Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KEMAHIRAN
SUKAN MEMANAH (OFFLINE)
e-MSS SARAWAK SPORT CHALLENGE DAN MSSM SECARA
ATAS TALIAN
TAHUN 2021
1.0 PENGENALAN
 
Pengelolaan Kejohanan Sukan Memanah MSS Sarawak pada tahun 2021 akan tetap dianjurkan
walaupun dalam situasi pandemik Covid 19 dengan beberapa perubahan. Beberapa alternatif diteliti
dan dipilih untuk diadaptasi kepada suasana pandemik. Pengelolaan MSSS ini adalah untuk memilih
wakil ke MSSM yang penting untuk pencapaian PAJSK murid-murid. Oleh itu pertandingan offline
telah dicadangkan bagi membolehkan murid-murid mengambil bahagian. Selain itu, pelajar juga
berupaya menambah baik atau mengekalkan kemahiran sedia ada selain mendapat markah PAJSK yang
lebih baik.
 
 2.0 OBJEKTIF
 
2.1 Atlet-atlet mengekalkan kemahiran memanah.
2.2 Atlet-atlet mengekalkan minat dalam sukan memanah.
2.3 Atlet-atlet menambah baik kemahiran sedia ada.
 
 3.0 CARA PELAKSANAAN & TEMPAT
 
Rakaman video di lokasi masing-masing.
 
4.0 TEMPOH PELAKSANAAN
 
4.1 Ogos hingga September 2021.
4.2 Tarikh tutup penghantaran penyertaan peringkat negeri ialah 12 September 2021.
5.0 HAKIM PERTANDINGAN
 
5.1 Untuk tujuan rakaman video, peserta/PPD cari hakim sendiri di kalangan warga KPM.
5.2 Penganjur akan memilih Hakim Pusat dikalangan warga JPN Sarawak yang berkelayakan
(bertauliah dan berpengalaman luas) untuk menilai video dan menentukan keputusan akhir.
 
6.0 PERATURAN KEJOHANAN MEMANAH MSSS 2021 (OFFLINE)
 
6.1 Kategori Pertandingan
6.1.1 Lelaki Bawah 12 Tahun
6.1.2 Perempuan Bawah 12 Tahun
6.1.3 Lelaki Bawah 15 Tahun
6.1.4 Perempuan Bawah 15 Tahun
6.1.5 Lelaki Bawah 18 Tahun
6.1.6 Perempuan Bawah 18 Tahun
6.1.7 Lelaki Tingkatan 6*
6.1.8 Perempuan Tingkatan 6*
* hanya sampai peringkat negeri sahaja.
6.2 Setiap daerah boleh menghantar maksimum 5 penyertaan setiap kategori.
6.3 Jarak panahan ialah 18 meter.
6.4 Setiap pemanah akan menggunakan target face 3X20 WA.
6.5 Pemanah perlu melepaskan 3 anak panah setiap end dalam masa 2 minit.
6.6 Jumlah end ialah 10 sahaja (300 arrow, markah maksimum 300) 
6.7 Hakim lokasi akan bertindak sebagai Dos, Line Judge dan Target Judge. Dalam
rakaman, hakim akan memperkenalkan diri, memperkenalkan pemanah
(berada di waiting line), menunjukkan lokasi shooting line dan target butt (wajib
menyebut jarak panahan ialah 18m), dan terus memulakan panahan (DoS), selesai
pemanah melepaskan 3 panah/masa tamat (2 minit), hakim, pemanah dan kamera akan
bergerak ke target butt. Kedudukan panah di target face mesti ditunjukkan dengan jelas dan
hakim akan membacakan score. Hakim, pemanah dan kamera kembali ke kedudukan
bersedia untuk end kedua, dan proses ini berulang sehingga end terakhir. Semasa scoring
terakhir, hakim juga perlu sebut mata keseluruhan. (Hakim perlu ada timer sebagai
rujukan)

6.8 Rakaman akan di muatnaik ke Youtube adalah dalam bentuk tidak putus (tiada
edit atau pause) dan link akan dihantar kepada Hakim Pusat

6.9 Seorang pemanah hanya boleh menghantar satu penyertaan

6.10 Maksimum 2 pemanah boleh berada dalam satu rakaman.


6.11 HADIAH DAN SIJIL
6.11.1 Pingat Pemenang
6.11.2 Sijil Penghargaan warga JPN Sarawak yang terlibat secara langsung
diperingkat negeri.
6.11.3 Sijil Pencapaian
6.11.4 Sijil Penyertaan
  L18 L15 L12 P18 P15 P12 LT6 PT6 Jumlah
Johan 1 1 1 1 1 1 1 1 8
Naib Johan 1 1 1 1 1 1 1 1 8
Ke 3 1 1 1 1 1 1 1 1 8
Ke 4-10 7 7 7 7 7 7 7 7 56
JUMLAH BESAR 80

6.12 KEPUTUSAN JURI


Keputusan Juri adalah muktamad dan sebarang bentuk rayuan tidak akan dipertimbangkan.
 
6.13 LOKASI MEMANAH
 
6.13.1 Kawasan dan premis sekolah tidak dibenarkan sama sekali diguna untuk diguna sebagai lokasi
rakaman memanah.
6.13.2 Sila patuhi semua SOP yang dikeluarkan berkaitan Covid-19.
6.13.3 Sila rujuk peraturan am MSSM, peraturan Memanah MSSM, WA dan local rules.
THANK YOU

Disediakan oleh:
 
PENGERUSI TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SUKAN MEMANAH JPN SARAWAK 2021

Anda mungkin juga menyukai