Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSS DAERAH GOMBAK 2012 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 1.

1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF ( Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa yang dikuatkuasakan pada masa ini ) dan peraturan MSSM. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan atau undang-undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut :

1.2

1.2.1 Semua kejadian am akan diputuskan oleh Jawatankuasa kerja MSSD Gombak. 1.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola. 1.3 2. Semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kerja MSSD atau Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

JENIS PERMAINAN 2.1 Kejohanan ini mengandungi pertandingan acara-acara berikut : Antara regu ( peringkat umur bawah 12 tahun, terbuka bawah 18 tahun lelaki dan regu bukan melayu. ) 2.1.2 Bagi kategori bawah 12 tahun pemain mesti dilahirkan pada atau selepas 1 januari 2000 2.1.3 Bagi kategori bawah 15 tahun pemain mestilah dilahirkan pada atau selepas 1 januari 1997 2.1.4 Bagi kategori bawah 18 tahun pemain mesti dilahirkan pada atau selepas 1 januari 1994. 2.1.5 Bagi kategori bukan melayu peringkat umur terbuka dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. 2.1.1

2.2

Hanya seorang pelajar tingkatan enam atas ( peraturan Am MSSM 2007 ) boleh bertanding dengan didaftarkan dalam peringkat umur 18 tahun ketetapan yang telah dibuat dengan syarat belajar sepenuh masa di sekolahsekolah bantuan kerajaan atau swasta yang berdaftar dan bergabung dengan MSS Negeri serta dapat menunjukkan bukti pelajar tersebut sedang belajar sepenuh masa di sekolah berkenaan. 2.3 Bukti pengesahan bagi penyertaan pelajar tingkatan 6 atas sekolah bantuan kerajaan adalah dengan mengemukakan surat tawaran rasmi 1

kemasukan tingkatan 6 rendah manakala bagi sekolah swasta adalah dengan mengemukakan keputusan peperiksaan tingkatan 6 rendah yang disahkan oleh pengetua sekolah berkenaan.

3.

SISTEM PERTANDINGAN 3.1 Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan / Jawatankuasa Teknik bagi menentukan kumpulan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. 3.1.1 3.1.2 PUSINGAN PERTAMA : Liga dalam kumpulan PUSINGAN KEDUA : Kalah keluar

3.1.2.1 kedua 3.1.2.2 pertama 3.2

Johan dalam setiap kumpulan layak ke pusingan Undian dijalankan selepas sahaja tamat pusingan

Acara Antara Regu 3.2.1 Regu yang menang mendapat dua mata dan kalah 0 mata. 3.2.2 Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu kumpulan, kiraan mata diperoleh oleh dua pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukan dengan mengikut tertib berikut: 3.2.1.1 Kiraan perbezaan pusingan daripada jumlah pusingan menang dan diperolehi oleh pasukan berkenaan. 3.2.1.2 Kiraan perbezaan angka-angka mata daripada jumlah mata yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.

3.3 Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku, maka kaedah berikut dilakukan : 3.3.1 Jika 2 pasukan sahaja yang terlibat, maka pasukan yang telah mengalahkan lawannya akan dikira menang. 3.3.2 Jika 3 pasukan atau lebih pasukan yang terlibat, maka keputusan muktamad akan ditentukan dengan perlawanan semula dalam liga satu pusingan dengan kiraan 15 mata sahaja. Undian akan dibuat bagi menentukan perlawanan. 2

4.

HADIAH 4.1 4.2 4.3 Johan Naib Johan Ketiga ( tempat ketiga dan keempat tidak dipertandingkan )

5.

MENARIK DIRI 5.1 Regu yang terlewat 15 minit daripada masa yang dijadualkan tanpa sebab yang munasabah akan dianggap memberi kemenangan pada pihak lawan tanpa bertanding. 5.2 Menarik diri ( walk over ) tidak dibenarkan. Jika berlaku juga, maka regu yang berkenaan akan dihukum menarik diri daripada keseluruhan kejohanan.

6.

PENGADIL / PENJAGA GARISAN 6.1 Semua pengadil dan penjaga garisan yang bertugas di kejohanan ini dilantik oleh Pengerusi Teknik Sepak Takraw MSSD Gombak dan disahkan oleh PPD Gombak.

7.

PENGGANTUNGAN 7.1 Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh pengadil, maka dengan serta merta digantung daripada bermain pada satu perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat sesuatu keputusan.

8.

BANTAHAN / RAYUAN 8.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan sahaja secara bertulis kepada Juri Rayuan tidak lewat daripada 1 jam selepas perlawanan tamat. 8.2 Tiap-tiap bantahan /rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai RM 150.00 8.3 Wang pertaruhan ini akan luput jika bantahan /rayuan itu didapati tidak wajar.

9.

JURI RAYUAN 9.1 Pengerusi Permainan 9.2 Pengerusi Teknik 9.3 Ketua Pengadil 3

9.4 Dua orang Pengurus Pasukan Berkecuali 10. JAWATANKUASA TATATERTIB 10.1 Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa 1 jam setelah laporan pengadil atau pegawai pertandingan disampaikan dan membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil berlebihan dari peraturan 7 di atas. 10.2 Jawatankuasa ini adalah berhak mendapat maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan. 11. JURI RAYUAN 11.1 Juri rayuan akan bersidang dalam masa dua jam setelah menerima bantahan atau rayuan yang dibuat oleh pasukan pasukan dan akan menyampaikan keputasannya kepada Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Pengelola. Keputusan adalah muktamad 12. AM 12.1Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan AM ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa yang berkenaan. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai