Anda di halaman 1dari 14

1

MASISWA PEMANGKIN SUKAN IPTS

PERATURAN AM
SUKAN MASISWA

1 |KEMASKINI 18 FEBRUARI 2022


2
MASISWA PEMANGKIN SUKAN IPTS

Peraturan Am Kejohanan Sukan MASISWA

1. NAMA
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Sukan MASISWA (KSM).
2. PENGELOLA
2.1 Kejohanan Sukan MASISWA (KSM) ini dianjurkan oleh Majlis Sukan IPTS
Malaysia (MASISWA) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan
semua IPTS yang berdaftar dengan Sektor Pengurusan IPTS (SPIPTS),
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
2.2 Bagi maksud pengelolaan, MASISWA bertanggungjawab dengan perkara-
perkara dasar dan boleh menyerahkan kuasa pengelolaan serta aktiviti sukan
kepada mana-mana ahli MASISWA atau satu Jawatankuasa Pengelola yang
ditubuhkan oleh MASISWA.
2.3 Adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Pengelola menerangkan
secara lengkap dan jelas peraturan pertandingan KSM kepada
badan/persatuan sukan dan orang perseorangan yang terlibat dalam
pelaksanaan KSM.

3. KELAYAKAN
3.1 Semua IPTS di Malaysia yang berdaftar dengan SPIPTS layak menyertai KSM.
3.1.1 Pelajar-pelajar tahun akhir yang telah menamatkan pengajian hanya
layak mewakili universiti sehingga semester baru dibuka (kecuali
semester khas).
3.1.2 Semua pelajar yang berdaftar dan menghadiri kursus Sijil,
Matrikulasi/Pengajian Asas, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah dan
Ijazah Lanjutan. Pelajar yang mengikuti kursus jangka pendek kurang
dari 6 bulan tidak layak bertanding.

3.1.3 Setiap pelajar hanya layak mewakili universitinya dimana mereka


mendaftar. Jika seseorang pelajar berdaftar dengan universiti yang
terletak di Zon Utara, pelajar ini hanya boleh bermain di Zon Utara
sahaja (tidak boleh mewakili zon yang lain) bagi Kejohanan Sukan Zon.

3.1.4 Universiti/Kolej yang mempunyai cawangan yang berlainan adalah


dibenarkan untuk menyertai Kejohanan Sukan Utama MASISWA.

2 |KEMASKINI 18 FEBRUARI 2022


3
MASISWA PEMANGKIN SUKAN IPTS

3.1.5 Setiap IPTS yang didapati bersalah menurunkan pemain-pemain yang


bukan pelajarnya akan dikenakan tindakan seperti berikut:

i. IPTS tersebut tidak akan dibenarkan bertanding dalam acara


tersebut pada masa akan datang (jangka masa pergantungan
akan ditentukan oleh panel disiplin. Surat pemakluman secara
rasmi dari MASISWA akan dimajukan kepada CEO/Presiden
Univesiti dan juga Seksyen Sukan, Kementeian Pengajian Tinggi
(KPT)
ii. Keputusan perlawanan sebelumnya akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Bantahan dan Juri Rayuan sepertimana Perkara
14.

3.2 Peserta program pertukaran pelajar (Student Exchange)

3.2.1 Pelajar perlu berdaftar mengikuti program tersebut sekurang-


kurangnya 3 bulan di IPT serta mempunyai VISA/permit belajar yang
telah diluluskan.

3.2.2 Pelajar perlu berada di Malaysia 14 hari berturut-turut sebelum tarikh


kejohanan.

3.3 Seseorang pemain yang digantung permainannya oleh badan-badan tersebut


dibawah tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan dalam tempoh
pergantungannya:-

i. Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA)


ii. Persatuan Sukan Negeri
iii. Persatuan Sukan Kebangsaan
iv. Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), MASKOM, MSP

4. KAD PELAJAR (ID)


Semua peserta dikehendaki membawa bersama kad pelajar atau surat pengesahan
pelajar yang ditandatangani oleh Pendaftar di sepanjang KSM dijalankan.
5. BILANGAN PEGAWAI/PESERTA DAN SUKAN YANG BOLEH DIPERTANDINGKAN
5.1 Bilangan pegawai dan peserta adalah mengikut peraturan permainan sukan
berkenaan.
5.2 Pengesahan Penyertaan
5.2.1. Setiap IPTS yang ingin mengambil bahagian dikehendaki
mengemukakan borang pengesahan penyertaan mengikut jenis sukan
kepada pihak Pengelola tidak lewat daripada 30 hari sebelum tarikh
KSM bermula.

5.2.2. Borang pengesahan atlit mengikut permainan diserahkan kepada


pihak Pengelola tidak lewat daripada 14 hari sebelum tarikh KSM
bermula.

3 |KEMASKINI 18 FEBRUARI 2022


4
MASISWA PEMANGKIN SUKAN IPTS

5.2.3. Pengesahan penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan


Jawatankuasa Pengelola.

5.3 Borang Pertandingan


5.3.1 Semua pasukan dimestikan menggunakan borang pendaftaran pemain
dan borang perlawanan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
5.3.2 Semua borang pendaftaran pasukan hendaklah ditandatangani oleh
Pengarah atau Ketua Pusat/Unit Sukan dan diserahkan kepada
Jawatankuasa Pengelola sebelum tarikh tutup pertandingan.
5.3.3 Hanya pemain yang didaftarkan di dalam borang pendaftaran
permainan sahaja layak mengambil bahagian.

6. REFERI KEHORMAT/PENGADIL
6.1 Pengadil bertauliah akan disediakan oleh jawatankuasa pengelola bagi tiap-
tiap permainan yang dipertandingan mulai dengan peringkat awal.
6.2 Referi kehormat hendaklah disediakan oleh jawatankuasa pengelola sepanjang
pertandingan.

7. PAKAIAN
7.1 Setiap pemain/pasukan hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan dalam
undang-undang permainan berkenaan.
7.2 Jika kedua-dua pasukan memakai pakaian yang sama warnanya, pasukan
pelawat yang tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar kepada
pakaian yang lain warnanya atau mengikut peraturan permainan berkenaan.

8. PERALATAN
8.1 Semua jenis peralatan permainan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal
MASISWA dan hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
8.2 Semua peralatan dan padang/gelanggang hendaklah disediakan oleh
Jawatankuasa Pengelola dan mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
8.3 Pengelola perrtandingan hendaklah memaklumkan MASISWA jenis-jenis
kemudahan padang atau gelanggang yang digunakan semasa kejohanan.

4 |KEMASKINI 18 FEBRUARI 2022


5
MASISWA PEMANGKIN SUKAN IPTS

9. SISTEM PERTANDINGAN

Sesuatu pertandingan hanya dapat dijalankan atau diadakan sekiranya terdapat 3


pasukan atau lebih mengambil bahagian. Sistem pertandingan akan dijalankan secara
Liga dan/atau Kalah Mati. Manakala bagi acara individu, pertandingan hanya akan
dijalankan sekiranya terdapat minima 4 penyertaan (tertakluk kepada Jawatankuasa
Pengelola).

9.1 Cara Satu Kumpulan

9.1.1 Sekiranya lima (5) pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan


dijalankan secara Liga Satu Kumpulan kecuali acara badminton.
9.1.2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira sebagai Johan,
Kedua terbanyak menjadi Naib Johan dan seterusnya.
9.2 Cara Dua Kumpulan
9.2.1 Pusingan Awal
9.2.1.1 Sekiranya enam (6) pasukan atau lebih mengambil
bahagian pasukan akan dibahagikan kepada dua (2)
Kumpulan A dan B dan pertandingan akan dijalankan
secara Liga.
9.2.1.2 Johan tahun lepas akan berada dalam kedudukan A1,
Naib Johan berada dalam kedudukan B1, Tempat Ke-3
dan Tempat Ke-4 akan diundi untuk berada dalam
kedudukan A2 atau B2.
9.2.1.3 Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana-mana
kumpulan dengan hanya dua (2) pasukan sahaja yang
mengambil bahagian dalam kumpulan berkenaan, maka
pasukan terakhir dalam kumpulan lagi satu secara
automatik dipindahkan ke dalam kumpulan yang
kurang.
9.2.2 Pusingan Separuh Akhir
9.2.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempat
dalam dua kumpulan iaitu kumpulan X dan Y seperti
berikut:-

Kumpulan X Kumpulan Y

Johan Kumpulan A Johan Kumpulan B


Naib Johan Kumpulan B Naib Johan Kumpulan A

9.2.2.2 Pertandingan dijalankan secara KALAH MATI.

5 |KEMASKINI 18 FEBRUARI 2022


6
MASISWA PEMANGKIN SUKAN IPTS
9.2.3 Pusingan Akhir
Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y untuk
menentukan Johan dan Naib Johan.
9.3 Cara Tiga Kumpulan
9.3.1 Pusingan Awal
9.3.1.1 Sekiranya penyertaan terdiri daripada sembilan (9) pasukan,
pertadingan akan dijalankan secara liga tiga kumpulan A, B
dan C.
9.3.1.2 Johan tahun lepas akan berada dalam kedudukan A1, Naib
Johan berada dalam kedudukan B1 dan Tempat Ke-3 akan
berada dalam kedudukan C1
9.3.1.3 Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana-mana kumpulan
dengan hanya dua (2) pasukan sahaja yang mengambil
bahagian dalam pasukan berkenaan, maka pasukan terakhir
dalam kumpulan yang berikutnya secara automatik
dipindahkan ke dalam kumpulan yang kurang.

9.3.2 Pusingan Kalah Mati


9.3.2.1 Pusingan kalah mati akan mengikut undian yang dijalankan.

9.3.2.2 Johan kumpulan A dan Johan B akan dipisahkan di bahagian


atas dan bawah di dalam carta kalah mati.

9.3.2.3 Johan kumpulan A, B dan C akan diundi di kedudukan 1, 6


dan (X). (X) akan mewakili kedudukan 3 atau 4. Johan
kumpulan A akan diberi keutamaan untuk membuat cabutan
undi terlebih dahulu. Sekiranya johan kumpulan A berada di
kedudukan atas carta kalah mati, maka johan kumpulan B
akan berada di bawah carta kedudukan 4 atau 6. Jika johan
kumpulan A berada di kedudukan bawah carta kalah mati,
maka johan kumpulan B akan berada di atas carta kedudukan
1 atau 3.

9.3.2.4 Naib johan kumpulan A, B dan C akan dipisahkan di bahagian


atas atau bawah di dalam carta kalah mati agar tidak bertemu
dengan johan kumpulan masing-masing.

9.3.2.5 Naib johan kumpulan A, B dan C akan diundi di kedudukan 2,


5 dan (X). (X) akan mengundi untuk kedudukan 3 atau 4.

6 |KEMASKINI 18 FEBRUARI 2022


7
MASISWA PEMANGKIN SUKAN IPTS

3
ATAS

4 BAWAH

9.4 Cara Empat (4) Kumpulan

9.4.1 Pasukan akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan (A, B, C dan D)
9.4.2 Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan.
9.4.3 Johan tahun lepas akan berada dalam kedudukan A1, Naib Johan
berada dalam kedudukan B1, Tempat Ke-3 akan berada dalam
kedudukan C1, Tempat Ke-4 akan berada dalam kedudukan D1.
94.4 Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana-mana kumpulan dengan
hanya dua (2) pasukan sahaja yang mengambil bahagian dalam
kumpulan berkenaan, maka pasukan terakhir dalam kumpulan
lberikutnya secara automatik dipindahkan ke dalam kumpulan yang
kurang.
9.4.5 Pasukan yang layak ke peringkat suku akhir akan mengikut jadual di
bawah.
9.4.6 Lapan (8) pasukan akan dipilih untuk bertanding dalam Pusingan Suku
Akhir mengikut undian yang akan dijalankan seperti carta kalah mati
berikut :-

9.4.7 Pusingan Kalah Mati


9.4.7.1 Pusingan kalah mati akan mengikut undian yang dijalankan
9.4.7.2 Johan kumpulan A dan Johan B akan dipisahkan di bahagian
atas dan bawah di dalam carta kalah mati.

7 |KEMASKINI 18 FEBRUARI 2022


8
MASISWA PEMANGKIN SUKAN IPTS

9.4.7.3 Johan kumpulan A dan B akan diundi dikedudukan 1 atau 4


dibahagian atas carta kalah mati dan 5 atau 8 di bahagian
bawah carta kalah mati. Sekiranya johan kumpulan A diundi di
kedudukan 1 atau 4 maka johan kumpulan B akan diundi di
kedudukan 5 dan 8 atau sebaliknya.
9.4.7.4 Johan kumpulan C dan D diundi di kedudukan 1, 4, 5 atau 8
selepas undian bagi johan kumpulan A dan B.
9.4.7.5 Naib johan kumpulan A, B, C dan D akan dipisahkan di
bahagian atas atau bawah di dalam carta kalah mati agar tidak
bertemu dengan johan kumpulan masing-masing dikedudukan
2, 3, 6 atau 7.

4
ATAS

5 BAWAH

8 |KEMASKINI 18 FEBRUARI 2022


9
MASISWA PEMANGKIN SUKAN IPTS

9.5 Cara Lima (5) Kumpulan


9.5.1 Pasukan akan dibahagikan kepada (5) kumpulan (A,B,C,D dan E)
9.5.2 Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan
9.5.3 Johan tahun lepas akan berada dalam kedudukan A1, Naib Johan
berada dalam kedudukan B1, Tempat Ke-3 akan berada dalam
kedudukan C1 dan Tempat Ke-4 akan berada dalam kedudukan D1.
9.5.4 Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana-mana kumpulan dengan
hanya dua (2) pasukan sahaja yang mengambil bahagian dalam
kumpulan berkenaan, maka pasukan terakhir dalam kumpulan lagi satu
secara automatik dipindahkan ke dalam kumpulan yang kurang.
9.5.5 Pasukan yang layak ke peringkat suku akhir akan diundi untuk berada
dalam kedudukan A2, B2, C2, D2, E1 atau E2.
9.5.6 Sepuluh (10) pasukan akan dipilih untuk pertandingan dalam Pusingan
mengikut undian yang dijalankan seperti carta kalah mati berikut.

9.5.7 Pusingan Kalah Mati

9.5.7.1 Pusingan kalah mati akan mengikut undian yang dijalankan.

9.5.7.2 Johan kumpulan A dan Johan B akan dipisahkan di bahagian


atas dan bawah di dalam carta kalah mati.

9.5.7.3 Johan kumpulan A dan B akan diundi dikedudukan 1, 5 atau (X)


dibahagian atas carta kalah mati dan 6, 10 atau (X) di bahagian
bawah carta kalah mati. (X) mewakili kedudukan 4 atau 7.
Sekiranya johan kumpulan A diundi di kedudukan 1, 5 atau (X)
maka johan kumpulan B akan diundi di kedudukan 6 atau 10
atau (X). Sekiranya johan kumpulan A diundi dikedudukan 6, 10
atau (X) maka johan kumpulan B diundi dikedudukan 1 atau 5
atau (X).

9.5.7.4 Johan kumpulan C, D dan E diundi di kedudukan 1, 5, 6, 10 atau


(X) selepas undian bagi johan kumpulan A dan B.

9.5.7.5 Naib johan kumpulan A, B, C, D dan E akan dipisahkan di


bahagian atas atau bawah di dalam carta kalah mati agar tidak
bertemu dengan johan kumpulan masing-masing dikedudukan
2, 3, 8, 9, atau (X).

9 |KEMASKINI 18 FEBRUARI 2022


10
MASISWA PEMANGKIN SUKAN IPTS

5
ATAS

6 BAWAH

10

10 | K E M A S K I N I 1 8 F E B R U A R I 2 0 2 2
11
MASISWA PEMANGKIN SUKAN IPTS

9.6 Semua pertandingan Pusingan Kedua, Peringkat Suku akhir, Separuh akhir dan
Akhir dijalankan secara KALAH MATI.

9.7 Format Penentuan Kumpulan


9.7.1 Format bagi sistem liga adalah seperti berikut:-

JUMLAH PASUKAN JUMLAH PASUKAN DALAM


KUMPULAN
5 LIGA
6 3,3
7 3,4
8 4,4
9 3,3,3
10 3,3,4
11 3,4,4
12 3,3,3,3
13 3,3,3,4
14 3,3,4,4
15 3,4,4,4
16 4,4,4,4
17 3,3,3,4,4
18 3,3,4,4,4,
19 3,4,4,4,4
20 4,4,4,4,4

9.7.2. Setiap pasukan yang menduduki dua (2) tangga teratas dalam setiap
kumpulan, akan layak ke pusingan seterusnya.

9.8 Undian dan Jadual Pertandingan


Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal Pengelola dan susunan
jadual pertandingan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut
format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal MASISWA.
9.9 Pemberian Mata
Menang - 3
Seri - 1
Kalah - 0

Atau mengikut syarat pemberian mata peraturan permainan yang mempunyai


sistem pemberian mata sendiri.

11 | K E M A S K I N I 1 8 F E B R U A R I 2 0 2 2
12
MASISWA PEMANGKIN SUKAN IPTS

10. KELEWATAN
10.1 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Hukuman
akan dikenakan kepada pasukan yang lewat mengikut jadual yang telah
ditetapkan mengikut peraturan permainan berkenaan.
10.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.

11. PENANGGUHAN
11.1 Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan/jadualkan sama
sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh pasukan-pasukan yang
mengambil bahagian.
11.2 Jawatankuasa Pengelola adalah mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh
atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau
diputuskan dengan serta-merta.
11.3 Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan Jawatankuasa Pengelola
hendaklah menetapkan semula perlawanan yang ditangguhkan itu.

12. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH


12.1 Setiap pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh
dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan untuk
perlawanan yang akan atau sedang berlangsung. Setiap pasukan dikehendaki
meneruskan permainan walaupun telah layak untuk pusingan seterusnya.
12.2 Jika berlaku kecederaan sebelum perlawanan dan pasukan terlibat memberi
kemenangan kepada pihak lawan maka pemain yang cedera mestilah
mendapat pengesahan doktor daripada mana-mana klinik swasta/kerajaan
atau doktor yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

13. RAYUAN/BANTAHAN
13.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh pengurus pasukan
dan disahkan oleh Ketua Kontigen atau wakil IPT berkenaan dan hendaklah
diserahkan kepada Penyelaras Teknikal Permainan berkenaan untuk
dipanjangkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
dalam tempoh tidak lebih dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan atau
mengikut masa yang ditetapkan oleh permainan tersebut dengan disertakan
wang tunai sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja)
sebagai cagaran dan yuran proses.
13.2 Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan bersama bukti perkara yang
dibantah. Jika selepas 60 minit bantahan diterima tiada sebarang bukti
diperolehi maka bantahan tersebut secara automatik ditolak.

12 | K E M A S K I N I 1 8 F E B R U A R I 2 0 2 2
13
MASISWA PEMANGKIN SUKAN IPTS

13.3 Sekiranya bantahan diterima oleh Jawatankuasa Bantahan maka wang


cagaran sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) akan
dikembalikan dan RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) sebagai
yuran proses.
13.4 Semua bantahan/rayuan hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia.
13.5 Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah muktamad.

14. JAWATANKUASA BANTAHAN DAN JURI RAYUAN :-


Jawatankuasa Pengelola akan menubuhkan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan
yang terdiri daripada Lima (5) orang – minimum atau tujuh (7) orang – maksimum.
Ahli-ahli hendaklah terdiri:-
a. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakil.
b. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pengelola atau wakil
c. Tiga (3) orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam kes yang
berkenaan.
d. 2 wakil daripada Jawatankuasa MASISWA (jika perlu)

15. DENDA DAN TINDAKAN TATATERTIB


15.1 Mana-mana universiti yang mendaftarkan pemain yang tidak layak bermain
tindakan akan diambil seperti berikut:

15.1.1 Penyertaan pada kejohanan tersebut akan dibatalkan.


15.1.2 Penyertaan pada edisi tahun berikutnya akan digantung.

15.2 Penarikan diri pasukan setelah jadual pertandingan dibuat akan menyebabkan
pasukan tersebut di denda dengan bayaran sebanyak 2 kali ganda yuran
pendaftaran atau denda minimum RM 500 (Lima Ratus Ringgit).

15.3 Penarikan diri pasukan semasa pertandingan berlangsung akan menyebabkan


penyertaan pada kejohanan tersebut akan dibatalkan.

15 GANTI RUGI

15.1 Jawatankuasa Pengelola berhak menuntut ganti rugi daripada mana-mana


pemain/pasukan/penyokong pasukan yang bertanding atas sebarang kerosakan
yang dilakukan oleh pemain/pasukan/penyokong pasukan berkenaan.

16 BAHAN TERLARANG

16.1 Semua penggunaan bahan terlarang adalah tidak dibenarkan merujuk kepada
senarai yang dikeluarkan oleh ADAMAS.

16.2 Jika perlu, ujian “doping” akan dijalankan secara rambang kepada setiap peserta
yang terlibat.

13 | K E M A S K I N I 1 8 F E B R U A R I 2 0 2 2
14
MASISWA PEMANGKIN SUKAN IPTS
18. SIJIL
Sijil Penyertaan KSM akan disediakan oleh MASISWA dan akan diberi kepada semua
peserta.
19. HADIAH
Hadiah KSM akan disediakan oleh MASISWA untuk pemenang-pemenang Pertama,
Kedua dan Ketiga dalam acara berpasukan dan pemenang Pertama, Kedua dan Ketiga
dalam acara perseorangan.

20. PIALA PUSINGAN (jika ada)


20.1 Juara keseluruhan akan ditentukan melalui sistem pungutan pingat.
20.2 Kontinjen yang menang adalah bertanggungjawab ke atas penjagaan Piala
Pusingan. (jika ada)
20.3 Kontinjen yang menang adalah bertanggungawab untuk memulangkan dan
menyerahkan Piala Pusingan dalam keadaan yang baik kepada Jawatankuasa
Pengelola sebelum kejohanan dimulakan.
20.4 Sekiranya Piala Pusingan didapati rosak atau hilang semasa dalam simpanan
kontinjen yang menang, kontinjen berkenaan hendaklah membaiki atau
menggantikannya.

21. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN


21.1 Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan jika ada dinyatakan
berlainan dalam pertandingan permainan tertentu.
21.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Induk MASISWA dan keputusannya adalah muktamad.
21.3 Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan peraturan yang ditetapkan
TIDAK DIBENARKAN semasa taklimat Pengurus Pasukan, kecuali mendapat
kebenaran daripada Jawatankuasa Induk.

14 | K E M A S K I N I 1 8 F E B R U A R I 2 0 2 2

Anda mungkin juga menyukai