Anda di halaman 1dari 5

TEMA 3 TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP

BAB 9 BAB 9 : HABA


TINGKATAN 2
STANDARD 9.3 Prinsip Pengembangan dan Pengecutan Jirim
KANDUNGAN
STANDARD 9.3.1 Menerangkan bagaimana haba menyebabkan
PEMBELAJARAN pengembangan dan pengecutan pepejal, cecair dan gas.
9.3.2 Berkomunikasi mengenai pelbagai kegunaan
pengembangan dan pengecutan jirim dalam kehidupan
harian
OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid dapat,
PEMBELAJARAN 1. Menyatakan haba mempengaruhi pengembangan dan
pengecutan jirim.
2. Menjelaskan kesan haba terhadap pengembangan dan
pengecutan di dalam jirim.
3. Menyatakan kegunaan pengembangan dan pengecutan dalam
kehidupan harian.

9.3 Prinsip Pengembangan dan Pengecutan jirim


1. Apabila jirim dipanaskan, jirim mengembang. Isi padunya bertambah.
2. Apabila jirim disejukkan, jirim mengecut. Isi padunya berkurang.
3. Walaupun ketiga-tiga keadaan jirim (pepejal, cecair dan gas) mengembang apabila
dipanaskan, gas mengembang dengan paling banyak dan pepejal mengembang dengan
paling sedikit.
4. Kesan Haba Terhadap Pepejal
4.1 Apabila dipanaskan zarahzarah bergetar pada kedudukannya dengan lebih cepat dan
menyebabkan jarak antara zarah-zarah bertambah.
4.2 Apabila pepejal kehilangan tenaga haba (disejukkan), zarah-zarah bergetar
dengan lebih perlahan dan jarak antara zarah-zarah berkurang.
4.3 Ini menyebabkan isipadu pepejal berkurang, dan pepejal mengecut.

Rajah 1
Rajah 1 menunjukkan pergerakan zarah-zarah pepejal ketika sejuk dan panas.
5. Rajah 2 menunjukkan bahawa pepejal mengembang apabila dipanaskan dan mengecut
apabila disejukkan.

Rajah 2
5.1 Bebola logam boleh bergerak melalui gelang sebelum dipanaskan.
5.2 Bebola logam tidak boleh bergerak melalui gelang selepas dipanaskan kerana
isi padunya telah bertambah. Bebola akan dapat bergerak melalui gelang
semula apabila disejukkan.
6. Kesan Haba terhadap Cecair dan Gas
6.1 Zarah-zarah cecair dan gas bergerak scara bebas(rawak)
6.2 Apabila cecair atau gas dipanaskan, zarah-zarah bergerak dengan lebih cepat dan
rawak. Jarak antara zarah-zarah juga bertambah.
6.3 Oleh itu, isi padu cecair dan gas bertambah.
6.4 Apabila cecair atau gas disejukkan, pergerakan zarah-zarah menjadi lebih perlahan dan
zarah-zarah semakin rapat antara satu lama lain.
6.5 Oleh itu, isipadu cecair atau gas berkurang.
7. Aktiviti dalam Rajah 3 menunjukkan bahawa cecair mengembang apabila dipanaskan dan
mengecut apabila disejukkan.

7.1 Merkuri mengembang dan arasnya meningkat apabila berada di dalam air panas.
7.2 Merkuri mengecut dan arasnya menurun apabila berada di dalam ais.
8. Aktiviti dalam Rajah 4 menunjukkan bahawa gas mengembang apabila dipanaskan dan
mengecut apabila disejukkan.

8.1 Titisan dakwat merah bergerak ke atas tiub kaca apabila udara dalam kelalang
dipanaskan dan isipadunya mengembang.
8.2 Titisan dakwat merah bergerak ke bawah tiub kaca apabila udara dalam kelalang
menjadi sejuk dan isipadunya mengecut.
9. Kegunaan dan Penggunaan Pengembangan dan Pengecutan Jirim dalam Kehidupan
Harian

9.1 Termometer
- Termometer mengandungi merkuri di dalam bekas kaca dan tiub kapilari.
- Merkuri ialah logam cecair yang mengembang dan mengecut dengan seragam dengan
perubahan suhu.
9.2 Penggera kebakaran
- Penggera kebakaran ialah alat yang mengesan dan memberi amaran kepada kita
tentang api.
- Alat ini mempunyai jalur dwilogam yang terdiri daripada dua jenis logam berlainan
(loyang dan besi) yang mengembang pada kadar yang berbeza apabila dipanaskan
(a) Apabila tercetusnya api, suhu bilik meningkat.
(b) Loyang mengembang dengan lebih banyak daripada besi dan menyebabkan jalur
membengkok ke arah dan menyentuh skru sentuh dan litar dilengkapkan.
(c) Arus mengalir melalui litar elektrik dan loceng elektrik berdering.

9.3 Termostat
- Termostat ialah alat yang membantu mengawal suhu unsur pemanas di dalam
peralatan elektrik seperti seterika, peti sejuk, periuk nasi elektrik dan cerek elektrik.
- Alat ini mengandungi jalur dwilogam yang membengkok dari titik sentuh dan
memutuskan litar apabila suhu terlalu tinggi.
- Suhu diubah dengan menggunakan punat yang mengubah jarak antara jalur
dwilogam dengan titik sentuh.

-
9.4 Landasan kereta api
- Landasan kereta api mempunyai celah-celah antara landasan untuk membenarkan
pengembangan landasan pada hari yang panas.
- Tanpa celah-celah tersebut, landasan akan membengkok dan bertindih.
SOALAN OBJEKTIF

1. Pilih penyataan yang betul apabila satu rod besi dipanaskan?


A. Zarah-zarah di dalam rod besi akan bergerak secara rawak.
B. Pergerakan zarah di dalam rod besi akan menjadi perlahan.
C. Zarah-zarah di dalam rod besi akan bergetar.
D. Rod besi akan mengalirkan haba dari kawasan sejuk ke kawasan panas.

2. Yang manakah bukan contoh aplikasi pengembangan dan pengecutan jirim?


A. Paip plastik
B. Jalan keluli
C. Landasan kereta api
D. Termometer

3. Apakah yang berlaku kepada merkuri dalam thermometer?


i. Mengembang apabila dimasukkan ke dalam air panas.
ii. Mengecut apabila dimasukkan ke dalam air panas.
iii. Isipadu bertambah apabila dimasukkan ke dalam kiub ais.
iv. Mengecut apabila dimasukkan ke dalam kiub ais.
A. i dan ii
B. i, iii dan iv
C. iii dan iv
D. i dan iv

4.

SOALAN STRUKTUR

1. Ruang di antara penyambung rel pada landasan kereta api membolehkan landasan
____________________________pada hari panas.
2. Wayar elektrik di pasang dalam keadaan kendur untuk membolehkannya
__________________ pada malam yang sejuk .
3. Dua contoh alat elektrik yang mengandungi thermostat (jalur dwilogam) untuk mengawal
suhu ialah _________________________dan ________________________________.
4. Berikan kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai