Anda di halaman 1dari 28

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan di atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkanNya
sehingga kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan
dan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Roslan bin
Aroff yang telah banyak memberikan kami bimbingan. Sesungguhnya keprihatinan
pensyarah mencurahkan idea amat kami hargai.

Tugasan ini memberi pengalaman berharga kepada kami. Sebagai guru, tugasan
ini memberi makna kepada pengajaran berkualiti yang perlu kami jalankan untuk anak-
anak didik kami di sekolah. Tugasan ini membantu kami mengenali tentang subjek Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Professional Guru dengan lebih mendalam dan
terperinci.

Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan Matematik kumpulan


2 yang memberi sokongan dan percambahan idea untuk menyiapkan tugasan ini.
Semoga dengan kesungguhan dan restu Tuhan, keluarga dan teman-teman, memberi
kita kekuatan dan akal budi bagi menghadapi cabaran mendidik anak bangsa di era
globalisasi ini.

Akhirnya, bersama kita memohon kepada Tuhan, semoga kita dikurniakan ilham
dan kesabaran untuk terus menghayati profesion perguruan yang murni ini seterusnya
dapat menabur bakti kepada anak bangsa untuk melahirkan modal insan yang luhur
hati budinya. Saya mengharapkan agar tugasan yang telah disiapkan ini dapat diterima
oleh Encik Roslan bin Aroff kerana saya telah siapkan tugasan ini sebaik mungkin.
Saya amatlah berharap agar ilmu daripada tugasan ini dapat dipraktikkan oleh semua
guru dalam profesion mereka kerana ia sangat penting. Sekian, terima kasih.

1
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

1.0 PENGENALAN

Profesion perguruan adalah bidang yang memberikan perkhidmatan yang unik,


tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikkannya hanya akan dirasai dan ketahui
oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion perguruan sahaja
yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat di
mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan
fizikal setiap insan. (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993).

Guru adalah sebuah profesion yang merupakan harapan setiap lapisan masyarakat
untuk memperbaiki diri. Di mana-mana sahaja di pelusuk dunia, kerjaya guru
merupakan sebuah kerjaya yang dianggap mulia dan dipandang tinggi di sisi
masyarakat sejagat. Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mencabar dan
amat mendesak. Guru diharapkan untuk mengetahui serba serbi tingkah laku manusia
dan memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang pendidik yang
berkesan.

Justeru, profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan


oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa hadapan yang serba canggih sebagai
jentera penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat
kerana rakyat masa depan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan
dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, malahan perlu juga diseimbangkan
dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni.

Secara keseluruhannya, guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri


kekuatan ilmu dan tingkah-laku dengan keluhuran etika kerja kepada penyempurnaan
tugasnya di sekolah setiap masa dan waktu.

2
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

2.0 KONSEP PROFESION

Perkhidmatan Banyak
keupayaan
yang unik dan dan
penting kebolehan

Pakar Ahli-ahli
organisasi
dalam yang
bidang berkuasa

Pernah Pentingkan
mendapat mutu
perkhidmatan
latihan

Mematuhi
Bertanggungjawab
kod etika

GAMBARAJAH KONSEP PROFESION

Terdapat sebanyak lapan konsep profesion yang telah dikemukakan oleh


Lieberman, seorang tokoh pendidik di Amerika Syarikat. Bagi beliau, sesuatu pekerjaan
yang boleh digolongkan sebagai profesion ialah seperti yang berikut:

3
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan


matlamat yang jelas untuk masyarakat dan Negara.
2. Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa
memberi perkhidmatan.
3. Orang professional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu
bidang kemahiran *ikhtisas mengikut suatu tempoh masa tertentu.
4. Ahli sesuatu profesion ialah pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan
mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya.
5. Orang professional ialah pekerja yang mementingkan mutu perkhidmatan
serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau
ganjaran kewangan semasa memberi perkhidmatan.
6. Pekerja-pekerja terdiri daripada ahli-ahli sesuatu organisasi yang berkuasa
menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan
dan penyingkiran ahlinya.
7. Setiap ahli profesion mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi
profesion itu.
8. Setiap ahli profesion bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan
keputusan yang dibuat olehnya.
Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi soaial yang
penting. Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu yang penting. Menurut Kamus
Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan
dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. ( Contohnya :
perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain). Profesion perguruan merupakan
profesion yang tidak ditelan zaman dan kini kehebatannya tidak dapat dipersoalkan lagi.
Dalam konteks profesion keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai tiga
ciri kemahiran professional guru iaitu :

- Selain memiliki sijil kelayakan kemahiran ikhtisas yang diiktiraf, guru juga perlu
mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek,
bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya
- Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan bermutu tinggi.
- Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.

4
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

3.0 KOD ETIKA PERGURUAN DI MALAYSIA

Etika ialah satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau
organisasi yang meliputi aspek-aspek tertentu. Contoh yang dimaksudkan ialah aspek-
aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah, dengan tujuan
memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat pula menggunakan
etika itu untuk menganalisis, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia
telah mengikut peraturan yang ditetapkan. Etika ditakrifkan sebagai ‘satu cabang ilmu
pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik dan dengan
kewajiban dan tanggungjawab moral (Harold Koontz & Heinz Weihrich- Pengurusan
terjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod & Siti Nadzah Sheik Omar- DBP)

Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Kod
etika ini juga dipunyai oleh profesion perguruan. Setiap guru dikehendaki mematuhi kod
etikanya sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion
keguruannya. Secara umumnya terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi untuk
menjayakan Etika Perguruan. Etika Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan
dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip di rajah berikut :

MENGHARGAI DAN
BERTANGGUNGJAWAB
NILAI YANG HASIL USAHA
BETUL ORGANISASI

PERLAKUAN BERDISIPLIN
YANG BAIK DAN BERADAB
PENGERAK KE MEMPERKOTAKAN
ARAH KEBAIKAN APA YANG
DIKATAKAN

5
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

Di Malaysia, “Tatasusila Profesion Keguruan” yang disarankan oleh Kementerian


Pendidikan merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej
profesionnya. Tatasusila Kod Etika Profesion Guru Malaysia merangkumi tanggungjawab
terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan
Negara serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion.

1)Tanggungjawab Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar


terhadap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, emosi,
politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

Menunjukkan penampilan, pertuturan dan tingkah


laku yang dapat memberikan contoh yang baik
kepada pelajar.

2)Tanggungjawab Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan


terhadap ibu kerjasama yang erat antara institusi
pendidikan dan rumah tangga
bapa
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak mereka, dan menggunakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa
dengan teliti dan bijaksana.
3)Tanggungjawab
terhadap masyarakat Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar
yang boleh membantu dan membimbing mereka
dan negara untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati
orang-orang yang lebih tua dan menghormati
perbezaan budaya dan agama.

menghormati perbezaan budaya dan agama.


3)Tanggungjawab
terhadap rakan sejawat Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat
kami terutamanya mereka yang baru
dan profesion menceburkan diri dalam profesion keguruan.

Sentiasa menjaga perlakuan supaya


tidak mencemarkan nama baik
profesion keguruan.

6
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

3.0 AKAUNTABILITI KEGURUAN

Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai


bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut
Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan
jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang
berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti atau
tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar, diri guru
itu sendiri, sekolah, masyarakat dan Negara serta profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti Terhadap Pelajar : Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya


dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu
serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang
berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan
murid-murid berbanding hal-hal lain.

Akauntabiliti Terhadap Diri : Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan


kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.
Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari
sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya.Guru juga digalakkan
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di
sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang
berguna terhadap profesionnya.

Akauntabiliti terhadap masyarakat dan Negara : Sebagai seorang guru , beliau


hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan
negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk
nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam
diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan
mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.

Akauntabiliti terhadap profesion perguruan dan sekolah : Guru haruslah meluaskan


ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar.
Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu
yang betul dan tepat. Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru
juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.

7
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

4.0 KESANTUNAN PROFESIONALISME

Kesantunan atau etiket adalah tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam
masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati
bersama oleh suatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kkesantunan tersebut
sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. Begitu juga dengan
kesantunan guru. Berdasarkan perkembangan semasa dalam profesional keguruan,
kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:

Kesantunan berpakaian
Kesantunan tingkah laku
Kesantunan berbahasa

Kesantunan Berpakaian :

Dalam kesantuan berpakaian, beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh guru.
Kesantunan berpakaian merujuk kepada jenis pakaian yang digunakan, fesyen pakaian
dan juga solekan. Guru haruslah berpakaian yang sopan sesuai dengan etika
berpakaian yang disarankan dalam Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat
awam.

Kesantunan Tingkah Laku :

Kesantunan tingkah laku adalah merujuk tatacara bertindak atau gerak geri guru ketika
menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu.Contohnya: Pada waktu makan bersama,
kesantunan dalam cara duduk, cara mengambil makanan dan cara makan.

Kesantunan Berbahasa :

Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara berkomunikasi sama ada dari segi verbal atau
cara berbahasa. Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan
tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus
disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Perkataan
atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.

8
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

5.0 CIRI-CIRI GURU SEBAGAI PROFESIONAL

CIRI-CIRI GURU PROFESIONAL

Komited
dalam tugas

Bertanggung
Bersikap jawab
Profesional

Pakar
Jujur Adil

Terlatih
Prihatin

Bersifat
Berkemahiran
kepimpinan

Sabar

Mahir ICT

Yakin Berunsur
kecindan Berilmu

Mempertahan
Patuh pada kan martabat
kod dan Etika profesion

Mempunyai
peribadi yang
baik
Baik hati
Mesra

Amanah Jujur 9
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

6.0 PERANAN ATAU TUGAS PENGURUSAN GURU YANG DIJALANKAN DI


SEKOLAH

6.1 GURU SEBAGAI PEMBIMBING

Bimbingan bermaksud memberi panduan atau nasihat kepada seseorang.


Bimbingan merupakan satu proses untuk menolong murid mengenali, memahami
pengalaman, nilai, sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat.
Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan
kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan
berkesan, guru perlu memastikan bahawa muridnya membina kemahiran untuk
menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya.Oleh itu, guru tidak boleh
mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada murid, bukan sahaja dalam mata
pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian
yang dihadapinya. Seorang pembimbing dapat membina nilai dan sikap yang sihat dan
positif terhadap diri muridnya, untuk meningkatkan kesedaran dirinya serta kefahaman
peranan dan tanggung jawabnya dalam hidup.

6.2 GURU PEMBENTUK TINGKAH LAKU

Guru menyampaikan nilai moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental
bagi membentuk tingkah laku murid.Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk
tingkah laku (kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan
kesabaran). Sedikit –sedikit perubahan tingkahlaku akan berlaku. Guru harus bersabar
dalam menanggani murid yang bermasalah.Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan
sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu
matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) ,
setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas ,
pembelajaran yang sihat dan produktif .

10
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah
laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan. Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah
laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memberi kesan kepada proses P & P yang
akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot. Asas penting dalam
pembentukkan tingkah laku murid adalah membina hubungan yang positif anatara guru
dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah.

6.3 GURU SEBAGAI PENGAMAL REFLEKTIF

Guru hendaklah membuat refleksi terhadap ‘sesuatu’ yang dikaitkan dengan aktiviti
pengajarannya. Guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh
kesedaran berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan
dengan bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang
dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan
kemahiran – kemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila
peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar
semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan.
Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa tentang
peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan
refleksi ke atas tindakan.

Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk mengatasi


masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh , permasalahan
penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru sebagai penyelidik
boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat inkuiri untuk
menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi.
Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping membina
hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik P&P.

11
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

6.4 GURU SEBAGAI PENYELIDIK

Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa


secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data yang sahih
seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut
teori-teori dan prinsip P&P. Idea-idea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam
pengajaran dapat diterokai. Guru yang melaksanakan tugas sebagai penyelidik akan
dapat menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid. Mereka boleh
mengubah dan menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menarik perhatian murid.

Melalui hasil kajian yang dijalankan akan membolehkan guru meningkatkan


kemahirannya dalam aktiviti pengajaran. Membolehkan guru berpeluang mengubah
kaedah dan teknik mengajarnya supaya mencuba sesuatu kaedah mengajar baharu
atau membawa sesuatu inovasi yang lebih sesuai dengan murid mereka. Idea daripada
dapatan kajian ini juga dapat dijadikan bahan rujukan yang penting bukan sahaja bagi
guru berkenaan, tetapi juga sebagai sumbangan idea baharu kepada rakan sejawat dan
guru-guru di sekolah lain.

6.5 GURU SEBAGAI AGEN SOSIAL DAN AGEN PERUBAHAN


6.6

Guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang


mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat
menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami perasaan diri
dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat
empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat
membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk
mencapai potensi mereka.Peranan guru dan tugas sekolah adalah untuk mengajar
murid-murid tentang nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan.

12
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

Peranan guru di sekolah adalah untuk membawa perubahan dalam masyarakat.


Sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan mengajarkan
kepada masyarakat. Guru perlu bertanggungjawab mengubah cara hidup masyarakat
dengan memberikan pelbagai pengetahuan yang boleh digunakan dalam kehidupan
seharian. Guru yang berhasrat untuk menjadi agen perubahan perlulah bersedia untuk
mengubah daripada pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada
demokratik.

(i) Mengubah strategi pemusatan guru kepada pemusatan murid


(ii) Mengamalkan sifat penyayang kepada murid, rakan sejawat, ketua, staf
sokongan dan sekolah.
(iii) Bersifat terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan
khususnya dalam bidang pendidikan.

Pengisian guru yang berkualiti memerlukan guru bertindak sebagai penyebar


ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role model, mengamalkan pengajaran
efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan mengamakan kemahiran
profesional. Setiap guru harus mampu menyediakan murid untuk menghadapi sebarang
kemungkinan yang mungkin berlaku akibat perkembangan ekonomi global, kebanjiran
teknologi tinggi, dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai
keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah
berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani
segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif
sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup
berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member cabaran pada guru bagi
meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme
ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat
negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa.

13
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

7.0 ISU-ISU MASA KINI YANG MENJEJASKAN PROSPEK PENINGKATAN


KERJAYA GURU

Perkembangan arus globalisasi telah menjadikan profesion keguruan turut


mengalami perubahan. Semakin hari bidang keguruan menjadi semakin mencabar.
Pada era ini tugasan sebagai seorang guru bukan sahaja terhad kepada mengajar dan
mendidik namun bidang tugas sebagai seorang guru semakin meluas selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Profesion keguruan merupakan salah satu bentuk
perkhidmatan sosial yang mencabar dan seringkali menjadi tumpuan media massa dan
juga masyarakat yang memberi tanggapan dan dakwaan yang kurang menyenangkan
tentang profesion ini. Hal ini akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang
selama ini dipandangan tinggi dan mulia akan terjejas.

Selain itu, bidang keguruan tidak pernah sunyi daripada isu-isu yang melibatkan
warga guru itu sendiri. Sering kali kita membaca dan mendengar di media tulis dan
elektronik berkenaan salah laku guru. Masyarakat kini sudah peka dan mula
memandang serius tentang tingkah laku gurunkerana sedikit sebanyak menjejaskan
profesion perguruan. Perlu ditegaskan bahawa peristiwa-peristiwa sedemikian hanya
melibatkan segelintir daripada 450,000 guru di Malaysia. Antaranya ialah :

(a) Berniaga di Sekolah


Terdapat kes-kes dimana bilik guru mnnjadi kawasan
pernigaan. Ada antara guru yang ghairah berniaga sampai lupa
dan mengabaikan tanggungjawab mereka. Ada pula guru yang
menjalankan perniagaan dari boot kereta! Tindakan guru
sedemikian menjejaskan imej profesion yang begitu mulia. Guru
sepatutnya melaksanakan tangggungjawab sebagai pendidik di
dalam bilik darjah dan bukan menjalankan perniagaan di sekolah.
Amalan ini melanggar kod etika perguruan dan Perintah Am.

14
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

(b) Gangguan Seksual dan Rogol


Gangguan seksual di tempat kerja diertikan sebagai apa jua kelakuan berunsur
seksual yang tidak ingini oleh mangsa dan boleh dianggap sebagai satu pencabulan
maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya (Kod Amalan Pencegahan
dan Peinbasinian Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999. Kementerian Sumber
Manusia Malaysia). Hubungan guru dan pelajar adalah suci dan guru berperanan
sebagai “Pengganti Ibu Bapa”. Malangnya segelinter guru telah mengambil kesempatan
dan melakukan jenayah yang sungguh kejam, iaitu merogol pelajar, termasuk murid
sekolah rendah. Kanun Keseksaan Malaysia menjadikan sebarang hubungan seksual
dengan individu di bawah umur 16 tahun sebagai rogol, sama ada dilakukan dengan
kerelaan mangsa atau tidak.

(c) Kerja Sambilan


Sebahagian besar guru di Malaysia adalah pegawai
kerajaan (kecuali guru di sekolah swasta) dan tertakluk
kepada Perintah Am dan tatalaku. Oleh itu, guru perlu
memohon kelulusan untuk membuat kerja sambilan.
Kelulusan hanya akan diberikan jika kerja sambilan itu tidak
bercanggah dengan dengan peraturan yang ditetapkan.
Contohnya, kerja sambilan tidak itu tidak dilakukan pada
waktu bekerja dan tidak menjejaskan tugas hakiki mereka.
Kerja sambilan yang kerap dilakukan guru ialah
mengadakan kelas tuisyen. Rajah di sebelah menunjukkan
berita guru bekerja sambilan di warung makanan
dikhabarkan bahawa gaji yang diterima tidak mencukupi
untuk menyara kos hidup. Berita pada 21 Mac 2010, Sabah.

(d) Diskriminasi dan Layanan Tidak Adil


Diskriminasi secara ringkasnya berlaku apabila seorang pelajar itu dilayan
dengan cara yang kurang menyenangkan oleh guru atau pihak pentadbiran sekolah.
Kod etika perguruan menekankan bahawa;

15
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

“Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil


terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina,
bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal-usul
keluarga, intelak, akademk dan status-status lain”
Prinsip ini jelas bahawa guru yang beretika akan mengamalkan keadilan dan
mewujudkan peluang pengajaran-pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang
amat penting dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara (Foo Say Fooi 2005; Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheon, Zulkufli &
Zakiah Noordin, 2012). Namun demikian terdapat juga guru yang mengabaikan pelajar
pencapaian akademik rendah di sekolah. Perbandingan antara murid daripada kelas
pertama, kedua, terakhir dibuat oleh guru serta layanan yang berbeza diberikan kepada
murid-murid tersebut.

(e) Beban Tugas Guru


Artikel daripada laman web Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Malaysia (NUTP) yang bertajuk “Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas Guru
– Muhyiddin .Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu
jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang
ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara. Beliau yang juga Menteri
Pendidikan berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas
bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan
sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar. Salah satu isu yang sering
menjadi perdebatan dalam kalangan guru adalah berkaitan dengan isu beban tugas
guru. Isu ini bukanlah isu baru namun sehingga kini isu ini masih menjadi topik yang
kerap dibincangkan. Buktinya, banyak kali tajuk ataupun isu ini diperkatakan di dada-
dada akhbar, juga di alam maya dan banyak diperdebatkan ketika pembentangan
kertas kerja berkaitan isu keguruan. Berikut adalah contoh tajuk-tajuk berita yang
memperbincangkan tentang tajuk beban tugas guru.
a. Tugas Guru Bertambah Akibat Banyak Arahan – Berita Harian 2 April 2010
b. Seksa Jadi Cikgu – Berita Harian 1 April 2010
c. Tokoh Syor Empat Langkah Kurang Beban Tugas Guru – Berita Harian 24 Mei2010

16
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

d. Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas Guru – Utusan Malaysia 1April 2010
e. Guru Tidak Perlu Kerja 9 Jam – Utusan Malaysia 21 November 2011
f. Jawatankuasa Kerja Tangani Isu Beban Guru Sedang Laksana 28 Perakuan-
g. Muhyiddin – Utusan Malaysia 16 Mei 2012

Keratan akhbar tentang isu beban tugas guru


Beban tugas guru yang terpaksa dipikul ini akan menyebabkan para guru
mengalami ketegangan seperti pendapat yang dikemukakan oleh Payne & Furnham
(1987) iaitu di antara punca yang kerap berlakunya stress di kalangan guru ialah beban
tugas bukan mengajar. Ketegangan yang tinggi di kalangan guru boleh menyebabkan
rasa kecewa, agresif, bimbang dan mengurangkan prestasi kerja. Coldicot (1985)
menjelaskan ketegangan yang tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit dan
kemerosotan dalam prestasi kerja. Justeru, nilai kepimpinan yang ada dalam diri
seseorang guru itu kadangkala menjadi bercelaru dan tidak konsisten dan menjadikan
reputasi seseorang guru dipandang rendah.

Berdasarkan artikel ini, dapat disimpulkan bahawa isu beban tugas guru perlu
dipandang serius bukan sahaja oleh pihak kerajaan, malahan semua pihak termasuk
masyarakat. Setiap individu perlu mengembleng tenaga dan idea untuk menyelesaikan
masalah dan isu ini. Ini kerana, beban tugas yang semakin bertambah dan kian
mencabar telah menyebabkan prestasi seorang guru terjejas dan ini secara tidak
langsung menjejaskan prestasi murid-murid di sekolah.

17
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

8.0 CADANGAN PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Sistem pendidkan negara pada masa kini memainkan peranan utama dalam
membangun negara ke arah negara yang maju dan berpendapatan tinggi. Justeru itu,
perkembangan profesionalisma guru sentiasa diberi perhatian sewajarnya. Oleh itu,
proses menjadikan seseorang guru menjadi lebih kompeten perlu dilakukan dari
semasa ke semasa bagi memastikan tahap profesionalisme dan kompetensi guru-guru
dilaksanakan secara berterusan. Aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan
(PPB) merujuk program yang memberikan pengalaman pembelajaran yang
dilaksanakan dan diikuti sama ada secara kendiri atau secara kolektif untuk menambah
nilai terhadap perkembangan profesionalisme guru dan pemimpin sekolah. Pelbagai
aktiviti PPB boleh diikuti seperti yang dinyatakan di bawah.

Contoh Aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB)

18
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

Wacana Ilmu
Wacana ilmu merujuk seminar, kolokium, simposium, persidangan, forum dan
sesi dialog yang membincangkan isu dan perkembangan semasa pendidikan.
Aktiviti ini boleh diikuti pada peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
Pelibatan sama ada sebagai peserta, pembentang kertas atau ahli panel untuk
perkongsian kepakaran/pengalaman/ amalan terbaik akan memberikan perspektif
yang lebih meluas atau perspektif baharu dalam bidang pendidikan. Pembelajaran
peribadi perlu dilaksanakan dalam usaha untuk mendapatkan segala ilmu yang
berkaitan.

Penyelidikan
Penyelidikan adalah aktiviti untuk mendapatkan data dan maklumat sebagai
asas bagi meningkatkan kefahaman tentang sesuatu isu/amalan/masalah bagi
mencari alternatif penyelesaian terbaik. Pelibatan dalam aktiviti penyelidikan, seperti
kajian tindakan akan meningkatkan keupayaan untuk menganalisis secara kritis
berasaskan data. Contohnya, guru-guru digalakkan menjalankan kajian tindakan
berasaskan bilik darjah untuk meningkatkan amalan PdP dan menyelesaikan
masalah pembelajaran murid. Penyelidikan juga adalah sebagai ilmu baharu yang
perlu dicari agar dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan lebih cepat dan tepat
dan sangat efektif.

Penulisan dan Pengkaryaan


Penulisan dan pengkaryaan ialah aktiviti merekodkan secara bertulis
pengalaman, amalan terbaik, kepakaran, idea baharu, inovasi, hasil penyelidikan
dan sebagainya sama ada dalam bentuk buku, jurnal atau artikel dalam terbitan
berkala. Proses penulisan melibatkan aktiviti membaca, memahami dan
menganalisis literatur profesional. Aktiviti ini dapat menjana keupayaan berkarya
secara ilmiah dan kreatif.

19
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

Lawatan Penanda Aras


Lawatan penanda aras ialah aktiviti penanda arasan ke organisasi yang dikenal
pasti melaksanakan amalan terbaik berkaitan pelbagai perkara yang relevan untuk
penambahbaikan prestasi organisasi. Aktiviti ini perlu dirancang secara strategik dan
berfokus. Matlamat akhir lawatan adalah untuk mengetahui pengalaman dan
kejayaan pihak lain melaksanakan sesuatu program. Dapatan daripada lawatan
dijadikan asas untuk melaksanakan tindakan susulan peringkat organisasi. Laporan
tindakan susulan berfokus kepada apa-apa yang dipelajari dan tindakan
penambahbaikan pada peringkat individu dan organisasi perlu disediakan.

Ulasan Buku
Ulasan buku ialah proses mendapat idea utama kandungan dan membuat
sinopsis secara bertulis. Penilaian dan kritikan juga digalakkan dalam proses
membuat ulasan. Pelibatan dalam aktiviti ini akan meningkatkan pemahaman dan
keilmuan tentang sesuatu bidang dan dikongsi dengan rakan setugas melalui
pembentangan atau penulisan.

Inovasi
Inovasi ialah penghasilan sesuatu yang baharu atau menambah nilai kepada
sesuatu yang sedia ada. Inovasi merangkumi idea, prosedur kerja, sistem, kaedah,
teknologi dan seumpamanya yang merupakan hasil cetusan pemikiran yang kreatif
dan inovatif. Inovasi berterusan akan dapat meningkatkan daya kreativiti dan kualiti
diri serta meningkatkan daya saing organisasi.

Coaching and Mentoring


Coaching and Mentoring ialah proses bimbingan berterusan yang melibatkan
interaksi dan pembelajaran dua hala antara pembimbing dengan yang dibimbing
berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab. Interaksi ini memudahkan
pemahaman, pembelajaran dan perkembangan profesional. Melalui hubungan
berterusan, potensi dan bantuan peningkatan prestasi dikenal pasti secara strategik

20
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

dan lebih berfokus. Contohnya, bagi guru dan pakar bidang, mereka membimbing
dan mendorong antara satu sama lain, berkongsi amalan terbaik dan memastikan
rakan setugas menepati standard profesional. Manakala pemimpin sekolah,
organisasi dan institusi berperanan sebagai mentor yang saling membimbing,
membangun dan menatarkan amalan terbaik bagi memenuhi standard profesional
yang hendak dicapai.

Bengkel / Latihan Dalam Perkhidmatan


Bengkel merujuk sesi kolaboratif yang melibatkan perbincangan dan perkongsian
idea bagi menyelesaikan isu atau masalah berkaitan dengan tugas dan
tanggungjawab. Melalui aktiviti ini kemahiran komunikasi, menganalisis dan
merumuskan hasil perbincangan dapat ditingkatkan. Guru memerlukan peningkatan
profesionalisme yang berterusan bukan sekadar menghadiri satu bengkel sahaja.
Mereka perlu meningkatkan peluang untuk belajar bagaimana untuk menyoal,
menganalisis dan mengubah pengajaran agar mampu mengajar isi kandungan yang
lebih mencabar (Darling Hammont & McLaughlin,1995).

Peningkatan Akademik
Setiap guru boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan melakukan
pembelajaran kendiri melalui peluang yang disediakan oleh KPM untuk
meningkatkan tahap profesionalisme. Program peningkatan akademik merujuk
kepada peringkat diploma lanjutan, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah
secara sepenuh masa atau sambilan sama ada di dalam atau di luar negara.
Program ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi yang mendapat pengiktirafan
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Program peningkatan akademik akan meningkatkan pengetahuan dan mendalami
bidang ilmu yang berkaitan dan perkembangan terkini bidang berkenaan. Guru
mesti mengekalkan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dalam dirinya.

21
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

Kursus
Kursus adalah aktiviti yang bersifat formal dan berstruktur yang melibatkan
penggunaan modul tertentu. Kebanyakan kursus ini dilaksanakan secara berpusat
dan bersemuka. Ada yang dilaksanakan secara dalam talian berdasarkan keperluan
dan kesesuaian. Jenis-jenis kursus adalah seperti yang berikut:
Kursus Asas Kursus atau program yang wajib dihadiri pada peringkat sebelum atau
permulaan bagi menguasai kompetensi asas dan orientasi kerja. Contoh kursus
asas mengikut laluan adalah seperti Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)
dan Program Transformasi Minda bagi guru dan Kursus Kepimpinan Sekolah bagi
pemimpin sekolah.
Kursus Pembangunan Kompetensi Mengikut Gred Kursus yang wajib dihadiri sekali
pada awal setiap gred jawatan yang disandang untuk meningkatkan kompetensi
generik dan fungsional. Contohnya,Kursus Pembangunan Kompetensi Mengikut
Gred DG41/ DG44/DG48/DG52 dan DG54.
Kursus Keperluan Dasar/Khusus Kursus yang wajib dihadiri mengikut keperluan
bagi meningkatkan kompetensi guru dan pemimpin sekolah dalam memahami,
menghayati dan melaksanakan program yang menyokong pelaksanaan dasar atau
keperluan khusus KPM yang terkini. Contohnya, latihan berkaitan dengan
pelaksanaan KBAT, KSSR, PBS, Pendidikan Asas Vokasional, LINUS, dan j-QAF. n
Kursus Pelengkap Kursus eksklusif yang ditawarkan kepada kepimpinan tertinggi,
guru dan pemimpin sekolah berprestasi tinggi yang terpilih untuk pengayaan dan
pengukuhan kepakaran serta pembangunan keperibadian unggul. Contohnya,
Advance Leadership Management Programme INTAN, Executive Enhancement
Course Institut Aminuddin Baki, dan PPB kelolaan Razak School of Government
atau Harvard Business School.
Kursus Elektif Kursus pilihan sendiri atau mengikut keperluan organisasi berkaitan
dengan bidang tugas untuk pengayaan dan pengukuhan kompetensi bagi
meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Contohnya, Kursus Pengucapan
Awam, Kursus Peningkatan Kualiti Peribadi dan lain-lain yang berkaitan dengan
bidang profesionalisme guru dan pemimpin sekolah.

22
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

9.0 KESIMPULAN

Merealisasikan visi Negara untuk menjadi Negara maju sepenuhnya menjelang


tahun 2020 mengikut acuannya sendiri adalah bergantung kepada sejauh mana
kejayaan sistem pendidikan Negara mampu menjana modal insan yang memiliki minda
kelas pertama. Setiap guru perlu sedar bahawa sistem pendidikan Negara, pihak yang
amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan modal
insan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. Oleh yang demikian, guru mesti
terlebih dahulu menjadi modal insan unggul.

Oleh itu, dalam usaha untuk menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen
terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharungi
cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti memerlukan guru
bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role model,
mengamalkan pengajran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan
mengamalkan kemahiran professional. Setiap guru harus mampu menyediakan murid
untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku akibat perkembangan ekonomi
global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan
komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.

Semua guru harus bersedia menyumbangkan tenaga dan kepakaran yang dimiliki
bagi meningkatkan potensi diri, menajamkan kepakarannya seterusnya memantapkan
organisasi. Dalam masa yang sama guru mesti berusaha meningkatkan keterampilan
dirinya dengan mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi. Guru perlu muhasabah
diri dalam setiap tugasan yang dilaksanakan untuk mengenalpasti kelemahan dan
kekuatan diri dengan tujuan penambahbaikan. Sebagai rumusnya, setiap guru perlu
bertanggungjawab terhadap profesion masing-masing kerana inilah salah satu cara
untuk memartabatkan mutu perkhidmatan dan meningkatkan imej kendiri guru dan
murid di sekolah.

23
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

10.0 REFLEKSI

Tugasan KKP EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Profesionalisme Guru adalah
tugasan yang telah diwajibkan ke atas semua guru pelatih Semester 8. Tugasan ini
bertujuan untuk mengasah asas kepimpinan dan profesionalisme seorang guru dalam
mempuh cabaran di dunia pekerjaan sebenar. Di samping itu, tugasan ini juga dapat
membantu para guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran untuk memilih maklumat
yang relevan dengan tugas dan menganalisa maklumat untuk dipersembahkan sebagai
satu hasil kerja yang berkualiti.

Sistem pendidikan sentiasa berlaku perubahan dari masa ke semasa dalam


memenuhi kehendak negara dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju yang memerlukan warganegaranya berkemahiran tinggi selaras dengan agenda
Transformasi Pendidikan Negara. Oleh itu setiap perubahan yang berlaku adalah
merupakan cabaran yang harus dihadapi oleh warga pendidik terutamanya guru. Oleh
yang demikian tahap profesionalisme keguruan harus turut berlaku perubahan
termasuk juga dari segi etika dan akuntabiliti guru.

Melalui tugasan ini saya dapat memahami lebih berkaitan dengan tahap
profesionalisme keguruan, etika dan akuntabiliti sebagai seorang guru dan seterusnya
dapat memantapkan lagi sifat menjadi seorang guru yang baik. Dengan memahami
prinsip akuantabiliti, seseorang guru akan dapat memahami tanggungjawab sebagai
seorang guru dalam erti kata yang sebenar. Guru harus menghayati prinsip
kebertanggungjawaban sebagai seorang guru yang merangkumi tanggungjawab
terhadap sekolah, masyarakat, diri sendiri, murid-murid dan profesien keguruan itu
sendiri. Melalui penghayatan yang sempurna, maka guru akan dapat menjalankan
tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi.

24
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

Pelbagai isu yang timbul dalam kalangan guru dan profesion keguruan masa kini
yang menjejaskan imej dan kredibiliti para guru. Tindakan-tindakan negatif yang
dilakukan oleh sebilangan guru seperti memukul murid, mencederakan murid
menyebabkan seluruh institusi keguruan dipalit dengan kontroversi. Kredibiliti dan
akauntabiliti guru dipersoal apabila mereka bertindak dengn sesuka hati terhadap murid
hingga mendatangkan kecederaan malah kematian terhadap murid. Peraturan
mengenakan tindakan telah diwartakan dalam pekeliling oleh para guru, tetapi kejadian
memukul murid yang terjadi ini menandakan bahawa guru tidak mematuhi pekeliling
yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kaedah mendidik pada masa
dahulu sudah tidak sama dengan situasi pada masa sekarang walaupun kaedah yang
digunakan pada zaman dahulu telah berjaya melahirkan ramai cerdik pandai dan
cendekiawan terbilang.

Saya menyedari bahawa tugas menjadi seorang guru amat mencabar. Guru
perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi dalam melayani kerenah murid serta ibubapa
yang mempunyai pendidikan akademik dan tidak mudah naik angin terhadap tindakan
yang dilakukan oleh murid. Terdapat pelbagai yang boleh mendisiplinkan murid yang
melakukan kesalahan selain daripada memukul murid. Hanya dengan membuat bising,
murid dipukul oleh guru. Ini menunjukkan guru telah kehilangan sifat profesional dalam
menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. Setelah melakukan tugasan asas
kepimpinan dan perkembangan profesional guru, banyak maklumat yang dapat saya
perolehi hasil pembacaan serta penulisan tugasan ini. Perlunya guru mempunyai
kepimpinan yang baik agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada murid memandangkan
guru merupakan ‘role model’ kepada mereka.

25
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

Setelah menamatkan tugasan ini saya dapat mengenalpasti cara-cara untuk


menjadi guru yang baik dan mengikut kod etika keguruan serta lebih
bertanggungjawab. Guru perlu patuh terhadap kod etika yang telah ditetapkan dan
menyediakan perkhidmatan yang terbaik baik kepada klien iaitu murid serta ibubapa
mereka. Tiada kekasaran yang boleh dilakukan oleh guru terhadap murid. Guru perlu
menghormati hak murid dan mengetahui punca permasalahan yang berlaku dan bukan
hanya sewenang-wenangnya menghukum murid. Hormat-menghormati adalah perlu
antara guru dan murid. Murid sentiasa memberi ucapan salam kepada guru dan guru
sentiasa mengambil berat terhadap murid dengan selalu bertanyakan diri mereka. Saya
menyedari bahawa bidang keguruan perlu dijulang kembali dengan guru mematuhi kod
etika keguruan. Guru perlu peka dan prihatin terhadap perkembangan murid.

Saya juga dapat melihat isu berkaitan guru adalah isu yang sering dipaparkan di
media massa sama ada bercetak ataupun elektronik. Guru adalah profesion yang
mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat dan tidak hairanlah sekiranya berlaku
isu berkaitan guru mendapat liputan yang meluas dari media massa. Saya mengaitkan
tugasan ini dengan diri saya di mana saya mendapati saya perlu menghayati profesion
keguruan dengan bersungguh dengan mendalami ilmu melalui budaya membaca,
menyelidik dan menulis. Dengan cara demikian saya mendapat banyak pengetahuan
seterusnya dapat meningkatkan asas kepimpinan dan profesionalisme sebagai seorang
guru.

Secara keseluruhan refleksi, guru perlu memahami dengan mendalam konsep


etika, akauntabiliti dan integriti bagi mencapai asas kepimpinan dan profesionalisme
yang jitu dan kukuh bagi menghadapi cabaran semasa. Guru perlu mengambil tindakan
yang mana difikirkan baik bagi mencari jalan peningkatan profesionalisme dan
membuat sempadan bagi sesuatu yang tidak baik seperti peribahasa menyebut “buang
yang keruh, ambil yang jernih”.

26
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

11.0 RUJUKAN

RUJUKAN BUKU
Mustapa, S. I. (2013). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Kuala
Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Baumhart, R. (1968). Ethics in Business. Boston: Holt, Rinehart & Winston.
Boston

Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.

Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara,
Kuala Lumpur, 1991.

Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut Tadbiran


Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.

RUJUKAN JURNAL
Laporan Seminar Etika Pengurusan, 13 Mac 1990, Institut Latihan Pengurusan
Petronas, Bangi, Selangor.

Peppers, C. & Briskin, A. (2000). Berrett-Koehler Publishers (August 30, 2000)

Mohd. Janib Johari (2001). Etika Profesional. Johor Baru: Penerbit UTM Press.

Mackie, J (1977). Ethics: Inventing Right and Wrong., Viking Press,


Velasquez, M. & Andre. C., Shanks. T, & Meyer.M. (1987). Issues in Ethics IIE
Vol.1 (1).

RUJUKAN INTERNET
Mohamad Bukhari Bin Mat Ghani (2010). Masalah Disiplin Pelajar Sekolah
Di Daerah Kulaijaya. University Teknologi Malaysia. Diperolehi pada 15
Julai 2015 daripada
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp/mohdbukhariap060329d20
10ttp.pdfmohdbukhariap060329d2010ttp.pdf

Sajap Maswan, Jamilah Din & Rodzita Osman (2004). Konsep Kendiri Pelajar
Yang Telah Menjalani Hukuman Rotan di Sekolah Menengah di Daerah
Kerian. Diperolehi pada 7 Ogos 2015 daripada
http://www.sajadstudio.info/articale/hukuman_rotan.pdf

27
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3083)

12.0 LAMPIRAN

28

Anda mungkin juga menyukai