Anda di halaman 1dari 21

KEJUARAAN SILAT TERBUKA KEBANGSAAN

NEGERI SEMBILAN (OLAHRAGA)


TUNAS HARAPAN,TUNAS,PRA DINI,DINI,PRA REMAJA,REMAJA

PADA
27 , 28 & 29 JANUARI 2023

BERTEMPAT
CENTER COURT PAROI NEGERI SEMBILAN
KEJUARAAN SILAT TERBUKA KEBANGSAAN
NEGERI SEMBILAN

PENDAHULUAN
1. Merupakan satu inisiatif dengan merancang satu program bagi meningkatkan
mutu para pesilat dan sebagai tapak permulaan untuk memilih pesilat yang
berkaliber untuk diketengahkan dipertandingan peringkat kebangsaan dan
antarabangsa selaras dengan matlamat dan objektif program.
OBJEKTIF
1. Melahirkan pesilat yang berpotensi serta mencungkil bakat-bakat baru untuk
diketengahkan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.
2. Memilih pesilat-pesilat yang berpotensi dan berkelayakkan untuk dipilih
mewakili Negara ke kejuaraan yang akan datang.
3. Kesinambungan kepada program yang dianjurkan di peringkat negeri.
4. Menyokong program sukan untuk menangani masalah gejala sosial.
5. Menganjurkan acara sukan silat dengan lebih baik dan tersusun.
6. Merapatkan hubungan dikalangan ahli di seluruh negara.
MATLAMAT
1. Membentuk satu pasukan yang mantap dari segi mental, fizikal dan spiritual
yang tinggi pada pesilat.
2. Memilih pesilat yang berkaliber dan bersemangat jitu untuk dipertandingkan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
KEJUARAAN SILAT TERBUKA KEBANGSAAN
NEGERI SEMBILAN
1.0 NAMA KEJUARAAN
KEJUARAAN SILAT TERBUKA KEBANGSAAN
NEGERI SEMBILAN
2.0 TARIKH KEJUARAAN
27 , 28 , 29 JANUARI 2023
3.0 TEMPAT KEJUARAAN
CENTER COURT PAROI NEGERI SEMBILAN.
4.0 PENGANJUR
SILAT BEBAS
5.0 PENGANJUR BERSAMA
1.PERTUBUHAN EKONOMI DAN KEBAJIKAN SAHABAT NEGERI SEMBILAN
2.TWINS TIGER FIGHTER
3.KELAB SILAT WARISAN MEGA
4.KELAB SILAT RIMAU LEGASI
6.0 KERJASAMA DAN SOKONGAN
1.PSSGM KEBANGSAAN
2.PESAKA NEGERI SEMBILAN
7.0 PASUKAN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN
TERBUKA KEPADA SEMUA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
PERTUBUHAN DAN KELAB
8.0 KELAYAKAN PESERTA
1. Warganegara Malaysia berumur 6 tahun sehingga 16 tahun.
2. Semua pasukan hendaklah mengemukakan borang pendaftaran dan Salinan
kad pengenalan kepada pasukan kepada jawatankuasa pengelola sebelum 20
Januari 2023.
3. Semua peserta pasukan hendaklah menghantar pesilat mengikut syarat
kelayakan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Kejuaraan Silat Terbuka
Kebangsaan Negeri Sembilan.
4. Setiap peserta yang menyertai Kejuaraan ini mestilah yang didaftarkan oleh
kontinjen melalui Borang Daftar Pasukan. Jika nama peserta yang mengambil
bahagian tiada di dalam Borang Daftar Pasukan maka penyertaan peserta
tersebut akan dibatalkan.
5. Pertukaran peserta boleh dibuat oleh pengurus pasukan semasa pendaftaran
kontinjen pada hari mendaftar tetapi sebelum mesyuarat pengurus pasukan
dijalankan.
6. Semua atlit kebangsaan yang pernah mewakili Negara dipertandingan
antarabangsa dan memenangi pingat emas, perak dan gangsa DIBENARKAN
mengambil bahagian dalam Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan
Negeri Sembilan melalui pasukan negeri atau kelab dan pertubuhan.
9.0 PENDAFTARAN DAN BILANGAN PESERTA/PEGAWAI
1. Setiap peserta hendaklah mendaftarkan diri secara atas talian aplikasi
whatsapp 017-7369769 En.Mohd Fitri Omar.
2. Setiap pendaftaran yang berjaya akan disenaraikan dalam jadual.
9.0 YURAN PENYERTAAN
1. Setiap pasukan dikenakan bayaran berjumlah:-
RM35.00 setiap seorang.
10.0 TENTATIF KEJUARAAN
TARIKH MASA ACARA
26 Januari 2023 9 Pagi Pendaftaran
27 Januari 2023 8.30 Pagi -10 Malam Perlawanan peringkat awal
28 Januari 2023 8.30 Pagi -10 Malam Perlawanan suku akhir dan
separuh akhir
29 Januari 2023 8.30 Pagi - 5 Petang Perlawanan akhir
Penyampaian hadiah
Jika ada sebarang perubahan jadual akan di maklumkan.
11.0 PERATURAN AM REMAJA
1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan
dijalankan mengikut Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan Silat yang
dikeluarkan oleh Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) Tahun 2012
Versi 30.08.2013 serta pindaannya dari semasa ke semasa.
2. Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-
undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
3. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan didalam peraturan berkenaan
akandiputuskan seperti berikut:-
i. Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada Kejuaraan Silat Terbuka
Kebangsaan Negeri Sembilan
ii. Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-
undang dan Peraturan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT).
iii. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Kejuaraan Silat
Terbuka Kebangsaan Negeri Sembilan adalah muktamad.

12.0 PERATURAN
TUNAS HARAPAN 6 TAHUN,TUNAS 7 & 8 TAHUN,PRADINI 9 & 10 TAHUN
DINI 11 & 12 TAHUN,PRA REMAJA 13 & 14 TAHUN
1. Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan Negeri Sembilan Kategori Tunas Harapan
,Tunas,Pra Dini,Dini & Pra Remaja.Hanya serangan tangan dan kaki tiada Teknik
jatuhan.Markah jatuhan hanya pada jatuhan akibat Teknik serangan langsung.
REMAJA 15 & 16 TAHUN
1. Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan Negeri Sembilan Kategori Remaja serangan
tangan dan kaki.Semua Teknik serangan dan jatuhan boleh diaplikasikan.
HUKUMAN
1) Binaan
- Diberikan 2 kali selepas pelanggaran ringan secara kumulatif
2) Teguran
- Diberikan selepas mendapat 2 binaan
- Diberikan akibat pelanggaran berat yang tidak mencederakan
3) Peringatan dan Diskualifikasi
- Mengikut tatacara hukuman peraturan Tahun 2012
4) Peraturan penganjur (local rules) untuk pertandingan silat olahraga ini : - Tidak
dibenarkan serangan balas selepas teknik sapuan rebah
- Penggunaan 2 kad protes oleh pelepas dalam 1 perlawanan
- Penggunaan kad amaran oleh KP terhadap Pelepas
13.0 PERATURAN AM
1. Peraturan Kejuaraan ini merujuk kepada Peraturan Pertandingan Silat yang
telah dikeluarkan oleh Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) Tahun
2012 Versi 30.8.2013 dan Tahun 2022 secara hybrid.
2. Penerangan tentang peraturan dan permarkahan perlawanan bagi Kejuaraan
ini akan diberikan semasa Sesi Mesyuarat Pengurus Pasukan
3. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan
akan diputuskan seperti berikut :-
4. Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepada Kejuaraan Silat Terbuka
Kebangsaan Negeri Sembilan. Sebarang permasalahan teknikal akan diputus
berasaskan kepada Undang-undang dan Peraturan Persekutuan Pencak Silat
Antarabangsa (PERSILAT).

14.0 MASA PERTANDINGAN

TUNAS HARAPAN 6 TAHUN ,TUNAS 7 & 8 TAHUN,PRADINI 9 & 10 TAHUN,


DINI 11 & 12 TAHUN
Masa Pertandingan ikut babak 1 minit 30 saat untuk 1 babak
Rehat 1 minit bermain dalam 2 babak sahaja
PRA REMAJA 13 & 14 TAHUN & REMAJA 15 & 16 TAHUN
Masa pertandingan ikut babak 1 minit 30 saat untuk 1 babak
Rehat 1 minit bermain dalam 3 babak sahaja
15.0 KATEGORI YANG PERTANDINGAN
16.0 HADIAH
- Juara Medal Pingat Emas
- Naib Juara Medal Perak
- Tempat ke 3 Medal Gangsa
- Tempat ke 4 Medal Gangsa
- Trofi Johan keseluruhan setiap kategori
- Trofi Utama + Wang Tunai Juara Keseluruhan Kejuaraan Silat Terbuka
Kebangsaan Negeri Sembilan
- Sijil penyertaan di beri semua pasukan yang bertanding

1. Pakaian bagi kategori Silat Olahraga, setiap pesilat hendaklah memakai pakaian
seragam silat berwarna hitam dengan potongan Melayu.
2. Setiap peserta hendaklah mematuhi tatacara pemakaian mengikut peraturan
PERSILAT dan memakai pelindung badan.
17.0 TIMBANG BERAT BADAN
1. Semua pesilat hendaklah ditimbang dan direkod berat badannya bagi
menentukan kelas pertandingan.
2. Penimbangan akan dilakukan 1 kali sahaja pada hari perlawanan pertama
dengan memakai pakaian seperti dalam Peraturan Pesilat.Tiada ulangan timbang.
3. Pesilat yang tidak memenuhi ketentuan berat badan dalam penimbangan
menurut kelas yang diikutinya, dikenakan diskualifikasi.
4. Tiada toleransi berat badan.
5. Proses ini boleh dirujuk pada Undang-undang dan Peraturan
Pertandingan Silat yang dikeluarkan oleh Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa
(PERSILAT) tahun 2012 Versi 30.08.2013.
18.0 PERALATAN PERTANDINGAN/SURAT PENGESAHAN DOKTOR/SURAT
KEBENARAN IBUBAPA DAN SURAT AKUAN JANJI.
1. Semua peralatan semasa pertandingan hendaklah mengikut spesifikasi yang
dibenarkan oleh PERSILAT dan PESAKA Malaysia. Pihak penganjur akan
menyediakan kelengkapan dengan kadar yang bersesuaian.
2. Pihak penganjur akan menyediakan kelengkapan tersebut dengan kadar yang
bersesuaian. Walau bagaimanapun, pesilat adalah digalakkan membawa sendiri
kelengkapan tersebut bagi tujuan keselesaan.
3. Semua pesilat yang memasuki pertandingan, harus mengemukakan surat
pengesahan doktor , Surat Kebenaran Ibubapa dan Surat Akuan Janji yang mana
mengesahkan pesilat layak bertanding.
19.0 PEGAWAI, WASIT DAN JURI PERTANDINGAN
1. Pengarah Pertandingan, Teknikal Deligat, Ketua Pertandingan, Dewan
Wasit/Juri, dan Wasit/Juri akan dilantik oleh Pertubuhan Silat Seni Gayong
Malaysia Kebangsaan (PSSGM KEBANGSAAN) Dan Pesaka Negeri Sembilan.
2. Segala tanggungan adalah dibawah pengurusan Pihak Penganjur.
3. Setiap pertandingan dikendalikan oleh Pegawai Teknikal yang diiktiraf oleh
PESAKA Malaysia. Semua keputusan yang dibuat oleh pengadil-
pengadil adalah muktamad.
3. Jawatankuasa Pengelola dengan nasihat teknikal delegat Pesaka Negeri
sembilan dan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGM
KEBANGSAAN).

20.0 PERKARA AM
1. Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Induk berkuasa mengambil sesuatu
keputusan kepada sebarang perkara yang berbangkit yang tidak tercatat dalam
Peraturan Am.
2. Segala keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Pengelola atau
Jawatankuasa Induk adalah muktamat.
3. Sebarang keputusan yang dibuat semasa Mesyuarat Pengurus- Pengurus
Pasukan bagi setiap kategori adalah muktamat dan tidak boleh dibantah asalkan
ia tidak bercanggah dengan Peraturan Am Kejuaraan Silat Terbuka Kebangsaan
Negeri Sembilan.
4. Segala bantahan mengenai kesahihan status peserta tidak boleh dibuat oleh
mana-mana pihak setelah diterima dan disahkan oleh Jawatankuasa Induk
ataupun selepas diputuskan di dalam Mesyuarat Pengurus- Pengurus Pasukan.
Pendaftaran peserta semasa tarikh akhir pendaftaran seperti yang ditetapkan di
dalam Peraturan Am akan menjadi penentu kepada pasukan yang menyertai.
5. Wang penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan yang telah
didaftarkan terlebih dahulu menarik diri dari mengambil bahagian.
6. Jawatankuasa Pengelola juga mempunyai kuasa mutlak memeriksa kelayakkan
peserta-peserta yang didaftarkan pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat peserta
yang tidak layak menyertai kejuaraan ini, seperti yang tercatat di dalam Peraturan
Am ini dan Peraturan Pertandingan tindakan berikut akan diambil.

21.0 MAKLUMAT PERHUBUNGAN


Sekretariat,
KEJUARAAN SILAT TERBUKA KEBANGSAAN NEGERI SEMBILAN
Pendaftaran Pasukan Teknikal
EN.MOHD FITRI BIN OMAR
NO.TEL 017-7369769
Disediakan oleh,
SEKRETARIAT KEJUARAAN SILAT TERBUKA KEBANGSAAN NEGERI SEMBILAN

Anda mungkin juga menyukai