Anda di halaman 1dari 3

Bola Tampar MSS Negeri Melaka Peraturan Pertandingan 2020

Peraturan Pertandingan Kejohanan Bola Tampar


Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2020.

1. Nama Kejohanan
Kejohanan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan 12 dan 18 tahun dan kebawah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Melaka tahun 2020.

2. Kejohanan ini di kelolakan oleh SM Rahmat dengan Peraturan Am MSS Malaysia adalah dikuatkuasakan.

3. Tujuan Pertandingan :
3.1 Untuk mempopularkan permainan bola tampar kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
3.2 Untuk mengeratkan lagi perasaan muhibah di antara pemain pelbagai kaum.
3.3 Untuk mencungkil bakat baru supaya prestasi permainan dapat dipertingkatkan lagi.
3.4 Untuk memilih pemain yang berpotensi dan berdisiplin tinggi mewakili MSSM Negeri Melaka ke
peringkat kebangsaan.

4. Kelayakan Pasukan
4.1 Semua sekolah rendah dan menengah yang bergabung dengan MSS Melaka adalah layak menyertai
pertandingan ini.
4.2 Setiap sekolah boleh menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan perempuan bagi setiap kategori
umur yang terdiri dari pelajar berdaftar di sekolah yang diwakili.

5. Kelayakan Pemain-Pemain
5.1 Pemain hendaklah seorang warganegara Malaysia,pelajar sekolah yang bergabung dengan MSS Melaka
berumur 12 atau 18 tahun dan kebawah pada 1 Januari tahun pertandingan.
(12 dan kebawah lahir 2008 / 18 tahun dan kebawah lahir 2002)
5.2 Pemain hendaklah mewakili sekolah dia belajar.
5.3 Setiap pemain hanya boleh mewakili satu kategori sahaja.

6. Pendaftaran Pasukan
6.1 Pendaftaran boleh dibuat seperti berikut Sebelum atau pada 7 Februari 2020 (Jumaat):
- Pemberitahuan penyertaan menggunakan Whatsapp ( Nyatakan nama sekolah,nama pengurus
pasukan,kategori yang mengambil bahagian )
- Mengesahkan penyertaan dengan menggunakan borang masuk yang lengkap yang boleh dimuat
turun melalui url berikut : https://ju306.1bestarinet.net/mssm_2020
- Borang M01 / R01 dan pengesahan salinan kad lengkap hendaklah dibawa semasa hari kejohanan.
- Undian akan dibuat jika semua maklumat telah diterima dengan lengkap.

7. Borang Pendaftaran.
7.1 Setiap pasukan dikehendaki mengisi dua helai borang pendaftaran yang disediakan oleh sekolah
pengelola dan disahkan oleh pengetua/GPKoku sekolah.
7.2 Borang yang lengkap PERLU disahkan oleh Pengetua/GP Koku sekolah berkenaan.

8. Pengundian Pasukan
8.1 Semua pasukan yang mengambil bahagian PERLU dihadiri oleh wakil dari sekolah berkenaan.
8.2 Pengundian perlu dijalankan di dalam mesyuarat pengurus pasukan .
8.3 Tarikh pertandingan ditetapkan oleh Unit Sukan JPM dan Jawatankuasa Teknikal MSS Negeri Melaka.

9. Tempat Pertandingan
Tempat pertandingan ditetapkan oleh sekolah pengelola adalah di Stadium Tariq Ziyad, Kolej Universiti Islam
Melaka.

10. Komposisi Pasukan


Setiap pasukan L & P 18 hendaklah mengandungi :
Pengurus pasukan - 1 orang
Jurulatih - 1 orang
Pemain - tidak lebih 12 orang termasuk ‘LIBERO ‘

2020.01.18 Peraturan Bola Tampar MSS Melaka 2020


Bola Tampar MSS Negeri Melaka Peraturan Pertandingan 2020

Setiap pasukan L & P 12 hendaklah mengandungi :


Pengurus pasukan - 1 orang
Jurulatih - 1 orang
Pemain - 10 orang termasuk ‘LIBERO’

11. Pakaian Seragam


11.1 Setiap pemain hendaklah memakai jersi bernombor DEPAN DAN BELAKANG serta warna seluar
yang seragam.
11.2 Nombor yang digunakan 1 hingga 20 sahaja.
11.3 Ukuran nombor depan 15 cm tinggi di bahagian tengah dan 20 cm tinggi dibelakang. Tebal nombor
tidak kurang 2 cm.
11.4 Seorang pemain hendaklah memakai jersi bernombor sama sepanjang pertandingan.
11.5 Pemain yang gagal memakai jersi bernombor depan dan belakang TIDAK DIBENARKAN
BERMAIN WALAU APA JUA ALASAN.

12. Bola Pertandingan


12.1 Bola MIKASA dan MOLTEN saiz 4/5 yang diperakui boleh digunakan sepanjang perlawanan.
12.2 Setiap pasukan hendaklah menyediakan sebiji bola untuk digunakan dalam perlawanan.

13. Undang-undang Bola Tampar Antarabangsa.


Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang bola tampar Antarabangsa (FIVB) yang sedang
dikuatkuasakan melainkan dalam hal-hal tertentu yang dipersetujui didalam mesyuarat pengurus pasukan.

14. Ketinggian Jaring


Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah
Lelaki B 18 - 2.43 meter Perempuan B 18 - 2.24 meter
Lelaki B 12 - 2.10 meter Perempuan B 12 - 2.10 meter

15 Sistem Pertandingan
15.1 Sistem liga dan 31 mata ( Set pertama 16 mata X set kedua 15 mata bersambung ) untuk pusingan
Pertama.Sistem kalah mati untuk pusingan kedua.
15.2 Jadual pertandingan akan disediakan oleh jawatankuasa pengelola.

16. Pindaan Jadual Pertandingan


16.1 Setelah jadual pertandingan ditetapkan,permohonan untuk memindanya tidak akan dilayan.
16.2 Pihak pengelola berhak membuat perubahan kepada jadual jika perlu dan hendaklah dimaklumkan
kepada pengurus pasukan dengan secepat mungkin.

17. Kedudukan Pemain dan Pertukaran Pemain


17.1 Bagi pertukaran pemain L/P 18 adalah seperti dalam peraturan FIVB sedia ada.
17.2 Pertukaran pemain boleh dibenarkan dengan memberitahu pihak pengelola sebelum pasukan tersebut
bermain perlawanan PERTAMANYA dengan menyertakan borang M01/R01 dan pengesahan kad
pengenalan .Segala pertukaran selepas itu tidak dibenarkan.

18. Pembatalan
18.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang 30 minit sebelum masa ditetapkan untuk perlawanan.
18.2 Jika satu pasukan datang lewat 15 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa sebab maka pasukan itu
dikira mengaku kalah dan pasukan lawan akan diberi kemenangan percuma (walkover).
18.3 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanan berikutnya
dan semua keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan ini sebelumnya akan dibatalkan.

19. Kaedah Membuat Bantahan


19.1 Keputusan pengadil adalah Muktamad.Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan
dirujuk kepada jawatankuasa teknik MSSM Negeri Melaka dan keputusan perlu dihormati.
19.2 Kapten pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan dijalankan hendaklah
mengemukakan secara lisan kepada pengadil.Perlawanan hendaklah diteruskan sehingga tamat.Ketua
pasukan akan mencatat “ingin bantah” dalam score sheet pada akhir perlawanan.

2020.01.18 Peraturan Bola Tampar MSS Melaka 2020


Bola Tampar MSS Negeri Melaka Peraturan Pertandingan 2020

19.3 Surat bantahan hendaklah dikemukakan kepada pengelola dalam tempoh 10 minit selepas tamat
perlawanan supaya bantahan dapat dipertimbangkan.

19.4 Semua bantahan hendaklah disertakan wang tunai pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia
dua ratus sahaja).Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tidak mengikut
peraturan atau tidak munasabah.

20. Juri Rayuan


AJK rayuan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Teknik Bola Tampar MSSM Negeri Melaka dengan ahli yang
terdiri dari 4 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan segera unuk menentukan
kesahihan bantahan.

21. Pengadil
21.1 Pengadil disediakan oleh Jawatankuasa Kepengadilan Bola Tampar MSSNM.
21.2 Bayaran pengadil ialah RM 60.00 bagi setiap perlawanan bagi pasukan yang bertanding.

22. Jurulatih
22.1 Jurulatih dari pasukan sekolah mestilah dari kalangan guru/pendidik.
22.2 Jurulatih yang bukan dari kalangan guru/pendidik tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan
pemain.

23. Hal-hal lain


23.1 Pegawai yang tercatat dalam borang MSSM dan pemain pasukan bertanding dibenarkan duduk
dibangku simpanan pemain.
23.2 Pengurus/Jurulatih adalah bertanggungjawab ke atas disiplin pemain dan penyokong dari pasukan /
sekolah mereka.
23.3 Segala langkah keselamatan akan diusahakan oleh pihak pengelola. Pengelola tidak akan
bertanggungjawab atas apa-apa kemalangan dan kehilangan harta benda perseorangan/pasukan
semasa pertandingan dijalankan.
23.4 Ahli pasukan yang dibenarkan duduk dibangku simpanan pemain ialah:

Pengurus pasukan - 1 orang


Jurulatih - 1 orang
Pemain gantian lengkap - 6 orang (Bawah 18 tahun)
- 4 orang (Bawah 12 tahun)
23.5 Borang-borang penyertaan hendaklah diserahkan / di faks ke SK Othman Syawal bagi sekolah rendah
atau SMK Rahmat bagi sekolah menengah.
23.6 Pengelola mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan jika perlu untuk menyelesaikan
kemusykilan yang tidak tercatat dalam peraturan ini. Segala keputusan pengelola adalah muktamad.

Disediakan oleh:
SAIFUL HADEE BIN AMAR
SU PTPS Bola Tampar MSS Negeri Melaka 2020

2020.01.18 Peraturan Bola Tampar MSS Melaka 2020

Anda mungkin juga menyukai