Anda di halaman 1dari 13

10.

0 UNDANG – UNDANG
PERTANDINGAN BOLA
JARING

SAIZ GELANGGANG
SAIZ TIANG GOL
Tinggi tiang adalah 3.05 m ( 10 kaki ) bagi
orang dewasa. Gegelang logam yang
berukuran bahagian dalamnya 380 mm
( 15 inci ) dan diameter tiang gol
berukuran dalam 65-100 mm ( 2.5 – 4 inci
).

PEMAIN
- Kasut pemain hendaklah diperbuat
daripada bahan yang ringan, spike
tidak dibenarkan.
- Barang kemas tidak dibenarkan untuk
dipakai semasa bermain.
- Sebelum permainan bola jaring
bermula setiap pemain perlu
memastikan kuku pendek dan rata.

TEMPOH PERMAINAN
- Masa permainan terbahagi kepada 4
suku masa.
- Setiap suku masa mempunyai 15 minit
permainan. Tetapi, setiap suku masa
tersebut mempunyai masa rehat yang
berbeza.
- Setiap pasukan mesti menukar posisi
gelanggang setiap kali masuk suku
baru.

PEGAWAI
1. Pegawai Pertandingan
- PENGADIL
- PENCATAT
- PENJAGA MASA

Pegawai Pasukan
- JURULATIH
- PENOLONG JURULATIH
- KAPTEN

TUGAS PENGADIL
Pengadil hendaklah bergerak di
sepanjang Garisan Tepi dan di Belakang
Garisan Gol untuk mengawasi permainan
serta membuat keputusan. Pengadil juga
tidak akan mengkritik mana-mana pihak
lawan. Selain itu, memastikan semua
pemain berada di dalam gelanggang
semasa pemberhentian bagi sebarang
kecederaan atau sakit.

WISEL PENGADIL
- Kegunaannya adalah untuk memula
dan memberhentikan permainan.
- Menandakan tamat tiap-tiap suku
masa atau separuh masa permainan.
- Memulakan semula permainan
selepas separuh masa.
- Menandakan kesalahan telah berlaku.
- Menandakan gol telah dijaringkan.
- Memberikan isyarat kepada penjaga
masa supaya menangguh masa
pemberhentian.
TUGAS KAPTEN
Sebelum perlawanan bermula, kapten
akan mengundi untuk memilih Gola tau
Hantaran Tengah Pertama dan Kapten
akan memberitahu kedua-dua pengadil
dan pencatat masa akan keputusannya
serta dia berhak berjumpa dengan
pengadil semasa rehat atau selepas
tamat permainan untuk mendapatkan
penjelasan sebarang undang-undang.

DILUAR GELANGGANG
Pengadil hendaklah memeriksa;
- Pakaian seragam pemain
- Barang kemas ( tidak boleh dipakai
semasa bermain )
- Kuku pendek dan rata

SEBELUM PERMAINAN
Pengadil hendaklah memeriksa;
- Gelanggang
- Kawasan persekitaran
- Tiang gol
- Bola

SEMASA MEMAINKAN BOLA


Pemain boleh,
1. Menerima bola dengan sebelah
tangan atau dua belah tangan.
2. Memperolehi semula bola yang
melantun dari tiang gol. Selain itu,
boleh menampar atau melantunkan
bola kepada pemain lain.
3. Menampar sekali, kemudian
menerima atau mengarahkan
kepada pemain lain.
4. Jatuh ketika memegang bola tetapi
mesti berdiri dan menghantar dalam
masa 3 saat.
5. Bola bergolek kearah diri sendiri.
6. Melompat dari dalam gelanggang
dan memainkan bola.

PEMAIN TIDAK BOLEH


- Menumbuk bola.
- Merebahkan badan dengan sengaja
- Cuba mendapatkan bola semasa
baring, duduk atau melutut.
- Menendang bola dengan sengaja.
- Menggunakan tiang gol sebagai
sokongan, untuk mengimbangi badan
ataupun dengan cara yang lain.
PEMAIN YANG TELAH
MENERIMA BOLA TIDAK
BOLEH;
- Menggolekkan bola kepada pemain
lain
- Melambung dan memainkannya
semula.
- Menjatuhkan bola dan memainkannya
semula.

PEMBERIAN PENALTI
Terdapat 5 jenis penalti;
1. Hantaran percuma
Maksud: untuk semua kesalahan
dalam gelanggang melainkan sentuhan,
halangan atau ugutan dan diambil di
tempat kesalahan berlaku.

2. Hantaran penalti
Maksud: untuk semua kesalahan
sentuhan atau halangan dalam
gelanggang kecuali Bulatan Gol.

3. Hantaran atau jaringan penalti


Maksud: untuk kesalahan atau
halangan di dalam bulatan Gol.

4. Hantaran ke dalam
Maksud: bila bola keluar dari
gelanggang atau disentuh oleh pemain
atau bola di luar gelanggang.

5. Lambungan
Maksud: bila kesalahan berlaku
secara serentak dan pengadil tidak
dapat memastikan siapa yang
melakukan kesalahan.
DISIPLIN
- UNDANG – UNDANG 19
1. PELANGGARAN UNDANG-
UNDANG.
2. SENGAJA MELAMBATKAN
PERMAINAN.
3. MEMBANTAH KEPUTUSAN
PENGADIL.

- UNDANG – UNDANG 20
1. AMARAN.
2. PENGGANTUNGAN.
3. DI ARAH KELUAR.

- UNDANG – UNDANG 21
1. KEGAGALAN MEMASUKI
GELANGGANG.

Anda mungkin juga menyukai