Anda di halaman 1dari 20

Pendahuluan

Negara Malaysia memberikan penekanan berat terhadap didikan kerana


percaya bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai visi
negara untuk memperoleh status sebagai sebuah negara yang membangun dari
segi pembangunan ekonomi, sosial dan kerohanian, moral dan etika kearah
membentuk satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Ini
juga merupakan misi pendidikan untuk membentuk sistem pendidikan bermutu dan
bertaraf dunia demi merealisasikan potensi individu sepenuhnya dan mencapai
aspirasi negara Malaysia. (Akta Pendidikan 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia,
2011).

Banyak isu dan cabaran pendidikan telah dihadapi oleh negara kita. Antara
isu dan cabaran pendidikan yang dikenal pasti dalam negara Malaysia ialah isu
berkaitan dengan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak
pendidikan UNESCO, globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan dan gejala
sosial.

Dalam kerja kursus ini, isu dan cabaran pendidikan yang akan dibincangkan
ialah globalisasi dalam pendidikan. Menurut Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying,
Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid (2010), sejak tahun 1997, dua
cabaran pendidikan alaf baharu yang kerap diutarakan dalam persidangan nasional
ialah ledak ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan
diatasi kearah membentuk masyarakat madani. Oleh itu, globalisasi dalam
pendidikan merupakan antara satu cabaran yang telah lama muncul di negara kita.

Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan
sesiapa yang tidak turut serta akan ketinggalan. Proses globalisasi ini berlaku dalam
tiga bentuk utama iaitu teknologi, ekonomi dan ideologi. Ketiga-tiga bentuk ini saling
berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai hubungan secara langsung dengan
dunia pendidikan.

Globalisasi dalam pendidikan merupakan antara satu isu yang wujud sebagai
fenomena memerlukan usaha yang dirancang secara sistematik untuk
menanganinya. Oleh itu, guru harus berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek

1
tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan
pelbagai isu yang harus ditangani secara lebih bijak dan penuh perhatian.

Secara khususnya, lima cabaran asas yang terdapat dalam globalisasi dalam
pendidikan dan cara-cara mengatasi cabaran-cabaran tersebut akan dibincangkan
dalam kerja kursus ini. Selain itu, kepentingan globalisasi dalam pendidikan, ciri-ciri
guru dan tugas guru untuk menghadapi cabaran globalisasi dalam pendidikan turut
akan dibincangkan dalam kerja kursus ini.

2
Definisi Globalisasi Dalam Pendidikan

Globalisasi dalam pendidikan merupakan antara satu cabaran yang berlaku


dalam pendidikan masa kini yang perlu sentiasa dikaji dan diperhalusi. Sebelum
mengkaji dengan lebih mendalam tentang cabaran-cabaran globalisasi dalam
pendidikan, definisi pendidikan perlu difahami dengan jelas agar isu ini dapat
ditangani dengan baik dan mendasari dari peringkat akar umbi.

Menurut kamus dewan edisi keempat (2005) globalisasi membawa definisi


proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi, kebudayaan dan
sebagainya disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh
dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan system komunikasi serta dasar
terbuka.

Selain itu, menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) globalisasi
membawa maksud satu cara hidup tanpa sempadan dan saling berkaitan antara
satu sama lain. Ia merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan
gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Pada
pandangan Mok Soon Sang (2007) pula menyatakan globalisasi bermaksud
merentasi sempadan dan media.

Selain daripada itu, Scholte (2000) dalam Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,
Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid (2010), globalisasi merujuk
kepda proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan
antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa
sempadan. Dalam konteks ini, globalisasi menuntut semua negara dan penduduk
berada pada landasan yang sama tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama,
status dan latar belakang dan sebagainya untuk bersaing secara adil dalam apa
jua bidang.

Kesimpulan, walaupun globalisasi membawa faedah kepada setiap negara,


kesan globalisasi amat dirasai oleh negara-negara sedang membangun dan yang
mundur kerana negara yang maju akan berkembang lebih pesat lagi manakala
negara lain masih belum bersedia untuk bersaing secara adil dengan mereka.

3
Cabaran-Cabaran Globalisasi Dalam Pendidikan
Globalisasi dalam sistem pendidikan negara telah memberi banyak kesan
terhadap pendidikan negara pada hari ini. Tindak balas daripada keterbukaan idea
dalam keperluan dunia pendidikan hari ini telah memberi kesan yang baik kepada
kualiti hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam menempuh globalisasi
pendidikan yang pesat berkembang ini sebenarnya telah membentuk banyak
cabaran dan halangan yang perlu ditempuh oleh sekumpulan lapisan masyarakat
di negara kita dalam usaha untuk mencapai misi dan visi pendidikan negara iaitu
meningkatkan taraf pendidikan bertaraf dunia.

Sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti di rajah 1.


Kelima-lima cabaran ini memerlukan penyelesaian yang bersepadu daripada
semua pihak agar globalisasi pendidikan yang berlaku dalam negara kita ini
tercapai dengan sempurna dan baik. Rajah 1 adalah seperti di bawah.

Pembelajaran
Berterusan
Perkembangan Inovasi
Profesionalisme Dalam
Perguruan Pelaksanaan
Kurikulum
Cabaran
Globalisasi Dalam
Pendidikan

Pembentukan Pengurusan
Jati Diri Pendidikan

Rajah 1. Lima cabaran asas globalisasi dalam pendidikan.

4
Untuk mengatasi cabaran pertama iaitu pembelajaran berterusan, menurut
Hussein Ahmad (2001) menyatakan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan
pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk
membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi
membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan
negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri.

Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran


tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998) menegaskan
globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di
kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti
pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan
kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
telah diperkenalkan seperti Sekolah Bestari, Projek Sekolah Net, Projek Smart Lab
dan Projek Sekolah Vista.

Sekolah Bestari diperkenalkan adalah untuk menumpu kepada proses


pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer
dan penggunaan multimedia. Manakala, Projek Sekolah Net diperkenalkan untuk
penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru
berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran
daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang
kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan
mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

Projek Smart Lab menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar


mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi
sebagai pemandu, pelayar dan pemudah cara. Projek Sekolah Vista pula
diperkenalkan untuk perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran
dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan
berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik
dengan rakan dan guru.

Untuk mengatasi cabaran kedua iaitu inovasi dalam pelaksanaan kurikulum,


kurikulum di Malaysia perlu disemak semula dan diberi nilai tambah supaya

5
kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar
dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka
melepasi alam persekolahan. Penggunaan teknologi maklumat dalam menguruskan
kurikulum perlu diperkembangkan supaya inovasi dapat dilaksankan dalam
kurikulum.

Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini,


pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia
global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan
pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai
Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi
meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut
ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:

 Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.


 Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
 Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
 Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
 Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses
dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.
 Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah
peperiksaan pelajar.
 Penempatan pelajar dalam kelas.
 Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
 Pembinaan jadual waktu guru.
 Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
 Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta
pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.

Cabaran yang keempat ialah pembentukan jati diri. Hussein Ahmad (2001)
memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah
membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma
kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau
besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu

6
pun di lereng kaki dan lembah bukit. Kesemuanya telah menerima tempias dan
pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh
globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak
remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif
kehidupan barat.

Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti
kokurikulum akan memberi impak dalam pembentukan moral pelajar. Dari aspek
keperibadian guru, guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika
proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah,
bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia
berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan
pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.

Manakala, dari aspek budaya sekolah, budaya sekolah yang mempraktikkan


sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong
bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-
elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut
merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguh-sungguh
oleh pihak pentadbiran sekolah.

Aspek yang seterusnya iaitu aktiviti kokurikulum. Aktiviti seperti pakaian


beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting
kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan
guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari,
tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

Cabaran kelima iaitu cabaran terakhir yang wujud dalam globalisasi dalam
pendidikan ialah perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan
tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap
perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran
globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat
meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran
dalam pengajaran, kualiti profesional dan kualiti personal atau kepimpinan guru
dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat

7
global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep
pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan
peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi
pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.

Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti


perkembangan pendidikan dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-
isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak
perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara
menyeluruh dan komprehensif. Jika pihak perancang menyelesaikan masalah
secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan
tumpuan kepada aspek lain ia akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita
terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

8
Kepentingan Globalisasi Dalam Pendidikan

Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan
saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu
lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan
tidak terkecuali. Globalisasi dalam pendidikan adalah penting kerana impak
globalisasi yang positif akan membawa banyak faedah kepada pendidikan negara
kita. Antara impak globalisasi dalam pendidikan adalah seperti di rajah 2.

Penggunaan bahasa
Inggeris sebagai bahasa
ilmu dan bahasa Pendidikan
pengantarabangsaan negara terbuka
kepada dunia
Perubahan luar
peranan guru
di bilik darjah
Peluang
Impak pendidikan
Globalisasi semakin
Kepentingan banyak
pengajaran
sains dan
teknologi
Pembelajaran
menggunakan
Pertumbuhan
teknologi
cawangan universiti
luar di dalam
negara kita

Rajah 2. Impak globalisasi.

Dari perspektif pendidikan, salah satu kesan positif globalisasi adalah


wujudnya persaingan sihat dalam institusi pengajian pendidikan untuk meningkatkan
mutu pendidikan selain menghasilkan reka cipta inovatif. Setiap institusi pendidikan
negara tertentu berusaha menonjolkan diri dalam arena kebitaraan mereka dan hal
ini secara langsung menyerlahkan mutu pendidikan negara.

Selain itu, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat


telah menyediakan peluang-peluang pendidikan kepada sesiapa pun untuk
berkecimpung dalam bidang pendidikan yang diminati. Peluang-peluang pendidikan
yang terbuka luas menggalakkan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran melalui

9
pendidikan jarak jauh atau berdaftar di institusi pengajian tinggi swasta.
Pembelajaran sepanjang hayat berlaku tanpa mengira masa, tempat dan pelajar
boleh mengikuti pendidikan secara akses kendiri mengikut kadar masing-masing
dan terarah kendiri.

Kesan globalisasi yang kian terasa ialah aliran tenaga buruh atau sumber
manusia dari negara-negara luar ke negara kita. Komunikasi merentasi budaya telah
membuka peluang kepada pelajar yang bakal berkecimpung dalam pasaran buruh
antarabangsa. Tambahan pula, kemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa dapat
mengatasi batasan untuk berkhidmat di mana-mana pelosok dunia.

Perkongsian dan aliran sumber-sumber pendidikan serta penemuan-


penemuan penyelidikan antara negara memberikan satu impak kepada
pembangunan pendidikan di merata duni dapat menyumbang kepada peningkatan
mutu pengajaran dan pembelajaran dalam system pendidikan, sekali gus
melonjakkan kecermelangan dalam pendidikan negara.

Pewujudan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam era globalisasi


telah berlakunya transformasi kurikulum dalam sistem pendidikan untuk
menyediakan modal insan yang sesuai dengan kehendak tempatan dan permintaan
global. Cabaran adalh untuk menghasilkan modal insane yang dapat berdaya saing
dan memenuhi cita rasa pasaran tenaga buruh antarabangsa.

Kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan dalam dunia globalisasi


memberikan tekanan kepada para guru untuk merancang program kurikulum agar
dapat menangani globalisasi dalam pendidikan. Sistem pendidikan negara telah
berubah dari semasa ke semasa untuk memenuhi hasrat menghasilkan modal insan
yang inovatif dan berdaya saing menjelang Wawasan 2020.

Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan dan kepentingan


globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh
mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus
ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang
wujud daripada fenomena globalisasi ini.

10
Ciri-Ciri Guru Dalam Menghadapi Cabaran Dalam Pendidikan

Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tugas dan
tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata amat
berat. Pendidikan yang menjadi teras pembentukan mana-mana generasi turut
terpanggil dan terheret untuk menangani cabaran era globalisasi. Acuan pendidikan
yang tepat dan bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju pembinaan
tamadun manusia dan negara di Malaysia khususnya umat Islam.

Untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seseorang guru


itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan proses
globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan,
khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha
meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan,
perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi
kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-
pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini
untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan.

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan profesionalisme.


Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi
yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek
pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah
pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan
mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak
berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi
mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan
paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.

Selain itu, seorang guru juga perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan
berakhlak. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah
pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk
dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan

11
kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan
dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari.

Para guru juga mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan


perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih
dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan
kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang
berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara
Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Pembestarian sekolah
seperti projek Sekolah Bestari dan projek Sekolah Net, hendaklah dihargai
oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.

Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion


perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang
terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu
diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting
untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan
negara.

Di samping itu, guru juga mestilah berupaya membuat keputusan,


menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti
sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai
pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan
sebagainya.

Kesimpulannya, peranan guru sangat penting dalam membentuk modal insan


cemerlang untuk menghadapi cabaran-cabaran globalisasi. Oleh itu, reformasi
pendidikan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan Wawasan 2020
supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan kecemerlangan
pendidikan dalam erti kata yang sebenar.

12
Tanggungjawab Guru Dalam Menghadapi Cabaran Dalam Pendidikan

Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang


berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi,
tanggungjawab-tanggungjawab guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu
dititikberatkan oleh semua guru. Terdapat lima tanggungjawab guru akan
dibincangkan di bahagian ini.

Tanggungjawab pertama guru ialah guru perlu peka terhadap persekitaran


sekolah. Dalam era moden ini, kebudayaan masyarakat sentiasa mengalami
perubahan. Oleh itu,guru perlu peka terhadap dinamika persekitaran sekolah adalah
guru yang sentiasa responsive dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi
perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Hanya guru yang bersifat dinamik
dapat menangani cabaran-cabaran baru yang sering timbul.

Tanggungjawab kedua ialah guru perlu meningkatkan pengetahuan kerja.


Ini adalah kerana tugas utama guru ialah memupuk nilai budaya ilmu di kalangan
pelajar. Oleh itu, guru perlu menghadiri kursus dalam perkhidmatan, khasnya di
peringkat sekolahnya untuk meningkatkan ilmu, kemahiran, pengetahuan kerja atau
tugas guru.

Tanggungjawab yang seterusnya ialah guru perlu meningkatkan hubungan


interpersonal. Hubungan interpersonal bermaksud hubungan antara perseorangan.
Tujuan utama berkomunikasi antara orang ialah menyampaikan khabar, berita,
mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Usaha meningkatkan hubungan
interpersonal dengan rakan sejawat adalah penting untuk membentuk iklim
persekitran yang kondusif bagi aktiviti-aktiviti persekolahan.

Tanggungjawab keempat ialah guru perlu membuat refleksi melalui


penyelidikan tindakan. Amalan refleksi ada amat penting untuk peningkatan
profesionalisme keguruan. Dengan penggunaan proses refleksi dalam penyelidikan
tindakan, guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk
menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran muridnya, lalu
membaiki dan mengubahsuai rancangan, kaedah dan teknik mengajar ke arah
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

13
Tanggungjawab kelima iaitu yang terakhir ialah guru perlu merebut peluang
pendidikan terbuka. Pendidikan terbuka boleh diertikan sebagai pendidikan
masyarakat atau aktiviti pendidikan di luar sekolah. Pemerolehan ilmu pengetahuan
hari ini tidak lagi hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja. Pendidikan hari ini
sememangnya telah merentasi sempadan dan media. Ilmu pengetahuan dan
kemahiran bukan sahaja dapat diperolehi di sempadan luar sekolah dalam negeri
tetapi juga di luar negeri melalui penggunaan computer sebagai media.

Secara kesimpulan, banyak tanggungjawab perlu dipikul oleh seorang guru


untuk menyahut cabaran globalisasi dalam pendidikan. Tidak mudah untuk seorang
guru memikul tanggungjawab yang banyak. Oleh itu, guru perlu sentiasa mencintai
pekerjaan sendiri sebagai seorang guru supaya dapat melaksanakan setiap tugas
dengan baik dan bersungguh-sungguh.

14
Rumusan
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem
pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah
dimasukkan ke dalam Akta Pendidikan 1996.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. (Falsafah Pendidikan Negara 1990 halaman 6)

Globalisasi pendidikan merupakan satu anjakan paradikma dalam dunia


pendidikan dan perubahan kea rah kebaikan. Walaubagaimanapun negara mundur
akan terus ketinggalan dalam penguasaan ilmu dan teknolgi yang terus berkembang,
manakala negara maju akan bertambah maju ditambah pula dengan kelahiran cerdik
pandai yang menyumbang kepada tenaga mahir dalam Negara.

Selain itu, globalisasi pendidikan juga tidak harus diambil mudah oleh para
guru. Para guru seharusnya meningkatkan perkembangan profesionalnya selain
mengemas kini maklumat agar sentiasa setanding dengan arus perkembangan
maklumat yang pesat. Para guru harus mempunyai kesediaan yang tinggi untuk
menerima perubahan dalam arus globalisasi yang semakin berkembang.

Secara umumnya globalisasi boleh membawa kesan yang positif dan juga
kesan negatif. Kesan negatif seperti penyalahgunaan internet, penindasan, dan
sebagainya merupakan kesan yang berlaku pada era ini. Walaubagaimanapun ianya
bergantung kepada individu itu untuk membuat pilihan yang terbaik samaada untuk
kebaikan ataupun untuk keburukan. Justeru, tanggungjawab guru adalah sebagai
mentor dan agen kepada perkembangan dan pembentukan modal insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosialnya dalam komuniti
masyarakat agar rakyat yang dilahirkan mengarah kearah pembangunan yang positif.

15
Refleksi

Bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya saya telah berjaya menyiapkan


kerja kursus ini dalam masa yang ditentukan. Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Encik Zaharudin Bin Mohd Talip, pensyarah EDU 3093 saya
kerana beliau telah memberi kami semua masa yang mencukupi untuk menyiapkan
kerja kursus ini.

Dalam kerja kursus ini, isu dan cabaran semasa pendidikan yang dikaji oleh
saya ialah globalisasi dalam pendidikan. Ia merupakan antara satu isu yang telah
lama wujud di negara kita sejak tahun 1997. Untuk menyelesaikan isu dan cabaran
ini, banyak usaha yang telah dilaksanakan oleh semua pihak yang berwajib dalam
negara kita.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan cabaran-cabaran yang terdapat


dalam globalisasi pendidikan dan cara-cara mengatasi serta implikasi terhadap P&P
guru dan tugas guru, saya telah mendapatkan buku yang berkaitan dari pusat
sumber dan juga melayari laman web. Sebelum saya mencari maklumat berkaitan
isu globalisasi terhadap pendidikan, saya tidak mengetahui betapa penting dan
betapa pengaruh isu ini terhadap pendidikan di negara kita. Isu ini merupakan satu
isu yang amat perlu diberi perhatian dan usaha dari semua pihak yang berwajib
untuk memastikan pendidikan negara kita berada di tahap yang seharusnya.

Selain itu, saya juga mendapati banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh
seorang guru untuk menghadapi era globalisasi ini. Guru perlu sentiasa
meningkatkan perkembangan profesionalisme dan mengemas kini maklumat agar
sentiasa setanding dengan arus perkembangan maklumat yang pesat.

Kekuatan yang saya mendapati dalam kerja kursus ini ialah saya dapat
mengetahui lebih maklumat yang berkaitan pendidikan dan sifat-sifat guru yang
harus ada pada zaman kini. Selain itu, kerja kursus ini juga dapat melatih saya untuk
membuat perkaitan antara satu rujukan dengan rujukan yang lain supaya esei yang
ditulis oleh saya adalah tersusun dan senang difahami. Manakala, kelemahan yang
saya mendapati dalam kerja kursus ini ialah saya masih kurang mahir dalam
menganalisis sesuatu isu dengan sangat terperinci. Ia masih memerlukan banyak
latihan dan tunjuk ajar dari orang-orang yang pakar.

16
Secara kesimpulan, kerja kursus ialah telah memberi saya satu peluang yang
baik untuk mengkaji isu dan cabaran semasa pendidikan. Sebagai seorang bakal
guru, adalah perlu saya sentiasa mengetahui isu-isu semasa yang berkaitan
pendidikan supaya saya dapat sentiasa mengemas kini maklumat dan dapat
memberi pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak murid saya supaya dapat
membentuk modal insan yang berguna untuk negara kita.

17
Bibliografi

Buku:

Kamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar. (1994). Asas Pendidikan III (Perkembangan
dan Pelaksanaan Kurikulum). Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Mok Soon Sang. (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme
keguruan) Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, P.Y. Boon, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2010). Guru dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Miskon. (2010). Guru dan Cabaran
Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Miskon. (2011). Pengantar
Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tan Ai Mei. (2010). Panduan Kerja Kursus Ilmu Pendidikan: Idea, Contoh dan
Aplikasi Teori. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Laman Web:

Aishah Netty. (2012). Cabaran Globalisasi Dalam Pendidikan. Diperolehi daripada


http://aishahnetty.blogspot.com/2012/08/cabaran-globalisasi-dalam-
pendidikan.html

Ellee fatal. (Sept, 2012). Globalisasi Pendidikan. Diperolehi daripada


http://akugpc.blogspot.com/2012/09/globalisasi-pendidikan.html

Cikgu Sue. (Nov, 2012). Kualiti Guru Dalam Menghadapi Cabaran. Diperolehi
daripada http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/11/kualiti-guru-dalam-
menghadapi-cabaran.html

Guru Oh Guru. (Sept, 2013). Isu Semasa Pendidikan di Malaysia. Diperolehi


daripada http://isusemasapendidikan.blogspot.com/2013/09/globalisasi-dan-
cabaran-pendidikan.html

18
Muhammad Syahir. (Sept, 2012). Isu Globalisasi Pendidikan. Diperolehi daripada
http://www.slideshare.net/Syahir89/isu-globalisasi-pendidikan

Nasuha Che A. Bakar & Siti Norsaidah Mohd Azimi. ( Ogos, 2010). Globalisasi dan
Cabaran Pendidikan di Malaysia. Diperolehi daripada
http://suhajambu.blogspot.com/

Nordin Tahir. (2012). Bab 1: Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa. Diperolehi
daripada
http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203109_Guru%20dan%20Cabaran
%20Semasa/09_EDU3109_Guru%20Dan%20Cabaran%20Semasa/BAB%201_
%20ISU%20DAN%20CABARAN%20PENDIDIKAN%20SEMASA.pdf

Admin. (2009). Kesan Globalisasi Terhadap Bidang Pendidikan di Negara.


Diperolehi daripada http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-
globalisasi-terhadap-bidang-pendidikan-di-negara-ini/

Abam Ming. (2011). Globalisasi dan Cabaran Pendidikan. Diperolehi daripada


http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/globalisasi-dan-cabaran-
pendidikan.html

Jurnal:

Jurnal Pendidikan & Pendidikan, Jilid 23 (2007).

Jurnal Pendidikan, Jilid 32 (2010).

Jurnal Penyelidikan Pendidikan (2008).

19
Lampiran

20

Anda mungkin juga menyukai