Anda di halaman 1dari 17

PERATURAN PERTANDINGAN

PERATURAN PERTANDINGAN
LIGA JUARA REMAJA BOLA JARING KPM 2012

PERKARA 1 : TAKRIF / TAFSIRAN
1. TAFSIRAN
Liga Juara Remaja Bola Jaring KPM akan mengguna pakai tafsiran-tafsiran berikut :
KPM bermakna Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai hak mutlak sebagai
penganjur Pertandingan Liga Juara Remaja Bola Jaring KPM 2012.
Persatuan atau IFNA bermaksud International Female Netball Association
JK Pengelola bermaksud Jawatankuasa Pengelola yang dilantik oleh KPM.
JK Teknikal bermaksud Jawatankuasa Teknikal yang bertanggungjawab ke atas semua hal-
hal teknikal dalam Pertandingan Liga Juara Remaja Bola Jaring KPM yang dilantik oleh KPM
Peraturan bermakna Peraturan Pertandingan Liga Juara Remaja Bola Jaring KPM 2012.
Liga Juara Remaja bermaksud liga bola jaring yang dikelolakan oleh KPM .
SSN bermaksud Sekolah Sukan Negeri yang mengunakan dana KPM.
Pasukan bermaksud pasukan bola jaring yang disahkan penyertaannya di dalam Liga Juara
Remaja Bola Jaring KPM.
Pegawai bermaksud Pegawai Perlawanan dan Pegawai Pasukan.
Pegawai Perlawanan bermakna Pengarah Pertandingan, Pengurus Gelanggang, Ketua
Pengadil, Pengadil, Pegawai Teknikal, Pegawai Keselamatan, Pegawai Kecemasan dan mana-
mana individu yang diberi kuasa oleh menjalankan tugas bagi pihak KPM.
Pegawai Pasukan bermakna mana-mana pegawai mewakili pasukan yang telah disahkan
pendaftaranya untuk menyertai Liga Juara Remaja 2012.
Kumpulan Pengadil bermakna Ketua Pengadil, Pengadil dan Pengadil ke 3 yang dilantik.
Pengarah Pertandingan bermaksud pegawai yang dilantik bagi mengurus dan mengelola
perlawanan Liga Juara Remaja.
Pemain bermakna mana-mana pemain bola jaring warganegara Malaysia yang disahkan
pendaftaranya oleh KPM untuk menyertai Liga Juara Remaja.
Lesen bermaksud surat kebenaran atau kad pengenalan diri yang dikeluarkan oleh JK
Pengelola dengan tujuan membolehkan pemegang lessen menyertai aktiviti Liga Juara Remaja
tertakluk kepada undang-undang dan Peraturan.
Organisasi Teknikal Perlawanan merujuk garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM dan perlu
dipatuhi bagi mengelolakan semua perlawanan di dalam Liga Juara Remaja.
Undang-undang bermakna Undang-undang IFNA dan Peraturan Am MSSM semasa yang
berkaitan dengan pengelolaan dan pengurusan Liga Juara Remaja.
Pendaftaran Permulaan Perlawanan bermakna sejumlah pemain yang layak bermain
didaftarkan di dalam borang-borang tertentu yang dikeluarkan oleh JK Pengelola untuk bermain
di dalam satu satu perlawanan Liga Juara Remaja.
Pemain dan Pegawai yang tidak layak bermakna mana-mana pemain dan pegawai yang tidak
disahkan pendaftarannya oleh JK Pengelola atau masih menjalani hukuman kerana kesalahan
melanggari Peraturan dan Undang-Undang.
Aktiviti bola jaring bermakna:
i. Penganjuran, Pengelolaan atau penyertaan dalam Pertandingan Bola Jaring, seminar, klinik,
kursus untuk bola jaring dan lain-lain aktiviti yang bersampingan dan berkaitan dengan
permainan bola jaring termasuklah aktiviti seperti yang diputuskan oleh JK Pengelola yang
disertai oleh pegawai dan pemain.


PERKARA 2: PEMATUHAN PERATURAN AM, PIALA DAN PERATURAN AM.
2.1 PEMATUHAN PERATURAN
2.1.1 Kejujuran dan Keikhlasan mematuhi semua undang-undang dan Peraturan mengenai
pengurusan dan pentadbiran dalam penyertaan Liga Juara Remaja Bola Jaring adalah menjadi
tanggungjawab dan bertanggungjawab ke atas pasukan , pegawai dan pemain.
2.1.2 Mana-mana pasukan, pegawai atau pemain yang mengingkari mana-mana perkara di
dalam peraturan dan perkara 2.1.1 boleh dikenakan tindakan atau tindakan-tindakan seperti
berikut:
i. Pasukan dikira kalah dan kemenangan diberikan kepada pasukan yang satu lagi dengan 3
mata dan jaringan gol 10 - 0 Atau jaringan semasa perlawanan diberhentikan atau perlawanan
tamat, jika ianya lebih.
ii. Memotong mata perlawanan pasukan.( 9 mata )
iii. Penggantungan pasukan. Pegawai atau pemain untuk beberapa perlawanan atau liga
berikutnya;
iv. Pasukan dan Pemain mestilah memulangkan balik Piala, pingat atau hadiah wang tunai yang
telah diterima, jika ada. Wang tunai hendaklah dipulangkan sepenuhnya mengikut jumlah yang
diterima.
v. Pasukan terkeluar daripada Liga Juara Remaja Bola Jaring KPM 2012 dan semua
perlawanan terdahulu tidak dikira serta digantung automatik selama dua (2) tahun atau 2 musim
atau lebih.
vii. Pendaftaran pemain dan pegawai terbatal serta merta dan dengan demikian semua
perlawanan terdahulu disertai oleh pemain ini dikira kalah dengan jaringan 10 - 0 atau mengikut
jaringan sebenar jika ianya lebih.
viii. Apa- apa tindakan atau tindakan-tindakan lain yang difikirkan perlu dan patut oleh JK
Pengelola.

2.2 NAMA PERTANDINGAN DAN PIALA
2.2.1. Liga Juara Remaja Bola Jaring akan mengandungi Pertandingan seperti berikut:
i. Pertandingan Liga Juara Remaja Bola Jaring KPM

2.3 TEMPOH PENYIMPANAN PIALA
Pasukan Johan boleh menyimpan Piala selama Tiga (3) bulan dari tarikh ia menjadi Johan.
Pasukan juga boleh menulis nama pasukannya sebagai Johan musim berkenaan pada Piala
tersebut. Selepas tiga (3) bulan Piala mestilah dipulangkan kepada JK Pengelola dalam
keadaan baik.Pasukan boleh menyimpan piala sekiranya memenangi kejohanan sebanyak 3
tahun berturut-turut.

2.4 TANGGUNGJAWAB PASUKAN TERHADAP PIALA
Pasukan mestilah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan dan memastikan tiada
sebarang kecacatan atau sebarang kerosakan terjadi kepada Piala. Piala hilang atau rosak,
Pasukan bertanggungjawab membaiki kerosakan tersebut atau menggantikan semula dengan
Piala yang baru yang mana kos terlibat ditanggung sepenuhnya oleh Pasukan. Jika digantikan
dengan Piala yang baru, ia mesti mendapat kelulusan dari JK Pengelola terlebih dahulu.

2.5 PERATURAN AM
2.5.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan
mengikut Peraturan IFNA dan PBJM
2.5.2 Kejadian luar jangka dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan
seperti berikut :
i. Semua kejadian am iaitu perkara-perkara bukan teknikal akan diputuskan oleh JK Pengelola.
ii. Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh JK teknikal berasaskan kepada
peraturan IFNA / MSSM dan undang-undang yang mana keputusannya adalah muktamad.
2.5.3 MSSM / KPM bertanggungjawab di dalam pengelolaan teknikal pertandingan meliputi :
i. Memastikan keperluan-keperluan teknikal adalah mengikut prosedur dan peraturan seperti
yang ditetapkan oleh KPM , MSSM dan IFNA
ii. Bertanggungjawab ke atas organisasi teknikal perlawanan dan seluruh kawalan serta
pengurusan teknikal pertandingan dengan bantuan JK Pengelola.
iii. Melantik Pengarah Pertandingan atau Penolong Pengarah Pertandingan yang mewakili JK
Teknikal untuk menyelia dan memutuskan perkara-perkara yang memerlukan keputusan segera
di venue kejohanan.
iv. Mengelola taklimat kepada pegawai pasukan sebelum pertandingan bermula untuk
menerangkan perkara-perkara terknikal pertandingan.
V Memutuskan kes-kes tatatertib mengikut kod tatatertib MSSM dengan bantuan Jk Pengelola.
vi. Merujuk kepada JK tetap KPM yang berkaitan jika terdapat masalah serius yang
memerlukan keputusan.
vii. Mengadakan kursus-kursus terutama dalam bidang teknikal jika diminta berbuat demikian
oleh KPM atau JK Pengelola.

PERKARA 3 : PERATURAN TEKNIKAL
3.1 PENYERTAAN
3.1.1 KPM akan memaklumkan penyertaan Liga Juara Remaja Bola Jaring kepada pasukan
yang layak dan hendaklah menetapkan tarikh tutup penyertaan tersebut.
3.1.2 Pasukan yang gagal mengesahkan penyertaan pada tarikh yang ditetapkan akan dikira
terkeluar daripada Liga Juara Remaja Bola Jaring .

3.3 MASA PERLAWANAN
3.3.1 Apabila sesuatu pasukan itu bermain dua atau lebih permainan dalam satu hari atau jika
masa terhad, tempoh permainan hendaklah dipersetujui oleh Pegawai Pasukan.
3.3.2 Jika persetujuan tidak tercapai, maka permainan itu hendaklah dimainkan dengan 2
bahagian, iaitu selama 20 minit setiap separuh masa. Masa rehat hendaklah selama 5 minit.
Pasukan akan bertukar gol pada akhir separuh masa.
3.3.3 Masa rehat boleh dilanjutkan oleh Pengadil untuk menguruskan sesuatu keadaan luar
jangkaan atau kecemasan.

3.4 FORMAT PERTANDINGAN
Format pertandingan ditetapkan oleh JK Pengelola dan hendaklah dimaklumkan kepada
pasukan-pasukan sebelum pertandingan.

3.5 MATA PERLAWANAN
Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata, 1 mata bagi seri dan tiada mata bagi pasukan
yang kalah.

3.6 PENENTUAN PASUKAN TERATAS ATAU PEMENANG
3.6.1 Dalam pertandingan liga , penentuan pasukan teratas atau pemenang mengikut susunan
hiraki seperti berikut:
i. Pasukan yang mendapat jumlah mata tertinggi, dikira sebagai pemenang.
ii. Pasukan yang mempunyai perbezaan gol terbanyak dalam semua perlawanan diperingkat
liga diantara pasukan-pasukan terlibat
iii. Pasukan yang mempunyai purata gol yang tertinggi, dikira sebagai pemenang.
iv. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, maka hendaklah
merujuk kepada keputusan perlawanan awal peringkat liga antara pasukan-pasukan yang
terlibat untuk menentukan pasukan teratas atau pemenang mengikut susunan hiraki berikut:-
a) Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak di antara pasukan-pasukan yang
terlibat, jika sama ;
b) Pasukan yang mempunyai perbezaan gol terbanyak di antara pasukan-pasukan terlibat, jika
sama;
c) Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol yang terbanyak di antara pasukan-pasukan
terlibat, jika sama;
d) Diputuskan oleh JK Pengelola dan keputusan ini adalah muktamad.
(lambung syiling atau main semula 7:1:7)
3.6.2 Dalam pertandingan kalah mati satu pusingan atau perlawanan akhir liga penentu
pemenang adalah mengikut hiraki berikut:
i. Pasukan yang menang perlawanan sepenuh masa, jika seri
ii. Masa tambahan sebanyak 7 minit separuh masa pertama, 7 minit separuh masa kedua
dengan rehat selama 3 minit, jika seri
iii. Jika seri selepas masa tambahan, permainan diteruskan sehingga salah satu pasukan
mendahului dengan dua (2) gol.

3.7 PENGGANTIAN PEMAIN
3.7.1 Penggantian pemain ialah maksimum 3 orang termasuk dalam masa tambahan.
3.7.2 Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan diganti oleh pemain yang
lain.
3.7.3 Pertukaran posisi dalam gelanggang berlaku apabila posisi pemain disusun semula
dalam gelanggang.
3.7.4 Kedua dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi samada:
i) semasa rehat
ii) apabila permainan diberhentikan kerana kecederaan atau sakit. Walau
bagaimanapun dalam kes ini, pemain yang cedera atau sakit yang
menyebabkan permainan diberhentikan mestilah terlibat dalam penggantian
dan/ atau pertukaran posisi.

3.8 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN
3.8.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa perlawanan tidak boleh dimainkan atau
dihentikan sebelum tamat tempoh bermain penuh masa permainan atau diberhentikan semasa
dalam permainan dalam masa tambahan kerana sebab- sebab luar jangka atau bencana atau
dihentikan oleh pengadil, maka perlawanan tersebut akan dimainkan semula mengikut
keputusan pengadil dan Jawatankuasa Pengelola.
3.8.2 JK Pengelola hendaklah menyediakan venue bagi perlawanan-perlawanan yang
diberhentikan atau ditunda.

3.9 UNDIAN DAN JADUAL PERTANDINGAN
3.9.1 Undian sesuatu pasukan adalah muktamad.
3.9.2 JK Pengelola hendaklah menyusun Jadual Pertandingan dan mengedarkan kepada
semua pasukan yang mengambil bahagian sebelum bermulanya pertandingan.

3.10 WAKTU BERMULA SESUATU PERLAWANAN.
3.10.1 Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti tercatat dalam Jadual Pertandingan
rasmi dan hanya boleh dipinda dengan kelulusan JK Pengelola sahaja.
3.10.2 Jika waktu bermula sesuatu perlawanan adalah hampir sama dengan waktu kedengaran
azan, maka perlawanan hendaklah dimainkan selepas tamat azan tersebut. Jika permainan
sedang dijalankan dan azan kedengaran, permainan hendaklah dihentikan dan disambung
semula selepas azan tamat.
3.10.3 Waktu bermulanya bagi semua perlawanan terakhir peringkat liga hendaklah dimainkan
pada masa dan tarikh yang sama kecuali ditetapkan berlainan oleh JK Pengelola.

3.11 BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI
3.11.1 Sekiranya kurang daripada 5 orang pemain dari salah satu pasukan berada dalam
gelanggang apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang
diiklankan, maka pasukan yang mempunyai 5 orang atau lebih permain hendaklah diberi
kemenangan percuma dengan jumlah jaringan (10-0 )
3.11.2 Jika permainan dihentikan kerana salah satu pasukan mempunyai kurang dari 5 orang
pemain, maka tindakan tatatertib boleh dikenakan. (Rujuk peraturan 2.1.2)

3.12 VENUE
3.12.1 Hanya stadium dan venue yang diperiksa dan diluluskan oleh JK Pengelola dibenar
untuk digunakan.
3.12.2 Venue untuk pertandingan akhir akan dijalankan di liga terakhir.
3.12.3 Semua venue perlawanan hendaklah bermain di gelanggang tertutup, separuh terbuka
atau di dalam dewan sahaja.

3.13 BOLA PERTANDINGAN
3.13.1 Bola pertandingan yang digunakan hendaklah seperti yang disediakan oleh KPM atau
diluluskan oleh JK Pengelola. Setiap perlawanan hendaklah disediakan sekurang-kurangnya 6
biji bola yang memenuhi syarat perlawanan.

3.14. AKREDITASI PEMAIN DAN PEGAWAI
3.14.1 Semua pemain dan pegawai mestilah mempunyai kad perakuan yang dikeluarkan dan
disahkan oleh KPM, tertakluk kepada syarat yang telah ditentukan.
3.14.2 Kad akreditasi pemain dan pegawai ini sah laku hingga tamat musim berkenaan kecuali
dibatalkan atau dilanjutkan oleh JK Pengelola.
3.14.3 Kad yang hilang atau rosak hendaklah dilaporkan kepada KPM dengan segera.
Pengeluaran setiap kad baru akan dikenakan bayaran caj RM20.00.
3.14.4 Kad hendaklah ditunjukkan kepada pegawai perlawanan sebelum perlawanan bermula
atau pada bila-bila masa yang diperlukan untuk tujuan pemeriksaan atau pengesahan.
3.14.5 Pegawai tanpa kad tidak dibenarkan berada digelanggang perlawanan, bangku
simpanan, kawasan teknikal dan bilik persalinan.
3.14.6 Pemain atau pemain-pemain tanpa kad tidak layak bermain dalam semua perlawanan
Liga Juara Remaja. JK Pengelola boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai atau
pemain yang menurunkan pemain yang tidak layak. (Rujuk peraturan 2.1.2)

3.15 PEGAWAI DAN PEMAIN DI BANGKU SIMPANAN
3.15.1 Maksimum tiga (3) orang pegawai pasukan dan tiga (3) orang pemain simpanan boleh
dibenarkan duduk di bangku simpanan.
3.15.2 Pegawai dan pemain yang duduk di bangku simpanan hendaklah sentiasa memakai kad
yang dikeluarkan oleh KPM.
3.15.3 Pegawai dan pemain hendaklah mematuhi peraturan mengenai tingkah laku di
gelanggang perlawanan.
3.15.4 Kelakuan pegawai pasukan di bangku simpanan hendaklah sentiasa bersopan dan
bertanggungjawab.
3.15.5 Pegawai pasukan dan pemain dibangku simpanan dilarang sama sekali melakukan
perkara-perkara berikut: (Rujuk peraturan 2.1.2)
i. Memasuki kawasan permainan tanpa kebenaran JK Pengelola / JK Teknikal
ii. Provokasi samada dengan perkataan atau perbuatan, mengeluarkan kata-kata yang
menyinggung perasaan atau isyarat lucah kepada mana-mana pegawai pasukan,pemain serta
pegawai pertandingan.
iii. Membantah atau sentiasa membantah keputusan pengadil sama ada dengan perkataan,
perbuatan niat atau apa-apa perlakuan yang boleh menimbulkan keresahan penonton.
iv. Merosakkan peralatan bangku simpanan atau melakukan perkara-perkara yang boleh
merosakkan bangku simpanan dan kawasan teknikal serta sebarang peralatan pengelolaan
perlawanan.

3.16 FORMAT PERTANDINGAN
3.16.1 Pertandingan Bawah 14 tahun.
3.16.2 Perlawanan secara liga satu kumpulan.

3.17. PERLAWANAN PERINGKAT AKHIR
3.17.1 Pasukan teratas liga akan bermain dengan pasukan kedua teratas bagi menentukan
Juara dan Naib Juara.
3.17.2 Pasukan ketiga akan bermain dengan pasukan ke empat bagi menentukan pemenang
Tempat ke 3 dan Ke empat.

PERKARA 4: PASUKAN, PEGAWAI DAN PEMAIN
4.1 KELAYAKAN DAN PENDAFTARAN PASUKAN
4.1.1 Setiap pasukan yang mengesahkan penyertaan Pertandingan Liga Juara Remaja Bola
Jaring KPM hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
i. Hanya pasukan SSM dan SSN sahaja yang boleh menyertai pertandingan Liga Juara Remaja
Bola Jaring KPM.
ii. Mesti mengesahkan penyertaan pada tarikh yang ditetapkan.

4.2 KELAYAKAN PEGAWAI
4.2.1 Setiap pasukan yang menyertai Liga Juara Remaja Bola Jaring KPM 2012 boleh
mendaftarkan maksimum tiga (3) orang pegawai .
4.2.2 Pengurus pasukan atau Pegawai Pentadbir Pasukan mesti hadir taklimat mengenai Liga
Juara Remaja pada masa dan tarikh yang ditetapkan oleh JK Pengelola.
4.2.3 Pengurus Pasukan mestilah mengurus taklimat atau penerangan mengenai Liga Juara
Remaja kepada lain-lain pegawai pasukan dan juga pemain-pemain sebelum bermulanya Liga
Juara Remaja Bola Jaring KPM 2012.

4.3 PENDAFTARAN PEGAWAI
4.3.1 Pendaftaran pegawai pasukan bermula dari tarikh pengesahan pasukan hingga 30 hari
sebelum perlawanan pertama pasukan dalam Liga Juara Remaja atau pada tarikh yang
ditetapkan oleh JK Pengelola.
4.3.2 Mesti mendaftar minimum 2 orang pegawai pasukan dan seorang pengadil.
4.3.2 Pegawai yang masih dalam hukuman tindakan tatatertib tidak boleh didaftarkan.
4.3.3 Pendaftaran semula pegawai adalah dalam tempoh 14 hari sebelum perlawanan Liga ke 2
atau pada tarikh yang ditetapkan oleh JK Pengelola.

4.4 KELAYAKAN PEMAIN
4.4.1 Hanya warganegara Malaysia sahaja yang boleh didaftarkan sebagai pemain untuk Liga
Juara Remaja Bola Jaring KPM dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
JK Pengelola.
4.4.2 Pemain-pemain hanyalah daripada Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Sukan Negeri
yang telah disahkan oleh KPM.
4.4.3 Syarat-syarat kelayakan pemain untuk pendaftaran LIga Juara Remaja Bola Jaring KPM
adalah seperti berikut :
i. Pendaftaran pemain hendaklah menggunakan borang-borang tertentu yang disediakan oleh
JK Pengelola sahaja.
ii. Semua pemain mesti mempunyai insuran kemalangan diri, hospital dan surgery . Salinan
insuran kelompok serahkan kepada JK Pengelola.
4.4.4 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk satu pasukan pada satu-satu masa.
4.4.5 Pendaftaran pemain bermula selepas pengesahan penyertaan pasukan hingga 30 hari
sebelum perlawanan pertama pasukannya atau pada tarikh yang telah ditetapkan oleh JK
Pengelola.
4.4.6 Pasukan mesti mendaftarkan minimum 10 orang pemain semasa membuat pendaftaran
kali pertama. Setiap pemain mesti didaftarkan dalam sekurang-kurangnya dalam satu liga.
4.4.7 Pendaftaran kedua pemain adalah dalam tempoh 14 hari selepas Sirkit 2.
4.4.8 Pendaftaran Awal Pasukan
Pasukan mestilah mendaftar minimum 10 orang pemain atau sekurang-kurangnya 5 orang
pemain dalam satu- satu perlawanan.

4.5 Jumlah Pendaftaran Pemain
4.5.1 Pasukan hendaklah mendaftarkan maksimum 15 orang pemain sebelum Sirkit 3 bermula.
4.5.2 Peraturan Khas untuk Sekolah Sukan Malaysia adalah dibenarkan untuk mendaftar
maksimum dua(2) pemain di bawah 14 Tahun untuk tahun 2012.

4.6 PENGURUSAN DAN ORGANISASI
4.6.1 Hak pengurusan Teknikal Pertandingan Liga Juara Remaja adalah menjadi
tanggungjawab JK Teknikal manakala perkara-perkara bukan teknikal adalah menjadi
tanggungjawab JK Pengelola.

4.7 TANGGGUNG JAWAB PEGAWAI DAN PEMAIN
4.7.1 Pasukan yang telah mengesahkan penyertaan mestilah bertanggungjawab dan
memastikan :-
i. Mematuhi semua peraturan, prosedur dan juga pekeliling yang dikeluarkan dari masa ke
semasa.
ii. Bersetuju menerima semua keputusan mengenai pengurusan pentadbiran dan pengelolaan
Liga Juara Remaja seperti yang telah ditetapkan oleh JK Pengelola serta lain-lain jawatankuasa
yang berkaitan.
iii. Mematuhi semua keputusan pengadil dan lain-lain keputusan atau sebarang keputusan yang
dibuat oleh lain-lain pegawai perlawanan serta menyelesaikan masalah atau rungutan
mengenai pengelolaan Liga Juara Remaja.
iv. Melaksana dan menegaskan prinsip Fair Play sepanjang perlawanan di dalam Liga Juara
Remaja.
v. Mengambil tindakan segera segala teguran, arahan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh JK
Pengelola.
vi. Pasukan mestikah bertanggungjawab ke atas kelakuan pegawai, pemain penyokong atau
mana-mana orang yang diberikan kuasa atau tugas terhadap pasukan sepanjang masa
penyertaan dalam liga juara remaja.
vii. Pasukan mestilah pada setiap perlawanan Liga Juara Remaja menurunkan pasukan
semasa terkuatnya.

4.8 WARNA DAN BIB
4.8.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangya 2 set bib atau tag posisi yang
berlainan warna dan hendaklah dibawa pada setiap perlawanan.
4.8.2 Setiap pasukan mestilah mengistiharkan warna pasukan kepada pasukan lawan.
4.8.3 Jika terdapat persamaan pada bib atau tag posisi lambungan duit syiling akan dilakukan.
Pasukan yang kalah akan menukar bib atau tag posisi
4.8.4 Huruf pada bib atau tag posisi hendaklah mengikut syarat yang dibenarkan oleh IFNA.

4.9 TARIK DIRI, GAGAL BERMAIN, PENALTI KERANA GAGAL BERMAIN DAN
PENGGANTIAN PASUKAN.
4.9.1 Jika mana-mana pasukan yang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut
iaitu :
i. Menarik diri selepas pengesahan penyertaan , atau
ii. Gagal bermain di dalam mana-mana perlawanan Liga Juara Remaja, atau
iii. Gagal bermain setelah melayakkan diri pada mana-mana tahap pertandingan, atau
iv. Gagal melaporkan diri di tempat perlawanan atau gagal menurunkan pemain minimum,
maka pasukan tersebut akan dikenakan tindakan berikut:
a) Pasukan tersebut dikira menarik diri dari pertandingan Liaga Juara Remaja.
b) Semua keputusan perlawanan terdahulu tidak dikira.
c) Pasukan digantung secara automatik untuk satu musim
d) Apa-apa tindakan yang difikirkan perlu oleh JK Pengelola.
(Rujuk peraturan 2.1.2)
4.9.2 Mana-mana pegawai atau pemain yang telah terbukti membantu atau bersubahat
melakukan apa-apa kesalahan adalah bersalah kerana khianat dan boleh dikenakan
penggantungan atau denda atau kedua-duanya sekali.(Rujuk peraturan 2.1.2)
4.9.3 Mana-mana pasukan yang gagal menamatkan jadual perlawanan tanpa mendapat
persetujuan JK Pengelola boleh dikenakan tindakan .

4.10 PENDAFTARAN PASUKAN, PEGAWAI DAN PEMAIN
4.10.1 Hanya JK Pengelola sahaja yang boleh mengesahkan pendaftaran pasukan, pegawai
dan pemain. JK Pengelola mempunyai hak untuk tidak mendaftarkan mana-mana pasukan,
pegawai dan pemain tanpa menberikan apa-apa sebab.
4.10.2 Keputusan pendaftaran mana-mana pasukan, pegawai dan pemain oleh JK Pengelola
adalah muktamad.

PERKARA 5: PENTADBIRAN
5.1 KAWALAN KESELAMATAN, KELAKUAN PEGAWAI, PEMAIN DAN PENONTON
5.1.1 JK Pertandingan/ JK teknikal hendaklah memastikan tiada kejadian yang tidak diingini
berlaku.
5.1.2 Mengambil langkah-langkah keselamatan dan mematuhi sepenuhnya peraturan
keselamatan di gelanggang.
5.1.3 Mana-mana pegawai, pemain atau penonton sesuatu pasukan yang dilaporkan oleh
pegawai perlawanan kerana kelakuan tidak sopan, tidak bertertib atau kelakuan ganas sama
ada di venue, gelanggang , di bilik persalinan dan di luar gelanggang, boleh diambil tindakan
tatatertib, dilarang masuk gelanggang.

5.2 TINDAKAN TATATERTIB.
5.2.1 Melanggar undang-undang permainan Amaran lisan
5.2.2 Melakukan tindakan yang bertentangan dengan semangat dan etika permainan bola jaring
yang tidak termaktub dalam undang-undang permainan Amaran Keras

5.3 BANTAHAN
5.3.1 Bantahan terhadap kelayakan pemain atau lain-lain bantahan hendaklah dihantar secara
bertulis dan diterima oleh Pengerusi JK Pengelola dalam tempoh 72 jam selepas tamatnya
perlawanan atau satu tempoh yang diterima oleh JK Pengelola dan disertai dengan wang tunai ,
wang pos atau bank draf berjumlah RM200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja) atas
nama Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana akan dikembalikan jika
bantahan berjaya.
5.3.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara fakta yang
telah diputuskan oleh pengadil di gelanggang.
ii. Pemain dan Pegawai yang dihantar mengikuti program pembangunan iaitu, pengurusan,
kejurulatihan dan kepengadilan dalam sukan bola jaring atau berkaitan denganya termasuklah
program pembangunan belia ke luar negara atau menghantar pasukan, pegawai atau pemain
sebagai mewakili Persatuan atau Pasukan untuk sebarang aktiviti bola jaring atau ke
pertandingan yang dikelolakan oleh PBJM sama ada dalam atau luar negara.
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Tiada ulasan:


SELAMAT DATANG BLOG RASMI
KEJOHANAN LIGA JUARA REMAJA BOLA JARING
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



2012
Dicatat oleh Bola Jaring di 7:28 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)
PELAWAT

PELAWAT BLOG
MENU UTAMA
HALAMAN UTAMA
JAWATANKUASA INDUK
JAWATANKUASA TEKNIKAL
PENGELOLA
JADUAL PERTANDINGAN
PERATURAN PERTANDINGAN
PENGELOLAAN TEKNIKAL
GELANGGANG PERTANDINGAN
ALIRAN MASUK GELANGGANG
KEPUTUSAN RASMI
SENARAI NAMA PEMAIN
KOLEKSI MUAT TURUN
MEMORI INDAH
Arkib Blog
2012 (1)
o Jun (1)
SELAMAT DATANG BLOG RASMIKEJOHANAN LIGA JUARA REMA...



E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Tiada ulasan:

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook














PENGELOLAAN TEKNIKAL
PENGELOLAAN TEKNIKAL PERLAWANAN

1. Pengelolaan perlawanan Liga Juara Remaja Bola Jaring KPM 2012 adalah menjadi
tanggungjawab Pasukan Tuan Rumah. Oleh itu Pengarah Kejohanan sebagai Ketua
Pengelola Pasukan Tuan Rumah dan lain-lain pegawai-pegawai yang dilantik oleh Pasukan
Tuan Rumah untuk mengelola perlawanan tersebut hendaklah memahami sepenuhnya
aspek-aspek Teknikal Perlawanan sepenuhnya dan hendaklah dilaksanakan mengikut
Peraturan serta Prosedur yang telah ditetapkan.

2. PEMAKAIAN
Selaras dengan Peraturan Liga Juara Remaja KPM 2012 dengan ini, Organisasi Teknikal
Perlawanan berikut bagi pengurusan, pentadbiran dan pengelolaan semua perlawanan
Liga Juara Remaja adalah digunapakai.

3. PEMATUHAN
Semua Pasukan, Pegawai, Pemain dan Pegawai Pertandingan serta semua yang terlibat di
dalam pengelolaan sesuatu perlawanan Liga Juara Remaja KPM hendaklah mematuhi
sepenuhnya Peraturan dan Prosedur Organisasi Teknikal Perlawanan ini seperti yang telah
ditetapkan di dalam Peraturan Liga Juara Remaja 2012.
Kegagalan mematuhi mana-mana perkara atau prosedur Organisasi Teknikal Perlawanan
yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan lanjut oleh Jawatankuasa Pertandingan.

4. ORGANISASI TEKNIKAL PERLAWANAN
4.1 Tujuan
Organisasi Teknikal Perlawanan bertujuan melancarkan dan memastikan semua aspek
pengelolaan perlawanan dipatuhi dan dapat dikelolakan tanpa masalah. Ia meliputi skop
yang luas dan menjadi satu kewajipan bagi semua pihak iaitu Pegawai Pengelola, Pasukan
Tuan Rumah dan Pasukan Pelawat meneliti kesemua skop tugas tersebut.

4.2 Pegawai Pengurusan
Untuk menambah keberkesanan pengurusan Organisasi Teknikal Perlawanan, pihak
JawatanKuasa Pengelola / Jawatankuasa Teknikal dan Pasukan Tuan Rumah.
4.2.1 Pegawai Lantikan JK Pengelola / JK Teknikal
i. AJK Pengelolaan Pertandingan
ii. AJK Keselamatan
iii. AJK Perubatan
iv. Pengarah Pertandingan
v. Pengurus Gelanggang
vi. Pengadil,Pengadil ke 3, Pegawai Teknikal
vii Pegawai Penyelaras Keselamatan
viii. Pegawai Media
xi. Sesiapa sahaja yang dilantik oleh JK Pengelola / JK Teknikal untuk tugasan dalam
perlawanan.
4.2.2 Pegawai lantikan Pasukan Tuan Rumah.
i. Pengurus Pemungut Bola
ii. Pengurus Papan Mata
iii. Penyelaras Kecemasan
iv. Lain-lain pegawai yang difikirkan perlu oleh Pasukan Tuan Rumah.

4.3 Kad Akreditasi
Pegawai dipara 4.2.1 dan 4.2.2 hendaklah menggunakan kad akreditasi yang dikeluarkan
JK Pengelola / JK Teknikal dan Pasukan Tuan Rumah. Pegawai-pegawai yang mempunyai
Kad akreditasi boleh memasuki venue pertandingan Pegawai yang tidak mempunyai kad
Liga Kad Akreditasi tidak boleh berada di dalam gelanggang dan kawasan persekitaran
gelanggang / Garisan Had Penonton.

4.4 Tanggungjawab Pegawai
i. Semua pegawai di para 4.2.1 dan 4.2.2 hendaklah mahir dalam skop Organisasi Teknikal
Perlawanan.
ii. Pengarah Pertandingan bertanggungjawab ke atas pengelolaan Organisasi Teknikal
Perlawanan sepenuhnya.
iii. Ketua Pengadil bertanggungjawab ke atas Organisasi Teknikal Perlawanan dan menilai
prestasi pengadil serta bertanggungjawab melaporkan dalam borang penilaian pengadil.

5. Skop Organisasi Teknikal Perlawanan :
Semua Pegawai Pengelola dan Pasukan Tuan Rumah hendaklah meneliti , memahami dan
melaksanakan dengan sebaik-baiknya skop Organisasi Teknikal Perlawanan. Ia meliputi:
5.1 Persiapan Dan Persekitaran Gelanggang
i. Persiapan dan persekitaran gelanggang adalah tanggungjawab yang penting kepada
semua Pengelola Kejohanan. Gelanggang perlawanan mestilah disiapkan SEHARI
SEBELUM PERLAWANAN mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam manual
pengelolaan. Jika terdapat sebarang kecacatan pada gelanggang, Pengurus Venue mesti
menyelesaikan masalah tersebut bersama-sama pihak Jawatankuasa Teknikal
Pertandingan.

5.2 Lampu
i. Dipasang sepenuhnya 30 minit sebelum pertandingan.
ii. Lampu boleh dimatikan 30 minit selepas tamat pertandingan atau sehingga semua
urusan selesai.

5.3 Kelengkapan Bilik-bilik Utama:
i. Bilik persalinan.
ii. Bilik pengadil.
iii. Bilik keselamatan.
iv. Bilik perubatan
v. Bilik seketariat : lengkap dengan computer, mesin fotostat dan internet
vi. Sistem siaraya, scoreboard dan lampu limpah.
vii. Bilik kemudahan pertolongan cemas/ rawatan perubat
viii. Bilik rehat dan makan VIP / VVIP

5.4 Countdown To Playtime
i. Countdown untuk permainan yang telah ditetapkan adalah selaras bagi semua
perlawanan dan bagi pegawai-pegawai yang terlibat dalam perlawanan. Tujuan utama ialah
untuk menyelaras dan menyeragamkan pengelolaan sesuatu perlawanan terutama sekali
dalam operasi sebelum perlawanan.
ii. Arahan- arahan ini bertujuan sebagai panduan bagi menyelaras tugas-tugas semua yang
terlibat dalam pengelolaan perlawanan di dewan yang berlainan.
iii. Rujuk lampiran pergerakan pegawai teknikal dan pembantu.
iv. Pengarah pertandingan / penyelaras gelanggang / ketua pengadil adalah Pegawai yang
bertanggungjawab memastikan countdown ini diuruskan mengikut masa yang telah
ditetapkan.

5.5 Memulakan Perlawanan
Pegawai Teknikal (penjaga masa) akan memberi isyarat kepada pengadil bagi memulakan
perlawanan.

5.6 Rehat Separuh Masa
i. Rehat separuh masa : 5 minit (dari wisel tamat separuh masa hingga wisel mula separuh
masa seterusnya)
ii. Pengumuman melalui siaraya.
iii. Pembantu gelanggang membersihkan gelanggang sekiranya perlu.
iv. Pemain-pemain simpanan kedua-dua pasukan boleh mengadakan sesi memanaskan
badan di dalam gelanggang sekiranya dibenarkan oleh Pengarah Pertandingan /
Penyelaras gelanggang. Sekiranya tidak di izinkan, pemain-pemain boleh mengadakan
latihan memanaskan badan di tempat lain yang lebih sesuai.

5.7 Tugas-tugas Selepas Perlawanan.
i. Selepas tiupan wisel penamat, pemain kedua-dua pasukan akan berkumpul ditengah-
tengah gelanggang dan bersalam dengan pengadil,dan pegawai teknikal . Selepas itu,
kumpulan pengadil dan pegawai teknikal akan meninggalkan gelanggang.
ii. Pastikan pemain kedua-dua pasukan juga bersalaman.

5.8 Laporan
i. Sebaik tamat perlawanan Pengarah Pertandingan / Penyelaras gelanggang hendaklah
memastikan borang-borang dan keputusan dihantar ke urusetia pertandingan.
ii. Pengarah Pertandingan / Penyelaras gelanggang bertanggungjawab untuk memastikan
kedua-dua pasukan meninggalkan gelanggang tanpa sebaran masalah / insiden.

5.9 Perintah Di Persekitaran Padang
i. Untuk memastikan prosedur perlawanan berjalan dengan lancar , hanya mereka yang
mempunyai akreditasi khas dan yang mempunyai tugas-tugas dan tanggungjawab yang
tertentu dibenarkan berada di persekitaran gelanggang.
ii. Selain dari 10 pemain dari kedua-dua pasukan, ball pickers dan moppers , berikut adalah
senarai mereka yang boleh berada di dalam persekitaran gelanggang.

A) Pegawai-pegawai pengelola
1. Pengarah Pertandingan / Penyelaras gelanggang
2. Pengadil, Pegawai Teknikal
3. Urusetia pertandingan
4. JK Pengelola Pertandingan /Teknikal
5. JK Keselamatan
6. JK Tatatertib.
7. Lain-lain pegawai lantikan JK Pengelola.
8. Pasukan
i) 2 pegawai
ii) 10 pemain
9. Venue
i) Penyelaras gelanggang
ii) Pengarah pertandingan
iii) Pegawai kecemasan
10. Wakil media.

5. 10 i. Aturcara Sebelum Perlawanan
ii. Prosedur bersalam

5.11 Bangku Simpanan / Kawasan Teknikal
i. Hanya mereka yang dibenarkan sahaja boleh duduk di atas bangku simpanan:-
a) 3 pemain simpanan dan 2 pegawai
b) Kelakuan mereka yang duduk di atas bangku simpanan mestilah
tertakluk kepada polisi Fair-Play dan Peraturan Pertandingan.
c) Pada bila-bila masa, hanya jurualatih sahaja dibenarkan memberikan
arahan kepada pemain.
d) Pegawai-pegawai lain mesti duduk di bangku simpanan. Pemain dan
pegawai di bangku simpanan hendaklah sentiasa bertertib.

ii. Larangan
a) Merokok di bangku simpanan
b) Membantah atau sentiasa membantah keputusan pengadil
c) Provokasi kepada pegawai dan pemain pasukan lawan.
d) Membaling sebarang objek ke arah atau masuk ke dalam padang.
e) Merosakkan harta benda awam / sendiri.

5.12 Penggunaan Multiple Balls
i. Penggunaan multiple balls adalah untuk meningkatkan masa permainan sebenar atau
mengurangkan masa permainan yang terbuang dan juga memastikan permainan berjalan
dengan lancar.
ii. Arahan-arahan adalah seperti berikut :
a) Ball pickers yang dipilih berumur 15 tahun ke atas.
b) Sekurang-kurangya 3 biji bola yang diperlukan bagi setiap perlawanan mestilah diperiksa
oleh Pengarah Pertandingan / Penyelaras gelanggang / Pengadil sebelum perlawanan.
c) 2 biji bola akan diletakkan di meja teknikal.
d) Minimum 6 ball pickers akan ditempatkan di kawasan gelanggang.
e) Ball pickers berdiri di kawasan yang dihadkan.
f) Sekiranya bola permainan terkeluar jauh dari gelanggang ball picker
yang terdekal dengan meja teknikal boleh mengambil dan menggantikan bola yan g
terkeluar. Selepas itu barulah ball picker yang lain berusaha mengambil bola dan
meletakkan di meja teknikal.
g) Ball pickers mestilah sentiasa memberikan tumpuan yang sepenuhnya
ke atas tindakan dan kelakuan mereka .
h) Ball pickers dilarang sama sekali memasuki gelanggang atau kawasan
teknikal pada bila-bila masa.
i) Mana-mana ball pickers yang menunjukkan kelakuan kurang sopan atau cuba
menyebelahi mana-mana pasukan mestilah dilaporkan kepada penyelaras gelanggang atau
pengelola kejohanan. Tindakan akan diambil.
j) Semua ball pickers mestilah memakai pakaian seragam .
k) Pegawai yang bertanggungjawab haruslah berbincang dengan Penyelaras Gelanggang
berhubung kedudukan dan tugas ball pickers.
l) Pegawai yang bertanggungjawab ke atas ball pickers perlulah memberi latihan yang
mencukupi supaya setiapball pickers mahir dalam tugas semasa perlawanan.

5.13 Memanaskan Badan Sebelum Dan Semasa Perlawanan.
i. Pemain dibenarkan memanaskan badan di kawasan yang telah di khaskan oleh
pengelola.
ii. Hanya dua pasukan untuk perlawanan berikutnya dibenarkan menggunakan kawasan
memanaskan badan.
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Anda mungkin juga menyukai