Anda di halaman 1dari 8

PERMAINAN LOMPAT GETAH

Sejarah Permainan Tradisional


Rakyat Malaysia kaya dengan warisan tradisi bangsanya yang masih wujud,
dipelihara, dipulihkan dan juga diamalkan sebagai suatu khazanah yang terus mekar
dan segar. Permainan tradisional ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis
Permainan Anjung dan Permainan Laman. Permainan Anjung merupakan permainan
yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah dan memerlukan
pergerakan yang terbatas. Sebagai contoh permainan anjung adalah seperti batu
seremban, congkak, dam haji dan sebagainya. Permainan Laman pula terdiri daripada
jenis permainan yang memerlukan kawasan yang lebih luas kerana permainan seperti
ini memerlukan pergerakan yang lebih lincah dan aktif berbanding Permainan Anjung.

Sejarah Permainan Lompat Getah


Permainan getah merupakan permainan tradisional yang terkenal pada zaman nenek
moyang kita lagi. Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan dan
lelaki ketika waktu petang. Permainan ini sangat mudah dan sesuai untuk kanak-kanak
memainkannya. permainan ini dinamakan lompat getah kerana bahan yang digunakan

getah halus berbelang. Alatan yang digunakan untuk menghasilkan alatan ini Ialah
getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supaya tidak terburai ketika
permainan berlangsung. Tempat permainan ini adalah di atas simen atau lantai papan
yang tidak berlubang. Permainan lompat getah juga disebut sebagai zero Point oleh
segelintir masyarakat.

Peraturan-Peraturan Permainan Lompat Getah


Permainan lompat getah ini dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak.
Permainan ini menggunakan bahan seperti gelang getah yang disambung panjang dan
diikat mati pada hujung sambungan getah tersebut. Permainan ini memerlukan 2 orang
untuk memegang hujung getah di kiri dan di kanan dan pemain lain akan melihat pihak
lawan bermain mengikut turutan. Jika pihak lawan kalah kerana melanggar peraturan
yang ditetapkan seperti tidak boleh menyentuh getah sewaktu bermain iaitu dari paras
tapak kaki ke paha dan ketua tidak dapat menghidupkan anak-anak buahnya maka
pihak lawan pula yang akan memegang getah tersebut dan seterusnya permainan ini
dimainkan oleh mereka. Antara peraturan-peraturan permainan lompat getah adalah
seperti berikut :-

Peraturan Permainan Lompat Getah

Bil. Peraturan-peraturan
1.

Untuk menentukan ahli kumpulan, kebiasaannya kaedah lai lai li tam


plom akan digunakan dan ketua kumpulan akan menggunakan kaedah
ow som untuk menentukan kumpulan mana yang akan bermain dahulu.
Jika tiga permain sahaja, kaedah ow som akan digunakan.

2.

Ketua akan memulakan permainan, diikuti anak-anak buahnya. Jika salah


seorang anak buahnya melanggar giliran, kesemua ahli pasukan

termasuk ketua akan mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain.
3.

Pada permulaan permainan ini, orang yang memegang tali getah


mencangkung. Getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua
yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point" atau "kosong
game" (bagi orang kelantan). Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika
tidak, pemain itu akan mati.

4.

Kemudian, getah dipegang pada paras tengah betis. Pemain perlu


melompat tanpa menyentuh getah dan diikuti oleh pemain lain dalam
kumpulan yang sama.

5.

Kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemain perlu melompat


tanpa menyentuh getah dan diikuti oleh pemain lain dalam kumpulan
yang sama.

7.

Diikuti pada paras dada.

8.

Seterusnya ke paras kepala. Pada paras ini, pemain yang memegang


getah perlu berhati-hati agar tidak cedera.

10. Seterusnya, getah sejengkal dari atas kepala. Boleh dikecualikan dengan
persetujuan kedua-dua pasukan.
11.

Jika pemain melepasi setiap paras sebelum ini, seterusnya pemain akan
dapat masuk ke pusingan bonus.Orang yang memegang getah akan
berdiri dan meletakkan tali getah pada paras kepala, dada dan pinggang.
Pemain hendak bermain mengikut cara jumbo.

Kesesuaian Permainan Lompat Getah Di Luar Bilik Darjah

Bagaimana permainan ini boleh disesuaikan untuk luar bilik darjah kanak-kanak prasekolah? Permainan lompat getah ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak pra-sekolah
di luar bilik darjah. Teknik pengajaran dan pembelajaran bukan setakat di dalam kelas
sahaja tetapi perlu juga dilakukan di luar kelas bagi meningkatkan lagi perkembangan
kanak-kanak. Aktiviti luar kelas memberi banyak peluang untuk kanak-kanak
menjalankan aktiviti fizikal, penerokaan, penemuan dan pembelajaran. Hal ini dapat
diperlihatkan dalam perkembangan motor halus dan motor kasar di mana dengan
adanya keseimbangan dan pergerakan badan dalam satu-satu aktiviti akan
membolehkan kanak-kanak itu melahirkan perasaan mereka dengan cara yang paling
optima dan dapat mengembang lagi kognitif mereka.
Permainan lompat getah ini yang dimainkan di luar kelas merupakan salah satu strategi
yang boleh menyeronokan kanak-kanak. Dalam usaha untuk mengembangkan
perkembangan kanak-kanak guru tidak seharusnya memikirkan pencapaian akademik
kanak-kanak tanpa memikirkan aspek perkembangan lain. Pada peringkat kanakkanak, mereka lebih suka bermain kerana disitu mereka dapat belajar dan
mengembangkan kognitif, emosi, dan fizikal mereka. Mereka tidak seharusnya
dibebankan dengan aktiviti pembelajaran yang terlalu berat kerana ia dapat
menghilangkan minat kanak-kanak untuk belajar. Untuk menarik minat kanak-kanak,
guru perlu mengadakan aktiviti bermain di luar kelas seperti permainan lompat getah
ini. Tugas-tugas untuk aktiviti ini memerlukan kepakaran guru untuk mengajar dan
mengawasi kanak-kanak agar tidak ada kecederaan. Aktiviti ini perlu dijalankan dengan
perancangan yang teratur. Menurut pendapat Mc Cutcheon (1990) bahawa persediaan
yang telah dirancang perlu dilaksanakan oleh guru dengan sempurna dan teratur.
Mengikut Vygotsky (1967), main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.
Sturktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu
dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk
meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Permainan lompat getah ini
dapat mengembangkan perkembangan fizikal kanak-kanak melalui aktiviti di luar kelas
dengan menggunakan alat permainan iaitu gelang getah yang telah disambung.
Permainan ini memerlukan pergerakan lokomotor kreatif.

Perkembangan Kanak-Kanak Secara Holistik


Apakah manfaat di sebalik penerimaan yang dipilih bagi meningkatkan perkembangan
kanak-kanak secara holistik? Manfaat yang diperolehi adalah kanak-kanak dapat
meningkatkan perkembangan mereka secara holistik iaitu dari aspek fizikal, sosial,
emosi, dan kognitif.

Perkembangan dari aspek fizikal


Perkembangan fizikal merupakan aspek asas yang menekankan asas
pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria.
Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2003) perkembangan fizikal kank-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian
iaitu, kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan pasikomotor. Aspek fizikal
juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan,
otot dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Menurut Gallahue (1993)
pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga
kategori asas. Perkembangan ini sangat penting bagi pergerakan diri kanak-kanak
tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka.
Tiga kategori asas tersebut ialah kesimbangan (stability), pergerakan
(locomotion), manupulasi (manipulation). Dari segi kesimbangan merujuk kepada
kebolehan kanank-kanak mengekalkan keduudkan badan mereka relatif kepada
tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanakkanak tersebut. Manakala manupulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung objek
dipersekitarannya.Suatu proses perkembangan juga melibatkan interkasi antara
kematangn kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak
tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model perlaihan, mereka
mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman.

Perkembangan fizikal membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran motor


halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran. Kanak-kanak dapat membina
kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini
dan kanak-kanak dapat mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat. Selain itu,
permainan ini dapat membina minda yang sihat dan cerdas kanak-kanak.

Perkembangan dari aspek sosial


Perkembangan dari aspek sosial kanak-kanak merupakan satu proses
perkembangan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain dengan mengikut
cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarkat serta budaya. Perkembangan sosial
ini melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah
laku sosial atau melakukan penyesuain sosial dalam sesuatu persekitaran atau
lingkungan sosial. Perkembagan ini dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi
yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembagan
kognisi sosial, persahabtan dan perhubungan dengan rakan sebaya.

Perkembangan dari aspek emosi


Menurut The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi
sebagai perasaan yang kuat dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau
naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Oleh itu, emosi merupakan salah satu cirri
jiwa manusia yang mempamerkan perasaan yang kuat yang berpunca daripada
psikologi atau mental seseorang dan emosi boleh berlaku secara naluri bergantung
pada sesuatu situasi. Menurut Ibrahim Mamat pada tahun 1997, beliau menyatakan
bahawa emosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang dialami oleh seseorang dalam tidak
balasnya terhadap sesuatu ransangan. Namun begitu, keadaan adakalanya berbentuk
negatif seperti riang, gembira, seronok dan kasih dan adakalanya ia berbentuk negative
seperti sedih, marah benci dan dendam.

Perkembangan emosi kanak-kanak berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat


emosi idea dan peringkat emosi pemikiran. Melalui emosi idea menggambarkan emosi
berada di peringkat permulaan. Seseorang kanak-kanak dapat merasakan sesuatu
perasaan, namun begitu kanak-kanak sukar untuk menyatakan mengapa, bagaimana
dan siapa yang menyebabkan timbulnya perasan tersebut. Menurut (Azleena dan
Zainal, 2004) emosi disampaikan lebih dalam bentuk tindak balas gerakan fizikal.
Emosi pemikiran pula akan berkembang ke peringkat yang seterusnya iaitu
apabila seseorang itu mengaitkan emosi dengan pemikiran. Pengalaman yang dilihat
oleh seseorang, didengar dan dialami direkodkan secara langsung sebagai reaksi
emosi. Reaksi-reaksi tersebut akan disimpan dalam memori yang akan digunakan
dalam proses pemikiran ( Azleena & Zainal, 2004). Kebolehan di dalam memahami
emosi dan punca semakin meningkat pada peringkat awal kanak-kanak. Pengawalan
emosi kanak-kanak mula meningkat termasuklah kemampuannya untuk menerima
kekecewaan serta menjadi sesorang yang fleksibel dalam mengawal emosi dan
dorongan. Pada peringkat empati pula kanak-kanak yang bertindak dengan empati
lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang yang tengah
bersedih ( Eisenberg & Fabes, 1998). Perkembangan ini bergantung pada
perkembangan intelektual dan bahasa dan disokong oleh personaliti dan pengalaman
sosial mereka.

Perkembangan dari aspek kognitif


Perkembangan kognitif pula merupakan kebolehan individu untuk berfikir,
memberi pendapat, memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di
persekitaran masing-masing. Perkembangan kognitif sebagai proses peningkatan
keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual. Proses ini berpusat kepada
perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat kepada
peringkat perkembangan seterusnya.

Kesimpulan
Konklusinya, permainan tradisional amat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak kerana
ianya dapat memperkembangkan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak secara
optima. Lompat getah ini mencabar pergerakan psikomotor melompat kanak-kanak
dimana kanak-kanak perlu mencari skill untuk melepasi setiap cabaran yang
ditetapkan iaitu bermula daripada cabaran yang mudah hingga ke paras sukar. Dari
segi emosi pula, kanak-kanak perlu mengawal emosi mereka agar mereka dapat
bermain dengan baik manakala dari segi sosial pula, kanak-kanak dapat bersosial dan
mendapat ramai kawan-kawan sepermainan. Akhir sekali, kanak dapat meningkatkan
kognitif dimana permainan ini membolehkan kanak-kanak berfikir apakah cara yang
sesuai untuk melepasi setiap peringkat permainan lompat getah ini. Demikian,
permainan tradisional membolehkan perkembangan kanak-kanak secara holistik.

Anda mungkin juga menyukai