Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM
Nama Pelajar : NUR ATIRAH BINTI MAT ARIFFIN
Kursus & Ambilan : PK MP PR 1 ( JANUARI 2011)
Tempoh Praktikum : 8 MINGGU
Pengkhususan : PENDIDIKAN KHAS
Nama Guru Pembimbing : SITI ZAKIAH BINTI MOHAMAD NOR
Nama Pensyarah Pembimbing : CIK ZUBAIDAH BINTI MAT NOT
Catatan Minggu ke: (1).Tarikh : 15 JULAI hingga 19 JULAI 2013
Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan
Untuk minggu pertama ini saya telah mengenali serba sedikit tentang sekolah,
guru serta murid pendidikan khas yang ada di sekolah ini. Namun demikian apa
yang hendak saya fokuskan untuk minggu ini ialah berkenaan dengan
pengurusan masa. Berbeza dengan apa yang telah saya alami semasa
praktikum fasa 1 saya telah diberikan masa sebanyak sepuluh jam yang mana
setiap pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan adalah selama
satu jam setiap hari. Namun demikian, untuk praktikum fasa dua ini saya telah
diberikan tempoh pengajaran untuk setengah jam atau tiga puluh minit untuk
setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Masa setengah jam yang diberikan untuk setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran ini menyebabkan masa untuk murid melaksanakan aktiviti adalah
terhad. Jika dalam masa satu jam murid akan mempunyai masa yang banyak
untuk belajar serta menjalankan aktiviti yang telah disediakan oleh guru malahan
guru juga tidak perlu tergesa-gesa untuk mengajar semata-mata kerana mahu
mengejar masa yang 30 minit itu. Selain itu, sebagai guru praktikum saya perlu

menjalankan setiap langkah yang telah saya rancang dalam rancangan


pengajaran harian yang terdiri daripada set induksi, langkah pengajaran iaitu
interaksi pengajaran, latihan bertulis dan juga aktiviti pengukuhan serta yang
terakhir penutup. Jika saya ingin melakukan semua yang telah dirancangan
dalam masa 30 minit, murid bukan sahaja tudak dapat untuk belajar dengan
selesa malahan saya sebagai guru juga akan menghadapi masalah jika
sekiranya objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari itu tidak tercapai.
Sebagai seorang guru baru, saya tidak boleh hanya masuk dan memberi latihan
seperti guru-guru lain lakukan, maka pengurusan masa menjadi masalah yang
agak serius jika saya tidak atasinya dengan baik. Sebagai guru, saya
mengharapkan agar murid merasa seronok apabila menjalani sesi pengajaran
dan pembelajaran serta murid akan dapat menguasai pembelajaran yang telah
diajar pada hari tersebut.

Analisis masalah/Isu/peristiwa

Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan oleh
setiap individu khususnya murid-murid sekolah. Lagipun, di sinilah mereka
sepatutnya menjadikan ia suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas.
Sekiranya murid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, mereka
sememangnya boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana setiap
sekolah meletakkan syarat agar murid berpakaian kemas ketika ke sekolah. Ini
membuktikan bahawa kebersihan sangat penting bagi murid-murid. Ahmad
Sulaiman (2008) menyatakan:
Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik.
Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar
sihat, tidak bau, tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman
penyakit terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Kebersihan badan
meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menggosok gigi, mencuci
tangan, dan memakai pakaian yang bersih.

Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam juga
menitikberatkan soal kebersihan. Justeru, Islam meletakkan kebersihan sebagai
sebahagian daripada Iman. Sahari Akim (2008) menyatakan dalam penulisannya
bahawa:
Dalam isu menjaga kebersihan ini, setiap masyarakat perlu mempunyai
kesedaran dan sikap bertanggungjawab. Masyarakat perlu mematuhi
amalan menjaga kebersihan dari lunas-lunas agama, mempunyai
kesedaran sivik yang tinggi dan mematuhi undang-undang serta
peraturan yang ditetapkan. Isu kebersihan sememangnya dititikberatkan
dalam ajaran agama Islam sendiri. Islam memandang kebersihan itu
sebagai sebahagian daripada iman. Kita yakin agama-agama lain juga
memberi penekanan terhadap penjagaan kebersihan.
Kita juga sedar bahawa kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena
jangkitan penyakit. Maka, berdasarkan analisa dan pendapat ini, adalah menjadi
tanggungjawab kita bersama untuk terus menjaga kebersihan terutamanya
kebersihan diri sendiri. Setelah itu, barulah kita dapat menjaga kebersihan
persekitaran.
Cadangan Penyelesaian
Usaha membendung masalah ini (tidak menjaga kebersihan diri) patut
dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat dan
bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri. Guruguru boleh menganjurkan kempen-kempen seperti Personaliti Indah, Diri Bersih dan
Sihat dan lain-lain. Melalui kempen seperti ini, murid-murid secara tidak langsung akan
menyedari kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan perubahan demi
menjaga kesihatan mereka.
Untuk menyuntik kesedaran murid-murid tentang peri pentingnya kebersihan, guru
bimbingan boleh mengadakan bimbingan kelas terutamanya yang dikenalpasti
mempunyai masalah kebersihan yang serius. Melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan
memahami kepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh kebersihan tersebut
kepada diri sendiri , juga persepsi masyarakat terhadap mereka.
Walaubagaimanapun, ibubapa di rumah adalah antara individu yang paling
bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini kerana mereka
individu pertama yang berinteraksi secara terus dengan anak-anak. Kesedaran ini
sepatutnya bermula dari rumah. Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian
kepada anak-anak mereka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun, muridmurid yang dewasa juga sewajarnya boleh berfikir secara rasional dan bertindak untuk
kebaikan mereka.
Tempoh penyelesaian

16/08/2009 hingga 03/08/2009 iaitu selama 12 hari.


Tindakan susulan
Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-guru bertanggungjawab untuk
memastikan masalah ini tidak berterusan. Kempen-kempen mesti dilakukan secara
berterusan (seminggu sekali-diselitkan ketika perhimpunan pagi sekolah). Guru disiplin
harus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.
Kesimpulan
Kebersihan diri adalah elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap murid.
Keadaan bersih akan membantu mereka meningkatkan potensi diri dan sememangnya
mempengaruhi keselesaan mereka ketika belajar. Selain itu, kebersihan diri juga
mempamerkan personaliti murid-murid, juga mencerminkan keperibadian guru-guru dan
sekolah. Semuanya akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Pandangan / komen guru pembimbing
..................................................................................................................................................
......................................................................................................................................... ........
..................................................................................................................................................
Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................
Nama : .........................................................
Pandangan / komen pensyarah pembimbing
..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai