Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Permainan ini dikenali baling tin kerana bahan asas permainan ini adalah tin.
Oleh itu permaianan ini dikenali sebagai baling tin. Di sesetengah kawasan
dikenali sebagai baling pot atau lecut pot. Permainan baling tin hanya mula
diperkenalkan pada awal tahun 1950-an dan terus popular hingga pertengahan
tahun 1970-an. Dari segi pengamalan, kebanyakan masyarakat Melayu dan Cina
yang gemar memainkannya. Lazimnya permainan ini dimainkan di kawasan
kampung yang kekurangan hiburan. Permainan baling tin memerlukan
kemahiran,ketangkasan dan kebijaksanaan untuk memenangi sesuatu
permainan tersebut. Selain itu permainan ini juga memerlukan kerjasama yang
erat antara pemain dalam sesuatu pasukan.

ASAL-USUL
Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia dimainkan di
Negara inisejak dahulu lagi. Namun begitu permainan ini terus berkembang ke
seluruh Tanah Melayu dan dimainkan oleh pelbagai kaum. Jika dahulu
kebanyakkan kanak-kanak menggunakan tin susu yang telah terbuang sebagai
bahan asas, tetapi kini terdapat kanak-kanak yang menggunakan barangan
plastic dan sebagainya.
ALAT PERMAINAN
1.Tin-tin kosong.
Tin-tin kosong ini harus dibersihkan dan ipastikan mana-mana bahagianyang
tajam diratakan supaya tidak mendatangkan bahaya kepada pemain. Biasanya
sepuluh tin kosong diperlukan. Tin-tin tersebut hendaklah disusun secara
bertingkat. Di bahagian bawah perlu diletakkan sebanyak empat buah tin.
Tingkat kedua perlu diletakkan tiga buah tin dan diikuti dua tin pada tingkat
ketiga dan satu di bahagian atas. Ada juga bilangan tin ditambah untuk
menjadikan permainan ini lebih mencabar. Tin-tin yang telah disusun inilah yang
akan dijadikan sasaran para pemain.Adalah lebih menarik sekiranya tin-tin
tersebut dicat dengan warna yang terang supaya memudahkan pemain melihat
dengan nyata susunan tersebut. Warna yang berbezatidak digalakkan kerana
boleh mengelirukan pemain.
2. Bola
Bola hendaklah bersaiz lebih kurangtiga tau empat inci pada garis pusatnya.
Walaupun hanya sebiji bola yang akan digunakan dalam permainan ini, bola
simpanan diperlukan sekiranya bola

PERATURAN PERMAINAN TRADISIONAL - TUJU TIN

1.Terdapat 2 kumpulan. 1 kumpulan melontar, 1 kumpulan penyerang.


2. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang. 8 Orang pemain dibenarkan bagi setiap
permainan.
3. 2 kumpulan akan diundi. Sama ada menjadi penyerang atau pelontar.
4. Separuh masa pertama selama 10 minit. Separuh masa kedua juga selama 10 minit. 5
minit untuk rehat.
5. Setiap ahli kumpulan dibenarkan membuat 3 kali percubaan. Sekiranya lontaran yang
dibuat dapat ditangkap oleh penyerang sebelum bola jatuh ke tanah secara automatik semua
pelontar akan mati.
6. Apabila tin telah jatuh. Pihak pelontar akan sedaya- upaya menyusun semula tin tersebut.
7. Apabila pihak penyerang membaling bola ke arah pelontar lalu terkena bola, secara
automatik pelontar akan mati.
8. Pelontar yang berjaya menyusun kesemua tin. Akan mendapat 1 mata.
9. Pelontar yang mati tidak dibenarkan bermain lagi. Sehingga semua ahli pelontar mati baru
penyerang akan menjadi pelontar.
10. Separuh masa kedua penyerang semasa separuh masa kedua akan menjadi pelontar.
11.Sekiranya markah seri, jumlah tin yang paling sedikit berjaya dijatuhkan akan dikira
sebagai pemenang. Jika seri lagi. Seorang ahli akan membuat lontaran yang paling sedikit
akan menjadi pemenang.

Anda mungkin juga menyukai