Anda di halaman 1dari 7

PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

MSSD PERAK TENGAH KALI KE 19 TAHUN 2020

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PERAK TENGAH


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHANGKAT LADA
SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LADA 3

1.0 TARIKH DAN MASA KEJOHANAN


17 hb. JANUARI 2020 (JUMAAT) 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
2.0 TEMPAT : SMK Changkat Lada
3.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
KEJOHANAN ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia
( KOAM ), Peraturan – Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ,
Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) tahun
semasa dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPk).

4.0 JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / JARAK LALUAN


4.1 Pertandingan akan dijalankan secara individu dan berpasukan.
4.2 Kumpulan Umur dan Kategori adalah seperti berikut:
Bil Kategori dan Had Umur Peserta Jarak
1 Bawah 18 Tahun Lelaki 8 km
2 Bawah 15 Tahun Lelaki 6 km
3 Bawah 12 Tahun Lelaki 4 km
4 Bawah 18 Tahun Perempuan 6 km
5 Bawah 15 Tahun Perempuan 6 km
6 Bawah 12 Tahun Perempuan 4 km
*Jarak cadangan baru belum dapat keputusan dari Bahagian Sukan.

5.0 PENGESAHAN PESERTA – PESERTA / TURUTAN KEJOHANAN


i. Pengesahan peserta pada jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi.
ii. Masa larian pada jam 8.15 pagi.
iii. Majlis Penutup pada jam 10.00 pagi.
6.0 PENDAFTARAN PESERTA
6.1 Setiap peserta yang didaftarkan hendaklah Warga Negara Malaysia dengan maksima 5
peserta bagi tiap kategori.
6.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi
yang disediakan. Nama peserta hendaklah mengikut nama seperti di kad pengenalan.
6.3 Borang pendaftaran yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada
atau sebelum 15 hb. Januari.

7.0 PENENTUAN JUARA KESELURUHAN


7.1 Juara keseluruhan merentas desa adalah berdasarkan kepada jumlah agreget yang
terendah dikumpulkan daripada empat kategori ( Sek. Menengah sahaja )
dan dua kategori (Sek, Ren sahaja)
7.2 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat bilangan Johan berpasukan yang terbanyak
akan dikira sebagai pemenang.
7.3 Jika berlaku seri juga, tempat kedua dan berikutnya akan diambil kira sebagai pemenang.

8.0 PENETAPAN PUNGUTAN MATA BAGI BERPASUKAN


8.1 Daripada 5 peserta yang berlari, prestasi / pencapaian terbaik 4 orang peserta yang
menamatkan larian akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan.
8.2 Pasukan yang mendapat agreget terendah akan diisytiharkan sebagai pemenang.
8.3 Jika berlaku seri penamat yang kelima terbaik akan diambil kira bagi menentukan
pemenang.

9.0 HADIAH – HADIAH KATEGORI


i. Bagi acara Individu hadiah dan sijil akan diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke
10 bagi setiap kategori.
ii. Piala pusingan akan diberikan kepada sekolah yang menjadi Johan keseluruhan.
iii. Penentuan Johan Berpasukan adalah pasukan yang memungut agreget mata terendah bagi
empat kedudukan terbaik untuk setiap kategori.
iv. Jika berlaku seri penamat tempat kelima terbaik akan diambil kira bagi menentukan pemenang.
10.0 NOMBOR PESERTA
i. Setiap peserta hendaklah memakai nombor pengenalan yang disediakan oleh sekolah masing-
masing dibahagian hadapan dan belakang badan dan hendaklah disematkan pin pada keempat-
empat sudut kain.
ii. Penetapan nombor adalah seperti berikut:
Ketegori PASUKAN L18 P18 L15 P15
KAIN Tulisan Tulisan Tulisan Hijau Tulisan
PUTIH Hitam Biru Merah
1 SMK SMS A001-A006 A001-A006 A001-A006 A001-A006
2 SMK SMS I B001-B006 B001-B006 B001-B006 B001 - B006
3 SMK SAJS C001–C006 C001 -C006 C001-C006 C001 - C006
4 SMK LLK D 001-D006 D 001-D008 D001-D006 D 001-D006
5 SMK CHANGKAT LADA E001 – E006 E001–E006 E001– E006 E001 – E006
6 SMK LK F 001-F006 F001-F006 F001-F006 F001-F006
7 SMK SR G 001-G006 G 001-G006 G001-G006 G001-G006
8 SMK SI H001-H006 H001-H006 H001-H006 H001-H006
9 SMK IS I001-I006 I001-I006 I001-I006 I001-I006
10 SMK DARY J001-J006 J001-J006 J001-J006 J001-J006
11 SMK DSML K001-K006 K001-K006 K001-K006 K001-K006
12 SMKASAS M001-M006 M001-M006 M001-M006 M001-M006
13 SMARDNS/SARJANA N001-N006 N001-N006 N001-N006 N001-N006
14 MRSM PASIR SALAK P001-P006 P001-P006 P001-P006 P001-P006
15 SABK MAAHAD ALAZIZ Q001-Q006 Q001-Q006 Q001-Q006 Q001-Q006
16 SABK MAAHAD EHYAK R001-R006 R001-R006 R001-R006 R001-R006
17 MRSM PARIT S001-S006 S001-S006 S001-S006 S001-S006
18 SMK SERI LONDANG T001-T006 T001-T006 T001-T006 T001-T006
iii. Bagi kategori sekolah rendah warna kain putih dan tulisan mengikut warna yang ditetapkan
masing-masing dan dimulakan dengan abjad sekolah masing-masing seperti pasukan olahraga
sekolah.
Iv. Ukuran kain 4 inci X 6 inci L12 – Tulisan
v. Saiz nombor standard P12 – Tulisan
(rujuk lampiran)
11.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA
i. Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu acara
berkenaan dijadualkan berlangsung.
ii. Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti
disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing.

12.0 MEMANASKAN BADAN


Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan.

13.0 PAKAIAN
i. Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas serta DIGALAKKAN berkasut sewaktu
mengambil bahagian dan DIWAJIBKAN berkasut semasa majlis penyampaian hadiah.
Pengurus Pasukan bertanggungjawab memastikan atlet berkasut jika keadaan trek
merentas desa ada risiko kecederaan.
ii. Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata.

14.0 BANTAHAN
i. Segala bantahan hendaklah dibuat dengan mengikut Peraturan 147 KOAM.
ii. Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan
dengan serta merta dan tidak lewat daripada lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan
rasmi diumumkan.
iii. Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang pertaruhan
sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus sahaja )

15.0 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi
Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Olahraga
MSSD, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-
Pengurus Pasukan akan diberitahu.
Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam
Undang-Undang Olahraga KOAM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-
Peraturan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa MSSPk. Termasuk TIDAK MEMBENARKAN
penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini

16.0 HAL – HAL LAIN


Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang
tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.
Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil
bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI
DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
16.1 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota,
kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain berlaku :
10.1.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah ke tempat pertandingan
10.1.2 Semasa kejohanan dijalankan
10.1.3 Di dalam dan di luar kawasan pertandingan
10.1.4 Di tempat-tempat pertandingan
16.2 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil
langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai
terjamin setakat mana yang munasabah.

17.0 KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS PERAK


Tarikh : 15 Februari 2020
Tempat : Daerah Batang Padang (Proton City)
Peserta : 5 orang setiap kategori dan 3 orang pengurus dan enam jurulatih

18.0 LATIHAN PUSAT : 4 – 6 Februari 2020 (Fasa 1)


11 – 13 Februari 2020 (Fasa 2)
Tempat : SMK Changkat Lada
Masa : 8.00 am - 1.00 pm

*Pemenang tempat pertama hingga kelima akan mewakili daerah.


*Guru perlu menyediakan borang MO1/RO1 yang lengkap bertaip dan bergambar serta ada
cop sekolah.
*Disertakan sekali salinan surat beranak/My Kid (sekolah rendah) dan salinan kad
pengenalan (sekolah menengah) untuk tujuan pendaftaran MSS Perak sebelum 6 Februari
bagi memudahkan pendaftaran MSS Perak.
BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE 19 MSSD PERAK TENGAH 2020

NAMA SEKOLAH :
NAMA PENGURUS :

LELAKI KELAS 1 (BAWAH 18 TAHUN)


BIL NO PEND. NAMA PESERTA NO.KP TARIKH NO
SEK LAHIR PESERTA
1
2
3
4
5
6

PEREMPUAN KELAS 1 (BAWAH 18 TAHUN)


BIL NO PEND. NAMA PESERTA NO.KP TARIKH NO
SEK LAHIR PESERTA
1
2
3
4
5
6

LELAKI KELAS II (BAWAH 15 TAHUN)


BIL NO PEND. NAMA PESERTA NO.KP TARIKH NO
SEK LAHIR PESERTA
1
2
3
4
5
6

PEREMPUAN KELAS II (BAWAH 15 TAHUN)


BIL NO PEND. NAMA PESERTA NO.KP TARIKH NO
SEK LAHIR PESERTA
1
2
3
4
5
6

Disahkan oleh Tarikh :


BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE 19 MSSD PERAK TENGAH 2020

NAMA SEKOLAH :
NAMA PENGURUS :

LELAKI KELAS 3 (BAWAH 12 TAHUN)


BIL NO PEND. NAMA PESERTA NO.KP TARIKH NO
SEK LAHIR PESERTA
1
2
3
4
5
6

PEREMPUAN KELAS 3 (BAWAH 12 TAHUN)


BIL NO PEND. NAMA PESERTA NO.KP TARIKH NO
SEK LAHIR PESERTA
1
2
3
4
5
6

Disahkan oleh Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai