Anda di halaman 1dari 4

1.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Pertandingan ini adalah tertakluk kepada peraturan MSSM mengikut perubahan
yang dipersetujui ( Modified Sports).

1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan akan diputuskan
seperti berikut:

1.2.1 Sebarang kejadian akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang


sedang berkuatkuasa.

1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
adalah MUKTAMAD.

2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan secara individu antara MSS Negeri.

2.2 Kategori yang dipertandingkan :


2.2.1 Perempuan Individu Bawah 18 Tahun
2.2.2 Perempuan Individu Bawah 15 Tahun
2.2.3 Perempuan Individu Bawah 12 Tahun

3. PENDAFTARAN PASUKAN
3.1 Pemain

3.1.1 Tiap-tiap negeri akan mendaftar dan menghantar 10 pemain individu bagi
mewakili negeri masing-masing.

3.1.2 Tiap-tiap pemain diwajibkan bermain dalam peringkat umurnya sahaja.


3.1.3 Semua peserta peringkat umur 12/15/18 tahun kebawah hendaklah memuat
naik salinan Kad Pengenalan/My Kid/Salinan Sijil Kelahiran ke dalam
‘Google Form’ yang disediakan oleh pihak penganjur.
3.1.4 Pendaftaran pemain akan dibuat melalui Google Form.
3.1.5 Hanya pemain yang berdaftar sahaja layak menyertai kejohanan ini.
3.1.6 Penyertaan murid hendaklah secara sukarela dan mendapat kebenaran
bertulis daripada ibu bapa bagi menyertai pertandingan . Borang kebenaran
ibu bapa harus dimuat naik dalam Google Form pendaftaran.

3.2 Pegawai Pasukan


3.2.1 Bilangan Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai wanita sahaja iaitu :
i) 1 Pengerusi Teknik
ii) 3 Pengurus Pasukan
iii) 3 Jurulatih
iv) 3 Pengadil

4. KELAYAKAN PEMAIN

4.1 Taraf kelayakan pemain adalah tertakluk kepada Peraturan 3 (Kelayakan dalam
Peraturan AM MSSM Lampiran B)
4.2 Pelajar yang menerima surat tawaran kemasukkan ke Tingkatan 6 Rendah KPM
wajib disahkan pendaftaran oleh Pengetua/Penolong Kanan beserta
bahan/dokumen sokongan yang lain seperti Salinan Buku Kehadiran.

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Kesemua negeri akan memuat naik (upload) video individu pemain melakukan
kesemua kemahiran yang dinyatakan melalui laman YouTube atau Facebook.
Pemain perlu memuat naik (upload) ‘link’ video tersebut ke ‘Google Form’.

5.2 Pemenang akan ditentukan berdasarkan lakuan teknik kemahiran yang betul dan
catatan masa terpantas.
6. PAKAIAN

6.1 Pemain
6.1.1 Pemain-pemain perlu memakai pakaian sukan yang sesuai.

7. GELANGGANG/ALATAN

7.1 Saiz bola untuk semua peringkat umur ialah saiz 5.


7.2 Pita Ukur
7.3 ‘Masking Tape’
7.4 Jam randik (Stopwatch (Aplikasi tersedia di Video Kamera atau telefon bimbit)
7.5 4 Kon/botol air mineral 500 ml
7.6 Kerusi Plastik berukuran +- 33 inci x 14 inci x 17 inci

8. HADIAH DAN SIJIL

8.1 Kesemua pemain yang menyertai kejohanan ini akan menerima Sijil Penyertaan.
8.2 Semua pemenang setiap kategori tempat 1- 30 akan menerima Medal dan Sijil
Pemenang.

9. PENGADILAN

9.1 Semua pasukan akan diadili oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh Jawatankuasa
Pengelola.
9.2 Keputusan juri adalah muktamad.
10. PEMBATALAN PENYERTAAN

10.1 Penyertaan Pemain adalah terbatal jika:


10.1.1 berlaku perlanggaran peraturan pertandingan.
10.1.2 rakaman video yang diedit dan tidak mematuhi garis panduan membuat
rakaman.

11. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

11.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini, akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya
adalah MUKTAMAD.

Anda mungkin juga menyukai