAAN
3.1 Setiap ketua kumpulan boleh mendaftar satu pasukan sahaja yang terdiri daripada
sembilan (9) orang pemain.

4. SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Perlawanan akan dibahagi kepada 6 kumpulan A, B, C, D, E dan F.
4.2 Pemenang di pusingan satu akan dijalankan pertandingan secara kalah mati di
pusingan kedua
4.3 Pembagian Mata
4.3.1 Bagi pertandingan yang dijalankan secara Liga, pemenang akan mendapat 3
mata , seri 1 mata dan kalah 0 mata.
4.4 Menentukan Kemenangan
4.4.1 Kemenangan bagi pertandingan secara LIGA, ditentukan daripada jumlah
mata yang terbanyak tetapi jika berlaku seri pada jumlah mata, maka keputusan akan
ditentukan seperti berikut :-
i. Secara purata gol iaitu perbezaan gol, jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah
gol yang kena.
ii. Jika masih seri secara purata gol, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang
dijaringkan dengan jumlah gol yang kena, didarab dengan 100 dan dibahagikan dengan
bilangab permainan. Bagi menentukan kedudukan yang muktamad, bilangan angka
perpuluhan bahi pursta gol ialah 3.
iii. Jika kedudukan masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara mengambil
keputusan perlawanan diantara kedua-dua pasukan berkenaan sebelumnya.
iv. Jika kedudukan masih sama, keputusan akan ditentukan secara lambungan duit.
Jika di peringkat ini lebih daripada dua (2) pasukan terlibat, maka keputusan akan
ditentukan dengan mencabut undi.

5. TEMPOH PERTANDINGAN
Tempoh perlawanan bagi setiap pasukan akan diberikan ialah 15 minit bagi setiap
bahagian dengan 1 minit masa rehat dan 25 minit untuk separuh akhir dan akhir.

6. PAKAIAN
6.1 Pakaian bermain mestilah sesuai dengan permainan bola jarring
6.2 Setiap pasukan mestilah memakai bib.

7. MENARIK DIRI
Pemain tidak dibenarkan untuk menarik diri.

8. KELEWATAN
10 minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas 10 minit sesuatu pasukan
itu tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya 5 orang pemain, maka pasukan itu dikira
menarik diri daripada pertandingan.

9. PENANGGUHAN
9.1 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubah
sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta merta.
9.2 Jawatankuasa Pertandingan dan teknikal akan menetapkan semula tarikh dan
perlawanan yang tertangguh itu.
10. PENGADIL
Jawatankuasa Pengadil adalah pengajar kelab sukan Bola Jaring.

11. BANTAHAN DAN RAYUAN


11.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan okeh Pengurus Pasukan
secara kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan tidak lewat daripada 30 minit selepas
sesuatu perlawanan itu tamat.
11.2 Setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanyak
RM10.
11.3 Wang pertaruhan ini akan luput jika bantahan atau rayuan didapati tidak wajar.

12. JURI RAYUAN


12.1 Juri Rayuan terdiri daripada 3 orang iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan dan w orang Pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam bantahan.
12.2 Keputusan juri dan penganjur adalah muktamad.

13. GANTIRUGI
Segala usaha akan diambil oleh Jawatankuasa Pengelola untuk menjaga Keselamatan
diri dan harta benda peserta. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Pengelola tidak
bertanggungjawab jika berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan kepada peserta atau
kehilangan harta benda di pertandingan ini.

7.0 JAWATAN INDUK


JAWATAN INDUK KEJOHANAN
BOLA JARING USM 2022

PENAUNG
Andik Nurain

PENASIHAT
Venorica Anggel
PENGERUSI
Andik Nurain

SETIAUSAHA
Nik Nurul Atiqah

BENDAHARI
Haisya Zulaikha

AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN BOLA JARING 2022


Pertandingan : Puan Husna Binti Sidek
: Puan Shuhada Binti Abu

Teknikal Dan Peralatan : Verlina Mikha


: Ain Shuhada

Hadiah Dan Cenderamata : Andik Nurain


: Haisya Zulaikha

Pengadil : Shazlina
: Linda Ain

9.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN


PEMBELANJAAN
Medal : RM 100.00
Sijil : RM 50.00

JUMLAH PEMBELANJAAN RM 150.00


11.0 PENUTUP
Semoga kejohanan ini dapat memenuhi matlamat dan objektif sukatan GERKO sukan
dan memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

KEMAHIRAN WANITA TERAS KEMARAAN BOLA JARING


Yang menjalankan tugas,

(ANDIK NURAIN)
Pengerusi,
Kejohanan Bola Jaring USM 2022.

yang diadakan setiap


tahun. Pertandinagn Bola
Jaring ini dikendalikan
sepenuhnya oleh guru-
guru penasihat unit
permainan bola jar
yang diadakan setiap
tahun. Pertandinagn Bola
Jaring ini dikendalikan
sepenuhnya oleh guru-
guru penasihat unit
permainan bola jaring.
Karnival Bola Jaring ini akan
berlangsung pada 16 OGOS
2017 iaitu pada
hari Rabu.

Anda mungkin juga menyukai