Anda di halaman 1dari 2

SOALAN KUIZ SAINS TAHUN 4 1. Antara haiwan berikut, yang manakah boleh hidup di darat dan di dalam air?

A Katak C Ikan B Burung D Ulat beluncas

2. Ramesh ingin menyiasat sama ada tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Dia mempunyai dua pokok keembung yang sama saiz. Apakah yang mesti dia lakukan? A Ukur berat kedua-dua pokok itu dengan neraca mampatan B Siram salah satu pokok setiap hari, manakala pokok yang satu lagi tidak disiram C Letak satu pokok di bawah cahaya matahari, manakala pokok satu lagi diletakkan di dalam kotak D Balut satu pokok dengan plastic lutsinar, manakala pokok satu lagi dibiarkan tanpa dibalut dengan plastic. 3. Antara yang berikut, yang manakah organ pernafasan bagi manusia? A Hidung C Peparu B Mulut D Kulit

4. Apakah bahan yang tidak dikumuhkan oleh ginjal (buah pinggang)? A Air C Urea B Oksigen D Garam mineral

5. Mengapakah manusia perlu bernyahtinja? A Untuk menyingkirkan bahan makanan tidak tercerna dari badan B Untuk kekal langsing dan kurus C Untuk mengelakkan menjadi gemuk D Untuk menyingkirkan air yang berlebihan 6. Mengapakah kerbau dan badak sumbu berendam dalam lumpur semasa cuaca panas? A Untuk menyimpan air di dalam kulitnya B Untuk mengumpulkan lebih banyak haba bagi memanaskan badan

C Untuk menyejukkan badan D Untuk membersihkan badan 7. Ahmad tinggal di kawasan yang panas dan kering. Dia ingin menanam sejenis tumbuhan di sekitar rumahnya. Apakah cirri tumbuhan yang sesuai ditanam di kawasan itu? A Akar yang panjang B Daun yang berbelahbelah C Batang yang mudah lentur D Daun yang besar 8. Bagaimanakah cara mengukur luas sesuatu objek? A Panjang darab tinggi B Panjang darab lebar C Lebar darab tinggi D Lebar darab lebar 9. Berapakah luas segiempat tepat yang panjangnya 8cm dan lebarnya 7cm? A 48 semtimeter persegi B 56 sentimeter padu C 24 sentimeter persegi D 56 sentimeter persegi

10.Antara yang berikut, yang manakah merupakan unit panjang dalam sistem metrik? A Sentimeter C Kaki B Depa D Hasta

Anda mungkin juga menyukai