Anda di halaman 1dari 9

PERMAINAN LOMPAT GETAH

Sejarah Permainan Tradisional


Rakyat Malaysia kaya dengan warisan tradisi bangsanya yang masih wujud,
dipelihara, dipulihkan dan juga diamalkan sebagai suatu khazanah yang terus mekar
dan segar. Permainan tradisional ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis
Permainan Anjung dan Permainan Laman. Permainan Anjung merupakan permainan
yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah dan memerlukan
pergerakan yang terbatas. Sebagai contoh permainan anjung adalah seperti batu
seremban, congkak, dam haji dan sebagainya. Permainan Laman pula terdiri daripada
jenis permainan yang memerlukan kawasan yang lebih luas kerana permainan seperti
ini memerlukan pergerakan yang lebih lincah dan aktif berbanding Permainan Anjung.

Sejarah Permainan Lompat Getah


Permainan getah merupakan permainan tradisional yang terkenal pada zaman
nenek moyang kita lagi. Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan
dan lelaki ketika waktu petang. Permainan ini sangat mudah dan sesuai untuk kanakkanak memainkannya. permainan ini dinamakan lompat getah kerana bahan yang

digunakan getah halus berbelang. Alatan yang digunakan untuk menghasilkan alatan ini
Ialah getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supaya tidak terburai
ketika permainan berlangsung. Tempat permainan ini adalah di atas simen atau lantai
papan yang tidak berlubang. Permainan lompat getah juga disebut sebagai zero Point
oleh segelintir masyarakat.

Peraturan-Peraturan Permainan Lompat Getah


Permainan lompat getah ini dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak.
Permainan ini menggunakan bahan seperti gelang getah yang disambung panjang dan
diikat mati pada hujung sambungan getah tersebut. Permainan ini memerlukan 2 orang
untuk memegang hujung getah di kiri dan di kanan dan pemain lain akan melihat pihak
lawan bermain mengikut turutan. Jika pihak lawan kalah kerana melanggar peraturan
yang ditetapkan seperti tidak boleh menyentuh getah sewaktu bermain iaitu dari paras
tapak kaki ke paha dan ketua tidak dapat menghidupkan anak-anak buahnya maka
pihak lawan pula yang akan memegang getah tersebut dan seterusnya permainan ini
dimainkan oleh mereka. Antara peraturan-peraturan permainan lompat getah adalah
seperti berikut :-

Bil.

Penerangan Peraturan Permainan Lompat Getah

1.

Untuk menentukan ahli kumpulan, kebiasaannya kaedah lai lai li tam


plom akan digunakan dan ketua kumpulan akan menggunakan kaedah
ow som untuk menentukan kumpulan mana yang akan bermain dahulu.
Jika tiga permain sahaja, kaedah ow som akan digunakan.

2.

Ketua akan memulakan permainan, diikuti anak-anak buahnya. Jika salah


seorang anak buahnya melanggar giliran, kesemua ahli pasukan
termasuk ketua akan mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain.

3.

Pada permulaan permainan ini, orang yang memegang tali getah


mencangkung. Getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua

yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point" atau "kosong
game" (bagi orang Kelantan). Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika
tidak, pemain itu akan mati dan menukar giliran pihak lawanan untuk
bermain.
4.

Pada pusingan kedua, iaitu tahap ketinggian yang kedua, getah dipegang
pada paras tengah betis. Pemain perlu melompat tanpa menyentuh
getah dan diikuti oleh pemain lain dalam kumpulan yang sama.

5.

Pada pusingan yang ketiga, getah dipegang pada paras lutut. Pemain
perlu melompat tanpa menyentuh getah dan diikuti oleh pemain lain
dalam kumpulan yang sama.

7.

Diikuti pada paras dada.

8.

Seterusnya adalah paras kepala. Pada paras ketinggian ini, pemain yang
memegang getah perlu berhati-hati agar tidak cedera. Tali mestilah
diletakkan di atas kepala.

10. Pemain-pemain akan memasuki pusingan bonus. Orang yang memegang


getah akan berdiri dan meletakkan tali getah pada paras kepala, dada
dan pinggang. Pemain melepasi tali mengikut cara permianan jumbo.

Kesesuaian Permainan Lompat Getah Di Luar Bilik Darjah

Bagaimana permainan ini boleh disesuaikan untuk luar bilik darjah kanak-kanak
pra-sekolah? Permainan lompat getah ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak prasekolah di luar bilik darjah. Teknik pengajaran dan pembelajaran bukan setakat di
dalam kelas sahaja tetapi perlu juga dilakukan di luar kelas bagi meningkatkan lagi
perkembangan kanak-kanak. Aktiviti luar kelas memberi banyak peluang untuk kanakkanak menjalankan aktiviti fizikal, penerokaan, penemuan dan pembelajaran. Hal ini
dapat diperlihatkan dalam perkembangan motor halus dan motor kasar di mana dengan
adanya keseimbangan dan pergerakan badan dalam satu-satu aktiviti akan
membolehkan kanak-kanak itu melahirkan perasaan mereka dengan cara yang paling
optima dan dapat mengembangkan lagi kognitif mereka.
Permainan lompat getah ini yang dimainkan di luar kelas merupakan salah satu
strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak. Dalam usaha untuk mengembangkan
perkembangan kanak-kanak guru tidak seharusnya memikirkan pencapaian akademik
kanak-kanak tanpa memikirkan aspek perkembangan lain. Pada peringkat kanakkanak, mereka lebih suka bermain kerana melalui bermain mereka dapat belajar dan
mengembangkan aspek kognitif, emosi, dan fizikal mereka. Mereka tidak seharusnya
dibebankan dengan aktiviti pembelajaran yang terlalu berat kerana ia dapat
menghilangkan minat kanak-kanak untuk belajar. Untuk menarik minat kanak-kanak,
guru perlu mengadakan aktiviti bermain di luar kelas seperti permainan lompat getah
ini. Tugas-tugas untuk aktiviti ini memerlukan kepakaran guru untuk mengajar dan
mengawasi kanak-kanak agar tidak berlaku kecederaan. Aktiviti ini perlu dijalankan
dengan perancangan yang teratur. Menurut pendapat Mc Cutcheon (1990) bahawa
persediaan yang telah dirancang perlu dilaksanakan oleh guru dengan sempurna dan
teratur.
Mengikut Vygotsky (1967), main membantu perkembangan bahasa dan
pemikiran. Sturktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga
membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanakkanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Permainan lompat
getah ini dapat mengembangkan perkembangan fizikal kanak-kanak melalui aktiviti di

luar kelas dengan menggunakan alat permainan iaitu gelang getah yang telah
disambung. Permainan ini memerlukan pergerakan lokomotor kreatif.

Perkembangan Kanak-Kanak Secara Holistik


Apakah manfaat di sebalik penerimaan yang dipilih bagi meningkatkan
perkembangan kanak-kanak secara holistik? Manfaat yang diperolehi adalah kanakkanak dapat meningkatkan perkembangan mereka secara holistik iaitu dari aspek
fizikal, sosial, emosi, dan kognitif.

Perkembangan dari aspek fizikal


Perkembangan fizikal merupakan aspek asas yang menekankan asas
pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria.
Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2003) perkembangan fizikal kank-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian
iaitu, kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan pasikomotor. Aspek fizikal
juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan,
otot dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Menurut Gallahue (1993)
pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga
kategori asas. Perkembangan ini sangat penting bagi pergerakan diri kanak-kanak
tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka.
Tiga kategori asas tersebut ialah kesimbangan (stability), pergerakan
(locomotion), dan manupulasi (manipulation). Kesimbangan merujuk kepada kebolehan
kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti.
Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku kanak-kanak tersebut.
Manakala

manupulasi

adalah

kemahiran

kanak-kanak

berhubung

objek

persekitarannya. Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara


kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak

tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model perlatihan, mereka
mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman.
Perkembangan fizikal membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran motor
halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran. Kanak-kanak dapat membina
kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini
dan kanak-kanak dapat mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat. Selain itu,
permainan ini dapat membina minda yang sihat dan cerdas kanak-kanak.

Perkembangan dari aspek sosial


Perkembangan dari aspek sosial kanak-kanak merupakan satu proses
perkembangan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain dengan mengikut
cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarkat serta budaya. Perkembangan sosial
ini melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah
laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau
lingkungan sosial. Perkembangan ini dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi
yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan
kognisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya.

Perkembangan dari aspek emosi


Menurut The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi
sebagai perasaan yang kuat dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau
naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Oleh itu, emosi merupakan salah satu ciri
jiwa manusia yang mempamerkan perasaan yang kuat yang berpunca daripada
psikologi atau mental seseorang dan emosi boleh berlaku secara naluri bergantung
pada sesuatu situasi. Menurut Ibrahim Mamat pada tahun 1997, beliau menyatakan
bahawa emosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang dialami oleh seseorang dalam tidak
balasnya terhadap sesuatu rangsangan. Keadaan ini boleh berbentuk positif seperti

riang, gembira, seronok dan kasih ataupun berbentuk negatif seperti sedih, marah,
benci dan dendam.
Perkembangan emosi kanak-kanak berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat
emosi idea dan peringkat emosi pemikiran. Melalui emosi idea, emosi berada di
peringkat permulaan. Seseorang kanak-kanak dapat merasakan sesuatu perasaan,
namun begitu kanak-kanak sukar untuk menyatakan mengapa, bagaimana dan siapa
yang menyebabkan timbulnya perasan tersebut. Menurut (Azleena dan Zainal, 2004)
emosi disampaikan lebih dalam bentuk tindak balas gerakan fizikal.
Emosi pemikiran pula akan berkembang ke peringkat yang seterusnya apabila
seseorang itu mengaitkan emosi dengan pemikiran. Pengalaman yang dilihat oleh
seseorang, didengar dan dialami direkodkan secara langsung sebagai reaksi emosi.
Reaksi-reaksi tersebut akan disimpan dalam memori yang akan digunakan dalam
proses pemikiran ( Azleena & Zainal, 2004). Kebolehan di dalam memahami emosi dan
punca semakin meningkat pada peringkat awal kanak-kanak. Pengawalan emosi
kanak-kanak

mula

meningkat

termasuklah

kemampuannya

untuk

menerima

kekecewaan serta menjadi sesorang yang fleksibel dalam mengawal emosi dan
dorongan. Pada peringkat empati pula kanak-kanak yang bertindak dengan empati
lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang yang tengah
bersedih ( Eisenberg & Fabes, 1998). Perkembangan ini bergantung pada
perkembangan intelektual dan bahasa serta disokong oleh personaliti dan pengalaman
sosial mereka.

Perkembangan dari aspek kognitif


Perkembangan kognitif pula merupakan kebolehan individu untuk berfikir,
memberi pendapat, memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di
persekitaran masing-masing. Perkembangan kognitif sebagai proses peningkatan
keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual. Proses ini berpusat kepada
perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat kepada
peringkat perkembangan seterusnya.

Kesimpulan
Konklusinya, permainan tradisional amat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak
kerana ianya dapat memperkembangkan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak
secara optima. Lompat getah ini mencabar pergerakan psikomotor melompat kanakkanak dimana kanak-kanak perlu mencari skill untuk melepasi setiap cabaran yang
ditetapkan iaitu bermula daripada cabaran yang mudah hingga ke paras sukar. Dari
segi emosi pula, kanak-kanak perlu mengawal emosi mereka agar mereka dapat
bermain dengan baik manakala dari segi sosial pula, kanak-kanak dapat bersosial dan
mendapat ramai kawan-kawan sepermainan. Akhir sekali, kanak dapat meningkatkan
kognitif dimana permainan ini membolehkan kanak-kanak berfikir apakah cara yang
sesuai untuk melepasi setiap peringkat permainan lompat getah ini. Demikian,
permainan tradisional membolehkan perkembangan kanak-kanak secara holistik.

Borang Pemarkahan
Tahap Permainan
Pusingan 1 (tapak kaki)
Pusingan 2 (betis)
Pusingan 3 (lutut)
Pusingan 4 (dada)
Pusingan 5 (kepala)
Pusingan bonus 1 (kepala)
Pusingan bonus 2 (dada)
Pusingan bonus 3 (pinggang)
JUMLAH MARKAH

Kumpulan A

Kumpulan B

Anda mungkin juga menyukai