Anda di halaman 1dari 2

Kesan Haba ke atas Bahan

(a) Pengembangan dan Pengecutan Pepejal


1. Pepejal akan mengembang apabila dipanaskan
dan mengecut apabiladisejukkan. Namun begitu, pengembangan dan
pengecutan pepejal tidak melibatkan perubahan yang besar dan sukar dikesan
oleh mata kasar.

-Bola besi tidak dapat melepasi gelang logam apabila bola besi dipanaskan.
2. Contoh pengembangan pepejal:
Penutup botol (logam) yang ketat boleh dibuka dengan mudah dengan
memanaskan penutup itu. Apabila penutup dipanaskan, ia akan memgembang
dan bertambah saiznya. Ini membolehkan penutup itu dibuka dengan senang.

3. Aplikasi pengembangan dan pengecutan pepejal
i. Celah-celah pada landasan kereta api di bahagian penyambungannya
bertujuan untuk mengelakkan landasan besi membengkok apabila
mengembang pada hari panas.
ii. Kabel telefon dan kabel elektrik dipasang kendur sedikit di antara tiang. Ini
bertujuan untuk mengelakkan kabel menjadi tegang dan putus pada waktu
malam yang lebih sejuk.


-
(b) Pengembangan dan Pengecutan Cecair
1. Cecair juga mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.
2. Pengembangan dan pengecutan cecair adalah lebih banyak daripada pepejal.

-Aras air berwarna dalam tiub kaca menaik kerana cecair
mengembang apabila dipanaskan
3. Aplikasi pengembangan dan pengecutan cecair
Pengembangan dan pengecutan merkuri (raksa) dalam termometer
membolehkan kita menyukat suhu sesuatu bahan.


(c) Pengembangan dan Pengecutan Gas
1. Seperti pepejal dan cecair, gas juga boleh mengembang dan mengecut.
2. Pengembangan dan pengecutan dalam gas adalah paling banyakberbanding
pepejal dan cecair.


-belon mengembang dan saiznya bertambah
-udara di dalam belon dipanaskan lalu mengembang
3. Aplikasi pengembangan gas
Dalam industri membuat roti, gas karbon dioksida hasil daripada penapaian yis
(ragi) mengembang apabila adunan roti dipanaskan. Ini akan menaikkan adunan
roti.

Anda mungkin juga menyukai