Anda di halaman 1dari 25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS DARULALMAN, BANDAR DARULAMAN,06000, JITRA,KEDAH DARUL AMAN

PERMAINAN KECIL GALAH PANJANG


NAMA PELAJAR DAN NO.KP : NORASYIKIN BINTI AB RAHIM (840223-05-5044) : NORFAZLIANI BINTI SHUIB (861107-02-5430) : AIDA BINTI MOHAMED ZAHARI (861015-59-5284) : MASHITAH BINTI SIKH MOHD KARIM (821125-07-5662) : KOH YIA YEAN (900315-10-5514) : YOONG SEE WEN (870415-38-5336) : TANG CHERN SIAN (880522-08-6859) : PISMP/GSTT-PEND.KHAS (SEMESTER 2) : MURID DAN ALAM BELAJAR/EDU 3103 : PUAN ZAHIROH BINTI AWANG :

KUMPULAN/KELAS NAMA KURSUS DAN KOD NAMA PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH

Soalan

PILIH SATU PERMAINAN TRADISIONAL DAN BINCANGKAN KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN INTELEK, SOSIOEMOSI DAN FIZIKAL

PENGENALAN
Galah Panjang adalah salah satu permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

TUJUAN PERMAINAN
Permainan ini membolehkan murid-murid berkeupayaan untuk mengembangkan kemahiran intelek.
Murid-murid juga dilatih untuk mengikut peraturan permainan. Permainan ini mampu membentuk kerjasama dalam satu kumpulan.

Ukuran Gelanggang Galah Panjang

Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimen dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awakawak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya dimainkan di atas gelanggang simen. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

SENARAI KEPERLUAN
1. Bilangan permain : Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Bahan

Gunting Kayu Tali

1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas kawasan yang lapang. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.

2. Ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, sama ada secara individu atau beramai-ramai.

3. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan.

4. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. 5. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. 6. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawanan tersebut

ASPEK PERKEMBANGAN KOGNITIF


Menguji kebijaksanaan kanak-kanak. Sekiranya pihak penyerang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

Menguji kepakaran kanak-kanak sebagai seorang ketua untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang.

Minda kanak-kanak menjadi sihat dan cerdas. Hal ini kerana, mereka perlu memikirkan strategi yang sesuai untuk menang disamping mereka diberikan pengetahuan tentang caracara untuk bermain.

ASPEK PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI


Menjadikan fikiran kanak-kanak berkembang dengan bebas tanpa masalah. Dimana dapat memberi kerehatan kepada otak setelah penat belajar. Menjadikan kanak-kanak mempunyai emosi yang stabil sentiasa riang. Ini kerana kanak-kanak berasa seronok dan gembira melalui permainan.

Melatih kanak-kanak supaya patuh kepada arahan ketua.

Kanak-kanak akan dapat bergaul dengan kanakkanak lain dan boleh membina sikap berkerjasama dalam kumpulan.

ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL

Dapat menyihatkan tubuh badan kanakkanak

Melalui permainan kanak-kanak akan berpeluh seterusnya menjadikan badan mereka sentiasa sihat

Permainan ini juga dapat menjadikan fizikal kanak-kanak berkembang dengan cergas iaitu kanakkanak dapat bergerak dengan pantas dan teratur.

GAMBAR KUMPULAN MEMBUAT GELANGGANG GALAH PANJANG

Video

Kesimpulan
Permainan tradisional seperti galah panjang memberi kesan yang positif dalam aspek intelek, sosioemosi dan fizikal kepada kanak-kanak.

Amran Lee Abdullah, P. Sundaralingam. (2007). Siri Pendidikan Jasmani dan Sukan Permainan Kecil. Petaling Jaya : Sutrapadu. Haji Aziz Deraman dan Wan Ramli Wan Mohamad. (1994). Permainan Tradisi Orang Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Nani Menon. (2007). Permainan, Lagu dan Puisi Kanak-kanak. Kuala Lumpur : PTS Professional. Shamsul Anuar Hj. Nasarah dan Ahmad Shahar Hj. Nasarah. (2005). Siri Panduan Permainan Tradisional Kanak-kanak Cak Lerang Benang Mas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan

Pengenalan Permainan Galah Panjang. Dicapai

pada 10 Januari 2014, daripada http://sharldepiepiapie.blogspot.com/2011/02 /pengenalan-permainan-galah-panjang.html Permainan Tradisional, Galah Panjang. Dicapai pada 10 Januari 2014, daripada htpmainantradisionl.blogspot.com/2007/09/gal ah-panjang.html Permainan tp://Tradisional. Dicapai pada 10 Januari 2014, daripada http://permainannordin.blogspot.com/

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai