Anda di halaman 1dari 7

Menyiasat Alam Fizikal : Tenaga Haba (Ulang Kaji Tahun 5)

N O T A Tenaga Haba
1. Haba adalah suatu bentuk tenaga.
2 . Objek yang menerima tenaga haba akan menjadi panas.
3 .Haba boleh mengalir dari objek yang panas kepada objek yang sejuk.
4.Sumber tenaga haba utama bagi Bumi ialah Matahari.
5. Tanpa tenaga haba dari Matahari, Bumi akan menjadi terlalu sejuk dantidak sesuai untuk
didiami oleh hidupan.
6.Sumber-sumber lain tenaga haba termasuklah daripada pembakaran bahan dan tenaga
elektrik.
7.Tenaga haba juga boleh mengubah keadaan fizikal bahan
.
8. Apabila sesuatu bahan dipanaskan, bahan itu akanmengembang dan bertambah
saiznya.
9. Apabila sesuatu bahan disejukkan , bahan itu akan mengecut dan berkurang saiznya.

Kesan Haba ke atas Bahan(a) Pengembangan dan Pengecutan Pepejal


1.Pepejal akan mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan. Namun
begitu, pengembangan dan pengecutan pepejal tidakmelibatkan perubahan yang besar dan sukar
dikesan oleh mata kasar.
2 Co nt oh pengembangan p epejal:
Penutup botol (logam) yang ketat boleh dibuka dengan mudah denganmemanaskan penutup itu.
Apabila penutup dipanaskan, ia akan memgembang dan bertambah saiznya. Ini membolehkan
penutup itudibuka dengan senang.
3 . Aplikasi pengembangan dan pengecutan pepejal
i. Celah-celah pada landasan kereta api di bahagianpenyambungannya bertujuan untuk
mengelakkan landasan besimembengkok apabila mengembang pada hari panas.ii. Kabel telefon

dan kabel elektrik dipasang kendur sedikit di antaratiang. Ini bertujuan untuk mengelakkan kabel
menjadi tegang danputus pada waktu malam yang lebih sejuk.
(b) Pengembangan dan Pengecutan
Cecair
1. Cecair juga mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabiladisejukkan.
2.Pengembangan dan pengecutan cecair adalah lebih banyakdaripada pepejal.
3. Aplikasi pengembangan dan pengecutan cecair
Pengembangan dan pengecutan merkuri (raksa) dalam termometer membolehkan kita
menyukat suhu sesuatu bahan.
(c) Pengembangan dan Pengecutan Gas
1. Seperti pepejal dan cecair, gas juga boleh mengembang dan mengecut.
2.Pengembangan dan pengecutan dalam gas adalah paling banyak berbanding pepejal
dan cecair.
3. Aplikasi pengembangan gas
Dalam industri membuat roti, gas karbon dioksida hasil daripadapenapaian yis (ragi)
mengembang apabila adunan roti dipanaskan. Iniakan menaikkan adunan roti.

LAMPIRAN 1
Lembaran KerjaStesen 1 dan 2
1. a) Apa yang berlaku kepada ketulan ais apabila
dipanaskan? _______________________________________________________
(b) Apa yang menyebabkan kejadian ini?
_______________________________________________________

(c) Bagaimanakah cara untuk menukarkan air menjadi ais


semula?
_______________________________________________________

(d) Namakan proses perubahan rupa bentuk bahan yang berlaku di (a).
_______________________________________________________

Stesen 3 dan 4
2.

(a) Masukkan bebola besi ke dalam gelang. Adakah bebolabesi itudapat masuk melalui
gelang?
_______________________________________________________
(b) Panaskan bebola besi selama beberapa minit. Cuba masukkanbebolabesi ke dalam
gelang sekali lagi. Adakah bebola besi itu dapat masuk melalui gelang? Mengapa?

____________________________________________________
(c) Biarkan bebola besi menjadi sejuk. Cuba masukkan bebola besimelalui
gelang sekali lagi. Catatkan pemerhatian anda.
_______________________________________________________
(d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan aktiviti ini?
_______________________________________________________
(e) Bagaimana anda dapat mengaplikasikan konsep berkaitan tenagahaba
ini dalam kehidupan seharian?
______________________________________________________

Stesen 5 dan 6

2. (a) Masukkan kelalang ke dalam air panas. Apa yang berlaku kepadaaras air dalam
tiub kaca?
_______________________________________________________
(b) Terangkan fenomena ini.
_______________________________________________________

(c) Ramalkan apa yang akan berlaku apabila kelalang dimasukkan kedalam air sejuk.
_______________________________________________________
Stesen 7 dan 8

3. (a) Masukkan botol dalam air panas. Perhatikan apa yang berlakukepada belon.
_______________________________________________________
(b) Apakah inferens yang boleh dibuat daripada aktiviti di(a)?
_______________________________________________________
(c) Bagaimana konsep yang terlibat dalam aktiviti ini boleh diaplikasikandalam
industri atau kehidupan seharian?
______________________________________________________
(d) _______________________________________________________

(e) _______________________________________________________

LAMPIRAN 2
Latihan
A. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai daripada
senarai perkataan berikut.

panas

tenaga haba

mengembang

tenaga elektrik

sejuk
mengecut

1. Haba merupakan suatu bentuk bentuk ____________________ .


2 . Antara sumber-sumber haba ialah Matahari, pembakaran bahan
dan ____________________ .
3.Bahan ____________________ apabila dipanaskan dan ____________________
apabila disejukkan.
4. Objek yang panas akan membebaskan ____________________ .
5. Haba mengalir dari objek yang ____________________ ke objek
yang ____________________ .

B. Jawab soalan yang berikut.


1. Kaji jadual di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.
Masa (minit) 0

10

Suhu air (C)

80

65

52

42

37

35

Jadual di atas diperoleh dalam satu eksperimen. Dalam eksperimen ini,suhu air panas
dalam sebuah bikar yang terdedah disukat pada sela masa tertentu.
(a) Namakan alat yang boleh digunakan untuk menyukat suhu sepertidalam eskperimen
ini.
_______________________________________________________
(b) Berdasarkan keputusan dalam jadual di atas, apakah inferens yangboleh dibuat?
_______________________________________________________
(c) Namakan:
i)

pemboleh ubah yang dimanipulasikan.


___________________________________________________

ii. pemboleh ubah yang bergerak balas.


___________________________________________________
(d) Cadangkan dua cara untuk memperlahankan penurunan suhu.
i.

____________________________________________________

ii. ____________________________________________________

JAWAPAN
A: 1. Tenaga
2. tenaga elektrik

4. Haba
5. panas, sejuk

3. mengembang, mengecut
B: (a) thermometer
b) Suhu air menurun kerana tenaga haba daripada air panas terbebaske persekitaran
menyebabkan air itu semakin sejuk.
c) i. masa (minit)
ii.suhu air (0C)
d) i. Menutup bikar dengan bahan penebat haba seperti kayu/kapas
ii. Melapik bikar dengan bahan penebat haba seperti kayu

Anda mungkin juga menyukai