Anda di halaman 1dari 8

PERATURAN PERTANDINGAN

LIGA BOLA JARING KPM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018.

1. NAMA PERTANDINGAN
1.0 Kejohanan Bola Jaring ini dikenali sebagai Liga Bola Jaring KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA.

2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
2.0 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan
Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA), Peraturan AM Liga
Sukan KPM dan Peraturan Pertandingan LIGA BOLA JARING KPM.

3. PEMATUHAN PERATURAN PERTANDINGAN DAN PERATURAN AM


3.0 PEMATUHAN
PERATURAN
3.0.1 Kejujuran dan keikhlasan mematuhi semua undang-undang dan
peraturan mengenai pengurusan dan pentadbiran dalam penyertaan
LIGA BOLA JARING KPM adalah menjadi tanggungjawab Pegawai
Pasukan dan Pemain.

3.0.2 Mana-mana pasukan, pemain atau pegawai yang mengingkari


mana-mana perkara di dalam peraturan dan perkara 17 boleh
dikenakan tindakan seperti berikut:
i. Amaran atau amaran keras.
ii. Pasukan dikira kalah dan kemenangan diberi kepada pasukan
yang satu lagi dengan 3 mata dan jaringan gol 10-0 atau

Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 1


jaringan semasa perlawanan dihentikan atau perlawanan
tamat,jika ianya lebih.
iii. Memotong mata perlawanan pasukan.
iv. Penggantungan pasukan, pegawai atau pemain untuk beberapa
perlawanan atau musim berikutnya.

4. JENIS PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan Bawah 16 tahun.
4.2 Perlawanan akan diadakan secara liga satu pusingan.

5. PENYERTAAN
5.1 Pemain-pemain hanyalah daripada Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah
Sukan Negeri yang telah disahkan oleh KPM serta pemain di SMK Presint
8 (1) bagi mewakili Putrajaya.
5.2 Warganegara Malaysia dan pasukan jemputan sahaja yang didaftarkan
sebagai pemain untuk LIGA BOLA JARING KPM, KPM adalah tertakluk
kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JK Pengelola.

6. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEMBENTUKAN PASUKAN


6.1 Syarat-syarat kelayakan pemain untuk pendaftaran Liga Bola Jaring adalah
seperti berikut :

6.1.1 Pendaftaran pemain hendaklah menggunakan borang-borang tertentu


yang disediakan oleh JK Pengelola sahaja.

6.2 Pecahan Bilangan pegawai dan pemain untuk pendaftaran bagi setiap
pasukan adalah seperti berikut:

i) 15 orang pemain
ii) 2 orang Jurulatih
iii) 2 orang Pegawai / Teknikal

Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 2


6.3 Pendaftaran pemain bermula selepas pengesahan penyertaan pasukan
hingga 30 hari sebelum perlawanan pertama pasukannya atau pada tarikh
yang telah ditetapkan oleh JK Pengelola.

6.4 Pendaftaran kedua pemain adalah dalam tempoh 2 minggu sebelum sirkit
ke 3.

6.5 Pertukaran atau penambahan hanya atas sebab-sebab:


i. Kecederaan di sahkan oleh doktor
ii. Berpindah/ berhenti/ tindakan disiplin sekolah disahkan oleh pengetua.
iii. Penambahan pemain

6.6 Sekolah Sukan Malaysia adalah dibenarkan pemain di bawah 16 Tahun


untuk tahun 2018.

6.7 Pemain yang telah didaftar dan bermain di dalam liga pertama tidak
dibenarkan bermain untuk pasukan lain.

6.8 Pendaftaran pegawai pasukan bermula dari tarikh pengesahan pasukan


hingga 30 hari sebelum perlawanan pertama pasukan dalam Liga Bola Jaring
atau pada tarikh yang ditetapkan oleh JK Pengelola.

6.9 Mesti mendaftar minimum 2 orang pegawai pasukan dan seorang pengadil.

6.10 Pegawai yang masih dalam hukuman tindakan tatatertib tidak boleh
didaftarkan.

6.11 Pendaftaran semula pegawai adalah dalam tempoh 14 hari sebelum Sirkit ke
2 atau pada tarikh yang ditetapkan oleh JK Pengelola.

6.12 Pendaftaran Awal Pasukan Pasukan mestilah mendaftar minimum 10 orang


pemain atau sekurang- kurangnya 5 orang pemain dalam satu-satu
perlawanan.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 3
6.13 Jumlah Pendaftaran Pemain.
6.13.1 Pasukan hendaklah mendaftarkan maksimum 15 orang pemain
sebelum Sirkit 3 bermula.

6.14 Pasukan mesti mendaftarkan minimum 10 orang pemain semasa membuat


pendaftaran kali pertama. Setiap pemain mesti didaftarkan dalam sekurang-
kurangnya dalam satu Sirkit.

7. HAD UMUR
7.1 Had umur pemain bagi LIGA BOLA JARING KPM ialah bawah 16 tahun
bermula dari 01 Januari pada tahun semasa.

8. SISTEM PERTANDINGAN
8.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara liga satu pusingan.

9. MENENTUKAN KEPUTUSAN
9.0 Dalam Perlawanan liga 1 pusingan penentuan pasukan teratas atau
pemenang mengikut susunan hirarki seperti berikut:

9.0.1 Pasukan yang mendapat jumlah mata tertinggi, dikira sebagai


pemenang;
9.0.2 Pasukan yang mempunyai perbezaan gol terbanyak dalam semua
perlawanan diperingkat liga diantara pasukan-pasukan terlibat;
9.0.3 Pasukan yang mempunyai purata gol yang tertinggi, dikira sebagai
pemenang;
9.0.4 Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama,
maka hendaklah merujuk kepada keputusan perlawanan awal peringkat
liga antara pasukan-pasukan yang terlibat untuk menentukan pasukan
teratas atau pemenang mengikut susunan hiraki berikut:-

9.1.4.1 Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak di


antara pasukan-pasukan yang terlibat, jika sama ;
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 4
9.1.4.2 Pasukan yang mempunyai perbezaan gol terbanyak di
antara pasukan-pasukan terlibat, jika sama;
9.1.4.3 Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol yang
terbanyak di antara pasukan-pasukan terlibat, jika sama;
9.1.4.4 Diputuskan oleh JK Pengelola dan keputusan ini adalah
muktamad. (lambung syiling atau main semula 7:1:7)

9.1 Dalam pertandingan kalah mati satu pusingan atau perlawanan akhir liga
penentu pemenang adalah mengikut hirarki berikut:
9.1.1 Pasukan yang menang perlawanan sepenuh masa, jika seri
9.1.2 Masa tambahan sebanyak 7 minit separuh masa pertama, 7 minit
separuh masa kedua dengan rehat selama 3 minit, jika seri.
9.1.3 Jika seri selepas masa tambahan, permainan diteruskan sehingga
salah satu pasukan mendahului dengan dua (2) gol.

10. SISTEM KIRAAN MATA / MASA PERMAINAN (YANG BERKAITAN)


10.1 Apabila sesuatu pasukan itu bermain dua atau lebih permainan dalam satu
hari atau jika masa terhad, tempoh permainan hendaklah dipersetujui oleh
Pegawai Pasukan.
10.2 Permainan akan dimainkan dengan 4 kuarter, iaitu selama 10 minit setiap
kuarter. Masa rehat selama 3 minit antara kuarter satu dan tiga, manakala 5
minit pada kuarter kedua. Pasukan akan bertukar gol pada akhir setiap
kuarter.
10.3 Masa rehat boleh dilanjutkan oleh Pengadil untuk menguruskan sesuatu
keadaan luar jangkaan atau kecemasan.

11 PEGAWAI PERTANDINGAN DAN PEMBANTU TEKNIKAL


“Pegawai Perlawanan” bermakna Pengarah Pertandingan, Pengurus Gelanggang,
Ketua Pengadil, Pengadil, Pegawai Teknikal, Pegawai Keselamatan, Pegawai
Kecemasan dan mana-mana individu yang diberi kuasa oleh menjalankan tugas bagi
pihak KPM.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 5
“Pegawai Pasukan” bermakna mana-mana pegawai mewakili pasukan yang telah
disahkan pendaftarannya untuk menyertai Liga Bola Jaring Bola Jaring KPM 2018.

“Kumpulan Pengadil” bermakna Ketua Pengadil, Pengadil dan Pengadil ke - 3 yang


dilantik.

“Pengarah Pertandingan” bermaksud pegawai yang dilantik bagi mengurus dan


mengelola perlawanan LIGA BOLA JARING KPM KPM 2018.

12 JADUAL DAN TEMPAT PERTANDINGAN

12.1 Jadual dan Takwim pertandingan disediakan oleh jawatankuasa pengelola.


12.2 Jadual pertandingan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola
adalah muktamad.

13 MEMULAKAN PERTANDINGAN / PERLAWANAN

13.1 Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti tercatat dalam Jadual
Pertandingan rasmi dan hanya boleh dipinda dengan kelulusan JK Pengelola
sahaja.
13.2 Jika waktu bermula sesuatu perlawanan adalah hampir sama dengan waktu
kedengaran azan, maka perlawanan hendaklah dimainkan selepas tamat
azan tersebut. Jika permainan sedang dijalankan dan azan kedengaran,
permainan hendaklah dihentikan dan disambung semula selepas azan tamat.
13.3 Waktu bermulanya bagi semua perlawanan terakhir peringkat liga hendaklah
dimainkan pada masa dan tarikh yang sama kecuali ditetapkan berlainan oleh
JK Pengelola.

14 PENGGANTIAN / PERTUKARAN PEMAIN


Penggantian pemain ialah maksimum 3 orang termasuk dalam masa tambahan.

14.1 Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan diganti oleh
pemain yang lain.
Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 6
14.2 Pertukaran posisi dalam gelanggang berlaku apabila posisi pemain disusun
semula dalam gelanggang.
14.3 Kedua – dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran
posisi samada:
i) Semasa rehat
ii) Apabila permainan diberhentikan kerana kecederaan atau sakit. Walau
bagaimanapun dalam kes ini, pemain yang cedera atau sakit yang
menyebabkan permainan diberhentikan mestilah terlibat dalam penggantian
dan/atau pertukaran posisi.

15 HADIAH DAN PIALA


15.1 Hadiah Berpasukan
i. Piala Juara Liga Bola Jaring KPM
ii. Naib Juara Liga
iii. Tempat Ketiga
iv. Tempat keempat

15.2 Hadiah Individu


i. Pemain Terbaik Perlawanan Akhir
ii. Pemain Penyerang Terbaik
iii. Pemain Penghadang Terbaik

16. PEMATUHAN PAKAIAN PEMAIN, PEGAWAI PASUKAN DAN PEGAWAI


TEKNIKAL
16.1 Pemain Liga Bola Jaring tidak dibenarkan memakai skirt, ‘body suit’ atau yang
serupa dengannya. Pemain/pasukan yang tidak mematuhi peraturan ini tidak
akan dibenarkan bermain dan pasukan tersebut akan diberi kemenangan tiga
mata kepada pihak lawan dengan jaringan 10-0.
16.2 Pegawai Pasukan perlu memakai pakaian yang sesuai dan sopan. Pegawai
pasukan yang tidak mematuhi peraturan ini tidak dibenarkan berada di tempat
pertandingan.

Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 7


16.3 Pegawai Perlawanan/Pengadil perlu memakai pakaian yang kelihatan sopan dan
beretika. Pegawai Perlawanan/Pengadil yang tidak mematuhi peraturan ini tidak
dibenarkan menjalankan tugas mengendalikan perlawanan.

17. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak peruntukkan dbawah peraturan ini atau sebarang pengecualian
mengenai pematuhan peraturan ini atau semua perkara-perkara diluar jangka atau
mengenai perbezaan tafsiran, akan diputuskan oleh JKP yang mana keputusannya
adalah muktamad.

Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia 8

Anda mungkin juga menyukai