Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TAHUN 2011 PENDIDIKAN JASMANI TERAS

(PJ 2311D) KERTAS KERJA PERMAINAN KECIL DAN TRADISIONAL TAJUK TUGASAN: BURUNG DALAM SANGKAR

NAMA AHLI KUMPULAN: ROZANA BINTI RASPIN (910714125394) HERVITA BINTI JOMIN (911008126132) KURSUS/KUMPULAN: 2 PPISMP PK/BM/PJ/PS 2 NAMA PENSYARAH: EN. MOHAMMAD TAUFIQ CHENG BIN ABDULLAH TARIKH SERAHAN: 25.01.2011

PENGENALAN Permainan kecil dan tradisional merupakan permainan yang dikenali sebagai permainan rakyat yang dimainkan oleh kanak-kanak. Kebiasaannya permainanpermainan kecil dan tradisional tidak mempunyai peraturan atau undang-undang khas. Peraturan atau undang-undang permainan yang direka-reka adalah amat mudah dan tidak dikongkong oleh syarat-syarat yang kompleks agar mudah difahami dan diikuti pemain. Selain itu juga, untuk bermain permainan-permainan ini, ia tidak memerlukan alatan yang banyak atau mahal, hanya menggunakan alatan yang sedia ada sudah mencukupi. Kebanyakkan permainan-permainan kecil dan tradisional telah diserapkan sebagai salah satu aktiviti dalam pengajaran Pendidikan Jasmani iaitu sebagai aktiviti dalam pendidikan pergerakan. Seperti yang diketahui umum, kanak-kanak memerlukan masa untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran yang diajar kepada mereka. Oleh itu, melalui permainan-permainan yang diaturkan mereka akan dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut dengan perlahan-lahan. Melalui permainan-permainan ini juga, murid-murid akan dapat belajar dengan seronok dan gembira disamping, ia dapat membina semangat kesukanan, berpasukan dan kerjasama antara murid-murid serta memberi peluang mereka untuk menunjukkan dan mengasah kualiti kepemimpinan yang ada pada diri mereka. Ia juga merupakan salah satu wadah untuk mempraktikkan integerasi dan toleransi. Selain itu juga, melalui permainan-permainan ini juga guru-guru dapat mencungkil bakat-bakat sukan yang terpendam dalam kalangan murid dan dapat memperkembangkan pemikiran mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah sambil bermain.

KUMPULAN SASARAN UMUR PEMAIN Murid-murid yang berumur dari 7 hingga 10 Tahun,iaitu murid-murid yang berada di Darjah 1 hingga Darjah 4. PERALATAN 1. Tiada atau Gelung.

PROSES PENYEDIAAN ALATAN DAN KAWASAN BERMAIN

PERATURAN 1. Bermain di kawasan yang lapang seperti di kawasan padang atau halaman yang luas. 2. Jumlah pemain untuk memainkan permainan ini adalah kira-kira dalam 10 hingga 40 orang. 3. Setiap kumpulan mestilah mempunyai tidak kurang daripada 3 orang ahli atau lebih, ahli dalam satu kumpulan adalah tidak terhad. 4. Dalam satu kumpulan hanya terdapat seorang murid yang menjadi burung dan murid yang selebihnya akan menjadi sangkar. 5. Sangkar boleh dibentuk dengan dua cara, iaitu sama ada membentuknya dengan menggunakan gelung atau memegang tangan antara pemain yang menjadi sangkar. 6. 4 atau 5 orang murid ditetapkan tidak mempunyai sangkar. 7. Mendengar arahan daripada guru. 8. Murid yang menjadi burung tidak boleh kembali ke sarang asal dan mesti bertukar sangkar yang lain. 9. Murid yang memainkan peranan burung dan sangkar akan saling menukar peranan dari semasa ke semasa. 10. Permainan ini dikira tamat apabila kesemua pemain telah menjadi burung.

CARA BERMAIN 1. Setiap kumpulan mempunyai tidak kurang daripada 3 orang ahli atau lebih, ahli untuk satu kumpulan adalah tidak terhad. 2. Ahli kumpulan yang mempunyai 3 atau lebih ahli akan dibahagikan kepada burung dan sangkar. 3. Terdapat dua cara untuk memainkan permainan ini. Salah satunya ialah pemain lelaki dan pemain perempuan akan bercampur untuk bermain permainan ini iaitu apabila mereka menggunakan gelung sebagai sangkar dan cara yang satu lagi ialah apabila tidak menggunakan sebarang alatan untuk membentuk sangkar.maka pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan pemain iaitu kumpulan pemain lelaki dan kumpulan pemain perempuan. 4. Seorang ahli daripada kumpulan tadi menjadi burung dan yang selebihnya akan menjadi sangkar. 5. Murid yang menjadi sangkar di kehendaki memegang tangan antara satu sama yang lain untuk membentuk ruang atau menggunakan gelungn untuk membentuk ruang sangkar dan untuk murid yang menjadi burung akan masuk ke dalam sangkar. 6. Apabila kumpulan telah selesai dibahagikan, permainan akan dimulakan dengan guru memberi arahan seperti tukar atau burung terbang ataupun dengan meniup wisel. 7. Apabila mendengar arahan tersebut, murid-murid yang tinggal dalam sarang dikehendaki mengosongkan sarangnya dan terbang di luar sarang, burung yang tidak mempunyai sarang juga perlu terbang di luar sarang. 8. Apabila guru member arahan burung pulang atau dengan meniup wisel, burung-burung perlu mencari sarang lain daripada sarang asal mereka. Manakala burung-burung yang tidak mempunyai sarang tadi juga boleh mengisikan sarang yang telah dikosongkan. Pada ketika ini, burung-burung akan berebut untuk mengisi sarang. 9. Burung yang tidak dapat mengisi sarang akan di keluarkan dari permainan dan sarang akan dikurangkan, dan burung akan ditambah.

10. Setelah itu, murid-murid akan saling bertukar peranan. Murid yang menjadi burung akan menjadi sarang, manakala murid yang menjadi sarang akan menjadi burung.

KESELAMATAN 1. Pastikan kawasan permainan adalah selamat daripada bahan-bahan berbahaya seperti kaca, kayu berpaku dan sebagainya. 2. Jika pemain tidak menggunakan gelung, pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pemain lelaki dan kumpulan pemain perempuan, agar sentuhan tidak berlaku. 3. Untuk keselamatan para pemain, murid-murid yang menjadi sangkardikehendaki memegang gelung diparas bahu agar kepala murid yang menjadi burung tidak terpaut pada gelung apabila keluar atau masuk ke dalam sangkar. 4. Jarak antara satu sangkar dan sangkar yang lain mestilah jauh untu k mengelakkan sebarang pelanggaran daripada berlaku.

Anda mungkin juga menyukai