Anda di halaman 1dari 9

MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH

KUALA SELANGOR

MESYUARAT PENYELARASAN
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW
MSSD KUALA SELANGOR
2019

TARIKH : 28 JANUARI 2019 (ISNIN)


TEMPAT : SMK SUNGAI BURUNG, TG KARANG
ANJURAN : PPD KUALA SELANGOR
PENGELOLA : SMK SUNGAI BURUNG

0
AGENDA MESYUARAT

Tarikh : 28 Januari 2019 (Isnin)


Masa : 2.30 petang
Tempat : SMK Sungai Burung, Tanjung Karang

Agenda :

1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis (sekolah pengelola)


2. Ucapan Pengetua SMK Sg Burung
3. Ucapan Pegawai PPD / wakil
4. Taklimat kejohanan daripada Pengerusi Teknik
(i) Maklumat pertandingan
(ii) Perlaksanaan pertandingan
(iii) Sistem pertandingan
(iv) Peraturan pertandingan
(v) Pengesahan penyertaan
(vi) Pendaftaran & sumbangan kejohanan
(vii) Jadual pertandingan
(viii) Hadiah
(ix) Latihan pusat
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan

1
TAKLIMAT KEJOHANAN
1. PENGELOLAAN KEJOHANAN

1.1 SMK Sungai Burung, Tanjung Karang telah dilantik menjadi pengelola kejohanan dengan
dibantu oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Sepak Takraw Daerah.
1.2 Sebarang perubahan atau pindaan tertakluk kepada bidang kuasa sekolah pengelola dan
Pengerusi Teknik.

2. MAKLUMAT PERTANDINGAN

2.1 Tarikh : 11 - 15 Februari 2019


2.2 Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang
2.3 Tempat : SMK Sungai Burung, Tanjung Karang

3. PERLAKSANAAN PERTANDINGAN

TARIKH KATEGORI MASA PUSINGAN TEMPAT

11 Februari 2019
Bawah 18 Tahun
(Isnin) • Liga kumpulan
12 Februari 2019 8.30 pg - • Pusingan Kedua /
Bawah 15 Tahun
(Selasa) 6.00 ptg Ketiga
13 Februari 2019 • Suku Akhir
Bawah 12 Tahun SMK Sg Burung
(Rabu)
14 Februari 2019 8.30 pg - • Separuh Akhir
(Khamis) 2.00 ptg • Akhir
Semua kategori
15 Februari 2019 8.30 pg -
Pemilihan (Fasa 1)
(Jumaat) 5.00 ptg

4. BOLA TAKRAW

4.1 Setiap pasukan perlu menyediakan bola takraw sendiri bagi setiap perlawanannya dari
pusingan awal hingga Suku Akhir. Pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab sekiranya
berlaku sebarang kehilangan.
4.2 Standard saiz dan jenama bola takraw yang digunapakai dalam kejohanan ini ialah:-
4.2.1 Kategori rendah – GAJAHMAS 311
4.2.2 Kategori menengah – GAJAHMAS 511
4.3 Pihak pengelola akan membekalkan bola takraw bagi perlawanan di pusingan Separuh Akhir
dan Akhir sahaja.

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan antara regu


5.1.1 Pusingan awal – liga kumpulan
5.1.2 Pusingan kedua – kalah singkir
5.2 Bilangan kumpulan yang dibentuk adalah berdasarkan jumlah penyertaan regu dan
mengambilkira pasukan ‘seeded’ yang memenangi kejohanan pada tahun 2018.

2
5.2.1 Sekiranya pasukan ‘seeded’ tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik
berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
5.2.2 Pasukan ‘seeded’ tidak akan bertemu sesama sendiri di pusingan awal.
5.3 Regu dalam pasukan yang sama tidak akan bermain dalam kumpulan yang sama.
5.4 Undian kumpulan akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola/Jawatankuasa Teknik bagi
menentukan kumpulan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian
5.5 Sebarang perubahan/pindaan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Teknik.
5.6 Keputusan kejohanan pada tahun 2018 :

Bawah 12 Tahun Bawah 15 Tahun Bawah 18 Tahun


Johan SK Ijok B SMK Dato’ Harun A SMK Kuala Selangor B
Naib Johan SK Puncak Alam A SMK Puncak Alam 3 A SMK Puncak Alam A
Ketiga SK Parit Serong B SMK Raja Muda Musa A SMK Puncak Alam 3 A
Bersama SK Jaya Setia B SMK 4S B SMK Dato’ Harun

6. PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Rujuk Peraturan Am Kejohanan MSSD 2019

7. PENGESAHAN PENYERTAAN

7.1 Pengesahan penyertaan hendaklah dibuat sebelum atau pada 7 FEBRUARI 2019 dengan
menghubungi terus Pengerusi Teknik.

PT Rendah Mohd Kamarul Imran 016-2881709


PT Menengah Ahmad Azhari B Sarmun 013-3454678

7.2 Setiap pasukan boleh mendaftar sebanyak 2 regu sahaja bagi setiap kategori yang
dipertandingkan.
7.3 Pasukan SMK RAJA MUDA MUSA dan SMK PUNCAK ALAM 3 dibenarkan menghantar
tambahan 1 regu yang terdiri daripada atlet murid Tingkatan 1 sahaja atas nama Pusat Latihan
Daerah (PLD).

8. PENDAFTARAN & SUMBANGAN KEJOHANAN

8.1 Dokumen yang perlu diserahkan semasa pendaftaran pasukan:


8.1.1 Borang pendaftaran pasukan
8.1.2 Borang senarai regu
8.1.3 Borang R01/M01 yang telah DISAHKAN.
8.1.4 Salinan surat beranak/kad pengenalan yang telah DISAHKAN.
8.1.5 Sumbangan kejohanan sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus sahaja)
8.2 Borang pendaftaran pasukan/senarai regu/R01/M01 boleh dimuatturun melalui laman web
kejohanan di alamat URL http://sepaktakrawkusel.wordpress.com

3
9. JADUAL PERTANDINGAN

9.1 Jadual pertandingan yang telah siap disusun boleh dimuat turun dan dicetak melalui laman
web kejohanan atau melalui aplikasi ‘Group Whatsup’ sebelum kejohanan berlangsung.
9.2 Jadual perlawanan tidak disediakan semasa pendaftaran pasukan.

10. HADIAH

10.1 Hadiah berupa pingat, sijil pencapaian dan sijil penghargaan akan diberikan kepada pasukan
yang mendapat johan, naib johan dan tempat ketiga sahaja. (tertakluk pada pengelola)
10.1.1 Pasukan yang mendapat tempat keempat hanya menerima sijil pencapaian sahaja.
(tertakluk pada pengelola)
10.2 Sijil penyertaan & sijil penghargaan akan diberikan kepada semua pasukan yang bertanding
dari pusingan awal hingga pusingan Suku Akhir sahaja.
10.3 Anugerah Pemain Terbaik adalah tertakluk pada pengelola kejohanan.

11. LATIHAN PUSAT

11.1 Pemain yang dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan akan mengikuti latihan pusat seperti:
(i) Pemilihan Fasa 1 - 15 Februari 2019
(ii) Pemilihan Fasa 2 & latihan pusat - 20 - 22 Februari 2019
(iii) Kejohanan peringkat negeri - 25 - 28 Februari 2019
11.2 Mana-mana sekolah yang mana pemainnya terpilih mewakili kontijen daerah perlu memberi
sumbangan sebanyak RM30 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh sahaja) bagi setiap seorang pemain
bagi menampung kos perbelanjaan makan/minum semasa latihan pusat dan kejohanan
peringkat negeri.
11.3 Jawatankuasa Pemilihan adalah seperti berikut:

Mohammad Kamarul Imran - PT (R) SK Puncak Alam


Bawah 12 Tahun
Mohd Tahrin B Maarof SK Ijok
Ahmad Azhari B Sarmun - PT (M) SMK Sg Burung
Nor Hamazi B Abu Kasim SMK Puncak Alam Bawah 15 Tahun
Kamaruzzaman B Che Jaafar SMK Raja Muda Musa Bawah 18 Tahun
Muhammad Taufik B Rahman SMK Dato’ Harun

4
PERATURAN AM PERTANDINGAN
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang terbaru ISTAF (Gabungan Sepak Takraw
Antarabangsa yang dikuatkuasa pada masa ini) dan Peraturan Am MSSM.

2. JENIS PERMAINAN

2.1 Kejohanan ini mengandungi pertandingan acara berikut:


2.1.1 Antara regu (peringkat umur 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun ke bawah)
2.1.2 Bagi kategori bawah 12 tahun, pemain mesti dilahirkan pada atau
selepas 1 Januari 2007.
2.1.3 Bagi kategori bawah 15 tahun, pemain mesti dilahirkan pada atau
selepas 1 Januari 2004.
2.1.4 Bagi kategori bawah 18 tahun, pemain mesti dilahirkan pada atau
selepas 1 Januari 2001.

3. PENGURUSAN

3.1 Kejohanan ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Selangor.
3.2 Urusan pengelolaan dikelolakan oleh SMK Sungai Burung, Tanjung Karang.

4. PERATURAN

4.1 Selain daripada peraturan yang terkandung, maka kejohanan ini akan dijalankan mengikut
undang-undang ISTAF (Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa) yang dikuatkuasa pada masa ini.
4.2 Kenyataan yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am MSSM atau undang-undang berkenaan
akan diputuskan seperti berikut:
4.2.1 Semua kejadian am akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.
4.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.
4.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola kejohanan adalah
muktamad.

5. PENYERTAAN PERTANDINGAN

5.1 Antara regu bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun mengandungi 2 regu bagi setiap pasukan
dengan 4 orang pemain bagi setiap regu.
5.2 Hanya pemain yang didaftarkan sahaja diakui sah dan layak menyertai kejohanan ini.
5.3 Pertukaran pemain yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat sebelum kejohanan dimulakan.
5.4 Setiap pemain mesti memakai jersi yang seragam dan bernombor di belakang antara 1 hingga 36.
5.4.1 Nombor jersi mestilah sama seperti didaftarkan dari awal hingga tamat
pertandingan.
5.5 Ketua bagi setiap regu diwajibkan memakai ‘arm band’ di sebelah kiri setiap kali pertandingan.

6. SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Sistem kiraan 15 mata (tanpa ‘deuce’) dengan servis tiga kali berturut-turut akan digunakan
pada kejohanan ini.
6.2 Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola/Jawatankuasa Teknik bagi menentukan
kumpulan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. (rujuk Peraturan Am (10) MSSM).
6.3 Pertandingan Antara Regu
6.3.1 Pusingan Awal

5
6.3.1.1 Dijalankan secara LIGA KUMPULAN dan semua regu mesti menghabiskan kesemua
perlawanan yang telah dijadualkan.
6.3.1.2 Pertandingan akan dijalankan dengan tertib mengikut jadual yang telah dikeluarkan.
6.3.1.3 Pasukan yang menang mendapat 2 mata dan kalah 0 mata.
6.3.1.4 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu kumpulan, kiraan mata diperoleh
oleh 2 pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukan dengan mengikut
tertib berikut:
i) Kiraan perbezaan JUMLAH MATA yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.
ii) Kiraan perbezaan JUMLAH SET daripada jumlah set menang dengan set kalah yang
diperolehi oleh pasukan berkenaan.
iii) Kiraan perbezaan JUMLAH SKOR iaitu perbezaan jumlah skor yang diperolehi
dengan jumlah skor yang kena oleh pasukan berkenaan.
6.3.1.5 Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku, maka kaedah berikut
dilakukan:
i) Jika 2 pasukan sahaja yang terlibat, maka pasukan yang telah mengalahkan
lawannya akan dikira menang.
ii) Jika 3 pasukan atau lebih pasukan terlibat, maka keputusan muktamad akan
ditentukan dengan perlawanan semula dalam liga satu set dengan kiraan 15 mata
sahaja. Undian akan dibuat bagi menentukan perlawanan.
6.3.2 Pusingan Kedua
6.3.2.1 Pusingan kedua dijalankan secara kalah singkir.
6.3.2.2 Johan dan Naib Johan bagi setiap kumpulan layak ke pusingan kedua.
6.3.2.3 Undian akan dilakukan bagi menentukan laluan kalah singkir selepas selesai
perlawanan terakhir di pusingan pertama.
6.4 Setiap pasukan hendaklah bersanggupan bertanding lebih daripada satu perlawanan.
6.5 Pembahagian KUMPULAN atau UNDIAN tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Teknik.

7. PENGGANTIAN / PERTUKARAN PEMAIN

7.1 Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam
mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang
sama.
7.2 Gantian pemain dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan jurulatih pasukan kepada
pengadil yang bertugas semasa bola tidak di dalam permainan.
7.3 Setiap regu dibenarkan membuat sekali pertukaran bagi setiap set.
7.4 Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada pengadil dan pertukaran
hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana pengadil yang bertugas nampak semasa
pertukaran pemain dilakukan.
7.5 Pertukaran pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa
permulaan set.
7.6 Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan sekiranya
pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika pertukaran telah dilakukan,
maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah.
7.7 Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak dibenarkan
meneruskan perlawanan dan dianggap kalah.
7.8 Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) atas sebab tatatertib, maka
regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya pertukaran masih belum
dilakukan di dalam set tersebut. Jika pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka
perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.

6
8. ‘TIME OUT’

8.1 Setiap jurulatih pasukan berhak memohon sekali ‘time out’ sahaja dalam satu set perlawanan.
8.2 ‘Time out’ dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan jurulatih pasukan kepada
pengadil yang bertugas semasa bola tidak di dalam permainan.

9. MENARIK DIRI

9.1 Pasukan yang lewat 15 minit daripada masa yang dijadualkan tanpa sebab yang munasabah
akan dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding.
9.2 Menarik diri/‘walkover’ adalah tidak dibenarkan. Jika berlaku, pasukan berkenaan akan
dihukum menarik diri daripada keseluruhan kejohanan.
9.3 Keputusan-keputusan pertandingan yang terdahulu (sistem liga sahaja) tidak diambil kira bagi
pasukan yang menarik diri atau memberi kemenangan percuma kepada lawannya.

10. PENGGANTUNGAN

10.1 Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh pengadil yang bertugas,
maka dengan serta-merta digantung bermain pada satu perlawanan berikutnya sehingga
Jawatankuasa Tatatertib membuat keputusan.

11. PENGADIL / PENJAGA GARISAN

11.1 Semua perlawanan akan diadili oleh pengadil-pengadil yang dilantik khas oleh MSSD Kuala
Selangor.
11.2 Semua penjaga garisan atau pembantu-pembantu lain yang bertugas di sepanjang kejohanan
ini dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.
11.3 Kejohanan ini tidak menggunakan penjaga garisan di pusingan awal tetapi digunakan di
pusingan Separuh Akhir dan Akhir sahaja.
11.4 Segala keputusan yang telah dibuat oleh pengadil yang bertugas atau penjaga garisan
berkaitan dengan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD.
11.5 Ketua Pengadil/Pengadil Rasmi mempunyai kuasa penuh/kuasa mutlak untuk membuat
keputusan atas sebarang permasalahan atau pertikaian mengenai undang-undang, peraturan
dan keputusan permainan sepanjang kejohanan berlangsung.

12. BANTAHAN / RAYUAN

12.1 Sila rujuk Peraturan Am (13) MSSM.


12.2 Semua bantahan/rayuan hendaklah dikemukakan oleh pengurus pasukan sahaja secara
bertulis kepada Juri Rayuan tidak lewat daripada 1 jam selepas perlawanan tamat.
12.3 Sebarang bantahan/rayuan lebih daripada 1 jam selepas perlawanan berkenaan tidak akan
dilayan.
12.4 Setiap bantahan/rayuan yang dibuat mesti disertakan dengan bayaran wang tunai RM300
(Ringgit Malaysia Tiga Ratus sahaja)
12.5 Sekiranya bantahan/rayuan didapati tidak wajar, maka wang rm300 dianggap hangus.
Sekiranya berjaya, ia akan dipulangkan kembali.

13. JAWATANKUASA TATATERTIB

13.1 Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa 1 jam setelah laporan pengadil atau
pegawai pertandingan disampaikan dan membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu
diambil berlebihan dari peraturan 10 di atas.
13.2 Jawatankuasa ini berhak mendapat maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan
dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan.

7
13.3 Jawatankuasa Tatatertib terdiri daripada Pengerusi Kejohanan, Setiausaha Kejohanan,
Pengerusi Teknik dan Ketua Pengadil.

14. JURI RAYUAN

14.1 Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 2 jam setelah menerima bantahan atau rayuan yang
dibuat oleh pasukan-pasukan dan akan menyampaikan keputusannya kepada Jawatankuasa
Pengelola. Keputusan adalah muktamad.
14.2 Juri Rayuan terdiri daripada Pengerusi Pengelola/wakil, Pengerusi Teknik, Ketua Pengadil dan 2
orang pengurus pasukan yang berkecuali.

15. PEMILIHAN PEMAIN MEWAKILI DAERAH

15.1 Pemain-pemain yang dipilih untuk mewakili daerah adalah bergantung kepada panel pemilih
yang dilantik oleh Jawatankuasa Teknik.
15.2 Regu atau pasukan yang menjadi johan dalam kejohanan tidak semestinya secara automatik
terpilih mewakili pasukan daerah.
15.3 Pemain yang dipilih adalah memenuhi keperluan dan strategi pasukan.
15.4 Seseorang pemain yang tidak menyertai Kejohanan MSSD Kuala Selangor atas alasan yang
munasabah harus menjalani pemilihan fasa terakhir.

16. AM

16.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan.
16.2 Semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD.

Anda mungkin juga menyukai