Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN KEJOHANAN MEMANAH INDIVIDU BAWAH 12,15 DAN 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU 2012

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN MEMANAH MSSD JOHOR BAHRU Kejohanan ini dijalankan mengikut format single FITA (Outdoor Target Archery) dan peraturan-peratura am MSSM yang sedang dikuatkuasa sekarang. 2. KEJOHANAN MEMANAH INDIVIDU MSSD JOHOR BAHRU Tarikh : 11 Februari 2012 Tempat : SMK Tasek Utara Masa : 7.30 pagi hingga 6.00 petang 3. PENGELOLAAN Kejohanan memanah individu ini dikelolakan oleh SMK tasek Utara yang dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru 4. JENIS PERTANDINGAN: INDIVIDU Kategori dan jarak yang dipertandingkan dikejohanan ini ialah : Kategori L/P bawah 12 tahun Lelaki : 20 m dan 30 m Perempuan : 20 dan 30 m Kategori L/P bawah 15 tahun Lelaki : 30m dan 50m Perempuan : 30m dan 50m Kategori L/P bawah 18 tahun Lelaki : 30m dan 70m Perempuan : 30m dan 60 m 5. TENTATIF KEJOHANAN Tarikh : 11 Feb 2012 7.30 8.00 pagi 8.15 9.00 pagi 9.15 11.30 pagi

3.15 3.45 petang 4.00 5.30 petang

6.00 petang

: Pendaftaran Peserta : Latihan Rasmi : Pertandingan ; Kategori L/P 12 : L/P 15 : L 18 : P 18 : : Latihan Rasmi : Pertandingan ; Kategori L/P 12 : L/P 15 : L 18 : P 18 : : Penutup dan Penyampaian Hadiah

Jarak 30m 50m 70m 60m Jarak 15m 30m 30m 30m

6. PENDAFTARAN 6.1. Pendaftaran peserta melalui borang pendaftaran yang lengkap dengan butiran peserta dan salian Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran 6.2. Pendaftaran lewat tidak akan diterima 7. SISTEM PERTANDINGAN 7.1. Pertandingan dijalankan dalam 2 jarak yang mana setiap pemanah dikehendaki menghabiskan sebanyak 36 anak panah bagi setiap jarak. 7.2. Setiap pemanah perlu mempunyai 6 anak panah 7.3. Setiap pemanah perlu menghabiskan anak panah setiap pusingan dalam masa yang ditetapkan. 8. PERALATAN 8.1. Peralatan yang dibenarkan bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 15 dan 18 tahun adalah termaktub dalam undang-undang International Archery Federation (FITA). 8.2. Bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun dengan beberapa peralatan yang dibenarkan.;limb-kayu sahaja arrow-semua jenis aluminium sahaja tali-Dacron sahaja sight-side sight(simple sight) arrow rest-jenis plastic plunger button-boleh digunakan cliker-boleh digunakan kisser button-boleh digunakan 8.3. Setiap sekolah dikehendaki membawa sendiri set alatan ketika pertandingan sedang berlangsung 9. GELANGGANG/KELENGKAPAN 9.1. Ukuran gelanggang dan kelengkapan adalah merujuk kepada Undang-undang International Archery Federation (FITA) 9.2. Jarak Pertama menggunakan Target Face berukuran 122cm 9.3. Jarak Kedua menggunakan Target Face 80cm (multipleface) 10. LATIHAN RASMI Latihan rasmi untuk setiap jarak akan diadakan selama 45 minit sebelum kejohanan dimulakan. 11. PEMERIKSAAN PERALATAN Pemeriksaan peralatan akan diadakan semasa latihan rasmi kejohanan berlangsung.

12. KELEWATAN DAN BANTAHAN 12.1. Seuatu bantahan selepas tamat permainan setiap kalegori hendaklah dibuat secara bertulis serta ditandatangani oleh pengurus dan seterusnya diserahkan kepada Pengerusi Teknik pertandingan 12.2. Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ringgit Sahaja) sebelum ianya dapat dipertimbangkan. Wang tersebut tidak dapat dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berasas dan ditolak. Bagaimanapun, bayaran tersebut akan dikembalikan jika bantahan tersebut diterima. 12.3. Keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad. 13. JURI RAYUAN Terdiri daripada 3 orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan. 14. PENGADIL Setiap pasukan wajib dikendaki menyediakan sekurang-kurangnya 1orang pengadil. 15. YURAN PERTANDINGAN Setiap peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini dikenakan yuran pertandingan sebanyak RM.............. (Ringgit Malaysia : ............................... Sahaja). Semua bayaran adalah dalam bentuk tunai dan dibayar semasa pendaftaran pertandingan. 16. KELAYAKAN PESERTA Setiap sekolah tidak dihadkan untuk menghantar wakil bagi setiap kategori. 17. MAKANAN DAN MINUMAN Pihak pengajur hanya akan menyediakan minuman sahaja di sepanjang kejohanan dijalankan. 18. PINGAT KEJOHANAN Kejohanan ini akan menyediakan pingat-pingat indivu bagi setiap jarak yang dipertandingkan bagi kategori L/P bawah 12, 15 dan 18 tahun. 19. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG Jawatankuasa pengelola berhak membuat tafsiran segala perkara yang tidak disiarkan di dalam undang-undang pertandingan ini dan keputusan yang dibuat adalah muktamad. 20. PAKAIAN Peserta kejohanan diwajibkan memakai pakaian sukan yang bersesuaian mengikut tatatertib peraturan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai